07 Zulkaedah 1431 H
Oleh: Zolkharnain Abidin
“Meskipun PAS memperlihatkan kesederhanaan, parti Islam itu pasti tidak akan mengetepikan “pendirian autokratik Islam” jika PR menguasai Putrajaya.”
Kemaruk Najib kepada undi orang-orang Cina seperti kucing jantan kemaruk betina. Kini dia bersedia bersekongkol dengan sesiapa sahaja, asalkan undi orang Cina memihak kepada BN. Najib sebagai Presiden Umno adalah sebaris dengan Soi Lek sebagai Presiden MCA. Najib tidak kisah siapa Soi Lek asalkan dia boleh menarik pengundi Cina. Dan, samada Soi Lek boleh menariknya atau tidak, Soi Lek perlu dipergunakan untuk tujuan itu.
Berbanding dahulu, kini orang-orang Cina mula dihargai oleh Umno. Kalau dulu pemimpin Umno mengajar orang Melayu ‘menumbuk Cina’ melalui kursus BTN, kini dimana-mana sahaja pemimpin BN menggonggong Cina macam ibu kucing menggonggong anak.
Soi Lek hentam PAS dalam ucapannya. Semasa dia hentam PAS, dia tidak sedar dia turut menghentam Islam. Soi Lek boleh hentam PAS dari sudut lain, bukan dari sudut agama.
Soi Lek kata PAS ‘berpendirian autokratik Islam’? Itu bahasa lunak Soi Lek. Maksud tersiratnya ialah, kalau PR menang, PAS akan menggunakan Islam untuk menindas orang bukan Islam.
Bagi Soi Lek pendirian Islam PAS akan menyusahkan orang Cina. Pendirian ‘negara Islam’ PAS dan usaha PAS memastikan Islam ‘berkuasa’ walau pun bersama PR mengancam kehidupan masyarakat Cina atau orang bukan Islam.
Najib pula menjadi ‘nasi tambah’, menyokong Soi Lek dengan membangkitkan isu ‘langkah mayat saya dulu’ oleh Karpal Singh. Ucapan Karpal dieksploit untuk menggambarkan kepada orang Cina bahawa Karpal juga tidak setuju dengan Islam kerana Islam turut mengancam kehidupannya.
Najib dan Soi Lek cuba memasukkan ke dalam otak orang MCA bahawa Islam tidak sesuai untuk orang Cina. Cuma disebabkan PAS adalah parti Islam, maka sasarannya adalah PAS. Najib dan Soi Lek mengebom perahu untuk membunuh nakhoda dan penumpangnya.
Kalau Soi Lek dan Najib tidak berhasrat menghina Islam, mengapa mereka perlu menghentam PAS dari sudut agama sedangkan mereka boleh menghentam PAS dari sudut lain?
Mungkin bagi Najib dan Soi Lek, apa yang mereka maksudkan adalah ‘Islam PAS’. Kalau orang Cina dan bukan Islam mahu selamat mereka mesti menerima ‘Islam Umno’.
Ini juga adalah penghinaan kepada Islam secara tidak langsung bahkan ini lebih teruk. Orang Cina akan lebih susah jika berada di bawah ‘Islam Umno’ yang bersekongkol dengan Israel yang memusuhi semua orang termasuk orang Cina.
Kalau Soi Lek tidak mendapat gambaran yang betul mengenai Islam, bahkan kalau dia memusuhi Islam sekali pun, itu kurang menghairankan. Namanya pun Soi Lek dan kawannya pula adalah Umno.
Sedihnya, kalau Najib jahil tentang Islam, kemudian menghina Islam di hadapan Soi Lek, bolehkah orang Islam di Malaysia termasuk orang Islam Umno memaafkan Najib?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan