04 Julai 2011

17 ditahan semalam direman 3 hari

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

AYER KEROH, 4 Julai: Polis hari ini berjaya mendapat perintah mahkamah yang membenarkan permohonan untuk menanan reman selama 3 hari ke atas 17 orang pemimpin dan ahli PAS yang ditahan di Jasin semalam.

Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan.

Mereka yang ditahan termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Yuhaizad Abdullah, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jasin, Fauzi Maelah dan 15 ahli PAS yang lain kira-kira jam 2.15 petang semalam.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari mendesak pihak berkuasa membebaskan 17 orang pimpinan dan ahli PAS Jasin yang ditahan.

Dalam kenyataannya, Adly berkata PAS Melaka mengutuk tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa yang menangkap mereka yang terbabit.

"PAS Melaka juga merasa kesal kerana mereka yang ditangkap tidak dibebaskan setelah keterangan mereka diambil sebaliknya mereka terus ditahan di IPD Jasin.

"PAS Melaka mendesak pihak berkuasa agar membebaskan mereka yang ditahan," tegasnya yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Menurutnya, PAS Melaka akan terus memberikan pembelaan kepada mereka yang ditahan.

"Kami yakin bahawa mereka yang ditahan tidak melakukan sebarang bentuk kesalahan, jadi oleh itu mereka mesti dibebaskan serta merta tanpa syarat," ujar beliau.

Beliau juga berkata PAS Melaka berharap keluarga para ahli PAS yang ditahan agar bersabar dan sama-sama berdoa agar mereka segera dibebaskan.

Ahmad Danial
harakahdaily/-

Khalil Idham Lim:: Penahanan Ahli PSM dan BERSIH

2 Syaaban 1432H. [MOD] -


Sekitar sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat di Ipoh berkaitan isu PSM dan baju kuning BERSIH

Letusan gunung: 887 pelajar kita di Makassar selamat

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

JAKARTA 4 Julai - Kesemua 887 pelajar Malaysia di Makassar berada dalam keadaan selamat dan tidak merasa impak akibat letusan Gunung Soputan di Sulawesi Utara semalam.

Bagaimanapun, pelajar-pelajar berkenaan telah diberi arahan supaya mengikuti prosedur standard bencana alam yang dikeluarkan oleh Education Malaysia (EM) serta mengambil perhatian dengan berita terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. - Utusan

Bersih 2.0 berusaha menghadap Agung

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Jawatankuasa penganjur Bersih 2.0 sedang berusaha untuk menghadap Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebelum Sabtu ini sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perhimpunan itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh sekretariat Bersih 2.0, "Kami akan berkomunikasi dengan Yang Dipertuan Agung sebelum membuat keputusan akhir."

Pagi ini Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Srevanasan bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan situasi sekarang, kata satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Bersih melalui Twitter mereka.

Petang semalam Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengeluarkan titah agar diadakan rundingan antara pihak Bersih dan kerajaan.

Baginda juga mengarahkan kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan.

Titah ini dikeluarkan baginda seminggu menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini.

Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Bantah tahan PSM

Sementara itu, Bersih 2.0 dalam kenyataannya mengecam keras tindakan polis menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Akta Dharurat.

"Ia sama seperti ditahan di bawah ISA," kata satu kenyataan Bersih 2.0.

Semalam, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan (gambar) membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan timbalannya Datuk Khalid Abu Bakar kerana melemparkan tuduhan palsu terhadap lima aktivis parti itu termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar.

Selain Michael, turut ditahan di bawah Ordinan Darurat adalah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu.

Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam Dan Mencegah Jenayah) 1969 yang membolehkan ditahan selama 60 hari tanpa perbicaraan.

Kata Arutchelvan (gambar), sebelum ini kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong namun telah dibebaskan daripada tuduhan itu.

“Kemudian semalam polis membuat tangkapan semula di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat kerana kononnya terdapat sebab-sebab untuk mempercayai yang mereka telah bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan ketenteraman awam.

“Ini adalah tindakan salah guna kuasa di mana polis bersembunyi di belakang undang-undang zalim ala ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Polis dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) juga tahu bahawa ISA tidak lagi popular sehingga terpaksa mengunakan undang-undang darurat yang ramai orang tidak mengetahuinya,” katanya dalam laporan polis itu.

