Kelmarin dalam Akhbar Utusan Pergerakan Pemuda UMNO membidas Penasihat PKR, Anwar Ibrahim sebagai angkuh kerana yakin akan tetap menjadi wakil rakyat dengan meminta calon parti itu yang memenangi PR umum ke-12 berundur bagi memberikan laluan kepadanya. Ketuanya, Hishammuddin berkata, PKR belum tentu mampu memenangi satu kerusi dalam PR umum akan datang, termasuk mempertahankan kawasan Parlimen Permatang Pauh yang dikuasai parti itu. 26 Januari 2008
SPR Jawab Kenyataan Hishammuddin Mengenai Anwar.
Kelmarin dalam Akhbar Utusan Pergerakan Pemuda UMNO membidas Penasihat PKR, Anwar Ibrahim sebagai angkuh kerana yakin akan tetap menjadi wakil rakyat dengan meminta calon parti itu yang memenangi PR umum ke-12 berundur bagi memberikan laluan kepadanya. Ketuanya, Hishammuddin berkata, PKR belum tentu mampu memenangi satu kerusi dalam PR umum akan datang, termasuk mempertahankan kawasan Parlimen Permatang Pauh yang dikuasai parti itu. Nampaknya kenyataan Hishammudin lari dari tajuk asal, kalau pelajar dibawah jagaannya menjawab soalan lari tajuk asal tentunya markahnya jadi kosong. begitulah markah kosong yang kita layak berikan kepada Menteri pelajaran yang kurang terpelajar ini.
Hari ini kenyataan dari SPR dalam akhbar yang sama menyangkal 100% kenyataan "menteri sotong" itu. Menurut jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hasrat yang diluahkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebelum ini adalah seperti diperuntukkan mengikut Fasal (1) Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.“Mengikut peruntukan itu, pilihan raya kecil boleh diadakan jika berlaku kekosongan luar jangka iaitu kematian seseorang calon atau ada yang meletakkan jawatan.“Seperkara lagi, pilihan raya kecil perlu diadakan sebelum dua tahun tempoh hayat Parlimen tamat,’’ ujar jurucakap itu.
Hishammuddin dilihat memberi jawapan kepada kenyataan Anwar kelmarin. Anwar dipetik berkata walaupun tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum ke-12 yang dijangka diadakan sebelum April ini, beliau akan memastikan dirinya tetap berpeluang menjadi wakil rakyat.Bekas TPM itu berkata, perkara tersebut bukan sesuatu yang mustahil kerana pemilihannya boleh dibuat menerusi satu pilihan raya kecil yang membabitkan kawasan milik PKR.''Kalau tidak dapat bertanding pada Mac, saya bertanding Mei di kawasan mana yang kami menang. Dia (calon yang menang) akan berundur dan memberi ruang untuk saya,"
Jelas sekali kenyataan Anwar bukan hentam kormo macam Hishammuddin dan kenyataannya di atas adalah sesuai dengan peraturan SPR di mana kalau ada seseorang wakil rakyat berundur satu pilihanraya kecil hendaklah diadakan. Buat apa Hishammuddin buat kenyataan melebih-lebih sangat.
Saya melihat inilah satu cara UMNO hendak memburukkan pembangkang. Semua yang kita cadangkan walaupun tidak menyalahi undang-undang semuanya salah. kalau UMNO melanggar undang-undang tidak menjadi masalah dan betul juga. Inilah antara istimewa dan jakunnya Malaysia yang kita cintai.
Kita nasihatkan rakan-rakan dalam UMNO supaya menilai sendiri siapakah pimpinan mereka. Jelas pimpinan UMNO sering berfikir di luar dari kotak fikiran yang waras dan rasional. Demi untuk menegakkan kuasa yang ada di tangan nampaknya semua pimpinan UMNO macam itik yang kehausan dan cacing yang kepanasan.
