16 Oktober 2010

Plus dijual kepada KWSP, Khazanah - RM23 bilion

07 Zulkaedah 1431 H

Dua dana yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia akan membeli pengendali rangkaian lebuh raya utara-selatan, Plus Expressways dengan membabitkan urus niaga RM23 bilion, lapor akhbar perniagaan - Edge hari ini.

Menurut laporan itu, yang dipetik oleh Reuters, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional akan membentuk organ tujuan khas untuk mengambil alih aset dan liabiliti Plus pada harga RM4.60 sesaham.

Sebelum ini, KWSP sudah memiliki 12.3 peratus saham dalam Plus manakala Khazanah pula memegang 55.2 peratus kepentingan syarikat itu.

Pegawai-pegawai dari KWSP, Khazanah dan Plus tidak dapat dihubungi untuk reaksi merteka.

Semalam, urus niaga saham Plus di Bursa Malaysia telah digantung selama dua hari bermula semalam sementara menanti pengumuman daripada pemegang saham.

Malaysiakini/-

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

penyamun tarbus punya kerajaan..merompak cara ameno...mcm petronas beli tanah nk buat klcc..masuk poket kroni..

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan BN ingat kita semua bodoh sebab depa sentiasa suka membodoh-bodohkan rakyat terutama orang melayu. Pengambilalihan Plus oleh Khazanah dan KWSP yang tak perlu .... saje diadakan nak bagi kat kroni dan sebat duit untuk pilihanraya. Lepas tu tak tahu sampai bila kita semua kena tanggung dengan bayar tol. Memang berHANTU betul kerajaan BN ni......

Tanpa Nama berkata...

Mana perginya duit-duit kutipan tol yang dah berbilion tu? Tiap kali ada projek Plus, kosnya gila-gila sebab nak 'cover' duit kroni dan pemimpin-pemimpin haprak; samaje seperti mereka-mereka ni mendapat duit tol dari tol-tol yang kita bayar. Ini dah nak jual pulak kat Khazanah dan KWSP supaya mereka tol-tol bahagian mereka pulak lagi. Apa punya kerajaan ni? Siapa akhirnya menanggung kos-kos yang tak perlu ni? Kos jadi berganda-ganda dan tak sudah-sudah bertambah dari pembinaan lebuhRAYA oleh kerajaan BN yang berRAYA seperti hantu RAYA menghisap darah RAKYAT.


Pelik sangat ragam kerajaan malaysia ni ... sepatutnya lebuhraya di malaysia ni dah tak kena tol, tapi sebaliknya menjadikan lebuhraya dan projek-projek leburaya tempat mereka berRAYA dengan menindas rakyat dengan tol. PemBOHONG besar kerajaan BN-UMNO ni!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Ini dinama kerajaan BN/Ameno kerja mereka asyik menipu dan membohong rakyat. Ada juga rakyat x sedar telah ditipu selama 50 tahun atas dasar kemelayuan dan kebangsaan. Sedangkan atas keadilan dlm ugama kepada rakyat yang berhak tiada. Apabila rakayat blh diperbodohkan utk trus brkuasa macam Tanah Air Malaysia keturunan bapak dia punya. Sesuka membuat lebuhraya sana sini lepas tu rakyat yang menanggung, sedia maklum kata kata Dr dey "rakyat Malaysiakan Kaya raya jadi tak ada masalah utk trus BN/ameno jadi hantu raya"
Tujuan utk program baru jualan Plus ini hanya sekadar mengkayakan kepada yg tlh kaya, menjadi beban dan pak turut KWSP dan Khazanah Negara kerna ia duit rakyat siapa yg nak ambil tahu. Rakyat disini diperbodohkan lagi. Syukur alhamdulilah ada parti pakatan rakyat utk kerja 'check and balance'.
Pd yg pemodek kerjaan BN/ameno tentu sokong tindakan BN/ameno tapi x pernah pikir masa depan anak cucu mereka yg akan trus hidup dgn beban perbuatan khianat BN/ameno utk kni dan selamanya.
Lu pikirlah sendri wahai puak ameno dgn akal bkn otak faktor yg sebenarnya???????????????

Jebat_Musibat berkata...

dihujung nyawa camtuh la.. ape bleh buat duit, hantam semua...