13 Disember 2012

Ragam berkahwin pada 12.12.12

29 Muharram 1433H. [MOD] -

HONG KONG - Ribuan pasangan di Hong Kong, tanah besar China, India dan Asia Tenggara melangsungkan perkahwinan pada tarikh 12.12.12.

Pihak berkuasa di Hong Kong menyatakan seramai 696 pasangan melangsungkan perkahwinan semalam manakala di Singapura melibatkan 540 pasangan.

Sejumlah pasangan di tanah besar China turut berbaris untuk mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat pendaftaran perkahwinan.

Menurut laporan media, lebih 4,700 orang membuat permohonan untuk mendaftarkan perkahwinan di Pejabat Hal Ehwal Awam di Beijing. 

Di beberapa buah bandar Indonesia, terdapat ibu-ibu yang sanggup menjalani pembedahan bagi membolehkan anak mereka lahir pada tarikh 12.12.12.

Seramai 12 wanita, sebahagiannya berketurunan Cina menempah untuk dibedah awal di Hospital Bunda, Jakarta untuk melahirkan anak pada tarikh tersebut.

"Mereka (ibu-ibu) menyatakan mereka mahu melahirkan anak pada hari ini (semalam) kerana menganggap tarikh itu unik dan istimewa," kata jurucakap hospital tersebut, Samuel Robert.

Ratusan orang kelihatan berbaris di sebuah pejabat pendaftaran perkahwinan di Hong Kong dengan ramai pasangan sibuk bergambar dengan pakaian pengantin.

"Hari ini (semalam) merupakan amat istimewa dan kami boleh berkahwin sebelum 'hari kiamat' berlaku," gurau seorang pengantin lelaki, Raymond Ip.

Dia merujuk tentang hari kiamat yang diramalkan berlaku pada 21 Disember depan berdasarkan kalendar Maya.

Menurut Ip, tiada tarikh 13.13.13 menyebabkan dia menempah tarikh 12.12.12 untuk melangsungkan perkahwinan.

Menurut pengantin wanita, Terrance Fung, 29, tarikh 12.12.12 mempunyai keistimewaan kerana ia tarikh akhir untuk abad ke-21 yang mempunyai nombor yang sama.

Di Yogyakarta, Indonesia, seramai 12 pekerja berkahwin dengan pasangan masing-masing di sebuah kilang tebu.
Sementara itu, sistem komputer di pejabat daerah Bang Rak, Bangkok tidak dapat memproses permohonan perkahwinan yang terlalu banyak pada tarikh 12.12.12.

Menurut akhbar Bangkok Post, pengarah daerah itu, Ziachana Soodcharoen berkata, ramai pasangan yang menunggu sejak awal pagi di pejabat tersebut.

Pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan, pihak pejabat tersebut mengumumkan bahawa sistem komputer mengalami masalah kepada kumpulan bakal pengantin yang mahu mendaftarkan perkahiwnan.

Justeru, ramai pengantin terpaksa pergi ke daerah berdekatan untuk memperoleh sijil perkahwinan mereka.
Ramai pasangan yang mahu mendaftarkan perkahwinan di daerah Bang Rak itu kerana rak bermaksud cinta dalam bahasa Thailand.

Seorang pakar komputer di sebuah pejabat pentadbiran wilayah, Wichian Chidchanoknart berkata, komputer tersebut lambat memproses permohonan kerana jumlah pasangan yang mahu berkahwin pada tarikh tersebut terlalu ramai.

Di India, pasangan Brandon Pereira dan Emilia D'Silva dianggap paling bertuah kerana bertunang pada 10.10.10 dan mendaftarkan untuk perkahwinan secara sah pada 11.11.11 tetapi mengadakan majlis perkahwinan pada 12.12.12. 

Di selatan Filipina, Ronnel Piligrino dan Anna Marie Poblacion meraikan perkahwinan mereka dalam sebuah khemah perlindungan untuk mangsa-mangsa taufan Bopha di bandar Osmena.

Majlis perkahwinan itu diadakan walaupun penduduk masih belum pulih daripada kesan taufan tersebut yang melanda pada 4 Disember lalu.

Taufan itu membunuh 647 orang dan menyebabkan sektor pertanian mengalami kerugian sebanyak AS$210 juta (RM640.84 juta). - Agensi


Parlimen Indonesia Kecam Zainuddin Maidin Dan Utusan Malaysia

29 Muharram 1433H. [MOD] -



DMetrotvnews.com, Jakarta: Rapat paripurna DPR, Selasa (11/12), diwarnai interupsi. Pernyataan mantan Menteri Penerangan Malaysia Zainuddin Maidin yang menjadi soal. 

Zainuddin menyebut mantan Presiden BJ Habibie dan Anwar Ibrahim sebagai anjing penjajah. DPR pun akan mengirim surat kecaman kepada Malaysia.

Teguh Juwarno, anggota DPR dari Fraksi Partai Amanat Nasional salah satu yang menginterupsi. "Koran (akhbar) Utusan Malaysia edisi 10 Desember 2012, seorang menteri penerangan Malaysia Zainuddin Maidin telah menulis dengan sangat vulgar di akhir kalimatnya mengatakan mantan Kepala Negara Indonesia Presiden Habbibie disamakan dengan Anwar Ibrahim sebagai anjing dari imperalisme, a dog of imperialism," ungkapnya.

Teguh menyatakan pernyataan Zainuddin tidak bisa dibiarkan. Sebab bagaimanapun Habibie pernah menjadi kepala negara yang patut dihormati dalam tata hubungan di ASEAN. "Ini tindakan yang harus diberi kecaman. Kita sebagai Parlemen perlu mengirim pernyataan keras dan tegas bahwa yang dilakukan seorang pejabat publik sekelas menteri di Malaysia betul-betul sudah menghina bangsa Indonesia," kata Teguh.

Pimpinan rapat paripurna Pramono Anung sepakat dengan pernyataan Teguh. "Kami usulkan DPR mengirim surat secara langsung pada PM Malaysia untuk memberi teguran dan kecaman sekaligus apakah disetujui?," tanya Pramono. Setuju jawab anggota DPR serentak.(Andhini)

Koran (Akhbar) Malaysia Sebut Habibie Pengkhianat dan Anjing Imperialisme

Jakarta, Indonesianway.com - Artikel Tajuk Rencana atau Editorial di sebuah akhbar milik Malaysia, ‘Utusan Malaysia’ yang terbit pada Isnin (10/12/2012) menyebut mantan presiden Indonesia, BJ Habibie sebagai ‘pengkhianat bangsa’ dan ‘the dog of imperialism’ atau terjemahannya, anjing imperialisme.

Artikel yang ditulis bekas Menteri Penerangan Malaysia Zainudin Maidin itu mengupas soal persamaan Habbibie dengan tokoh oposisi Anwar Ibrahim. Di salah satu bahagian tulisan itu dikatakan, Habibie merupakan sosok egois dan memualkan.

Akhbar ini merupakan salah satu media yang dikawal langsung oleh pemerintah Malaysia.

Zainuddin menuding Habibie sebagai “‘Presiden Indonesia ketiga yang mencatatkan sejarah sebagai Presiden Indonesia paling tersingkat, tersingkir karena mengkhianati negaranya”.

Selain itu, katanya, Habibie telah ‘menggunting dalam lipatan’ pemerintah Soeharto.

Apa yang dilakukan Habibie, menurut Zainudin, sama dengan yang dilakukan Anwar terhadap pemerintahan Mahathir Mohammad.

Ia mengatakan, Habibie menjadi pengkhianat bangsa dengan menuruti kehendak Barat untuk melepas Timor Timur. Sementara Anwar dituduh pengkhianat karena keinginannya menyerahkan persoalan ekonomi kepada IMF.

“Habibie sempat menjadi Presiden dan mengkhianati bangsa dan negaranya setelah menjadi Presiden, tetapi Anwar mahu menyerahkan negara ini kepada IMF dan New Imperialis sebelum sempat menjadi Perdana Menteri. Allah telah menyelamatkan rakyat Malaysia,” tulisnya.

Ia pun menyebut, ”Pada hakikatnya mereka berdua tidak lebih daripada “The Dog Of Imperialism.”

Untuk diketahui, memang Habibie dan Anwar memiliki kedekatan. Anwar — yang hendak mengikuti Pilihanraya Umum Malaysia 2013 — mengundang Habibie berbicara ke Universitas Selangor pada Kamis, (6/12/2012) lalu. Sementara pada Rabu, (28/11/2012), Anwar datang ke Jakarta untuk menghadiri ‘Celebrating The Habibie Center’s 13th Anniversary and Democracy Take-Off? The BJ Habibie Period.
(RD)

kelab grennboc/-


KEADILAN desak Zainudin mohon maaf pada Habibie dan Anwar

29 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 12 Dis: Bekas Menteri Penerangan, Zainudin Maidin digesa memohon maaf kepada mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie dan Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran kenyataan dangkal dan fitnah beliau terhadap kedua-dua pemimpin ini seperti dilapor akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia.

“KEADILAN mendesak Zainuddin segera memohon maaf secara terbuka kepada kedua-dua tokoh ini. Kepimpinan Umno juga perlu tegas menzahirkan rasa kesal di atas keterlaluan dan sikap keji yang digambarkan melalui kenyataan tersebut,” kata Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan hari ini.

