16 Oktober 2010

Umno-BN Makin Tenat, Pakatan Rakyat Bakal Terajui Negara

07 Zulkaedah 1431 H
Oleh: Mohd Rashidi Hasan

PERDANA Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, jelas tidak dapat menyembunyikan betapa beliau amat gusar memikirkan masa depan Umno-Barisan Nasional yang terus kelam, akibat kegagalannya mendapat sokongan rakyat.

Ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-57 di Wisma MCA, minggu lepas Najib berkata, usaha kerajaan mengemukakan Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.

“Itu sebab saya nak sangat kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.

“Kita tidak boleh mentransformasi (negara ini) kecuali kita mendapat mandat baru (daripada rakyat) dalam pilihan raya umum ke-13,” katanya.

Ada pandangan mengatakan bahawa, apa yang Najib sebutkan itu merupakan suatu signal, kemungkinan beliau memanggil pilihan raya umum lebih awal daripada tempoh berakhir penggal Parlimen sesi ini, pada 2012.

Ada yang kata, kemungkinan PRU ke-13 disekalikan dengan pilihan raya negeri Sarawak, kerana Najib bimbang kesan buruk bakal menimpa BN, jika kuasa BN di Sarawak tergugat.

Apa pun andaian, kuasa menentukan tarikh pilihan raya ada pada PM. Hanya Najib yang tahu bila beliau patut bubarkan Parlimen.

Najib tahu beliau terpaksa berhati-hati. Harapannya untuk berlaku ‘miracle’ seperti zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi mula-mula menjadi PM pada tahun 2004 yang lalu, agak sukar.

Kemenangan besar BN pada PRU 2004 adalah hasil daripada persempadanan semula kawasan pilihan raya dan ‘persepsi baik’ terhadap Abdullah sebagai PM yang baru, berbanding dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada waktu ini, tiada persempadanan semula. Belum wujud sebagai persepsi baik terhadap Najib selaku PM yang baru menggantikan Abdullah. Sejak Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi, beliau masih terpalit dengan pelbagai persepsi buruk di kalangan rakyat, dengan pelbagai skandal yang diketahui umum.

Persepsi buruk ini membentuk sikap Najib, hingga beliau terlalu bimbang bahawa kemungkinan beliau merupakan PM yang terakhir dari BN. Maka kebimbangan yang Najib nyatakan dalam perhimpunan MCA memang ada kewajarannya.

Najib sebenarnya sudah meragui kekuatan BN menerajui negara. Najib sedar bahawa asas kekuatan Umno-BN sudah tercabut pada PRU 2008 dan sehingga kini masih belum dapat dipulihkan.

Sekarang ini BN yang menguasai Kerajaan Persekutuan,langsung tiada kekuatan. Mereka hanya tegak berdiri sebagai parti pemerintah, dengan sokongan dan dokongan agensi serta jentera kerajaan.

Kerajaan Umno-BN hari ini wujud, memerintah dalam negara dengan dokongan kuat media pro kerajaan, dibantu oleh polis, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, badan kehakiman dan sebagainya.

Agensi dan jabatan inilah, sebenarnya yang digembleng siang dan malam bagi menghadapi kemaraan Pakatan Rakyat. Mereka ini bergerak seperti cawangan Umno, bertugas menggunakan peruntukan besar kerajaan untuk menampung kepincangan Umno-BN.

Hakikat sebenarnya, asas kekuatan yang ada pada Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, PBS dan sebagainya sudah semakin menghampiri kepupusan.

Mengapa pengaruh parti-parti komponen BN ini semakin pupus? Sebabnya ialah ideologi dan kepimpinan mereka sudah ditolak oleh rakyat.

Rakyat pada zaman millenium ini adalah rakyat yang matang. Rakyat menolak fahaman rasisme yang melampau, menolak ideologi perkauman yang ditunjangi oleh parti-parti komponen BN.

Penolakan rakyat terhadap idealisme perkauman adalah akibat daripada kegagalan pemimpin BN untuk ‘deliver’ kepada kaum yang mereka wakili.

Sehingga hari ini Umno, MCA, MIC dan Gerakan dibelenggu perjuangan rasisme. Dalam setiap ucapan, kenyataan terbuka, malah pada setiap kali perhimpunan agung diadakan, agenda rasisme sentiasa menjadi topik utama mereka.

Oleh sebab itu parti-parti ini ditolak. Sebabnya ialah mereka diterajui oleh oportunis yang begitu rakus menjarah harta rakyat bagi kepentingan kroni-kroni mereka. Mereka hanya menggunakan suara rasisme semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. Bukan untuk kepentingan bangsa yang mereka wakili.

Rakyat tidak mahu parti-parti seperti ini. Rakyat tidak mahu BN lagi.

Yang rakyat mahu adalah parti-parti yang diterajui oleh pemimpin yang berkarisme, bersih serta memperjuangkan kepentingan rakyat keseluruhannya.

Dalam erti kata lain, ciri-ciri itu wujud pada pemimpin Pakatan Rakyat. Berbanding dengan pemimpin BN yang sudah tercalar dengan najis-najis rasuah yang amat dahsyat.

Maka dengan sebab itu, mana mungkin sebuah negara hanya tertegak dengan dokongan agensi serta jabatan kerajaan, jika tidak mendapat sokongan majoriti rakyat?

Mereka-mereka yang duduk dalam agensi serta jabatan kerajaan ini sebenar tidak sedar bahawa mereka sedang menunjangi kerajaan yang rapuh.

Kerajaan BN rapuh kerana parti-parti yang ditunjanginya sentiasa bergolak. Umno masih gagal berubah walaupun PM sudah bersilih ganti. MCA masih terus bercempera walaupun Dato’ Seri Chua Soi Lek menang sebagai Presiden.

Begitu juga dengan MIC, masa depan mereka terus kelam walaupun Dato’ Seri S Samy Vellu sudah mengumumkan untuk berundur. Sama dengan Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon, dalam partinya teruk dipertikaikan.

Persoalannya pergolakan dalam parti komponen BN bukannya mainan Pakatan Rakyat. Ia adalah realiti yang berlaku. Pergolakan ini masih terus gagal dipulihkan. Ini yang sebenarnya disuarakan PM Najib.

Dalam masa yang sama, sepanjang tempoh 30 bulan ini, usaha-usaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat terus menemui kegagalan.

