01 September 2008
Perutusan khas sempena Ramadan al-mubarak
Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.
Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.
"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)
Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.
Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.
Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.
Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.
Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.
Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat. -
Presiden PAS
Sambutan Hari Kemerdekaan ke 51 di Ipoh
IPOH : Ribuan penduduk sekitar bandar Ipoh memenuhi kawasan sekitar stesen Keretapi Ipoh dan Padang Ipoh dan sepanjang jalan untuk menyaksikan sambutan Hari kemerdekaan Ke 51 Peringkat Negeri Perak yang diadakan secara meriah dan gilang gemilang.
KDYMM Paduka Seri Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak mencemar duli hadir dalam majlis yang bermula sejak jam 9.15 dan berakhir pada jam 11.00 pagi tadi.
Hadir sama ialah DYTM Raja Muda Perak dan DYAM Raja Puan Muda Perak, DYAM Raja DiHilir Perak dan DYAM Raja Puan Muda Perak, Menteri Besar Perak dan Isteri, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-Ahli yang berhormat Parlimen dan DUN.
Upucara dimulai dengan nyanyian Lagu kebesaran Negeri Perak dan menaikkan Bendera Peribadi.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga melakukan Pemeriksaan Kawalan Kehormat.
Sambutan juga diserikan dengan Nyanyian beramai lagu "Negaraku" dan serentak dengan itu Jalur Gemilang dinaikkan.
Selain itu dipertunjukkan juga persembahan koir, deklemasi puisi dan tariakn kebudayaan oleh 150 orang pelajar pelbagai bangsa.
Akhir sekali DYMM TuanKu menerima perbarisan dan tabik hormat 90 kontinjen dan pancaragan yang mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin.
31 Ogos 2008
3000 lebih Sambut Ambang Kemerdekaan di Parit buntar.
PARIT BUNTAR : Seramai 3000 orang lebih yang terdiri dari pelbagai lapisan kaum dan umur telah berkumpul di Dataran Sungai kerian disni malam ini untuk meraikan Sambutan Ambang kemerdekaan kali ke 51.Hadir sama dalam program tersebut ialah semua Ahli Yang Berhormat di Daerah Kerian. Juga hadir Wakil dari Orang besar jajahan Kerian, Pegawai Daerah, Ismail Hassan, Semua Penghulu Mukim dan Ketua kampungDaerah Kerian.
Acara selingan sebelum detik 12 malam ialah berupa persembahan kebudayaan Melayu, Cina dan India. Persembahan sajak dan nyanyian lagu patriotik juga menyerikan malam penuh gemilang itu.
Tetamu kehormat berada di atas pentas sebelum detik 12.00 malam
Pegawai Daerah telah membaca perutusan YAB Menteri besar Perak, seterusnya semua dif jemputan naik ke pentas untuk bersama melaungkan "merdeka" sebanyak 7 kali yang diketua oleh Pegawai Daerah.
Akhirnya Imam Mesjid Daerah telah membaca doa selamat.
Azhan juara nasyid.
Azhan Atan menjuarai pertandingan Akhir Akademi Nasyid malam ini. Beliau mengalahkan 5 peserta yang lain dan menggondol hadiah berupa wang tunai RM 100,000.Beliau yang berumur 35 tahun bekerja sebagai Tukang urut Reflaksi dan memegang jawatan Ketua Pemuda PAS Tg Piai, Johor.
Hadir sama dalam Pertandingan akhir Akademi Nasyid Siri 1 anjuran TV 9 itu ialah Menteri Di jabatan Perdana Menteri dan Ketua Operasi TV 9.
Azhan telah terus menlakukan sujud syukur sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai juara. Kemenanganya sangat berarti dalam suasana negara menyambut malam kemerdekaan negara kali ke 51.
Tahniah kepada Azhan Atan.
Intipati Bajet 2009
Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat hari ini.Jumlah bajet Bajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion - naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.
Peruntukan pengurusan - RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).
Peruntukan pembangunan - RM27.8 bilion (sektor ekonomi - pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial - pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).
Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.
Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara. Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.
Jaringan keselamatan sosial
Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.
Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.
Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.
Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.
Membasmi kemiskinan
Kadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007. Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah. Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.
Kecuali bil elektrik RM20
Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.
Cukai pendapatan
Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.
Barangan pengguna
Duti import atas beberapa barangan pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.
Cukai jalan
Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.
Orang Kurang Upaya (OKU)
Memberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU). Murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.Bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.
Kakitangan kerajaan
Bayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.
Tempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baruKemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaanBuka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.
Kelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009. Kemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.
Pembangunan Koridor PertumbuhanIskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.PelanconganKerajaan sedia peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang akan dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta.
Pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak dikecualikan cukai pendapatan 100 peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun. Syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk permulaan dan pembiayaan peringkat awal.
Pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak dikecualikan cukai pendapatan 100 peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun. Syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk permulaan dan pembiayaan peringkat awal.
Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.
Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.
Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.
Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.
Pengangkutan
K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel
Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.
Pengangkutan
K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel
Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.
Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.
Kesihatan Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang - dari 15 sen kepada 18 sen. Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.- Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta.
Kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan. Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik. Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.
Pengecualian cukai bagi perubatan radisional seperti akupuntur dan ayuvedic.
Pengecualian cukai bagi perubatan radisional seperti akupuntur dan ayuvedic.
Nelayan dan petani
Peruntukan RM300 juta, yang mana RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.
Elauan pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.Peruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah. Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak.
Malaysiakini
Perutusan Ulangtahun Kemerdekaan ke-51
Alhamdulillah negara kita Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaannya yang ke-51 pada 31 Ogos 2008 ini.
Penambahan usia negara kita ini seharusnya tidak melupakan kita kepada jasa dan pengorbanan mereka yang terdahulu yang telah bertungkus-lumus berkorban dan berjuang bagi memerdekakan tanah air yang tercinta ini dari belenggu penjajah.
Menurut lipatan sejarah PAS sendiri telah terlibat dalam menyumbang terhadap kemerdekaan negara kita sejak dari tarikh keramat penubuhannya pada tahun 1951, iaitu warisan dari perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan British pada tahun 1948.
Malah tujuan penubuhan PAS itu sendiri adalah bagi memenuhi tuntutan melepaskan negara ini dari sebarang rupa dan bentuk penjajahan oleh kuasa bukan Islam sama ada dalam bentuk politik, ekonomi, sosial atau kebudayaan.
Kerana itu PAS telah terlibat secara aktif bersama parti-parti lain ketika itu bagi menuntut penjajah British untuk mengadakan pilihan raya umum sehingga terzahirnya pilihan raya umum persekutuan pada tahun 1955 dimana PAS telah mengambil bahagian dan memenangi satu kerusi.
Di ambang kemerdekaan ketika itu PAS juga turut mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Reid bagi menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
Kerana itu PAS turut berbangga merayakan ulangtahun kemerdekaan ini sehinggakan perlembagaan PAS fasal 5(2) menyebut bahawa tujuan perjuangan PAS termasuklah mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Sepanjang 51 tahun usia kemerdekaan negara ini PAS telah terus gigih berjuang jatuh dan bangun mengisi kemerdekaan ini dengan Islam yang merupakan prinsip dan dasar perjuangannya.
PAS telah menyumbang dalam pembangunan negara melalui wakil-wakil rakyatnya serta kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpinnya disamping yang ia turut serta terlibat di dalamnya.
Saya yakin dan percaya berteraskan dasar perjuangannya itu PAS akan terus berperanan di dalam negara Malaysia yang Merdeka dan berbilang kaum ini sehingga lahir di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang adil dan saksama yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dengan peraturan dan hukum yang diredhai Allah SWT.
Saya yakin dan percaya berteraskan dasar perjuangannya itu PAS akan terus berperanan di dalam negara Malaysia yang Merdeka dan berbilang kaum ini sehingga lahir di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang adil dan saksama yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dengan peraturan dan hukum yang diredhai Allah SWT.