Mengecam keras, Azmin berkata, KEADILAN tidak terkejut dengan kenyataan Zainuddin kelmarin bertajuk ‘Persamaan B.J. Habibie dengan Anwar Ibrahim’ kerana ia ditulis oleh orang yang dibesarkan dalam Utusan, akhbar picisan milik Umno yang tidak langsung menjana pemikiran rakyat, tetapi sentiasa menjadi alat untuk menghambur fitnah.

“Adalah tidak salah untuk kita menyatakan Zainudin sedang menghidap ‘Sklerosis Intelek’ yang kronik sebagaimana sebahagian besar pimpinan Umno lain.

“Malah sikap yang dinyatakannya adalah budaya politik lazim Umno yang hanya akan menyerang keperibadian individu dan menabur fitnah tanpa batasan.

“Rencana tersebut amat memalukan lantaran beliau menggambarkan prasangka keji kepimpinan Umno terhadap Indonesia,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Zainuddin melahirkan rasa kesal dan mempertikaikan kenapa Habibie dipanggil untuk memberi syarahan di negara ini kerana beliau adalah pengkhianat kepada politik Indonesia termasuk kepada bekas presiden Suharto.

Kata Zainuddin, Habibie adalah orang yang menjadi gunting di dalam lipatan terhadap Suharto. Beliau juga mengatakan

kependekan tempoh Habibie menjadi presiden Indonesia selama setahun setengah disebabkan rakyat Indonesia menolak Habibie.

Azmin berkata, kenyataan Zainuddin itu akan mempersulit hubungan dua hala Malaysia-Indonesia kerana ia adalah manifestasi kepada sikap saling hormat-menghormati dan kesedaran bahawa negara ini punya akar budaya yang mengikat antara satu sama lain di samping faktor ekonomi.

Tambah beliau, hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia melangkaui sempadan geografi malah persaudaraan antara dua negara berteraskan ikatan serumpun yang akrab dari sudut budaya dan agama.

Beliau menyifatkan, Habibie seorang reformis dan intelektual bangsa yang berjaya mengubah hala tuju pentadbiran negara ke arah sebuah sistem demokratik dengan memerdekakan rakyat dari belenggu pemikiran dan hegemoni sempit.

Sebagai negarawan, kata Azmin, Habibie juga seorang yang peduli rakyat dan memiliki semangat setiakawan yang luhur.

“Saya sendiri menyaksikan secara dekat betapa bapak Habibie dan isteri, Almarhumah Ibu Ainun begitu prihatin semasa Datuk Seri Anwar menjalani rawatan di Munich, Jerman pada 2004,” kata Azmin.

“Hal ini menjelaskan betapa akrab hubungan keluarga kedua-dua tokoh yang turut memperkukuh hubungan dua hala Malaysia Indonesia,” sambungnya.

keadilan/-

Bapa kejam gila

29 Muharram 1433H. [MOD] -
 

GANAS...gambar yang diambil daripada video di facebook menunjukkan bapa membelasah anaknya.

GANAS...gambar yang diambil daripada video di facebook menunjukkan bapa membelasah anaknya.
KLANG: “Kau memang degil, tak hormat orang tua! Kalau aku tumbuk kau muntah tak? Kenapa kau tak suka dengar cakap orang?” 

Itu antara dialog seorang lelaki sebelum memukul, menumbuk dan menendang serta menampar seorang kanak-kakak lelaki berusia lingkungan dua tahun dipercayai anaknya yang rakaman videonya tersebar luas menerusi facebook.

Kejadian di rumah mereka di Taman Mas, Kapar, di sini, dipercayai berlaku kira-kira dua bulan lalu sebelum dirakam dan dimuat naik ke facebook oleh isteri pertama lelaki itu minggu lalu.

Difahamkan, mangsa adalah anak hasil perkahwinan lelaki berusia 32 tahun itu yang bekerja sebagai mekanik dengan isteri keduanya. Video dengan durasi 8 minit 33 saat itu memaparkan mangsa dibelasah bapanya tanpa belas kasihan.

Mangsa turut diangkat sebelum dilempar ke atas lantai. Suspek juga tidak mengendahkan mangsa yang menangis kesakitan dan ketakutan, sebaliknya terus membelasahnya tanpa belas kasihan termasuk menggunakan senduk dan selipar.

metro/-

Pembangkang Syria dapat sokongan antarabangsa

29 Muharram 1433H. [MOD] -


Lebih daripada 100 negara telah mengiktiraf pakatan pembangkang Syria yang baru, membuka jalan untuk bantuan yang lebih besar kepada pasukan yang berjuang untuk menggulingkan Presiden Bashar al-Assad, termasuk bantuan tentera.

Sokongan terhadap Pakatan Kebangsaan Syria, yang diasaskan di Qatar November lalu, telah diberikan ketika persidangan antarabangsa "Friends For Syria" di Maghribi Rabu lalu.

Pembangkang mendapat tekanan antarabangsa untuk mewujudkan satu badan yang lebih teratur dan wakil untuk menerima apa-apa bantuan yang diberikan oleh negara-negara asing.

Walaupun pakatan pembangkang mengalu-alukan langkah itu, mereka berkata mereka sedang mencari sokongan politik dan kewangan yang lebih nyata dan mereka mahu ahli-ahli kerajaan Assad dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Pengiktirafan antarabangsa kepada pembangkang Libya memberi rangsangan yang besar dalam pertempuran menentang Muammar Gaddafi tahun lepas, yang kemudiannya disokong oleh serangan udara Barat.

Campur tangan ketenteraan berkemungkinan tidak wujud dalam kes Syria, di mana Syria mempunyai sokongan yang kuat dari Rusia, China dan Iran.

Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius berkata mesyuarat di Marrakesh menunjukkan "kemajuan yang luar biasa".

Beliau berkata bahawa Kesatuan Eropah kini memperbaharui embargo senjata ke atas Syria setiap tiga bulan, bukannya setiap tahun, untuk menjadi lebih fleksibel seiring dengan apa yang berlaku di medan pertempuran.

"Hakikat bahawa pakatan, yang meminta hak untuk mempertahankan dirinya, kini diiktiraf oleh seratus negara - dengan semalam Amerika Syarikat menyokong selepas Perancis memulakannya - Saya rasa ini adalah sesuatu yang amat penting." (aljazeera.com)

harakahdaily/-

Syahid 16 Tahun Lalu, Jenazah Seperti Baru Dikebumikan

29 Muharram 1433H. [MOD] -


Khalil al-Syarif - Khalil meninggal dunia pada 16 tahun yang lalu. Dia berasal dari Palestin. Dia syahid ketika sedang menentang tentera yahudi laknatullah.

Dulu kawasan kubur Khalil tanpa sengaja tergali. Sudah menjadi kebiasaan di Palestin menyatukan jenazah para syuhada di kubur yang sama.

Juga menjadi kebiasaan di Timur Tengah dan Arab mengebumikan jenazah di liang lahad yang telah lama digunakan.

Namun, semua orang terkejut apabila mereka mendapati jenazah Khalil yang tidak dimamah oleh tanah dan masih utuh.

Jenazahnya bahkan seperti baru sahaja dikebumikan satu jam lalu.

Satu jari telunjuknya tegak, seperti orang tengah melakukan tasyahud dalam solat.

Detik Islam

Wang haram: Musa Aman boleh didakwa di Hong Kong

29 Muharram 1433H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Kemungkinan besar Datuk Seri Musa Aman boleh didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram (money laundering) yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding di negara-negara lain.

“Jika didapati bersalah, pihak berkuasa Hong Kong boleh mengeluarkan waran tangkap melalui Interpol dan boleh dikuatkuasakan di Malaysia,” kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan oleh James To, ahli Majlis Perundangan Hong Kong yang juga Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang Majlis Perundangan yang bertanggungjawab menyelia ICAC.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Delegasi PKR telah mengadakan pertemuan dan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) pada jam 2.30 petang, 13 Disember 2012.

Bukti-bukti dan dokumen juga telah diserahkan kepada ICAC dalam pertemuan yang memakan masa satu jam itu.

Delegasi PKR juga mengadakan pertemuan susulan dengan James To, ahli Majlis Perundangan Hong Kong yang juga Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang Majlis Perundangan yang bertanggungjawab menyelia ICAC.

Delegasi PKR disertai oleh William Leong (Ahli Parlimen Selayang), Hee Loy Sian (Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan), Chang Li Kang (ADUN Teja), Saudara Darell Leiking (Timbalan Setiausaha Agong/Ketua Cabang Penampang) dan saya sendiri.

Semasa pertemuan tersebut, saya yakin bahawa bukti-bukti dan dokumen yang diserahkan, termasuklah keseluruhan penyata bank dan urusniaga keluar masuk wang ke dalam akaun bank dua buah syarikat yang dikaitkan dengan Michael Chia (iaitu Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd) di Hong Kong merupakan bukti baru dan dokumen yang belum diperolehi oleh ICAC.

Begitu juga dengan akuan bersumpah oleh Datuk Seri Lajim Ukin yang menafikan bahawa wang RM40 juta adalah derma politik kepada Umno kerana ia tidak pernah diumumkan kepada pengurusan Umno Pusat atau Umno Sabah, yang dipandang serius oleh ICAC.

Malah, saya yakin bahawa ICAC akan memanggil saksi rahsia yang telah tampil untuk memberi keterangan dan maklumat dalaman mengenai Michael Chia kepada ICAC.