Pakatan Rakyat semakin kukuh dan diterima rakyat. Justeru pada PRU ke-13 nanti, kemenangan besar akan berpihak kepada Pakatan Rakyat, bukan BN.

Harakahdaily/-

Tangguh GST: PAS sifatkan kejayaan rakyat

07 Zulkaedah 1431 H

KUALA LUMPUR, 14 Okt: PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sehingga kerajaan menangguhkan perancangan tersebut.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Kementerian Kewangan semalam bahawa langkah berkenaan diambil bagi membolehkan kerajaan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat untuk memastikan penguatkuasaan GST kelak akan diterima dengan baik oleh semua pihak.

“Inilah hikmahnya apabila kuasa rakyat semakin terserlah dan bilangan ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ramai, menyebabkan mereka (kerajaan) merasa gerun perkara ini akan ditentang di dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, kerajaan juga memahami isu penderitaan rakyat jika tidak ditangani dengan sempurna akan membawa padah kepada BN dalam pilihan raya akan datang.

PAS, katanya mengharapkan kerajaan janganlah mencari jalan pintas untuk mendapatkan wang dengan mengenakan GST semata-mata, kerana ia melibatkan semua lapisan rakyat di negara ini, terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Justeru, tambahnya kerajaan perlu membetulkan pengurusan kewangan negara dahulu supaya lebih telus dan memerangi rasuah.

“Kos yang tiris inilah sebenarnya yang menyebabkan kerajaan pada hari ini tercekik sehingga memikirkan perlunya GST dilaksanakan.

“Janganlah merasa malu untuk belajar daripada pemimpin negeri Pakatan Rakyat yang telah terbukti kewibawaannya dalam menguruskan ekonomi di negeri masing-masing,” ujarnya lagi.

Harakahdaily/-

Syarikat ‘mati’ kontraktor utama bina Istana Negara

07 Zulkaedah 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Datuk Seri Najib Razak diminta menjelaskan skandal pembinaan Istana Negara yang baru apabila projek bernilai RM950 juta itu diserahkan kepada Syarikat Maya Maju (M) Sdn Bhd.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat misteri itu dilantik sebagai kontraktor utama pada 26 Oktober tiga tahun lalu.

Walhal, katanya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) mengesahkan syarikat misteri itu telah mati atau tidak aktif ketika proses penyerahan tender dibuat oleh kerajaan Pusat.

"Syarikat kontraktor utama itu didaftarkan semula (di SSM) pada Ogos 2008 sedangkan kontraktor diserahkan kepada syarikat itu pada Oktober 2007.

"Mengapa status kontrak sedemikian, apakah cara begini yang Umno ambil," ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu petang tadi di lobi Parlimen.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR turut mendesak Najib menjelaskan sebab mengapa tarikh siap projek mega tersebut ditangguhkan sehingga Februari tahun depan.

Sedangkan katanya, tarikh siap yang dipersetujui antara Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor utama adalah pada 29 November tahun ini.

Pentadbiran Najib turut dipersoal kerana kos pembinaan asalnya hanya RM395 juta sahaja.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa amalan kronisme berlaku dalam proses pemberian projek yang membabitkan Kementerian Kewangan yang juga di bawah Najib.

Katanya, syarikat misteri tersebut dikuasai oleh bekas Bendahari Umno Bahagian Merbok.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua serta Ahli Parlimen Indera Mahkota, Mohd Azan Ismail turut menyertai sidang media tersebut.

Harakahdaily/-

Ahmad Maslan didakwa hina peneroka

07 Zulkaedah 1431 H
Oleh: Darwish Zainal

Lebih 40 peneroka Felda dari Negeri Sembilan telah membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan kerana didakwa menghina peneroka Felda baru-baru ini.

Diketuai oleh presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman; peneroka terbabit membuat laporan di balai polis Seremban 2 dengan mendakwa Ahmad menghina mereka dalam laporan akhbar Harian Metro bertarikh 8 Oktober 2010.

Menurut Mazlan, sebahagian daripada 14,882 peneroka dari seluruh negara yang masih belum mendapat semula wang tanam semula mereka berjumlah RM17,000 setiap seorang.

"Bagaimanapun Ahmad dalam laporan akhbar tersebut berkata Felda tidak memberi wang tanam semula kepada peneroka bagi mengelak ianya disalahguna.

"Beliau berkata jika wang itu diberikan kepada peneroka, mereka akan membelanja duit itu untuk membeli motor, baiki rumah dan beli kereta.

"Beliau juga menghina peneroka dengan berkata kebun peneroka akan bertukar menjadi hutan dan dipenuhi dengan babi hutan, ular sawa dan tikus," kata Mazlan.

Sehubungan itu, beliau menuntut Ahmad menarik balik kenyataannya "yang mengguris perasaan dan bersangka buruk terhadap peneroka".

"Beliau mesti meminta maaf atas ungkapan yang berunsur penghinaan terhadap peneroka.

"Sebagai satu pengajaran, hari ini saya bersama wakil peneroka di Negeri Sembilan membuat laporan polis agar satu siasatan dijalankan terhadap beliau," tambahnya.

Mazlan turut menjelaskan bahawa wang tanam semula adalah hak peneroka, di mana wang tersebut dicarum melalui potongan bulanan, hasil daripada pendapatan peneroka selama 20 tahun sebelum ini.

Oleh itu, tegasnya, adalah tidak munasabah untuk mempersoalkan penggunaan wang tanam semula oleh peneroka.

Turut hadir menemani peneroka membuat laporan polis ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamed Omar.

Malaysiakini/-

Konsert 'gay': PAS, siswa berhimpun di stadium

07 Zulkaedah 1431 H
Oleh: Abdul Rahim Sabri

Kira-kira 200 anggota Pemuda PAS dan aktivis kumpulan mahasiswa Islam malam ini antara yang hadir ke konsert artis 'gay' Amerika Syarikat Adam Lambert.

Bagaimanapun, kehadiran mereka bukan untuk berpesta, sebaliknya bagi menyatakan bantahan terhadap artis tersebut, antaranya dengan mengoyak dan memijak poster artis American Idol itu.

Sejak 7.30 malam, mereka berkumpul di sebuah surau, kira-kira 300 meter dari Stadium Bukit Jalil - tempat program itu berlangsung.

Mereka kelihatan menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum berarak beramai-ramai ke stadium berkenaam.