Politik Islam yang luhur yang dibawa oleh PAS akan terus relevan kerana ianya keperluan manusia secara fitrah dan menepati obejektif peranan manusia yang dijadikan oleh Tuhan pencipta alam ini. Allah swt telah menetapkan beberapa prinsip yang menjadi landasan yang wajib ditaati oleh hamba ciptaanNya secara menyeluruh.
Prinsip ini terkandung dalam surah an Nisa ayat ke 58-59:
"Sesungguhnya Allah memerintah supaya kamu menunaikan amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di kalangan manusia hendaklah melaksanakan hukum itu dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat . Wahai orang-orang yamng beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan ulil amri (orang-orang yang mengendalikan urusan yang terdiri daripada pemimpin dan ulamak). maka jika sekiranya kamu bertelingkah dalam apa-apa perkara, hendaklah kamu kembalikan penyelesaiannya kepada Allah (al Quran) dan Rasul (as Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Itulah sebaik-baik dan lebih elok penyelesaiannya."
Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-51, "Perpaduan teras kejayaan" dengan izin Allah SWT.
Presiden PAS
30 Ogos 2008
Idham Lim : Kerajaan Perak mengalu-alukan usaha membantu rakyat miskin.
TAPAH : Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat sentiasa mendokong usaha gigih yang dilakukan oleh Yayasan Pembangunan Ummah Termiskin (YAUM Foundation) sehingga berjayanya Majlis Penyampaian Bantuan Dapur bagi golongan yang memerlukan di Daerah Batang Padang, Tapah. Demikian antara isi ucapan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim yang mewakili Menteri Besar Perak pada majlis yang diadakan di sini hari ini. Katanya " disamping tanggungjawab yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan, kita bersyukur kerana ada segolongan yang berkemampuan dengan persatuan dan kelompoknya untuk membantu rakyat Perak yang memerlukan"
Drs. Khalil menyampaikan ucapan.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Bekas Presidennya , Datuk Dr. Arifin Mohd Lokman, Pemangku Presiden YAUM Foundation, Datin Noor Liza Hj. Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah Batang Padang, Tapah, Razali Abu Bakar, Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Perak, Ust Zulkifli Ibrahim, Pegawai Khas MB Perak, Muhammad KY. Tiang , Pegawai Tadbir Agama Daerah,Penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung.
Dr. Ariffin dan Drs. Khalil mengagihkan bantuan kepada yang memerlukan.
Pada kesempatan itu seramai 120 orang fakir miskin telah menerima sumbangan yang dikumpulkan oleh yayasan.
Semasa berucap mewakili YAUM Faundation, Datuk Dr. Ariffin Mohd Lokman memohon agar penyumbang sentiasa mendoakan semuga pihak yang memberi sumbangan dimurahkan rezeki untuk menyumbang lagi dimasa akan datang.
Mangsa ribut dibantu.
PARIT BUNTAR, 28 Ogos : Pada hari ini ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim bersama isteri telah meluangkan masanya untuk menyampaikan sumbangan dari Tabung Bencana Alam yang diluluskan oleh YAB Menteri Besar Perak bagi meringankan bebanan seorang Ibu Tunggal, Robie binti Yahaya di Jalan Sempadan disini hari ini.Isteri ADUN Titi Serong menyampaikan sumbangan disaksikan Ketua Kampung setempat
Sebanyak RM 3000 telah disalurkan melalui kerja secara gotong royong yang dikendalikan oleh Ketua Kampung Kg. Kedah, Hj. Ibrahim Dahlan.
Ramadhan datang lagi.
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”(QS. Al-Baqarah: 183).InsyaAllah, beberapa hari lagi kita akan kembali bertemu dengan bulan penuh rahmat, iaitu bulan suci Ramadhan. Betapa banyak rahmat Allah SWT di bulan itu, dibandingkan dengan bulan-bulan lain.
Rasulullah bersabda, “ Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya. Pada bulan ini, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa” (HR. Ahmad dan Nasa‘i).