Saya juga yakin Datuk Seri Lajim Ukin akan dipanggil untuk memberi keterangan di Hong Kong.

Pun begitu, ICAC memohon kerjasama kami untuk tidak membuat kenyataan lanjut mengenai kes ini mengikut prosedur mereka bagi melindungi kerahsiaan siasatan.

Oleh yang demikian, kami tidak boleh menyatakan secara terperinci hasil perbincangan atau pun mendedahkan rancangan seterusnya seperti yang diputuskan oleh ICAC.

Saya beranggapan bahawa permintaan ICAC supaya butiran siasatan setakat ini dirahsiakan mengesahkan bahawa ICAC memandang serius kes ini dan akan mengambil tindakan susulan termasuklah memanggil saksi-saksi.

Oleh itu, walaupun ICAC tidak akan mengesahkan secara rasmi bahawa kes ini dibuka semula, keseriusan dan perhatian yang diberikan mengenai kerahsiaan kes membayangkan bahawa siasatan penuh akan menyusul.

Pertemuan dengan James To juga membuahkan hasil. Beliau turut menerima salinan bukti dan dokumen atas tanggungjawab beliau sebagai Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang.

James To memaklumkan kepada delegasi bahawa ada kemungkinan besar Datuk Seri Musa Aman boleh didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram (money laundering) yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding di negara-negara lain.

Jika didapati bersalah, pihak berkuasa Hong Kong boleh mengeluarkan waran tangkap melalui Interpol dan boleh dikuatkuasakan di Malaysia.

Perkembangan sihat di Hong Kong ini akan terus disusuli dengan kempen-kempen penerangan terbaru di Sabah dan seluruh Malaysia untuk meningkatkan tekanan supaya pihak SPRM dan Peguam Negara menyiasat kembali kes ini.

harakahdaily/-

12 Disember 2012

Baling 1974: Simbol rakyat bangkit lawan penindasan

28 Muharram 1433H. [MOD] -



Penganjuran Syarahan Demonstrasi Baling yang dianjurkan Angkatan Muda Keadilan pada 10 Disember 2012 yang lepas menarik untuk kita ungkapkan semula gelombang kebangkitan rakyat yang dipimpin oleh golongan tani dan mahasiswa.

Gerakan Mahasiswa yang ditonjolkan oleh generasi 60 an/ 70 an adalah merupakan satu gelombang yang lahir dari hari nurani generasi muda bagi memperjuangkan nasib rakyat dari ditekan oleh pemerintah.

Dalam melihat hal ini saya suka untuk merujuk kepada sebuah buku lama yang diterbitkan pada tahun 1969 oleh Prof Faeur dari Universiti Toronto dalam bukunya The Conflict of Generation – The Character and Significant of the Student Movement, menyatakan bahawa protes dan bantahan yang ditunjukkan oleh mahasiswa adalah hasil daripada ‘konflik generasi’ atau generational conflict.

Konflik antara ‘generasi baru’ dan ‘generasi lama’, adalah disebabkan oleh kerosakan bermoral, peradaban yang rosak, lapok, penyalah gunaan kuasa, tidak bertanggungjawab dan melakukan penindasan. Konflik antara generasi yang dicetuskan oleh penindasan adalah faktor utama kebangkitan rakyat untuk nyatakan hak.

Peranan mahasiswa dalam kebangkitan rakyat jelas terpancar ditambahkan lagi puisi yang dinukilkan oleh Usman Awang (1967):

Dengan Buku di tangan kau nyayikan lagu itu
Meresap pada jantung bangsa
Lagu daerah teluk gong
Dari ruang sudut pidato
Pecahlah kaca menara gading
Dengan Berani berteriak
Untuk petani-petani yang tertindas
Lihat pancar mata ayah mu di desa
Lihat senyum ibu mu di kampung
Kebanggaan bahawa kau anak mereka

Sajak ini yang dinukilkan oleh Usman Awang sebagai tanda hormat dan penghargaan beliau kepada mahasiswa yang pada ketika itu memperjuangkan isu Telok Gong. Tragedi yang sama juga berulang lagi 7 tahun selepas itu pada tahun 1974 yang mana selepas pilihanraya 1974 negara digemparkan dengan kenaikan harga barang dan kejatuhan ekonomi termasuklah kejatuhan harga getah.

Keadaan menjadi teruk apabila dikejutkan dengan berita kebuluran yang berlaku di Kedah sehingga ada di kalangan rakyatnya yang terpaksa makan sejenis ubi kayu gadum yang mengandungi racun. Oleh kerana itu berlakunya kes kematian walaupun pihak kerajaan menafikan dakwaan tersebut.

Malaysia ketika ini menyaksikan kebangkitan besar-besaran mahasiswa pasca merdeka menyatakan pandangan dan bantahan ke atas apa yang telah berlaku. Dalam sejarah gerakan mahasiswa, ini adalah merupakan gerakan terbesar yang pernah dicatatkan, dengan melibatkan hampir 10,000 orang mahasiswa, hampir 2,000 orang mahasiswa ditangkap, dan tahanan ISA yang paling lama pernah dikenakan kepada mahasiswa.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah Presiden ABIM telah ditahan selama 2 tahun di bawah ISA dan Dr Syed Husin Ali selaku pensyarah Universiti Malaya yang ditahan di bawah ISA selama 6 tahun.

Akta Universiti dan Kolej Universiti telah dirangka lebih awal iaitu pada tahun 1971, tetapi peruntukan undang-undang di dalam akta tersebut dikatakan tidak cukup ketat bagi mengekang gerakan mahasiswa pada ketika itu. Demonstrasi Baling adalah merupakan alasan oleh pihak kerajaan untuk meminda akta tersebut pada tahun 1975.

Pada ketika ini segala pertubuhan mahasiswa adalah berdaftar dibawah universiti dengan meletakkan kuasa mutlak kepada Naib Canselor dan Menteri yang dipertanggungjawabkan. Mahasiswa dilarang sama sekali untuk terlibat dengan politik dan pertubuhan luar. Ini adalah merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah mahasiswa.

Saya juga ingin memetik beberapa catatan yang diterbitkan dalam Makalah Ar-Risalah 1975:

“Perhimpunan pelajar-pelajar tersebut telah disuraikan oleh FRU dengan tembakan gas pemedih mata. Pelajar-pelajar telah melarikan diri ke Masjid Negara tetapi FRU terus mengejar mereka. FRU telah mengepung 8,000 pelajar yang sedang berlindung di Masjid serta melepaskan tembakan-tembakan gas pemedih mata kearahnya. Ketika berada di dalam masjid pelajar-pelajar tersebut telah melaung-laungkan kalimat "ALLAHU AKBAR" dan beberapa kali mereka setelah mengalunkan azan. Sementara menunggu ketibaan waktu zohor mereka telah berzikir beramai-ramai selama kira-kira 20 minit. Setelah masuk waktu mereka telah menunaikan Fardzu Zohor secara berjema'ah .

Pihak FRU terus berusaha untuk memberkas pelajar-pelajar dan dalam operasi tersebut beberapa orang pelajar telah cedera. Akhirnya pihak FRU telah menangkap seramai 1,128 orang pelajar, termasuk 80 orang ,pelajar wanita dan membawa mereka kebalai-balai polis Sentul, Brickfield dan Jalan Bandar. Pada sebelah malamnya mereka telah ditempatkan di Polis Depot Jalan Gurney. Pelajar-pelajar yang ditahan hanya diberi makan selepas 11.00 malam.

Ketika berada dalam tahanan pelajar pelajar tersebut dikatakan telah azan pada tiap-tiap kali masuk waktu dan menunaikan sembahyang dengan berjema ah secara bergilir-gilir. Kesemua pelajar-pelajar yang ditahan telah dihadapkan ke Mahkamah pada keesukan harinya. Kesemuanya telah tidak mengaku salah. Mereka telah dibebaskan dengan dibenarkan menjamin diri sendiri sebanyak antara $200.00 hingga $300.00 seorang. Mereka akan dibicarakan antara Februari hingga April tahun 1975. Tangkapan tersebut telah tidak dapat menahan pelajar pelajar dari terus berdemonsttasi meskipun hanya terbatas dikampus-kampus sahaja, kerana dikawal ketat oleh FRU. 

Demo dalam kamous itu berjalan beberapa hari. Tindakan lanjut yang diambil oleh pemerintah ialah gerakan menangkap pemimpin-pemimpin pelajar, pensyarah-pensyarah dan pemimpin-pemimpin belia.

Polis telah memasuki kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan pada pada 2.00 pagi hari Ahad 8hb Disember 1974. Polis telah menggeledah bilik-bilik asrama, pejabat-pejabat dan lain-lain bangunan Universiti untuk mencari dan menangkap mahasiswa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.”

Pengajaran besar yang harus diambil daripada Demonstrasi Baling selain daripada keberanian mahasiswa menjadi juru bicara rakyat adalah iktibar kepada isu yang diperjuangkan oleh mahasiswa ketika itu tidak bersifat ‘self centered’ yang berlegar di sekitar isu dalaman dan isu yang remeh temeh. Tuntutan-tuntutan yang dikemukakan adalah bersifat nasional menunjukkan kematangan mahasiswa di dalam berfikir.

Menghayati sejarah bererti bukan disimpan di dalam peti muzium untuk kenang-kenangan, tetapi sejarah adalah coretan pengalaman untuk membina sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang. Mahasiswa seharusnya berasa jelek dengan perkataan ‘senyap’. Bersikap apologia dengan ‘Berdiam Diri’ dan ‘Berpeluk Tubuh’ melihat kecelakaan berlaku kepada rakyat.