Umat Terbaik
Umat Islam adalah umat yang terbaik yang di utuskan dikalangan manusia, khususnya umat Islam yang melengkapi peranan yang telah ditugaskan kepada mereka untuk memperjuangkan Islam dengan sesungguhnya. Perjuangan yang dilengkapi dengan dua unsur iaitu amal maaruf dan nahyi mungkar, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.Firman Allah SWT ;-
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.(Ali-`Imraan:110)
Menyuruh yang maaruf dan mencegah sesuatu yang mungkar dan beriman kepada Allah SWT adalah tiga ciri kesempurnaan umat Islam yang selayaknya dia itu lebih baik dari umat yang lain. Kerana serampang dua mata itu menyebabkan Islam itu sanggat istimewa dan berbeza dengan agama yang lain.
Demikianlah suatu perjuangan dalam wadah yang dipanggil parti politik dan sebagainya. Jika sekiranya ianya melengkapi ciri-ciri tersebut, makanya mesti itulah yang menjadi wadah pilihan. Dalam Kontaks Malaysia, Parti Islam Malaysia (PAS) adalah wadah yang terbaik yang dimaksudkan.
Kadar Pertumbuhan Ekonomi China 2007 Sebanyak 11.4%
Menurut berita CRI, Jabatan Pentadbiran Statistik Negara China hari ini di Beijing telah memaklumkan data awal operasi ekonomi kebangsaan China 2007.
Pada tahun 2007 lalu, Keluaran Dalam Negara Kasar China mencatat lebih 24 ribu bilion yuan RMB, iaitu meningkat 11.4% berbanding tempoh sama tahun 2006 dan kadar pertumbuhan ekonomi mencapai atau melebihi 10% dalam tempoh lima tahun lalu secara berturut-turut. Ketua Pengarah Jabatan Statistik Negara China, Xie Fuzhan menyatakan hari ini bahawa ekonomi China 2007 berkembang dengan stabil dan pesat, struktur ekonomi menjadi semakin unggul dan keefisienan juga meningkat.
Kestabilan ekonomi China dilihat kepada pengaruh kestabilan politik dalam negara China itu sendiri. Suasana poliitik Taiwan yang memihak kepada parti KMT yang lebih lunak hubungannya dengan China menambahkan lagi faktor pertumbuhan ekonomi rantau setempat.
25 Januari 2008
Tanda-tanda Kiamat.
Dari Anas ra., ia berkata: Rasulullah saw. Bersabda: "Sesungguhnya sebagian dari tanda-tanda kiamat adalah dihilangkannya ilmu, ditetapkannya kebodohan, diminumnya khamer dan nampaknya perzinaan."(HR: Bukhari)Tanda-tanda kiamat di atas telahpun dan sedang belaku dalam masyarakat kita. Semakin banyak orang berilmu meninggal dunia dan dengan sendiri hilangnya ilmu dari pengamalan masyarakat. Natijahnya semakin ramai orang yang bodoh atau jahil dalam agama.
Orang yang tidak berilmu akan melantik dan memilih pemimpin dikalangan orang yang tidak mempunyai ilmu. Lalu jadilah pemimpin itu bagai serigala yang menerkam mangsanya. Jawatan dianggap peluang untuk mengaut harta dan jauh sekali menganggapnya sebagai suatu amanah dari Allah SWT.
Demikianlah berleluasanya peminum arak dan perzinaan secara terang-terangan melampaui nilai-nilai agama dan kemanusia itu sendiri.
Taatlah Kepada Allah dan Taatlah Kepada Rasul
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاًHai orang-orang yang beriman, ta`atilah Allah dan ta`atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur`an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.(An-Nisaa`:059)
Ayat di atas menjelaskan bahawa wajib setiap orang yang beriman untuk taat sepenuhnya kepada Allah dan Rasul. Dan wajib taat kepada pemimpin dikalangan kamu. Lalu pertanyaannya pemimpin yang bagaimana wajib di taati ? Pemimpin yang wajib di taati ialah pemimpin yang taat kepada Allah dan Rasul.
Sekiranya pemimpin itu tidak taat kepada Allah dan Rasul, wajib kita menjatuhkanya. Sebagaiamana hadits nabi : tidak ada ketaatan kepada makhluk yang maksiat kepada Penciptanya.