Dipimpin Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, mereka bertakbir dan melaungkan pelbagai slogan anti artis tersebut, antaranya "bantah artis gay' dan "bantah Adam Lambert".

Kehadiran mereka disambut kira-kira 30 anggota FRU yang mengawal sekitar pintu masuk bagi mengelakkan kumpulan tersebut menyerbu ke dalam stadium.

Bagaimanapun tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku apabila mereka mematuhi arahan polis yang tidak membenarkan sebarang poster dan kain rentang dipamerkan terlalu hampir dengan stadium berkenaan.

Sementara itu, sebelum memijak poster Lambert, Nasrudin sempat berucap ringkas menggunakan alat pembesar suara.

Katanya, mereka menentang program tersebut kerana ia menentang norma ketimuran, ajaran agama, "lucah, tidak bertamadun dan tidak sesuai dengan naluri manusia".

Bagaimanapun, kumpulan mahasiswa dipimpin Naib Presiden 1 Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis) Abdul Razak Osman tetap berkumpul di perkarangan stadium berkenaan walaupun anggota PAS telah beredar.

Mereka bahkan menghantar lima wakil bagi meninjau di dalam stadium.

Kita-kira jam 9.45 malam tadi, kira-kira sejam selepas itu, Abdul Razak yang turut masuk ke dalam stadium keluar dan memberitahu media bahawa daripada aspek pakaian, Adam Lambert didapati "OK".

Bagaimanapun, menurutnya, penari yang mengiringinya agak seksi.

Sementara itu, Bernama melaporkan Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Abdul Rahim Hamzah Othman berkata perhimpunan itu disuraikan kira-kira 10 malam dan tiada sesiapa yang ditahan.

"Perhimpunan terbabit tidak mendapat sebarang permit namun kita tidak menahan sesiapa berikutan ia dijalankan secara aman dan tiada kekacauan timbul serta mereka patuh apabila diarahkan bersurai," katanya kepada pemberita di kawasan perhimpunan.

Kira-kira 120 anggota polis termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan berkawal di hadapan dan sekitar stadium.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan yang menghadiri perhimpunan itu berkata mereka menentang konsert tersebut kerana ia bertentangan dengan budaya timur, ajaran agama, lucah selain berunsur gay yang tidak sesuai dengan naluri manusia.

"Adam lambert adalah artis remaja Amerika yang menjadi ikon budaya gay. Ini dibuktikan dengan adegan mencium lelaki di atas pentas. Dia sendiri cium lelaki, adegan lucah ini semestinya ditolak oleh warga Malaysia kerana sudah tentu menyalahi etika dan budaya timur kita," katanya.

Perhimpunan tersebut turut disertai Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) dan beberapa badan bukan kerajaan.

Malaysiakini/-

Lee Boon Chye undur: Peluang muka baru?

07 Zulkaedah 1431 H

Kemungkinan besar barisan naib presiden PKR sesi akan datang dipenuhi dengan muka-muka baru apabila seorang penyandangnya Dr Lee Boon Chye memilih tidak mempertahankan jawatannya hari ini.

Dr Lee yang juga ahli parlimen Gopeng berkata, beliau mengambil keputusan itu bagi memfokuskan tugasnya sebagai wakil rakyat dan ketua cabang di situ.

"Saya ingin umumkan bahawa saya telah membuat keputusan tidak akan bertanding sebarang jawatan di peringkat pusat dalam pemilihan PKR yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keputusan itu dilihat mengejutkan sesetengah pihak kerana berdasarkan jumlah pencalonaan yang diterima, Dr Lee (kiri) agak selesa dengan lebih 40 pencalonan.

Dengan pengunduran itu, kemungkinan hanya dua daripada lima naib presidennya - R Sivarasa dan Datuk Dr Jeffry Kitingan - yang berpeluang kekal.

Ini kerana Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub kini membuat keputusan bertanding di tahap lebih tinggi bagi kerusi timbalan presiden PKR.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang lagi pemimpin muda PKR Jonson Chong - bekas pengarah komunikasi - hari ini turut mengumumkan hasratnya turut bersaing bagi jawatan itu.

"Saya akan bersaing untuk naib presiden PKR dalam pemilihan 2010. Saya bekas pengarah komunikasi. Saya sertai parti pada 2004 bersama dengan PRM (Parti Rakyat Malaysia)," coretnya di laman Twitter.

Jonson (kiri) bagaimanapun difahamkan hanya mendapat kurang daripada lima pencalonanan daripada seluruh cabang yang bermesyuarat di seluruh Malaysia.

Setakat ini, difahamkan kira-kira 30 orang layak bertanding bagi merebut empat jawatan dalam pimpinan Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Antara yang mendahului di depan dengan pencalonanan terbanyak, Pengarah Pilihan Raua Fuziah Salleh, Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman dan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Malaysiakini/-

15 Oktober 2010

PERBEZAAN AL-QUR’AN, HADITS QUDSI DAN HADITS NABAWI

7 Zulkaidah 1431H.

Beza antara al-Qur’an dengan hadits Qudsi:

Al-Qur’an : Diturunkan melalui perantara malaikat Jibril 'alaihissalam kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, dan wahyu itu bermacam-macam.

Adapun hadits Qudsi maka tidak dipersyaratkan adanya perantara malaikat Jibril. Kadangkala malaikat Jibril menjadi perantaranya atau kadang kala lewat ilham atau dengan yang lainnya.

Al-Qur’an : Semuanya mutawatir dan pasti kebenaran periwayatannya (semuanya shahih).

Adapun hadits Qudsi sebagiannya ada yang shahih, dha’if (lemah) dan maudhu’ (palsu)

Al-Qur’an : Membacanya adalah ibadah, maka siapa saja yang membaca satu huruf dia mendapatkan satu kebaikan dan satu kebaikan dilipat gandakan menjadi sepuliuh kebaIkan.

Adapun hadits Qudsi tidak demikian.

Al-Qur’an : Terbagi-bagi menjadi suraH-suraH, ayat-ayat, hizb-hizb dan juz-juz.

Adapun hadits Qudsi tidak terbaGi dengan pembagian seperti itu.

Al-Qur’an : Lafazh dan maknanya adalah mukjizat.

Adapun hadits Qudsi tidak demikian secara mutlak.

Al-Qur’an : Orang yang mengingkarinya kafir, bahkan yang mengingkari satu huruf sekalipun dia dihukumi kafir.