Mahasiswa adalah kelompok terdidik dalam masyarakat punya idealisma dan aktivisma yang tinggi untuk menyatakan hati nurani majoriti yang ditindas dan dizalimi. Kronisme dan pembaziran wang ringgit Negara untuk segolongan kecil dalam masyarakat tidak boleh ditolensi lagi.

Dalam aspek ini saya amat bersetuju dengan apa yang diungkapkan oleh Prof Diraja Ungku Aziz, Kepimpinan akan lahir daripada mahasiswa yang ‘terpelajar’ dan ‘mencabar’ walaupun beliau sendiri terlibat dalam mengekang mahasiswa dalam peristiwa 3 Disember 1974.

Di akhir tulisan saya, saya ingin meninggalkan persoalan apakah yang bakal kita lakukan apabila harga barangan dan bebanan sara hidup yang makin tinggi?

harakah/-

Kisah sedih pelakon Yahya Sulung, Datuk tak bawa makna

28 Muharram 1433H. [MOD] -


Kisah pelakon veteran Yahya Sulung yang Sedih !!! pangkat DATUK tak membawa makna..








Semalam berita pelawak veteran terkenal Yahya Sulung dihalau keluar dari rumah sewanya tersebar angkara tidak membayar tunggakan sewa rumah sebanyak RM868.
 
Hari ini pula keluar satu kenyataan dalam akhbar Kosmo  dari isteri Yahya Sulung menafikan mereka di usir oleh DBKL. Siapa yang berlakon di sini aku pun tak tau, sama ada Yahya Sulung atau DBKL?
 
Mungkin benar Yahya Sulung dan  isterinya dihalau keluar atau tidak itu tak patut dipersoalkan.

Yang benarnya bukan setakat pelakon veteran ini sahaja yang mengalami nasib malang akibat kesempitan hidup dan keuzuran, mungkin lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang susah dan senasib dengan Yahya Sulung.
 
Sepatutnya isu rakyat merempat atau susah tak  kedengaran lagi dalam konteks negara yang dikatakan sudah maju. Yang pelik kerajaan Malaysia  berlumba lumba memberi sumbangan atau dana kepada rakyat susah di luar negara tetapi dalam masa yang sama mereka lupa rakyat sendiri pun ada yang merempat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
 
Cuma Yahya Sulung bernasib baik kerana beliau ada nama...
 
Bila isu beliau tersebar semua ambil perhatian untuk membela beliau, sehingga DBKL yang dikatakan menghalau pelakon ini terkena tempias kerana laporan awal konon menghalau Yahya Sulung dan isteri.
 
Aku percaya lepas ini Pacik Yahya Sulung dan isteri akan terbela ...akan berebut sana sini puak-puak berkepentingan menghulurkan bantuan.
 
Setakat ini berita yang saya terima ialah Ahli Parlimen Batu  saudara Tian Chua telah datang menziarah pelakon veteran ini .Menurut ahli parlimen Batu, Tian Chua menerusi laman sosial, instagram, tunggakan sewa rumah berjumlah RM868 diselesaikan dengan menghulur sendiri wang yang diperlukan keluarga oleh Pak Yahya Sulung.
 
Dan kita tunggu dari Presiden karyawan Zed Zaidi apakah peranan persatuan itu dalam membela nasib artis di Malaysia. dan kepada Baitulmal serta zakat dimana kah anda dalam isu ini???

Yang menghairankan saya ada juga yang berpangkat Datuk dan Datin  merempat kerna kesusahan hidup . Maknanya gelaran Datuk dan Datin cuma sekadar penyedap pada nama tapi tak memberi apa apa makna.

Saya cukup  simpati pada kedua mereka.....



Tahniah YB Ahli Parlimen Batu kerana keprihatinan anda.
 
 

harakahdaily/-

 
 

Rakyat Kelantan perlu serius laksana Islam – ulama Syria

28 Muharram 1433H. [MOD] -


KOTA BHARU: Ulama terkenal Syria, Syeikh Muhammad Ali as-Sobuuni melahirkan rasa bimbang akan diturun bala oleh Allah Taala apabila ada orang Islam yang membisu terhadap perkara-perkara batil.

“Kalau kita diam di atas perkara batil yang berlaku di hadapan mata kita dibimbangi Allah akan menurunkan bala ke atas kita.

“Oleh itu rakyat Kelantan hendaklah bekerja bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hukum Islam. Apabila hukum tersebut dilaksanakan Allah Taala akan menurunkan rahmat,” katanya pada program solat hajat dan ceramah perdana di Putik malam tadi.

Program berkenaan dianjur Dewan Pemuda PAS Kelantan. Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman.

Program bermula solat Isyak berjemaah kemudian diikuti solat hajat.

Syeikh Muhammad Ali yang juga pengarang tafsir Sofwah At-Tafasir turut meluahkan rasa sedih apabila ada negara umat Islam yang membisu terhadap kekejaman yang berlaku di Syria sekarang.

Katanya, seluruh dunia membisu biar pun lebih 200,000 rakyat Syria menjadi mangsa korban kerangkusan Bashar Hafez al-Assad bagi mempertahankan kuasanya.

“Maka tidak hairanlah umat Islam di Syria sekarang hanya mengharap pertolongan Allah Taala. Namun kita yakin orang yang melakukan kezaliman akan ditimpa bala,” ujarnya.

Oleh itu beliau mengajak umat Islam di seluruh dunia membantu rakyat Syria dengan apa sahaja yang termampu dilakukan.

Sebaik selesai program berkenaan orang ramai bersesak-sesak meluru ke pentas utama bagi menghulur sumbangan kepada ulama terbabit

Ucapannya dalam bahasa Arab sambil duduk di kerusi disebabkan keuzuran diterjemahkan Ustaz Nasri Karim dari Selangor.

Beliau berada dua hari di Kelantan dalam siri jelajah bagi mendedahkan isu mengenai Syria.

Semalam beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri. Dan hari ini beliau diundang ke Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Nilam Puri.

harakah/-

Kajian KPRU: AES berfungsi untuk kaut keuntungan

28 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Secara amnya, kajian Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mendapati Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berfungsi sebagai suatu dasar untuk mengaut keuntungan.

Justeru, KPRU berpandangan jika kerajaan adalah serius bagi memperbaiki keselamatan jalan raya para pengguna di Malaysia, maka suatu sistem pengangkutan yang komprehensif harus dilakukan.

Ini termasuklah sistem pengangkutan awam yang cekap dan efektif, kempen kesedaran di semua lapisan masyarakat mengenai kepentingan keselamatan jalan raya, dan rangkaian jalan raya yang selamat dan berkesan.

Berikut ialah hasil kajian berkenaan.

Kajian KPRU: AES berfungsi untuk kaut keuntungan
KUALA LUMPUR: Secara amnya, kajian Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mendapati Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berfungsi sebagai suatu dasar untuk mengaut keuntungan.

Justeru, KPRU berpandangan jika kerajaan adalah serius bagi memperbaiki keselamatan jalan raya para pengguna di Malaysia, maka suatu sistem pengangkutan yang komprehensif harus dilakukan.

Ini termasuklah sistem pengangkutan awam yang cekap dan efektif, kempen kesedaran di semua lapisan masyarakat mengenai kepentingan keselamatan jalan raya, dan rangkaian jalan raya yang selamat dan berkesan.

Berikut ialah hasil kajian berkenaan.

Pengenalan

Salah satu elemen utama tadbir urus negara moden yang membentuk legitimasi sebuah rejim pemerintah ialah keterbukaan dari segi proses konsultasi atau rundingan berkenaan dengan penggubalan sesuatu dasar. Apabila sebuah sistem yang melibatkan kesejahteraan/kepentingan rakyat terbanyak seperti Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan oleh kerajaan pusat dan dilakukan tanpa persetujuan kerajaan negeri/tempatan atau rundingan terbuka bersama rakyat, seperti yang dapat dilihat di negara-negara seperti Amerika Syarikat, pelaksanaan sistem tersebut akan dibantah secara terbuka. Hal ini kerana pelaksanaan yang dilakukan secara tertutup, sepertimana yang berlaku di Malaysia, memberi isyarat bahawa pelaksanaan dasar tersebut tidak dilakukan dengan meletakkan kepentingan rakyat mendahului kepentingan kapitalisme/kronisme.

Seharusnya, dalam pelaksanaan mana-mana dasar penting, mengambil contoh negara Sweden, perancangan dan pelaksanaan sistem AES melibatkan proses konsultasi di mana rakyat diminta untuk mengambil bahagian untuk menjadikan pelaksanaan sistem AES tersebut lebih efektif. Sedangkan di Malaysia, hampir keseluruhan proses dilakukan secara tertutup, fakta-fakta berkaitan sistem AES hanya diketahui selepas kontrak pelaksanaan tersebut ditandatangani.