Sehinggakan cenderung kepada pemimpin yang zalim pun dilarang oleh Allah SWT:
وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.(Hud:113)
Pujukan Syaitan..

يَا بَنِي آدَمَ لاَ يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْءَاتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لاَ تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاء لِلَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ
Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya `auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman.(Al-A`raaf:027)
Manusia sering menghadapi pujukan dan godaan syaitan malah manusia pertama, Adam ’alaihissalam sendiri juga pernah mengalami kekalahan oleh pujukan syaitan. Adam yang telah diberitahukan oleh Allah untuk menikmati semua kelezatan surga, namun dilarang memakan buah Khuldi, terpedaya hatinya oleh pujukan dan tipudaya iblis. Akibatnya, nenek moyang dan Nabi kita itu bersama Siti Hawa dihalau keluar dari surga ,walaupun sudah memohon ampun kepada Allah dan menyesali perbuatannya.
Kisah-kisah tersebut memberikan pengajaran bagi kita bahwa, kalau ketahanan hati sudah runtuh oleh pujukan syaitan, ketahanan lain akan mudah roboh. Kecuali kalau iman yang boleh pasang dan surut sentiasa dijaga agar tidak mudah tergoda oleh syaitan. Apalagi Allah mengingatkan bahwa syaitan adalah teman baik bagi orang-orang yang tidak beriman.
24 Januari 2008
BN Dalam Ketakutan
Serangan berterusan untuk memburukkan slogan "Negara Berkebajikan " dalam menifesto PAS berterusan dalam akhbar-akhbar arus perdana hari ini. Kegusaran dengan tawaran-tawaran PAS menyebabkan pemimpin BN dan UMNO dalam keadaan keresahan yang amat sangat.Utusan Malaysia melaporkan dengan mengambil contoh Kelantan, kerajaan pimpinan Pas itu sendiri kononnya saban tahun, tanpa gagal, membentangkan bajet defisit termasuk bagi tahun 2008 yang dibentangkan Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.Dengan anggaran hasil sebanyak RM401 juta dan Perbelanjaan Mengurus di Kelantan yang dianggarkan berjumlah RM424.73 juta pada tahun 2008, jumlah defisit semakin bertambah menjadi RM23.73 juta.
Nampaknya rakyat cuba didedahkan kepada suatu keburukan kepada negeri Kelantan sahaja dalam masaalah defisit belanjawan. Seolah-olah negeri-negeri lainyang diperintah BN tiada defesit belanjawan, atau tiadakah defesit belanjawan dalam Belanjawan Negara.
Kita berharap media bersifat adil dalam memberi laporan kepada sesuatu isue, jangan main hentam kromo dan halakan kepada Kelantan sahaja tanpa berhajat mendedahkan kelemahan di tempat lain.
Contohnya Hampir setiap tahun kerajaan Negeri mengumumkan belanjawan defesit yang semakin tinggi . Tahun 2005 Mohamad mengumumkan RM50.72 million defesit dan dalam belanjawan 2006 pula meningkat kepada RM64.08 million. defisit paling tinggi sebanyak RM106.5 juta pula tercatat dalam anggaran Bajet 2008.Hakikatnya untuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri sendiri Kerajaan Negeri Sembilan pun tidak mampu.
Belanjawan defesit sudah lama berlaku sejak Zaman Mahadhir dalam pebentangan Belanjawan negara. Tradisi ini berterusan apa lagi di zaman Pak Lah. Amalan belanjawan defisit yang berterusan selama hampir 12 tahun berturut-turut dibimbangi akan terus membebankan rakyat setelah 'wang rakyat' diragut kerajaan dengan pelbagai kenaikan cukai, dan bahan api serta perkhidmatan. Ini realiti yang berlaku dalam belanjawan negara.
Tidak termasuk belanjawan negeri-negeri yang dikuasai oleh BN disemua negeri di Malaysia. Semuanya mengalami defisit dan hutang yang berlambak. Hasil nya sedikit tetapi belanjanya sangat tinggi.