Adapun hadits Qudsi maka siapa yang mengingkari hadits qudsi atau menolaknya karena melihat kondisi sEbagian rawi-rawinya (orang-orang yang meriwayatkan hadits) maka dia tidak kafir.

Al-Qur’an : Tidak boleh meriwayatkan atau membacanya dengan maknanya (tidak dengan lafaznya)

Adapun hadits Qudsi boleh meriwayatkannya dengan makna.

Al-Qur’an : Kalamullah (ucapan Allah Subhanahu wa Ta'ala) baik secara lafazh maupun makna.

Adapun hadits Qudsi maka maknanya dari Allah Subhanahu wa Ta'ala dan lafazhnya (teks) dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.

Al-Qur’an : Allah menantang orang Arab bahkan menantang seluruh makhluk untuk mendatangkan/membuat sesuatu yang seperti al-Qur’an baik dalam lafazh maupun maknanya.

Adapun hadits Qudsi maka Allah tidak menantang mereka dengannya.

Beda hadits Qudsi dengan hadits Nabawi

Hadits Qudsi : Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menisbatkan atau menyandarkan hadits (ucapan tersebut) kepada Rabbnya (Allah) Subhanahu wa Ta'ala

Adapun hadits Nabawi maka beliau tidak menyandarkannya kepada Rabbnya.

Hadits Qudsi : Kebanyakan materinya/temannya berkaitan dengan khauf (takut kepada Allah), roja’ (harapan kepada Allah) dan pembicaraan Allah Subhanahu wa Ta'ala terhadap para Makhluknya. Dan sedikit yang berkaitan dengan hukum taklifi (hukum pembebanan syari’at seperti wajib, sunah, makruh haram dan mubah)

Adapun hadits Nabawi maka terkandung di dalamnya materi-materi/tema-tema di atas dan ditambah dengan materi/tema tentang hukum.

Hadits Qudsi : Jumlahnya sedikit kalau dilihat dari keseluruhan jumlah hadits yang ada.

Adapun hadits Nabawi maka banyak sekali.

Hadits Qudsi : Secara umum berupa Qouliyah (ucapan).

Adapun hadits Nabawi mencakup qouliyah (ucapan), fi’liyah (perbuatan) dan taqririyah (penetapan/pembenaran). Untuk melihat itu baca di kitab “Ash-Shahih al-Musnad min Al-Ahaadits Al-Qudsiyah” karya Syaikh Mustafa al-‘Adawi hafizhahullah dan ”Mabahits fii ‘Ulumi Al-Hadits” rahimahullah.

Beda antara Hadits dan Atsar.

Hadits apabila dimutlakkan di dalam istilah maka dia lebih umum/lebih luas cakupannya dari pada sekedar ucapan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Bahkan dia mencakup hadits qouliyah (perkataan) yang diucapkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, hadits fi’liyah (perbuatan) beliau shallallahu 'alaihi wasallam. Maka penggambaran perbuatan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam masuk ke dalam istilah hadits atau disebut juga hadits, seperti wudhu Nabi atau shalat beliau shallallahu 'alaihi wasallam dan lain-lain. Dan juga mencakup sifat-sifat beliau shallallahu 'alaihi wasallam, seperti penggambaran ciri-ciri fisik dan sifat-sifat beliau shallallahu 'alaihi wasallam. Demikian juga mencakup taqrir (penetapan/pembenaran) Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam terhadap suatu perkara atau perbuatan yang dilakukan oleh para Sahabat, seperti taqrir beliau terhadap para Sahabat yang memakan daging dhob (sejenis biawak).

Dan apabila dimutlakkan lafazh hadits maka hal itu mencakup perkataan, dan perbuatan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana penjelasan yang lalu, dan mencakup pula perkataan dan perbuatan Sahabat radhiyallahu'anhum, maka ketika dikatakan misalnya –setelah menyebutkan sebuah hadits dikatakan-:”Dan hadits ini mauquf (hadits yang disandarkan kepada Sahabat) dari perkataan fulan dari kalangan Sahabat.” Dan juga mencakup al-Maqthu’ yaitu ucapan yang datang dari para Tabi’in. Demikian juga mencakup hadits dha’if (lemah) dan hadits maudhu’ (palsu). Dan hadits bisa disebut juga sebagai khabar.

Adapun ketika dibagi secara istilah, maka hal di atas berbeda-beda maknanya menurut sebagian ulama, perbedaaan tersebut adalah:

Hadits: Apa yang diriwayatkan dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam baik berupa ucapan, perbuatan, taqrir, fisik maupun perilaku beliau shallallahu 'alaihi wasallam –sebagian mereka menambahkan- baik sebelum diutus menjadi Nabi ataupun setelahnya. Dan yang benar bahwa kata “hadits” identik dengan apa yang diriwayatkan dari beliau shallallahu 'alaihi wasallam setelah diutus.

Khabar adalah sinonim dari kata hadits menurut kalangan ulama ahli hadits.

Dan sebagian ulama membedakan keduanya, mereka mengatakan:

Hadits adalah apa yang datang dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan khabar adalah apa yang datang dari selain beliau shallallahu 'alaihi wasallam. oleh sebab itu dikatakan kepada orang yang menyibukkan diri dengan ilmu sunnah/hadits disebut muhaddits dan untuk orang yang menyibukkan diri dengan ilmu tarikh (sejarah) di sebut ikhbari

Ada yang berkata bahwa di antara keduanya ada umum khusus, maka setiap hadits adalah khabar dan tidak setiap khabar hadits.

Adapun atsar dipakai oleh Ahli Hadits untuk istilah hadits marfu’ dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, atau mauquf dari Sahabat radhiyallahu'anhum. Oleh karena itu muhaddits disebut juga al-Atsary, dinisbatkan ke atsar dan dikatakan untuk hadits Qudsi “atsar Ilahi”. Kecuali menurut ulama ahli fiqih dari daerah Khurasan mereka menyebut hadits mauquf dengan atsar dan hadits marfu’ dengan khabar.

Kesimpulan dalam masalah ini :

Apabila kata Hadits dimutlakkan maka yang dimaksud adalah segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, dan kadang yang dimaksud adalah sesuatu yang disandarkan kepada Sahabat radhiyallahu'anhum atai Tabi’in rahimahumullah, akan tetapi kadang-kadang lafazh itu dibatasi dengan sesuatu yang bisa memberikan faidah pengkhususan siapa yang mengucapkannya.