Pelaksanaan AES telah membangkitkan bantahan daripada pelbagai pihak. Dalam usaha mengkaji bantahan-bantahan terhadap AES, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mendapati corak am yang agak sama dengan perkembangan unik masing-masing di beberapa buah negara yang juga melaksanakan sistem berkenaan. Justeru, KPRU merumuskan dua perkara utama untuk penelitian kita bersama apabila membicarakan isu pelaksanaan sistem AES seperti berikut:

1.      Selain Malaysia, pelaksanaan sistem AES juga mendapat bantahan di negara-negara lain yang melaksanakannya. Hal ini kerana pelaksanaan sistem AES dilihat sebagai percubaan mengumpul hasil/meraih keuntungan oleh kerajaan dan syarikat swasta yang membekalkan/menguruskan kamera-kamera AES, pada masa yang sama membebankan rakyat dengan saman trafik.

2.      Pelaksanaan sistem AES di negara lain bukanlah cara utama kerajaan meningkatkan keselamatan jalan raya. Sebaliknya, ianya bersifat komplimentari, pembangunan bersama sistem pengangkutan awam yang sistematik, cekap, berkesan dan menyeluruh.

Penemuan Pertama

Selain Malaysia, pelaksanaan sistem AES juga mendapat bantahan di negara-negara yang melaksanakannya. Hal ini kerana pelaksanaan sistem AES ini dilihat sebagai percubaan mengumpul hasil/meraih keuntungan oleh kerajaan dan syarikat swasta yang membekalkan/menguruskan kamera-kamera AES, pada masa yang sama membebankan rakyat dengan saman trafik.

Amerika Syarikat

Kumpulan anti kamera kelajuan Camerafraud telah memperlihatkan peningkatan dalam sokongan daripada 100 orang ahli kepada 1500 orang ahli dalam tahun 2008. Pada Julai 2010, Kumpulan tersebut telah mengumpul tandatangan sebanyk 150,000 bagi menolak pelaksanaan kamera kelajuan.[1]

Penolakan penggunaan kamera kelajuan ini memperlihatkan sebanyak 13 negeri[2] di Amerika Syarikat mempunyai undang-undang khas untuk menolak penggunaan kamera kelajuan di lebuh raya-lebuh raya. Bagi negeri-negeri yang memasang kamera kelajuan, warga negeri tersebut mengambil langkah untuk menyusahkan kamera-kamera kelajuan mengambil gambat plat kereta mereka. Contoh tindakan yang diambil boleh dilihat di Maryland di mana kamera lampu merah mula dipasang pada tahun 1997 dan kamera kelajuan pada tahun 2007[3]. Para pengguna jalan raya di negeri tersebut mula menggunakan teknik NoPhoto di mana plat kereta menggunakan dua benda yang kecil yang memantul cahaya di hujung plat kereta. Dua benda ini akan memutarbelitkan gambar yang diambil oleh kamera.

Penggunaan kamera kelajuan untuk meraih keuntungan ini dapat dilihat di Washington DC apabila bandar tersebut membelanjakan sebanyak USD$52.7 juta kepada ACS State & Local Solutions untuk memasang, mengendali dan menyelenggara jaringan kamera trafik di bandar tersebut. Pelaksanaan kamera trafik di bandar tersebut pula menghasilkan sebanyak USD$85 juta dalam saman trafik pada tahun 2011.  Nilai saman trafik bagi para pemandu yang membawa kenderaan mereka dengan kadar 25 mph (40.2 km/j) melebihi had kelajuan dinaikkan kepada USD$300 daripada USD$250. Had kelajuan bagi jalan raya di kawasan luar bandar ialah 50 mph dan 60 mph di lebuh raya.[4] [5] Ini adalah berikutan sebuah laporan akhbar pada bulan Mac 2012 melaporkan bahawa bandar tersebut menghadapi USD$172 juta dalam defisit dan sebuah rancangan untuk menambah hasil (revenue) bandar tersebut adalah dengan menambah pungutan hasil ekoran program kamera trafik sebanyak USD$31 juta pada tahun 2012 dan USD$40 juta pada tahun 2013.[6]

Negeri California pula menaikkan kadar saman trafiknya kepada USD$271 di mana Lockhead Martin (syarikat pembekal kamera trafik di negeri California) akan meraih keuntungan sebanyak USD$70 bagi setiap USD$271 saman yang dikeluarkan.[7]

Bandar lain di Amerika Syarikat tidak terkecuali dengan projek meraih keuntungan melalui kamera AES. Di bandar Chicago, Datuk Bandar Rahm Emanual bergantung kepada keuntungan daripada sisem AES yang bernilai USD$30 juta dalam saman trafik untuk membiayai projek keselamatan kanak-kanak bandar tersebut. Kadar saman trafik di bandar Chicago adalah seperti yang berikut: USD$35 bagi kesalahan memandu antara 6 mph – 10mph (9.6 km/j – 16 km/j) melebihi had kelajuan di kawasan persekolahan, dan USD$100 bagi kesalahan memandu dengan kadar 11 mph (17 km/j) melebihi had kelajuan .[8] Had kelajuan bagi jalan raya adalah masing-masing 65 mph (104 km/j) bagi lebuh raya di kawasan bandar, 55 mph (88 km/j) bagi lebuh raya di kawasan luar bandar, 30 mph (48 km/j) di kawasan perumahan dan 20 mph (32 km/j) di kawasan persekolahan.[9]

Kanada

Kamera kelajuan di negara Kanada mula dipasang pada tahun 1988 di British Columbia. Pada ketika itu, 75 peratus warga Kanada menunjukkan maklum balas positif terhadap pemasangan kamera kelajuan. Namun, maklum balas itu berbeza pada tahun 2001 apabila 32 peratus daripada 2,114 respondan yang mengambil bahagian dalam satu kajian menolak pemasangan kamera kelajuan di lebuh raya. Corak am penolakan pemasangan kamera kelajuan di Kanada berbeza-berbeza.[10]

Sepertimana di Amerika Syarikat, pemasangan kamera trafik di Kanada, contohnya di bandar Calgary, di mana nilai saman trafik bagi mereka yang ditangkap oleh kamera lampu merah adalah sebanyak CAD$287 dan nilai saman trafik bagi mereka yang membawa kenderaan melebihi had kelajuan adalah sebanyak CAD$136. Selain itu, jumlah saman trafik yang dikeluarkan oleh lima simpang utama bandar tersebut adalah sebanyak 73,839 bagi tahun 2011.[11] Di bandar Calgary, Kanada, pihak berkaitan meraih keuntungan sebanyak CAD$10,042,104 pada tahun 2011 bagi kesalahan kelajuan semata-mata.

Malah majlis perbandaran Winnipeg telah mengakui bahawa program AES adalah bertujuan untuk meraih keuntungan dan bukannya untuk meningkatkan keselamatan jalan raya. Ini adalah berikutan laporan dalaman[12] yang dikeluarkan oleh majlis perbandaran tersebut yang menyatakan bahawa “the report going to the protection committee confirmed for the first time publicly that city bureaucrats are recommending the continuation of photo enforcement largely for revenue reasons and not for traffic safety purposes.”

Persoalannya adalah sama ada Kerajaan Malaysia, terutamanya Kementerian Pengangkutan juga mempunyai pemikiran yang sama seperti majlis perbandaran Winnipeg, Kanada dalam pelaksanaan kamera AES?

United Kingdom

Sudah 20 tahun kamera kelajuan dipasang di United Kingdom di mana kamera pertama yang dipasang ialah di Jambatan Twickenham di daerah Surrey. Kegagalan penggunaan kamera kelajuan bermula apabila pihak berkaitan mula diberikan kebenaran untuk menerima peratusan tertentu daripada hasil yang dijana oleh kamera kelajuan. Ini membawa kepada bilangan kamera kelajuan meningkat daripada 1,600 buah kamera pada tahun 2000 kepada 4,737 buah kamera pada tahun 2007 tetapi keberkesanannya dipertikaikan.

Contohnya kamera kelajuan yang dipasang di Jalan Stoney, di daerah West Midlands, di barat tengah England[13]. Kamera tersebut diberi gelaran “kamera trafik paling licik”. Ini berikutan kamera tersebut dipasang hitam dan ianya tersorok dalam sebuah pokok. Ianya berjaya menangkap 1,500 pelanggar undang-undang jalan raya dalam seminggu ianya mula dipasang dan membawa keuntungan kepada kerajaan tempatan sebanyak £45,000 hingga £90,000 seminggu (RM218,970-RM437,966), lantas menjadikannya ia contoh kamera trafik yang tidak digunakan untuk mengurangkan kadar kemalangan dan menaikkan keselamatan jalan, sebaliknya sebagai mesin keuntungan pihak berkaitan.

