Adalah merisaukan apabila melihat beberapa insiden yang 'viral' dilaman media sosial dengan wujudnya satu gejala baru dalam masyarakat seperti pukul sebelum dibawa kepada pihak berkuasa dan tanpa soal siasat sehingga membawa kes kematian dan budaya membuli, telah mengundang suasana tidak harmoni dalam masyarakat dan menimbulkan ketegangan antara kaum dan bangsa.
Rakyat Malaysia adalah sinonim dengan budaya ketimuran yang lemah lembut dan sopan santun bersesuaian dengan Rukun Negara iaitu kesopanan dan ketatasusilaan. Amat tidak wajar budaya samseng wujud dan membiak dalam negara ini yang tidak memberi faedah dan kebaikan kepada pembangunan negara dan bangsa Malaysia.