Dan kata khabar dan atsar dimaksudkan untuk segala sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang disandarkan kepada Sahabat radhiyallahu'anhum dan Tabi’in rahimahumullah, hanya saja ahli fikih dari daerah Khurasan membedakan keduanya sebagaimana telah berlalu penjelasannya. Dan ini menurut muhaddits/Ahli hadits, oleh sebab itu mereka tidak membedakan antara ”haddatsanii” (mengatakan kepadaku) dan ”akhbaranii” (mengabarkan kepadaku).

(Sumber : الفرق بين القرآن والحديث القدسي وبين الحديث النبوي والحديث القدسي oleh Abdurrahman as-Suhaim, diterjemahkan oleh Abu Yusuf Sujono)/ http://www.alsofwah.or.id/


200 sertai bantahan konsert Adam Lambert


KUALA LUMPUR, 14 Okt: Lebih 200 anggota Pemuda PAS dan mahasiswa menyertai ekspedisi dakwah membantah konsert penyanyi homoseksual Amerika, Adam Lambert di Stadium Putra, Bukit Jalil malam ini.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan mengetuai solat hajat selepas solat Maghrib.

Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada para peserta yang menyertai ekspedisi tersebut sebelum bergerak ke stadium kira-kira jam 7.30 malam.

PKR YANG BERKUBUR ATAU RAJA KATAK YANG BERKUBUR?

07 Zulkaedah 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

IBRAHIM Ali menjadi `Nujum Pak Belalang' kali ini. Raja katak Pasir Mas ini meramalkan PKR akan hidup kali terakhir di dalam PRU ke 13 nanti, selepas itu PKR lenyap katanya.

Kita sudah biasa dengan ramalan seperti itu. Sebelum PRU ke 12 dulu, Nazri Aziz pernah juga meramalkan PKR akan berkubur selepas PRU ke 12 memandangkan ketika itu wakil PKR di dalam Parlimen cuma tinggal seorang sahaja iaitu DS Wan Azizah.

Tetapi sebaliknya berlaku, yang banyak mendirikan `batu nisan' adalah Umno, lebih-lebih lagi yang tidak disangka adalah dari MCA, MIC dan Gerakan.

Biarlah raja katak meramalkan begitu. Cuma nanti kita lihat samada yang berkubur di dalam PRU Ke 13 nanti adalah PKR atau raja katak Pasir Mas.

Sebenarnya, raja katak Pasir Mas sudah boleh dikuburkan lebih awal tetapi keengganan atau sikap bacul raja katak, maka beliau berpeluang untuk `menumpang' kerusi yang tidak diredhai oleh PAS itu sehingga sekarang.

Memang raja katak tidak tahu malu kerana beliau perasan beliaulah seorang `pejuang' Melayu kununnya. Seorang pejuang yang telah dilucutkan pingat oleh Raja Melayu di bumi sendiri.

" Pilihan raya mengejut", kata Anwar

6 Zulkaidah 1431H.

Tindakan terbaru kerajaan menunda pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah petanda “utama” bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ada kemungkinan kita akan saksikan pilihan raya umum yang mengejut dan saya jangkakan pembentangan bajet esok adalah bajet pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Anwar, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan berkata, rang undang-undang GST itu dirangka dengan lemah dan ia bukan hanya akan membebankan rakyat tetapi juga tidak mampu membantu menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia.


Apa masalahnya PAS menjadi Kapten Pakatan Rakyat?

06 Zulkaedah 1431 H
Suhaizan Bin Kaiat

Chua Soi Lek, Presiden MCA telah cuba memberi gambaran yang salah khususnya kepada masyarakat Cina berkenaan kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara ini.

Semasa berucap dalam Perhimpunan Agung MCA kali ke-57 pada hari Ahad 10 Oktober 2010, beliau telah menyatakan bahawa jika PR memerintah maka PAS akan menjadi kaptennya.

PAS akan membawa dasar-dasar autokratik dan kembali kepada perjuangan asalnya. Ucapan ini disampaikan di hadapan Perdana Menteri, Mohd Najib Abd Razak yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional serta para pewakilan MCA seluruh negara. Persoalannya, apa masalahnya jika PAS menjadi Kapten PR?

Dasar PAS adalah Islam. Semenjak ditubuhkan 59 tahun dahulu hingga ke hari ini dasar PAS tidak pernah berubah. Islam adalah agama yang universal. Kebaikan yang dibawa oleh Islam adalah untuk seluruh manusia tidak kira agama mahupun bangsa.

PAS berkeyakinan bahawa Islam diturunkan atas muka bumi ini adalah untuk menyelamatkan dunia ini daripada kehancuran akibat kerakusan manusia.

Buktinya sekitar kampung Chua Soi Lek sendiri di Batu Pahat, masyarakat Cina boleh tinggal dengan selamat dan berniaga bersama orang Melayu yang beragama Islam.

Bilangan masyarakat Cina tidak sampai 10% di perkampungan tersebut tetapi mereka boleh hidup selesa. Islam menjamin keselamatan semua umat manusia.

Jika terdapat kelemahan bukanlah disebabkan oleh Islam tetapi disebabkan oleh penganutnya yang tidak melaksanakan Islam yang sebenar.

Kemuliaan bangsa Melayu itu hanya apabila ia berpegang kepada Islam. Jika orang Melayu meninggalkan Islam maka kita akan dapat melihat kehancurannya.

Berapa ramai orang Cina di Kelantan, Kedah dan Terengganu yang tertindas semasa pemerintahan PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah(APU), Barisan Altenatif(BA) dan Pakatan Rakyat (PR) daripada tahun 1990 hingga sekarang? Jika Islam itu zalim maka PAS sudah menindas masyarakat bukan Islam sejak tahun 1990.

Jika Islam itu tidak bertamadun maka sudah beribu orang bukan Islam yang dibunuh oleh PAS. Islam melarang memaksa orang lain untuk menganut agama Islam. Hak memilih agama adalah hak masing-masing. Agama bukan untuk ikut-ikutan tetapi diikat dengan keyakinan teguh dalam hati yang ikhlas.

Bagi Islam, tiada paksaan dalam agama. Namun apabila telah menganutnya, tiada pilihan melainkan wajib mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan Allah.

Islam menentang perkauman sempit. Islam melarang umatnya berlaku zalim dan menafikan hak orang bukan Islam. UMNO adalah parti perkauman.