Keberkesanan kamera kelajuan terus dinafikan setelah pihak polis di daerah Avon dan Somerset menyatakan kamera kelajuan gagal untuk membawa sebarang perbezaan atau pengurangan dalam kemalangan jalan raya. Ini berikutan selepas penggunaan kamera kelajuan mula diakhirkan pada Mac 2011, kadar kemalangan jalan raya sebenarnya menunjukkan pengurangan di mana pada tahun 2010, kemalangan jalan raya di Avon adalah sebanyak 312 kemalangan dan angka ini mengurang kepada 258 kemalangan pada tahun 2011. Jalan raya di Somerset juga memperlihatkan pengurangan pasca penutupan penggunaan kamera kelajuan di mana kemalangan jalan raya pada tahun 2010 adalah sebanyak 238, angka ini menurun kepada 224 pada tahun 2011.[14]

Dalam sebuah kajian yang dilakukan di UK, papan tanda yang menyatakan kelajuan seorang pemandu dikatakan 50 kali lagi efektif berbanding kamera kelajuan dalam usaha mengurangkan kelajuan di jalan raya.[15] Semakin banyak daerah di UK yang menutup program kamera kelajuan mereka. pada tahun 2010, 5 daerah di UK, Swindon, Oxfordshire, Wiltshire, Buckingham dan Lanashire menutup program kamera kelajuan mereka.[16]

Malah sehingga Jun 2012, 1522 kamera kelajuan di UK tidak lagi berfungsi atau digunakan. Ini merupakan peningkatan sebanyak 37 peratus pada tahun 2010 dan 32 peratus pada tahun 2009. Kamera-kamera yang tidak lagi digunakan untuk menangkap para pengguna jalan raya dibiarkan di tempat seadanya sebagai kaedah pencegahan.[17]

Perancis

Akibat kekecewaan terhadap kuota penguatkuasaan kelajuan, sekumpulan pegawai polis telah mengambil tindakan untuk menutup kamera-kamera kelajuan di laluan mereka.  Ini adalah kerana, menurut kumpulan pegawai polis tersebut, mereka dipaksa mengisi kuota pengeluaran saman untuk menerima bonus dan menurut kumpulan ini, polisi keselamatan jalan raya di Perancis telah fokus kepada keuntungan dan bukannya memperbaiki keselamatan jalan raya pengguna di negara tersebut.[18]

Pada tahun 2011[19], ribuan pemandu kereta dan motosikal telah melancarkan beberapa siri demonstrasi untuk menentang langkah-langkah keselamatan jalan raya yang baru dan penggunaan meningkat kamera-kamera kelajuan.

Pada tahun 2008[20], pihak polis telah menahan dua orang warga Perancis atas dakwaan meletup dan memusnahkan beberapa puluhan kamera kelajuan di sekitar bandar Paris menggunakan dinamit. Kedua-dua warga tersebut mendakwa mereka merupakan ahli kumpulan Nationalist Revolutionary Army Faction (Finar), iaitu kumpulan yang bertanggungjawab untuk kemusnahan berpuluh-puluh kamera kelajuan. Dan sehingga tahun 2003, sebanyak 1,860 kamera kelajuan di seluruh negara Perancis telah dimusnahkan oleh golongan anti kamera kelajuan.

Penentangan ke atas kamera kelajuan melihat penyambungan di tahun 2012 di mana dua kamera kelajuan telah disembur cat dan dibakar, lantas, merosakkan kedua-dua kamera kelajuan tersebut.[21]

Pelaksanaan sistem AES di Perancis telah memperlihatkan pihak kerajaan Perancis meraih keuntungan sebanyak €639 juta dalam pengeluaran saman trafik bagi kesalahan trafik pada tahun 2011. Manakala dari 1 Januari 2012 hingga 30 Jun 2012, kamera kelajuan telah mengutip sebanyak €324 juta dalam saman[22] dan nilai sebuah saman trafik bagi memandu melebihi had kelajuan di Perancis adalah sebanyak €135.[23]  Manakala semenjak program AES dilancarkan pada tahun 2003 sehingga tahun 2012, kerajaan Perancis telah meraih keuntungan kira-kira €700 juta daripada saman trafik.[24]

Australia

Bagi negara Australia, pelaksanaan sistem AES adalah mengikut peruntukan negeri dan bukannya kerajaan persekutuan. Dan keadaan ini dapat dilihat dengan kerajaan negeri mengaut keuntungan bernilai berjuta-juta akibat pelaksanaan sistem AES ini. Negeri Victoria misalnya, pada tahun 2008 sehingga 2009,  kerajaan negeri mengaut keuntungan sebanyak AUD$397 juta dalam pengeluaran seman bagi kesalahan trafik. Angka ini melonjak kepada AUD$437 juta pada tahun 2009/2010.[25]

Kerajaan negeri Queensland juga menjangka untuk meningkatkan hasil kutipan daripada saman trafik kepada AUD$81 juta pada tahun 2013 berbanding AUD$53 juta pada tahun 2012. Jangkaan bagi peningkatan hasil ini adalah berikutan kerajaan negeri terpaksa membelanjakan sebanyak AUD$50 juta untuk mengendalikan kamera-kamera kelajuan.[26]

Manakala di New South Wales (NSW) pula, kerajaan negeri tersebut meraih keuntungan sebanyak AUD$23,100,291 di sepuluh jalan raya yang mempunyai kamera kelajuan yang paling banyak merakam kesalahan memandu melebihi had kelajuan yang paling tinggi. Malah jalan Clevelenad St Surry Hills, sebuah jalan yang hanya mempunyai 3 kamera kelajuan berjaya mengutip keuntungan pada purata AUD$1,199,146 bagi setiap kamera.[27]

Penolakan penggunaan kamera kelajuan bagi meraih keuntungan akhirnya ditolak oleh kerajaan negeri tersebut. Ini berikutan kerajaan negeri NSW menutup 38 buah kamera daripada 141 kamera kelajuan selepas ianya didapati kamera-kamera tersebut gagal untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Sebanyak AUD$10 juta telah diraih oleh 38 kamera tersebu sewaktu digunakan. Lantas, di sebalik menyelamatkan nyawa para pengguna jalan raya di NSW, kerajaan negeri tersebut telah mengakui kegagalan dan mengakui bebanan kewangan 38 buah kamera tersebut ke atas warga NSW dengan menutupi 38 buah kamera kelajuan di negeri tersebut.[28]

Penemuan Kedua

Pelaksanaan sistem AES di negara lain bukanlah cara utama kerajaan meningkatkan keselamatan jalan raya. Sebaliknya, ianya bersifat komplementari, pembangunan bersama sistem pengangkutan awam yang sistematik, cekap, berkesan dan menyeluruh.

Amerika Syarikat

Pada tahun 2011[29], Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah memperuntukkan sebanyak USD$8 bilion bagi pembinaan rel berkelajuan. Projek ini bukan sahaja dijangka membuka peluang pekerjaan di negera tersebut, ianya juga dijangka meningkatkan keberkesanan pengangkutan awam di Amerika Syarikat. Pada tahun 2009, terdapat sebanyak 7,700 jenis sistem pengangkutan awam di negara tersebut. Pada tahun 2011[30], warga Amerika Syarikat mengambil 10.2 bilion perjalanan menggunakan pengangkutan awam.

Bagi Belanjawan tahun 2013 negara tersebut pula[31], Presiden Barack Obama memperuntukkan sebanyak USD$476 bilion selama enam tahun kepada Kementerian Pengangkutan yang melibatkan peningkatan lebuhraya-lebuhraya, jaringan transit dan perkembangan perkhidmatan kereta api. Keberkesanan sistem pengangkutan awam Amerika Syarikat terbukti dengan jelas apabila individu-individu yang menggunakan sistem pengangkutan dikatakan dapat menjimatkan sebanyak USD$10,116 (RM30,550.32)  setahun dan penjimatan sebanyak USD$843 (RM2,545.86) sebulan.[32]

Kepentingan pengangkutan awam di Amerika Syarikat lebih jelas apabila di bandar New York, sebanyak 56.7 peratus warga New York membawa kereta, 31.1 peratus menggunakan pengangkutan awam, 1.5 peratus menggunakan teksi, 3.9 peratus menggunakan motosikal, 6.3 peratus jalan kaki dan 0.5 peratus menggunakan basikal untuk bergerak.[33]  Namun, bagi negeri seperti negeri California, penggunaan kenderaan persendirian masih diutamakan apabila sebanyak 71.4 peratus kenderaan yang dicatat adalah kereta/lori dan van. Ini berbanding dengan hanya 14.6 peratus warga negeri California menggunakan pengangkutan awam, 4.3 peratus warga California jalan kaki, 1.9 peratus menggunakan basikal dan  1.5 peratus lagi menggunakan teksi, motosikal dan sebagainya.[34]

Bagi laluan kereta api di Amerika Syarikat pula, ianya merupakan suatu jaringan yang menyentuh setiap 50 negeri dengan rancangan kerajaan Amerika Syarikat di bawah Presiden Barack Obama untuk membina 17,703 kilometer rangkaian jaringan kereta api berkelajuan tinggi yang akan disiap pada tahun 2030[35]. Kereta api berkelajuan tinggi ini akan menghubungkait bersama kereta api kelajuan biasa lantas menjadikan jaringan kereta api di Amerika Syarikat antara paling menyeluruh di dunia.

Kanada

Sejak tahun 2006, kerajaan Kanada memperuntukkan sebanyak $5 bilion kepada kerajaan tempatan untuk memajukan jaringan pengangkutan awam mereka. Malah dari tahun 2009 hingga tahun 2011, di bawah Pelan Tindakan Ekonomi Kanada, kerajaan Kanada melaburkan sebanyak $240 juta untuk pembangunan 70 jenis projek transit pengangkutan awam. Seterusnya, di bawah Tabung Pembinaan Kanada (BCF), sebanyak $8.8 bilion telah disalurkan bagi pembangunan jaringan pengangkutan awam di seluruh negara Kanada. Dan di bawah kerjasama BCF dan Major Infrastruktur Component (MIC), sebanyak $2.3 bilion daripada peruntukan kerajaan pusat telah disalurkan kepada 22 jenis projek pembinaan infrastruktur di seluruh negara Kanada.[36]

United Kingdom

Penggunaan jaringan kereta api UK memperlihatkan penggunaan meningkat saban tahun. Tahun 2010/2011 memperlihatkan kadar penggunaan yang paling tinggi dengan lebih daripada 50 bilion perjalanan oleh para pengguna telah direkod. Fakta ini menunjukkan kebergantungan warga UK yang tinggi ke atas pengangkutan awam yang efektif.