Perlu diingatkan defisit yang berlaku di kelantan adalah rendah dan kerajaan Kelantan mampu bertahan dengan dasar jimat cermatnya selama ini.
PM : Padan Muka.
PM berkata program pembangunan BN yang dirancang dan telah dilaksanakan bukan untuk satu penggal tetapi ia memerlukan masa yang panjang sebelum dapat dinikmati oleh rakyat.“Apa yang nak saya laksanakan bukannya khusus untuk lima tahun. Kita kena tengok lebih jauh daripada itu.Adakah tempoh 50 Tahun yang telah diberi peluang oleh rakyat Malaysia untuk memerintah Malaysia bukanya satu tempoh yang lama. Tidak tahulah jika 50 tahun bagi Pak Lah cuma dirasakan 5 tahun .
Pada sidang akhbar selepas Majlis Penerangan Bersama Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin, Pak Lah juga merayu kepada rakyat Malaysia terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 ini setelah parti itu terbukti mampu serta berupaya mentadbir dan memajukan negara.PM berkata, mandat itu juga akan membolehkan rakyat menikmati pembangunan berterusan.
Beginilah perangai pemimpin UMNO yang menjaja pembangunan bila tiba musim pilihanraya. Yang aneh bin ajaib masih banyak rakyat yang terencat akal dan bodoh sehingga mereka termakan pancing ini. Setelah rakyat memberi peluang kepada mereka memerintah untuk tempoh 5 tahun akan datang, kelibat bayang pun tidak nampak. yang akan rakyat nampak dan rasai ialah kenaikan harga barang, rampasan tanah rakyat, Wakil Rakyat BN jadi kaya raya dengan harta dalam dan luar negeri.
Mereka tidak akan tidur malam memikir projek mana lagi yang mendatangkan hasil. Nasib malang rakyat berulang lagi sebagaimana 5 tahun yang lepas. Inilah hadiah PM " Padan Muka" kepada rakyat yang tidak berapa cerdik itu. Yang kita marah kesannya kena kepada kita yang menyokong pembangkang. Sepatutunya kita merasakan kegagalan dari perjuangan kita itu, namun yang kesiannya pak cik dan mak cik yang sokong UMNO kena nasib yang sama. Kot-kot masuk tol dapat harga lama, rupanya tidak yang UMNO dan PAS kena semua.
Sebab itu kita merayu kepada semua rakyat Malaysia dengan suatu penegasan bahawa kejayaan perjuangan kami adalah untuk semua rakyat Malaysia, dan sebaliknya jika gagal kita akan menerima nasib yang sama. Tidak mengira agama dan bangsa.
Bila UMNO dan BN menang akan dinobatkanlah berulang-ulang kali seorang PM baru yang akan menghadiahkan projek " Padan Muka" kepada rakyat Malaysia.
Kenyaataan Muhyiddin : Sah BN Takut Kepada Menefesto PAS
Giliran Naib Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin membuat ulasan mengenai Manifesto Pas. Ulasan Muhyiddin dilihat sebagai suatu kebimbangan kepada beberapa tawaran PAS dalam PR ke 12 akan datang. Rakyat cuba dialihkan pandangan bahawa hanya BN yang mampu dan layak memerintah.Rakyat cuba di tanam dengan semangat membenci pembangkang sehingga apa yang kita tawarkan semuanya tidak betul dan tidak masuk akal, sekaligus dengan melupai inilah tradisi dalam demokrasi di mana parti-parti yang akan bertanding menawarkan sesuatu yang dianggap terbaik dan mampu dilakukan.