Chua Soi Lek (gambar kanan), jangan mengambil contoh pegangan agama Islam daripada UMNO. Sebahagian besar pemimpin UMNO gagal menunjukkan ciri-ciri Muslim yang sebenar.

Sebelah tangan memegang Islam sementara sebelah tangan lagi menerima rasuah. Dalam Islam tidak boleh bercampur antara yang baik dengan yang jahat.

Parti perkauman seperti UMNO tiada panduan yang jelas tetapi PAS jadikan Al-Quran dan kehidupan Nabi Muhammad sebagai panduan yang jelas.

Ini termaktub dalam perlembagaan PAS. Tidak ada satu ayat Al-Quran yang menindas orang bukan Islam. Kalau Chua Soi Lek terjumpa satu ayat Al-Quran yang menindas orang bukan Islam sila kemukakan dengan segera.

Dalam Islam tiada halangan bagi orang bukan Islam melaksanakan ibadat dan amalan masing-masing seperti meminum arak, memakan daging kinzir dan lain-lain. Pernahkah Chua Soi Lek melihat orang alim yang melarang penjualan

daging khinzir kepada masyaraka Cina di kampung-kampung sekitar Batu Pahat? Mereka bebas melakukan aktiviti perniagaan ini. Itulah ajaran Islam sebenar.

Islam hanya melarang penjualan barang terlarang seperti arak dan daging khinzir kepada orang Islam sahaja.

Sekarang UMNO dan Barisan Nasional seolah-olah tidak dapat mengawal rasuah dalam negara. Penaik-tarafan BPR kepada SPRM tidak dapat membantu imej negara keluar daripada budaya rasuah.

Dalam Islam rasuah boleh dihindari dengan menyemai perasaan takut kepada Allah S.W.T. Segala perbuatan kita mesti dirujuk kepada perintahNya.

Umat Islam berkeyakinan segala perbuatan jahat akan dibalas dengan azab neraka apabila mati kelak. Semua orang tidak terlepas daripada mati.

Oleh kerana UMNO mengamalkan dasar sekular yang mengasingkan urusan politik daripada agama maka perbuatan rasuah tidak dikaitkan dengan kemarahan Allah S.W.T dan seksaan api neraka.

Secara automatik masyarakat Islam beranggapan rasuah itu tidak menjadi kesalahan yang membawa manusia masuk neraka.

Sebab itu tidak mustahil umat Islam yang berfahaman sekular boleh memakai serban yang tebal tetapi tetap melakukan rasuah. Sebenarnya tidak banyak kos diperlukan untuk membanteras rasuah mengikut ajaran Islam sebenar.

PAS mempunyai rekod yang jelas dalam isu rasuah ini. Tiada seorang pun EXCO PAS yang terlibat dengan rasuah di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Bandingkan pula dengan UMNO, berapa ramai pemimpinnya terlibat dengan rasuah? Itulah bukti Islam sebenar yang dibawa oleh PAS dan bukan Islam sekular yang dibawa oleh UMNO.

PAS didik pemimpinnya dengan Islam sebenar. Dengan Islam sebenarlah PAS dilihat mempunyai integriti yang tinggi.

Orang bukan Islam khususnya masyarakat Cina menguasai ekonomi dalam negara ini. Islam menjamin harta-harta mereka.

Islam melarang umatnya merampas harta orang bukan Islam. Islam juga melarang umatnya mencuri dan merompak harta orang bukan Islam. Jika mengikut ajaran Islam sebenar jenayah dapat dikurangkan.

Negara kita sudah terlalu tepu dengan jenayah sehingga sangup membunuh dan membakar mayat manusia dengan begitu kejam sekali. Sejarah dunia telah membuktikan bahawa Islam dapat mengurangkan jenayah dalam sesebuah negara.

Itulah bukti bawa Islam sebenar dapat mengatasi masalah jenayah dalam negara.

PAS tidak mampu menggubal sebarang undang-undang Islam jika rakyat tidak menyetujuinya.

Oleh itu PAS mengambil pendekatan mendidik terlebih dahulu terhadap prinsip-prinsip keadilan yang terdapat dalam Islam kepada seluruh rakyat Malaysia. PAS yakin suatu masa nanti rakyat Malaysia akan terbuka hatinya untuk menerima undang-undang Islam.

Hati manusia sama ada yang beragama Islam atau sebaliknya adalah milik Allah S.W.T. Dialah yang membuka hati atau menutup hati rakyat Malaysia.

PAS berserah sahaja kepada Allah S.W.T setelah berusaha mendidik rakyat memahami keadilan dalam Islam.

PAS yakin suatu masa nanti mereka yang bernama Ah Chong atau Ramasami secara relahati memohon keadilan dalam Islam untuk melindungi nyawa, akal, harta dan keturunan mereka.

Antara kegagalan UMNO dalam memerintah negara ini adalah gagalnya UMNO mendidik masyarakat Islam menjadi umat Islam yang cemerlang dalam pendidikan, ekonomi, sosial dan lain-lain. Statistik menunjukkan bahawa remaja Islam menjadi juara masalah sosial dalam negara.

Dalam pencapaian akademik pula kualiti pelajar Islam lebih rendah daripada bukan Islam. Keadaan tidak seimbang inilah menyebabkan dasar afirmatif terpaksa dikenalkan sehingga ke hari ini.

Sebenarnya dasar afirmatif sudah tidak diperlukan lagi jika kedudukan sosio-ekonomi semua masyarakat sudah seimbang. Islam yang sebenar mampu membina jatidiri remaja Islam sebenar.

Buktinya sekolah-sekolah aliran agama Islam di negara ini menunjukkan prestasi akademik yang lebih baik dan tidak menghadapi masalah sosial yang besar dibandingkan sekolah yang bukan aliran Islam. Umat Islam yang hampir dengan Tuhannya dapat menghindarkan diri daripada gejala yang tidak bermoral.

Oleh itu agenda utama PAS dan PR jika memerintah negara ini adalah membina hubungan mantap remaja dengan Tuhannya. Tentunya modalnya tidak sebesar Program Rakan Muda atau PLKN.

Islam sebenar dapat menjaga nyawa, harta, keturunan dan akal fikiran manusia. Saya penuh yakin masyarakat bukan Islam lebih selamat bersama Islam sebenar. Mereka boleh mengundi PAS dan PR dalam pilihanraya akan datang.