Jarak Perjalanan kilometer (bilion) Para Pengguna di Pengangkutan Awam Kereta Api UK tahun 2000-2011[37]

Belanda

Di Belanda, warga negara tersebut digalakkan oleh kerajaannya untuk menggunakan baskal untuk perjalanan mereka. Meskipun warga Belanda terdiri daripada 17 juta orang, tetapi 18 juta penggunaan basikal sehari telah direkod oleh kerajaan Belanda.[38] Di samping itu, di bandar Amsterdam, terdapat 30 buah laluan bas, 16 buah laluan trem, 5 buah laluan feri dan 4 buah laluan bas metro. Malah, bas waktu malam di bandar Amsterdam adalah daripada pukul 12.30 malam sehingga 7.30 pagi[39]. Meletakkan kereta di bandar-bandar dalam negara Belanda pula terdiri daripada tiga jenis; Zon Biru (tiket masa yang bercop), P-Zon (tempat letak bermeter) dan P+R lokaliti (tempat letak kereta di luar bandar dengan pengangkutan awam kerap).[40]

Kesemua perkhidmatan pengangkutan awam di negara Belanda menggunakan kad OV-Chip. Ianya menggunakan pengisian kredit untuk digunakan di seluruh negara. Cara penggunaan kad ini adalah apabila ianya digunakan sejumlah kredit akan ditolak. Apabila seseorang itu keluar, sejumlah itu dimasukkan semula ke dalam kad tersebut.

Pembantu golongan kurang upaya pula mempunyai hak untuk menaiki pengangkutan awam secara percuma jika mereka mempunyai Pas Khas Bantuan Pengangkutan Awam (OV Begeleiderskaart). Bagi golongan kurang upaya yang tiada pembantu khas,, Pejabat Bantuan Kurang Upaya (NS) boleh dihubungi untuk membantu golongan kurang upaya ini. Terdapat 100 stesen di seluruh Belanda yang mempunyai Pembantu Perjalanan untuk golongan kurang upaya. Sesetengah stesen kereta api mempunyai jambatan mudah alih mereka yang menggunakan kerusi kurang upaya, panduan untuk mereka yang buta dan soket khas untuk alat pendengaran mereka yang pekak di kaunter menjual tiket. Bagi golongan kurang upaya yang hendak menaiki teksi, terdapat teksi khas yang mempunyai perjalanan jauh. Perkhidmatan teksi tersebut dinamakan Valys.[41]

Secara dasarnya, Belanda bukan sahaja mempunyai jaringan pengangkutan awam yang menyeluruh, ianya juga mesra golongan kurang upaya dan mengutamakan penggunaan basikal bagi setiap rakyatnya untuk bergerak.

Sweden

Di Sweden, terdapat tiga jenis pengangkutan awam yang disediakan oleh kerajaan negara Sweden. Pertama ialah pengangkutan awam am yang berasaskan jadual dan laluan kepada semua pihak; pengangkutan awam khas yang disediakan kepada kumpulan khas seperti orang kurang upaya dan para pelajar; ketiga ialah pengangkutan awam yang disewa khas dan pengangkutan awam untuk para pelancong.[42]

Di negara Sweden, pengangkutan awam ditadbir oleh kerajaan-kerajaan tempatan. Ini memberi kebebasan kepada kerajaan tempatan untuk memilih laluan dan jumlah keuntungan yang disasarkan. Akan tetapi. Kerajaan pusat mempunyai tanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan di bawah kerajaan tempatan adalah berkualiti dan terdapat kerjasama di antara kerajaan pusat dan kerajaan tempatan untuk memastikan perkhidmatan seluruh negara adalah selari. Kerajaan pusat juga menyediakan geran untuk penyelidikan dan pembangunan di sektor perkhidmatan awam. Akan tetapi, tiada geran disediakan bagi perkhidmatan tempatan dan rantau Eropah. Seperti di Belanda, pengangkutan awam negara Sweden adalah mesra kurang upaya di mana terdapat dua jenis perkhidmatan yang disediakan untuk membantu perjalanan golongan kurang upaya. Dua perkhidmatan tersebut adalah perkhidmatan Pengangkutan Kurang Upaya dan Perkhidmatan Mobiliti Negara.

Perkhidmatan Mobiliti Negara[43] berfungsi untuk membantu perjalanan golongan kurang upaya dengan menyediakan kereta atau minibus mesra kurang upaya untuk pengangkutan golongan kurang upaya. Perkhidmatan ini bergantung kepada jarak yang disasarkan. Perkhidmatan Pengangkutan Kurang Upaya pula adalah perkhidmatan yang menyediakan kenderaan mesra kurang upaya yang yang tidak kira tempat dan jarak tempat yang disasarkan.[44]

Bagi warga Sweden yang lain, perkhidmatan pengangkutan awam secara amnya terdiri daripada, teksi, basikal, feri dan kereta api yang disediakan oleh Swedish State Railways dan Pas Satu Negara InterRail menyediakan perjalanan untuk tiga, empat, enam atau 8 hari satu bulan dalam negara Sweden.[45] Bagi perjalanan dalam bandar, perkhidmatan trem disediakan seperti di Gothenburg yang menyediakan perkhidmatan seluruh bandar Gothenburg.[46]

Akibat kebergantungan yang tinggi terhadap pengangkutan awam di Sweden, sebanyak 1.2 bilion perjalanan dilakukan secara rantau dan tempatan di negara Sweden menggunakan pengangkutan awam.[47] Bagi perkhidmatan basikal di bandar Stockholm, sesiapa yang tidak mempunyai basikal persendirian boleh menyewa basikal yang disediakan. Penyewaan basikal ini dilaksanakan melalui sewaan automatik di stesen-stesen sewa basikal yang menggunakan komputer dan kad sewaan.[48]

Terakhir sekali, lanskap pengangkutan awam Sweden bakal berubah dengan pelaksanaan projek Swedish Doubling yang merupakan kerjasama antara para operator, kerajaan tempatan, badan pemikir rantau Eropah, penguatkuasa pengangkutan awam dan pembuat keputusan. Projek ini bertujuan untuk menambahkan lagi kualiti pengangkutan awam dan membangunkan lagi pengangkutan awam di negara Sweden. Antara kejayaan projek tersebut adalah persetujuan daripada 50,000 para pemandu seluruh negara Sweden untuk meninggalkan kenderaan persendirian mereka yang menaiki pengangkutan awam secara percuma selama dua minggu. Meskipun ianya masih dalam tempoh percubaan, program ini telah memperlihatkan peningkatan dalam penggunaan pengangkuran awam sebanyak 20 peratus. Program berjaya di bawah Swedish Doubling ini memperlihatkan lebih daripada separuh daripada pemilik kenderaan persendirian meninggalkan kenderaan mereka dan menggunakan pengangkutan awam di bawah program “Park and Ride”. Begitu juga kejayaan program “Bike and Ride” yang memperlihatkan pemilik kenderaan persendirian meninggkalkan kenderaan persendirian mereka dan menggunakan pengangkutan awam.[49]

Perancis

Pemantauan ke atas pengangkutan awam di negara Perancis dilakukan di peringkat negara dengan Suruhanjaya Antarabandar di Perancis akan menilai kemudahan pengangkutan awam. Manakala ianya merupakan tanggungjawab operator pengangkutan awam untuk menyediakan kadar tambang bagi golongan kurang upaya.

Pengangkutan awam di Perancis dikendalikan oleh 7 operator pengangkutan awam[50]. 7 operator ini terdiri daripada:
1.Eurolines – memberi perkhidmatan bas kepada 1500 destinasi seluruh rantau Eropah
2.Eurostar – memberi perkhidmatan kereta api daripada Perancis kepada London.
3.Noctilien – perkhidmatan bas malam yang mempunyai 35 laluan seluruh negara Perancis.
4.RATP Paris Publis Transport Network – memberi perkhidmatan hampir semua perkhidmatan pengangkutan awam di seluruh negara Perancis. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah, kereta api metro, bas, trem, kereta api laju, perkhidmatan khas bagi kawasan-kawasan yang tiada perkhidmatan awam dan perkhidmatan khas untuk golongan kurang upaya.
5.SNCF Transilien – merupakan perkhidmatan pengangkutan awam yang berkhidmat di kawasan-kawasan pinggir bandar.
6. Thalys – memberi perkhidmatan kereta api laju antara Perancis dan Bandar-bandar Utara rantau Eropah.
7.Cityrama – memberi perkhidmatan udara dan kereta api di seluruh negara Perancis.
Bagi pengangkutan alternatif di Perancis, jaringan jalan raya sepanjang 880,000km di negara tersebut, terbuka untuk digunakan oleh para pengguna basikal. Di samping itu, di bandar-bandar seperti di bandar Paris pula, laluan

Penutup

Secara amnya, kajian KPRU mendapati sistem AES berfungsi sebagai suatu dasar untuk mengaut keuntungan. Jika kerajaan adalah serius bagi memperbaiki keselamatan jalan raya para pengguna di Malaysia, maka suatu sistem pengangkutan yang komprehensif harus dilakukan. Ini termasuklah sistem pengangkutan awam yang cekap dan efektif, kempen kesedaran di semua lapisan masyarakat mengenai kepentingan keselamatan jalan raya, dan rangkaian jalan raya yang selamat dan berkesan.

