Bas yang musnah sama sekali dalam serangan ke atas jemaah Syiah di Balochistan. - Foto ihsan CNN
ISLAMABAD - Seramai 20 jemaah Syiah terbunuh manakala 25 yang lain
cedera apabila bas mereka naiki diserang dan diletupkan ketika melalui
wilayah barat daya Pakistan, Balochistan, semalam.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya daerah Mastung, Tufail Baloch, militan menyasarkan tiga bas dinaiki jemaah Syiah di kawasan Dringarh.
Sebuah bas musnah dalam serangan manakala dua yang lain mengalami kerosakan.
Bas berkenaan membawa jemaah dari Quetta ke Iran.
Pihak berkuasa mendakwa yang letupan telah dikawal dari jauh.
Puak Syiah merupakan puak minoriti dan anggota masyarakat itu sering mengalami penganiayaan dari pelampau.

Pada 24 November lalu, Taliban Pakistan mendakwa bertanggungjawab ke
atas letupan yang mengorbankan tujuh orang termasuk tiga kanak-kanak
semasa perarakan agama Syiah.
sinar/-

KUALA LUMPUR:
PAS menyeru semua jenteranya dan orang ramai memberikan bantuan kepada
mangsa banjir kerana masalah mereka belum selesai dengan surutnya air
banjir ini.