Jika masyarakat bukan Islam merasa tidak selesa dengan cara-cara PAS maka mereka boleh menyalurkan pandangan mereka kepada Dewan Himpunan PAS, DAP/PKR rakan sekutu PAS atau NGO yang berkaitan.

Negara kita adalah sebuah negara demokratik. Tempoh lima tahun bukannya lama. Jika masyarakat bukan Islam tidak selesa dengan PAS dan PR maka pilihanraya seterusnya pilihlah UMNO-BN.

Pada waktu ini, apakah masyarakat bukan Islam lebih rela bernaung di bawah UMNO-BN yang telah terbukti tidak mampu menjaga kepentingan rakyat Malaysia dengan peningkatan rasuah, jenayah, kemerosotan ekonomi dan sebagainya.

Atau masyarakat bukan Islam perlu mencuba pemerintah baru yang menjanjikan pemerintahan yang lebih bertanggungjawab, telus, demokratik dan adil.

Sebahagian usaha ini telah dilaksanakan di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Chua Soi Lek pernah menjadi Exco Kanan Kerajaan Negeri Johor, Ahli Parlimen Labis dan Pengerusi MCA Batu Pahat. Sudah tentunya beliau mendapat gambaran Islam daripada daripada Muhyidin bin Mohammad Yassin (Timbalan Perdana Menteri), Hishamuddin Hussein (Menteri Dalam Negeri) dan Abd. Ghani Othman(Menteri Besar Johor).

Saya kira Chua Soi Lek belum mendapat gambaran Islam sebenar daripada PAS khususnya PAS Johor. Saya mencadangkan kepada beliau agar mendapatkan maklumat Islam sebenar daripada anak-anak Johor seperti Mahfoz Muhammad (Pesuruhjaya PAS Johor), Sallehuddin Ayub (Naib Presiden PAS) dan Mazlan Alman (AJK PAS Pusat) dan lain-lain lagi.

Mungkin adalah lebih mudah berbicara tentang Islam yang sebenar sesama anak Johor sendiri.

Tulisan blog oleh Suhaizan Bin Kaiat, selaku Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Hukum Melawak

06 Zulkaedah 1431 H
Oleh: newsfowarder

Etika melawak dan bergelak ketawa.

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda "Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga." Baginda menjawab "Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga." Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:

أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا

Maksudnya: "Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman " Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya."
(Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata " Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami." Baginda menjawab:

نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا

Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.
(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi saw bersabda:

ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له.

Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.
(Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah: " Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… " ( 11 : al-Hujarat)

Nabi saw bersabda:

بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ

Maksudnya: "Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim." (Hr Muslim – sahih)

Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.

Aisyah ra berkata "Aku telah meniru perbuatan seorang manusia." Lalu Rasulullah saw bersabda:

ما أحب أني حكيت أحدا

Maksudnya: "Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain."
(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;

لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا

Maksudnya: "Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam."
(Hr Thabrani – sahih)

Nabi saw bersabda:

لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا

Maksudnya : " Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2."

(Hr Ahmad – sahih)

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:

ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق

Maksudnya: "Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba.
(Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt:
"Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai." (59 – 61 : an-Najm)

Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi saw bersabda:

وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ

Maksudnya: "Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati." (Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)

Saidina Ali ra:
"Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu."

Said bin al-'As berkata:
"Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas."

PRK DUN GALAS: KEMELUT PERAK AKAN DI DEDAHKAN

06 Zulkaedah 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat sikap angkuh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang terlalu yakin akan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Galas pada 4 November ini, lupa akan faktor kemelut Negeri Perak bakal menjadi isu penting semasa kempen PRK itu kelak.

DPPN Pk mencabar agar Datuk Seri Zambry berdebat di atas satu pentas bersama Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin bagi menjelaskan kemelut Perak dan kedudukan Galas yang terlalu hampir dengan negeri Perak.

Sudah tentu penduduk Galas ingin mengetahui isu kemelut Perak yang telah merosakkan demokrasi yang selama ini di dokong .

Mungkin faktor kemelut Perak ini sebagai kayu ukur kemenangan mana-mana parti yang akan bertanding kelak.

Datuk Seri Zambry perlu berani bagi menjelaskan kemelut Perak yang menjadi sejarah hitam di dalam sejarah Dunia sekarang ini. FDI Perak yang tidak meningkat adalah perkara jelas ,bahawa pelabur asing masih bimbang akan urusniaga di Perak.

DPPN Pk menunggu keberanian Datuk Seri Zambry di dalam memperkatakan kemelut Perak yang terlalu kotor di dalam demokrasi di dalam Negara kita.

Masjid Xiaopihyuan Xi'an, Provinsi Shaanxi

06 Zulkaedah 1431 H

Xi'an merupakan ibu kota Provinsi Shaanxi yang terletak di bahagian barat laut China. Bandar tersebut pernah dijadikan ibu negara semasa 13 dinasti dalam sejarah China.

Dalam tempoh 1,100 tahun sebagai ibu negara, Xi'an mewarisi kebudayaan tradisional yang cemerlang dan artifak purba yang tidak terbilang banyaknya. Bandar Xi'an diiktiraf sebagai salah sebuah daripada 4 buah ibu negara purba yang terkenal di dunia, bersama-sama dengan Athens, Rome dan Kahirah.

Kini, Xi'an merupakan pusat penyelidikan sains, pendidikan tinggi, industri pertahanan kebangsaan serta industri sains dan teknologi canggih yang terbesar di kawasan barat laut China.
Agama Islam tersebar ke Xi'an pada tahun 651 Masihi, iaitu pada zaman Dinasti Tang. Terdapat kira-kira 20 buah masjid di bandar tersebut. Kini, selain daripada penduduk Islam tempatan, semakin ramai orang Islam dari tempat

lain seperti Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Wilayah Autonomi Hui Ningxia dan provinsi Qinghai dan Henan tinggal dan bekerja di Xi'an. Kawasan kediaman orang Islam terletak di kawasan Menara Loceng dan Menara Gendang iaitu kawasan yang paling sibuk di bandar itu.

Antara semua masjid di Xi'an, Masjid Besar Xi'an yang berhampiran Menara Gendang merupakan masjid yang terkenal. Masjid Xiaopiyuan terletak di arah utara Masjid Besar Xi'an. Itulah sebabnya masjid itu dipanggil sebagai masjid utara.Lorong Xiaopiyuan di mana terletaknya Masjid Xiaopiyuan tidak begitu sibuk kerana terletak berhampiran dengan deretan kediaman penduduk.