Itulah sebabnya, Rasulullah SAW mengajak kita ummatnya untuk berlumba-lumba meraih segala peluang yang disediakan Allah pada bulan itu. Apalagi, tidak semua orang diberikan kesempatan untuk bertemu dan mendapatkan rahmat Allah pada bulan itu. Tidak sedikit orang yang sempat bertemu dengannya, namun tidak mampu meraih apa-apa.
Menurut Rasulullah SAW, orang yang gagal di bulan Ramadhan termasuk orang sangsara. Sabdanya, “Orang yang sangsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini” (HR.Thabrani). Dengan kata lain, orang yang sengsara ialah orang-orang yang tidak meningkat keimanannya walaupun melalui Ramadhan yang penuh keberkatan itu. Lebih-lebih lagi kalau melihat ayat di atas, panggilan untuk berpuasa dalam Ramadhan ditujukan kepada orang-orang beriman.
29 Ogos 2008
Rakyat sudah tidak percaya kepada akhbar harian !
Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 dan terkini keputusan yang memihak kepada DS Anwar Ibrahim di Permatang Pauh dengan mendapat majoriti lebih besar iaitu 15. 671 undi telah membuktikan rakyat malaysia sudah tidak percaya dengan berita bohong yang disiarkan oleh akhbar arus perdana.Teknik pemberitaaan berat sebelah, double standard, menipu, putarbelit, sembunyi fakta sebenar dan seumpamanya sudah ketinggalan zaman buat masa ini.
Saya dimaklumkan oleh teman rapat yang berkerja disebuat syarikat akhbar arus perdana sekarang yang katanya sangat gusar dengan penurunan jualan akhbarnya sehingga pengurusnya sedang memikirkan untuk keluar dari kepompong lama dan membuat pemberitaan ala Sinar Harian yang lebih digemari di Pantai Timur dan sekarang telah berada di Lembah Kelang.
Katanya sejak Sinar Harian berada di Lembah Kelang jualan akhbarnya menurun dengan mendadak. Puncanya telah di ketahui cuma kita hendak bertanya mahukah mereka keluar dari cengkaman arahan pemimpin UMNO dan BN yang menguasai akhbar tersebut. Awas lawan bos berarti periuk nasi tak berasap.Persoalan sekarang antara bisnes dan politik.
Kalaulah akhbar tulisan jawi berkubur dek kerana kononnya orang tidak minat membaca jawi, saya yakin orang tetap akan menghukum akhbar yang "jahat" itu dengan hukuman lebih dasyat sehingga suatu masa nanti dia juga akan berkubur sama . Dalam masa yang sama rakyat telah bersedian beralih arah untuk mendapat informasi yang lebih adil dan telus dari akhbar alternatif dan sebagainya.
Perak akan bantu bekal air ke Pulau pinang dan Selangor.
IPOH : Kerajaan negeri Perak bercadang menyalurkan bekalan air di negeri ini kepada Pulau Pinang dan Selangor sebagai usaha membantu mengurangkan kos penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam di dua negeri itu.
Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, dengan jumlah sumber air yang banyak di Perak, kerajaan negeri boleh membantu kedua-dua negeri berkenaan mengurangkan kos penyelenggaraan air.
Beliau berkata di peringkat awal ini Perak yang diwakili Lembaga Air Perak sedang berbincang dengan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd bagi melaksanakan kajian teknikal dan perancangan untuk penyaluran air.
Perak mempunyai sumber yang mencukupi untuk membekalkan bantuan air kepada kedua-dua negeri itu iaitu kawasan Kerian di bahagian Utara dan Lembah Bernam di Selatan, katanya kepada pemberita di sini semalam.
Terdahulu Mohammad Nizar menerima kunjungan hormat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin di pejabatnya di sini.
Sementara itu, Mohammad Fairus berkata kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia memberi komitmen yang tinggi terhadap usahasama kedua-dua negeri itu.
"Perbincangan antara Perak dan Pulau Pinang cukup baik dan akan diperincikan lagi selepas ini," katanya.
sumber : harakahdaily
27 Ogos 2008
Permatang Pauh membuktikan kematangan rakyat.
