
TAWAU : Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan didenda RM10,000.00 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengemukakan maklumat palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 11 tahun lalu.