Menurut catatan sejarah provinsi Shaanxi, tiada catatan mengenai masa yang tepat kewujudan Masjid Xiaopiyuan, namun ia sudah wujud pada zaman Dinasti Yuan iaitu semasa pemerintahan Maharaja Huangqing (tahun 1312 hingga 1313). Oleh itu, masjid tersebut didirikan selewat-lewatnya pada zaman Dinasti Yuan.

Masjid Xiaopiyuan pernah mengalami pembinaan semula pada zaman Dinasti Ming semasa pemerintahan Maharaja Wanli, iaitu tahun 1614. Sebuah batu bersurat yang mencatat sejarah proses pembaikan masjid itu masih terpelihara dalam masjid tersebut.

Menurut catatan batu bersurat itu, agama Islam berkembang maju pada zaman Dinasti Yuan dan Ming, manakala jumlah penduduk Islam semakin ramai. Oleh sebab itulah, masjid dibina semula untuk menampung lebih ramai jemaah.

Kawasan Pusat bandar Xi'an Pernah mengalami Serangan bom Dibuat Pesawat Pejuang tentera Jepun Kesawan Perang Dunia kedua. Masjid-masjid di Pusat bandar Xi'an kedudukannya berdekatan.

Masjid-masjid tersebut termasuk Masjid Xiaopiyuan rosak teruk semasa peperangan. Hingga penghujung abad ke-20, barulah Bangunan Masjid Xiaopiyuan dibina semula mengikut rupa asalnya.

Reka Bentuk Dewan sembahyang masjid tersebut mempunyai ciri Seni bina Istana Kuno China. Kawasan masjid Suami agak Besar halamannya Artikel Baru Yang Luas agak. Selain di Kiri, Kanan Auditan terdapat rumah-rumah Penjaga, Bilik Tempat imam dan menyambut tetamu, di Tengah-tengahnya terdapat sebuah taman beserta wakaf Yang cantik.

Sumbangan pagar Masjid Besar Xiaopiyuan terhadap perkembangan Agama Islam di China adalah Pendidikan Agama c. Kepemilikan Modal Kesawan. Pendidikan Agama Dibuat telah dimulakan sarjana Islam Agama Yang terkemuka di wilayah Shaanxi,

iaitu Hu Dengzhou PADA Zaman Dinasti Ming semasa pemerintahan Maharaja Jiajing (years hingga 1522 iaitu 1566). Composition Komposisi Pendidikan Agama adalah untuk menyebarkan Ilmu Agama dan imam berkelayakan melatih yang.

Menurut buku Yang disunting Dibuat Haji Huang Dengwu, iaitu "Pendidikan Agama Cina dan Sarjana Shaanxi", imam Orang beribu-ribu telah Yang Lulus Sekolah Dari Yang terletak Kesawan Masjid Xiaopiyuan PADA Zaman Dinasti Qing dan Ming.

Mereka dihantar ke Tempat merata-rata di seluruh China untuk berkhidmat sebagai imam masjid Kesawan dan Sumbangan telah memberikan Yang Besar terhadap kemajuan Agama Islam di China.

Antara small lulusan Sekolah Agama di Masjid Xiaopiyuan, ialah Zhou Liangjun merupakan tokoh terkemuka Sejarah Kesawan. Beliau Hidup Kesawan Zaman Dinasti Qing.

Pendapatan kena cukai Selesai belajar di Masjid Xiaopiyuan, beliau dipilih menjadi imam masjid tersebut. Kesawan tempoh 12 years perkhidmatannya di masjid tersebut, sikap beliau Artikel Baru Yang Terbuka Besar telah menerima sejumlah Orang Dari pelbagai Tempat untuk belajar Kesawan Masjid Xiaopiyuan.

Semakin ramai Orang Yang bercita-cita menceburkan Diri Kesawan Pendidikan Agama Islam tersebut membanjiri masjid. Akhirnya, bandar beransur-ansur Xi'an menjadi Pusat Pendidikan Agama Negara pada masa itu. Masjid Xiaopiyuan Juga mempunyai Reputasi Tinggi di seluruh Negara.
Lapan merupakan pelajarnya Orang Yang Unggul pagar small * Semua Pelajar dididik Dibuat Yang Zhou Liangjun. Mereka masing-masing ditawarkan Sekolah dan meneruskan Pendidikan Agama di pelbagai masjid.

Usaha mereka sesungguhnya telah mendorong perkembangan Pendidikan Agama di seluruh China dan memberi pengaruh mendalam sehingga Yang terkini.

Hasutan

06 Zulkaedah 1431 H
Oleh: Jarjani Usman

’Sesungguhnya orang-orang yang suka menghasut tidak akan masuk surga’’ (HR. Bukhari dan Muslim).

Dalam pandangan manusia, dunia dengan segala isinya begitu indah. Karena keindahannya, dunia menjadi impian, daya tarik dan rebutan yang terus-menerus dari manusia.

Tenggelam dalam perlombaan meraih keindahan dunia, sebahagian manusia menjadi lalai dari mengingat Allah, meskipun telah diingatkan untuk tidak demikian.

Jika Allah sebagai Pencipta sudah tak diingat, maka jangan heran bila manusia diabaikan. Sehingga tidak mengherankan pula bila dalam merebut dunia, tidak sedikit orang mengorbankan orang lain dengan berbagai cara, termasuk dengan cara menghasut. Hasutan merupakan senjata penghancur bangunan silaturrahmi.

Dahsyatnya dampak buruk hasutan, sehingga wajar bila pelakunya disebut makhluk paling buruk, meskipun pada dasarnya manusia makhluk paling baik.

Rasulullah s.a.w pernah mengatakan, ‘’Maukah kalian kuberitahukan tentang orang yang paling buruk perilakunya di antara kalian?

(Mereka) adalah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi seraya melakukan hasutan, yang merusak di antara orang-orang yang tadinya saling mencintai, dan hanya ingin membeberkan aib orang-orang yang tidak bersalah.’’

Harus diakui, perbuatan (hasutan) seperti ini kini semakin diminati di negeri ini. Ini pertanda kesuksesan iblis yang telah dicap sebagai makhluk paling buruk, menggoda manusia agar menjadi makhluk paling buruk juga.