16 Oktober 2010

Tangguh GST: PAS sifatkan kejayaan rakyat

07 Zulkaedah 1431 H

KUALA LUMPUR, 14 Okt: PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sehingga kerajaan menangguhkan perancangan tersebut.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Kementerian Kewangan semalam bahawa langkah berkenaan diambil bagi membolehkan kerajaan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat untuk memastikan penguatkuasaan GST kelak akan diterima dengan baik oleh semua pihak.

“Inilah hikmahnya apabila kuasa rakyat semakin terserlah dan bilangan ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ramai, menyebabkan mereka (kerajaan) merasa gerun perkara ini akan ditentang di dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, kerajaan juga memahami isu penderitaan rakyat jika tidak ditangani dengan sempurna akan membawa padah kepada BN dalam pilihan raya akan datang.

PAS, katanya mengharapkan kerajaan janganlah mencari jalan pintas untuk mendapatkan wang dengan mengenakan GST semata-mata, kerana ia melibatkan semua lapisan rakyat di negara ini, terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Justeru, tambahnya kerajaan perlu membetulkan pengurusan kewangan negara dahulu supaya lebih telus dan memerangi rasuah.

“Kos yang tiris inilah sebenarnya yang menyebabkan kerajaan pada hari ini tercekik sehingga memikirkan perlunya GST dilaksanakan.

“Janganlah merasa malu untuk belajar daripada pemimpin negeri Pakatan Rakyat yang telah terbukti kewibawaannya dalam menguruskan ekonomi di negeri masing-masing,” ujarnya lagi.

Harakahdaily/-

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib berani tangguh je, lepas pilihan raya kalau puak ni memerintah lagi, rakyat lah sengsara menanggung kenaikan harga barang. Adoi ada ke rakyat Malaysia yang tidur lg? MAS & Simedarby rugi, FELDA penuh dgn kroni... Apa nak jadi dgn Malaysia kita ni.

Tanpa Nama berkata...

tangguh hingga lepas PRU13, kalau BN menang akan dilaksanakan juga

Tanpa Nama berkata...

macam saman ekor juga, tangguh sebab perjuangan pas dan pakatan rakyat

Tanpa Nama berkata...

kalau BN menang mampus kita sebagai rakyat

Tanpa Nama berkata...

dasar UMNO menindas rakyat hanya kaya dengan slogan yang menipu rakyat

Tanpa Nama berkata...

barua APCO mana tak menindas rakyat