Corak am yang melakarkan pelaksanaan program AES di Malaysia dan di negara lain adalah pelaksanaan program AES adalah berteraskan usaha kerajaan atau pihak berkaitan untuk meraih keuntungan sementara para pengguna jalan raya dibebani dengan kadar saman yang tinggi. Bagi program AES yang berjaya, contohnya di Belanda dan Sweden pula, program AES dikatakan berjaya berbanding negara lain kerana kerajaan di negara-negara tersebut berusaha untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang cekap dan komprehensif, lantas menjadikan usaha terhadap memperbaiki keselamatan jalan raya, suatu usaha menyeluruh dan tidak terpencil.

Bagi kebanyakan program AES yang dilancarkan, program tersebut dalam kajian ini menemui penentangan daripada rakyat dan pengguna jalan raya negara tersebut. Bagi setiap program AES gagal yang dilaksanakan, ianya adalah kerana kerajaan berkenaan melaksanakan program AES tersebut dalam keadaan tersembunyi, tanpa rundingan bersama rakyat dan para pengguna jalan raya di kawasan tersebut khususnya pada peringkat perancangan. Penentangan yang diberikan oleh para pengguna jalan raya acapkali membawa kepada penutupan program AES akhirnya.

Pada tahun 2006[51], sebuah siasatan samaran di UK telah menemui kamera trafik sememangnya dilakukan untuk meraih keuntungan bagi kerajaan dan syarikat pembekal kamera trafik dan bukannya untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya. Malah menurut siasatan tersebut, kamera trafik sememangnya direka untuk mengaut keuntungan daripada pengguna jalan raya di mana saman-saman yang bernilai berjuta-juta akan disalurkan secara rahsia kepada kerajaan dan bukannya memberi semula wang tersebut untuk memperbaiki keselamatan jalan raya.

Ianya harus diberikan perhatian di mana penentangan terhadap syarikat-syarikat pembekal kamera trafik mencapai tahap kritikal di mana terdapatnya laman sesawang yang menyenaraikan kegagalan syarikat-syarikat tersebut. tersebut dalam memperbaiki keselamatan jalan raya. Pada tahun 2011, syarikat berkaitan telah kehilangan sebanyak USD$2.4 juta dalam kontrak berikutan permintaan ke atas kamera trafik yang kian menurun dan penentangan terhadap kamera-kamera trafik yang kian meningkat[52]. Pada tahun 2012, nilai saham syarikat berkaitan di Amerika Syarikat pula menjunam daripada USD$2.10 kepada USD$1.76 (16 peratus) selepas ianya dilaporkan bahawa syarikat berkaitan terlibat dengan amalan rasuah dengan para pegawai majlis perbandaran untuk mendapatkan kontrak pemasangan kamera trafik.[53]

Di Malaysia, di mana kecacatan sistem pengangkutan awam dan amalan rasuah sering dibangkitkan, apakah pelaksanaan sistem AES yang penuh dengan bantahan akan ditangguhkan oleh kerajaan hari ini? Pendek kata, kita nakkan kerajaan yang dahulukan kepentingan kroni atau kepentingan rakyat terbanyak?

harakah/-

Buku baru Zunar 'Lawak & Lawan' tekan isu rakyat

28 Muharram 1433H. [MOD] -

(Buku terbaru Zunar, Lawak & Lawan)

KUALA LUMPUR: Berbeza dengan buku-buku sebelum ini, buku kartunis Zunar kali ini, 'Lawak & Lawan' mengolah isu dari perspektif rakyat.

"Dari segi kandungan dan mesej ia tetap sama dengan karya-karya sebelum ini, iaitu rasuah, salahguna kuasa dan kezaliman kerajaan BN.

"Cuma pendekatannya sedikit berbeza kerana saya lebih menekankan hati naruni rakyat," kata Zunar atau nama sebenarnya Zulkifly Anwar Ul Haq dalam satu kenyataannya.

Menurut Zunar, secara ringkasnya banyak kartun-kartun yang menggambarkan bagaimana rakyat menanggung derita akibat rasuah oleh pemimpin Barisan Nasional dan kroni-kroni mereka.

"Sebagai kartunis, saya punya tanggungjawab untuk berjuang bersama rakyat bagi menjatuhkan Barisan Nasional,"tambahnya.

Majlis pelancaran buku ini akan diadakan pada 15 & 16 Dis (Sabtu & Ahad) di compound Amcorp Mall (menghadap tasik, Ground Floor belakang Mc Donald) dari jam 11 pagi hingga 9 malam, kedua-dua hari.

"Saya berharap peminat, penyokong dan orang ramai dapat memberi sokongan untuk hadir dan membeli buku ini," kata Zunar lagi.

'Lawak & Lawan' diterbitkan dalam dua bahasa, iaiatu Bahasa Melayu dan Inggeris.

Buku setebal 108 muka surat dan penuh warna ini dijual dengan harga RM25 senaskah.
Pembelian online boleh dibuat melalui laman web www.zunarcartoonist.com.

harakah/-

Afghanistan gagal lindungi wanita

28 Muharram 1433H. [MOD] -


Afghanistan gagal lindungi wanita
Ratusan wanita Afghanistan berarak sempena hari hak asasi manusia di beberapa bandar di negara itu, kelmarin.
 
NEW YORK - Afghanistan di dakwa masih gagal melindungi golongan wanita dari kekerasan di negara itu, biar pun terdapat pelaksanaan undang-undang anti kekerasan 2009, namun implementasinya tetap rendah, menurut laporan terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Tekanan budaya dan polisi tidak konsisten menjadi penghalang implementasi undang-undang tersebut,“ menurut laporan itu.

Laporan itu dikeluarkan setelah rangkaian kekerasan terhadap wanita Afghanistan menjadi sorotan media sepanjang tahun.

Bulan lalu, dua lelaki ditahan di wilayah Kunduz selepas dituduh memenggal kepala seorang anak perempuannya kerana menolak lamaran untuk dikahwinkan.

Pada bulan lalu juga, empat polis Afghanistan di penjara 16 tahun setelah memperkosa seorang wanita di wilayah yang sama.

Laporan Misi Bantuan PBB di Afghanistan turut melaporkan, kekerasan terhadap wanita dianggap terpencil kerana kekangan budaya, norma sosial dan sering diancam bunuh jika ianya disebarkan.

“Undang-undang penghapusan kekerasan terhadap wanita 2009 perlu dikaji semula atau dimansuhkan kerana tiada mana-mana pihak mengguna pakai undang-undang tersebut di Afghanistan,“ menurut seorang aktivis.

Polisi juga didakwa enggan menangkap penjenayah seksual kerana akan menerima ancaman bunuh oleh pelaku tersebut. - Reuters

Rentung hidup-hidup

28 Muharram 1433H. [MOD] -

TRAGIS...mangsa kemalangan maut ketika balik berniaga. Gambar kecil, anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa.
TRAGIS...mangsa kemalangan maut ketika balik berniaga. Gambar kecil, anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa. 
 
JASIN: Seorang peniaga buah-buahan dipercayai terbakar hidup-hidup apabila tersepit di dalam van dipandunya yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 32, Jalan Ghaffar, Sungai Rambai di sini, awal pagi semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu, difahamkan, ada penduduk yang menetap di kawasan berdekatan terdengar jeritan mangsa, Kamal Abd Kadir, 43, meminta pertolongan, namun gagal menyelamatkannya selepas van Nissan Vanette dipandunya terbakar.

Ketika kejadian, Kamal dikatakan baru berniaga di Klebang, dekat sini, dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Muhibah, Muar, Johor.

Bapa kepada empat anak itu memandu van Nissan Vanette bersendirian dan turut membawa muatan buah-buahan termasuk beberapa peralatan perniagaannya.

Sejurus tiba di selekoh berhampiran tempat kejadian, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit di kawasan berkenaan hingga menyebabkan kakinya tersepit.

metro/-

Isu MyKad: 1000 demo di JPN, arak ‘IC merah’ Najib

28 Muharram 1433H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Hampir 1000 orang berhimpun di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini bagi mendesak kerajaan menyelesaikan masalah 300,000 masyarakat India yang tidak mendapat hak kewarganegaraan.

Kumpulan mereka yang rata-ratanya dari kaum India, sebelum itu berarak daripada kawasan berhampiran Istana Kehakiman dan turut disertai pemimpin Pakatan Rakyat.

Mereka yang hadir dari beberapa negeri dari seluruh negara itu berarak sambil membawa replika kad pengenalan merah pemastautin tetap yang tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hisammuddin Hussein.

Sementara itu, berlaku sedikit ketegangan apabila sekumpulan perserta marah dengan tindakan pihak yang menutup pintu utama ke jabatan.

Bagaimanapun keadaan dapat dikawal oleh pemimpin yang hadir.

Antara yang hadir termasuklah Naib presiden PKR N Surendran, Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam, R Sivarasa (Subang), Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin (Ampang), Charles Santiago (Klang), Adun Sri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, M Manoharan (Kota Alam Shah) dan Latheefa Koya.

Dari PAS pula termasuk Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad serta Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmood.

Bagaimanapun selepas perbincangan, hanya beberapa orang dari mereka dibenar masuk kebangunan untuk mengadakan pertemuan dengan wakil jabatan itu.

harakah/-