Dengan tidak cerdiknya Muhyiddin berkataa, untuk mewujudkan sebuah `negara kebajikan’ hanyalah satu penipuan dan gimik politik menjelang pilihan raya. Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, manifesto seperti itu datangnya daripada pihak yang tidak memahami mengenai pentadbiran dan kerajaan.`` Sekiranya Pas sanggup mewujudkan sebuah negara kebajikan dengan menanggung 100 peratus kebajikan rakyat di negara ini, saya yakin (jika Pas menang) sepenggal sahaja mereka menjadi kerajaan, nauzubillah negara ini akan menjadi bankrap."Mereka fikir mudah untuk mentadbir sesebuah negara dan atas sebab itu mereka boleh melemparkan janji kosong tanpa rasa tanggungjawab, tetapi Barisan Nasional (BN) tidak boleh buat begitu kerana kita sudah 50 tahun memerintah negara ini," katanya mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.
Jangan megah dengan 50 tahun BN memerintah, kerana dalam tempoh tersebut nampaknya tidak jelas aqidah mereka tanpa satupun pelaksanaan hukum Islam, keduanya hutang negara yang bertempek, rasuah yang menduduki indeks yang sangak buruk dan macam-macam lagi.
Kita yakin dan rakyatpun yakin bahawa semua yang ditawarkan oleh PAS adalah melalui kajian dan realiti yang kita telah capai di Kelantan. Ini baru beberapa butir dari Menifesto yang didedahkan oleh PAS nampaknya memukul UMNO macam Tsunami dan mereka jadi macam cacing kepanasan. Tidak cukup dengan kenyataan Najib dan Anuar Musa, hari ini muhyiddin, entah esok dan lusa macam-macam lagi versi komen pimpinan UMNO mengenai tawaran PAS ini.
Panas..
Panas adalah sesuatu yang ditakuti oleh semua mahluk Allah SWT. Termasuk manusia, panas adalah sesuatu yang di sangat ditakuti . Jika sesuatu yang dikaitkan dengan panas tentu membawa keresahan kepada manusia. Adakah dikatakan berita panas, isue panas dan sebagainya.Panas pada pandangan Islam adalah satu bentuk siksaan dari Allah SWT kepada manusia yang engkar kepada perintah Allah iaitu Neraka. Lawan bagi Neraka yang panas adalah Syurga.
Kita wajib menghindarkan dari panasnya api neraka ini seperti Firman Allah SWT :
فَإِن لَّمْ تَفْعَلُواْ وَلَن تَفْعَلُواْ فَاتَّقُواْ النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ
Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) - dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya) -, peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.(Al-Baqarah: 24)
dan doa yang kita sering panjatkan :
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Tangisan
Seorang hamba yang sangat gerun kepada Sang Pencipta Allah SWT pasti mengalirkan airmatanya semasa hayatnya dalam keadaan susah atau senang, dalam keadaan sihat atau sakit.Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. bersabda: "Ada tujuh orang yang akan diberi naungan oleh Allah pada hari Kiamat dalam naungan-Nya pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu: Imam yang adil, Pemuda yang hidup untuk beribadah kepada Allah, seorang lelaki yang berdzikir (ingat) kepada Allah dalam tempat yang sepi lalu kedua matanya mengeluarkan air (menangis), seorang lelaki yang hatinya senantiasa tertuju kepada Masjid, dua orang lelaki yang saling mencintai karena Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan tinggi dan cantik kepada dirinya (diajak berbuat maksiat) namun ia berkata: "Sesungguhnya saya takut kepada Allah", dan seorang lelaki yang memberikan shodaqah lalu ia merahasiakannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya".(HR: Bukhari)
Lalu alirkan air mata kita untuk mendapatkan keredhaan Allah. Jangan alirkan air mata hanya untuk mengharap dunia yang sementara ini. Ingatlah mata yang kita miliki juga dari Allah mata sebaiknya lah kita gunakan untuk menunjukkan kita berharap kepada redhanya.
Persoalannya sebanyak manakah sudah kita alirkan air mata untuk mendapatkan redha Allah itu ?