Sepanjang kempen yang sedang dijalankan di Permatang Pauh , kami di Perak sibuk dengan kempen solidariti dan ukhwah melawan "peluru akhir" yang di lepaskan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dengan mengaitkan 2 Exco Kerajaan negeri Perak dengan rasuah wang dan sex.Setiap hari sejak mereka terlibat saya berulang alik ke Ipoh bersama-sama dengan Exco dan ADUN yang lain hadir di Ipoh dan Mahkamah bagi menunjukkan sokongan padu kepada 2 Exco berkenaan. Kami sepakat untuk mengatakan dimana saja kami berada bahawa ini adalah perangkap .
Sebagaimana yang dijangkakan memang kes ini mahu dijadikan sesuatu yang boleh meraih undi di Permatang Pauh sehingga sehari seblum penduduk Permatang Pauh keluar mengundi kami sekalilagi berhimpun di Mahkamah sekyen mengikut prosiding pendakwaan kepada yang terlibat.
Hebat dan pantas sungguh BPR, tidak sampai seminggu sudah di dakwa di mahkamah sedangkan di sana ada ribuah fail yang bertimbun-timbun malah ada bukti yang lengkap kenapa tidak didakwa. Ini lah sifat double standard BPR yang tidak boleh dimaafkan.
Kalimat pertama keluar dari saya bila DS Anwar menang "padan muka". Rakyat sudah tidak percaya dengan segala maklumat yang diputar belit oleh media cetak dan elektronik arus perdana. Malah saya berkesimpulan mereka sangat percaya berita yang datang dari kami sendiri.
Bayangkan Muktamar PAS sudah 100 orang lebih yang datang buat liputan walaupun tidak semua yang ditulis dengan betul.
Namun yang jelas UMNO dan BN sudah berbohong ketahap yang tidak boleh dipercayai, seperti orang berbohong dengan mengataskan umur dia dengan ayahnya sama.
Begitulah di Permatang Pauh, kalau beginilah trendnya saya yakin masa depan Pakatan Rakyat (PR) akan lebih baik dimasa akan datang.
Apalagi Hari Kemerdekaan dan Ramadhan yang bakal tiba bagi umat Islam memastikan doa kita lebih makbul bagi meruntuhkan segala bentuk kezaliman yang ada di negara tercinta.
Pejabat ADUN Tronoh selamat dirasmikan
BATU GAJAH : Sebagai merealisasikan kerja-kerja mengurus rakyat di kawasan DUN Tronoh, ADUN kawasan tersebut yang juga merupakan Speaker Kerajaan Negeri Perak, V. Sivakumar telah membuka pejabat Pusat Khidmat ADUN Tronoh di Taman Saujana disini hari ini.
Majlis perasmian pejabat tersebut telah disempurnakan oleh Exco Kanan Kerajaan Perak, Dato' Ngeh Koo Ham. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Exco Perak, YB.Nga Kor Ming, YB.Chen Fook Chye,YB.Su Keong Siong,Timbalan Speaker YB. Hee Yet Fong,manakala ADUN yang hadir ialah YB.Sum Cheok Leng,YB.Puan Lim Pek Har, YB.Haji Mohd Anuar bin Sudin,YB. Drs. Khalil Idham Lim.
Semua Exco dan ADUN memotong riben merasmikan Pusat Khidmat ADUN Tronoh.
Dato' Ngeh Koo Ham menyampaikan ucapan perasmian.
Anwar : kemenangan rakyat .
BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memenangi pilihan raya kecil Perlimen Permatang Pauh, malam tadi menyifatkan ia adalah kemenangan rakyat yang mahukan perubahan di negara ini.Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, ia isyarat jelas rakyat bukan saja di Permatang Pauh malah seluruh negara mahu kerajaan membuat perubahan dengan mengutamakan kepentingan rakyat terutama dalam bidang ekonomi.
Beliau juga memuji Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berjaya memastikan proses pilihan raya berjalan lancar.
Langgan:
Catatan (Atom)
