16 Oktober 2010

BANTUAN SEKOLAH TAMIL: SAR BAGAIMANA?

07 Zulkaedah 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat pengumuman Penasihat Khas Kepada Menteri Besar Negeri Perak Datuk Dr S. Veerasingam di dalam satu Majlis Pemberian Bantuan Kerajaan Negeri kepada Sekolah

Tamil semalam yang telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 Juta beserta bantuan mesin photostat dan perabut sebagai sesuatu yang positif. Namun DPPN Pk masih merasa samar terhadap kedudukan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).

DPPN Pk menanti pengumuman daripada kerajaan negeri terhadap bentuk bantuan yang akan diberikan kepada SAR. Namun yang jelas kerajaan negeri masih tidak menunjukkan keperihatinan yang tinggi

terhadap SAR walaupun pernah mengumumkan bantuannya dahulu tetapi masih belum menampakkan hasil perubahan yang ketara. DPPN Pk sedih dengan keadaan ini yang membayangkan seolah-oleh SAR ini dianaktirikan.

DPPN Pk berharap kerajaan negeri tidak hanya retorik dan serius membantu SAR. Sebelum ini juga kerajaan negeri pernah mengzahirkan komitmen untuk membuka Kolej Tahfiz Al-Quran di setiap Daerah yang setakat ini hanya mampu membuka satu sahaja di Daerah Manjung atau secara tepat di Pulau Pangkor yang semua maklum sebagai 'tempat Menteri Besar'.

DPPN Pk secara tegas menuntut supaya SAR yang sedia ada perlu terus dibantu dengan secara serius dan segera oleh kerajaan negeri Perak.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemberian Mersin fotostate adalah hasil usaha YB.Datuk Seri G.Palanivel