وَيَخِرُّونَ لِلأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعاً
China Tekad akan Kekalkan Keamanan Dunia
China menerbitkan rencana hari ini yang menyatakan bahawa China akan mengekalkan keamanan dunia sejagat . Ini merupakan pilihan kerajaan dan rakyat China berdasarkan arah aliran perkembangan perabadan dan kepentingan sendiri.Rencana itu menjelaskan bahawa China bersedia untuk membangunkan kerjasama persahabatan dengan pelbagai negara berdasarkan lima prinsip hidup bersama secara aman damai, aktif menyertai urusan pelbagai hala, memikul tanggungjawab antarabangsa dan mendorong oder antarabangsa berkembang ke arah yang lebih adil dan rasional.
23 Januari 2008
Mencegah Kezaliman.
Bersaing mencari rezeki yang tersebar di muka bumi ini kadangkala tidak dengan jalan yang betul .Seringkali muncul kezaliman di antara sesama manusia. Ada pihak yang menzalimi dan juga yang dizalimi. Keadaan ini samasekali tidak diinginkan dalam Islam sebagai agama yang adil dan damai. Sebab itu Rasulullah SAW mengajak kita untuk membantu mereka berdua. Tolonglah saudaramu yang melakukan kezaliman dan yang dizalimi" (HR. Bukhari).
Apabila Rasulullah mengajak para sahabat dan umat Islam untuk membantu orang zalim mengundang tanda tanya seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, tentu saja saya akan menolong orang yang dizalimi orang. tetapi bagaimana menolong orang yang melakukan kezaliman?" Rasulullah memberikan penjelasan, "Kamu mencegah atau menghalanginya agar tidak melakukan kezaliman, maka itu adalah cara untuk menolongnya (HR. Bukhari).
Banyak faedah apa bila kita mencegah kezaliman. Ia akan menyelamatkan pelakunya dari berbuat dosa dan mendapat azab. Apalagi doa-doa orang orang yang dizalimi atau teraniaya sangat mustajab dan mudah dikabulkan Allah. Faedah lain ialah menyelamatkan lebih ramai lagi orang lain yang akan dizalimi. Sehingga dunia ini aman damai kerana tidak ada pihak yang menzalimi dan dizalimi.
Hakikatnya antara orang yang melakukan kezaliman dan yang ingin mencegahnya sentiasa bertembung pada sesuatu zaman. Kerana itu usaha dari orang-orang yang beriman untuk mencegahnya hendaklah dilakukan secara bersungguh-sungguh dan tanpa rehat.
22 Januari 2008
Doa Anak Soleh
Ibu dan Ayah yang masih sihat dan hidup kalau menziarahinya kita fikirkan perlu membawa buah tangan, adakah dalam bentuk makanan, minuman, buah-buahan dan sebagainya. Sebagai anak yang mengenang jasa mereka berdua pasti kita balik kampung bukan dengan sedikit buah tangan.Namun mereka jika sekira telah dahulu meninggalkan kita, ziarahilah kuburnya sebagai mengenang jasanya melahir, mendidik sehingga menjadi insan yang berguna. Buah tangan kita sangat mudah iaitu bacaaan al Fatihah dan doa yang dipanjatkan.
Doakan seperti yang disebutkan Allah dalam al Quran :-
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mu`min pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)".(Ibrahim: 41)
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِناً وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَاراً
Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan".(Nuh: 28 )
Dibangkit Dengan Mata Buta
Sesungguhnya orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat Allah akan dibutakan mata mereka kelak dihadapan Allah SWT walaupun di dunia mata mereka celik. وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكاً وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى
Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta".(Thaahaa:124 )
قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَى وَقَدْ كُنتُ بَصِيرا
ًBerkatalah ia: "Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?"
(Thaahaa : 125)
قَالَ كَذَلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا وَكَذَلِكَ الْيَوْمَ تُنسَى
Allah berfirman: "Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamupun dilupakan".(Thaahaa:126)
وَكَذَلِكَ نَجْزِي مَنْ أَسْرَفَ وَلَمْ يُؤْمِن بِآيَاتِ رَبِّهِ وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَشَدُّ وَأَبْقَى
Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. Dan sesungguhnya azab di akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.(Thaahaa:127)
Langgan:
Catatan (Atom)