Tegas Arutchelvan, Ordinan Darurat digunakan ke atas individu yang melakukan jenayah berat dan bukan berunsur politik.

“Mereka berenam ini adalah tahanan politik pertama dituduh di bawah Ordinan Darurat yang masih digunakan di zaman tidak ada darurat.

“Maka tujuan sebenar Ordinan Darurat digunakan adalah untuk menghindar orang dari menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0. Semua alasan dan kenyataan lain adalah tipu muslihat dan agenda memperbodohkan rakyat,” katanya.

Minggu lalu kesemua mereka ditahan berhubung Himpunan Bersih 2.0 bersama 25 yang lain

harakahdaily/-

Logo UMNO, premis perniagaan diconteng cat kuning

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR 4 Julai – Logo UMNO pada dinding Bangunan Tunku di Jalan Tunku Ibrahim di sini yang menempatkan Pejabat Badan Perhubungan UMNO negeri, menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila diconteng cat kuning dengan perkataan `Jom Bersih!’ dan `Bodoh’.

Turut menjadi sasaran, beberapa premis perniagaan di kawasan tersebut dan kejadian itu disedari oleh pemiliknya ketika ingin membuka perniagaan awal pagi tadi.

Menurut Pengurus Harta UMNO negeri, Salleh Saad, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang pengawal keselamatan di bangunan tersebut pada pukul 7.40 pagi. – Utusan

Norazli : Keluarkan hujah dan dalil Perhimpunan Bersih itu haram.

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

IPOH, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Norazli Musa mencabar Mufti Perak menyemak Perlembagaan Negara sebelum mengeluarkan kenyataan yang dangkal serta mengklasifikasikan Himpunan Bersih itu haram.

"Himpunan Bersih itu bukan haram.. kerana tujuannya adalah jelas untuk menuntut keadilan, tetapi media dan kerajaan yang mengklasifikasi sebaliknya, dan ia sama sekali tidak menyanggahi Perlembagaan Negara," jelas Ustaz Norazli Musa

Beliau berkata Tan Sri Harussani Zakaria sepatutnya bukan sekadar mendengar pandangan dan khabaran dari media sebelum menjatuhkan hukum halal haram.

"Seseorang itu mesti berada di lokasi bekenaan, melihat dan mendengar apa yang diperjuangkan dan barulah boleh mengeluarkan dalil mengenai hukum halal atau haram terutama dalam Himpunan Bersih itu," tegas ustaz Norazli

Harussani menyifatkan Himpunan berkenaan (yang belum diadakan) sebagai haram dan usaha menjatuhkan imej negara pada mata dunia. Beliau juga berkata himpunan itu tidak mendatangkan faedah.

Ustaz Norazli berkata yang peliknya, Harussani tidak sedikitpun memberi ulasan daripada sudut agama bersesuaian dengan kedudukannya tetapi lebih berminat mengulas daripada sudut pengaruh politik.

Oleh itu seeloknya, kata beliau, sudah sampai waktunya Umno memberi peluang kepada Harussani yang berminat berpolitik untuk bertanding pada pilihan raya Umum nanti untuk melihat kemampuan dan keadilan yang boleh dilaksanakannya dalam UMNO.

Umno juga wajar melantik Harussani sebagai ketua Majlis Ulama Umno agar dapat memberi nasihat dan fatwa langsung kepada Umno yang sehingga ini belum berbuat demikian, tegas beliau.

Harussani dilihat tidak konsisten dan tetap dalam memberi pandangan kerana sebelum ini dalam isu perarakan kepala Lembu di Shah Alam dan rampasan kuasa di Perak, beliau sekadar mendiamkan diri.

Ustaz Norazli berkata, benarlah Ulama akhir zaman ini terbahagi kepada dua golongan iaitu yang bersuara atau bercakap berasaskan agama, manakala sebahagian lagi bercakap untuk kepentingan dirinya.

"Ada Ulama yang memperjuangkan kebenaran ilmunya, manakala sebahagian lagi ulama menjual ilmunya," kata Ustaz Norazli.

Serangan jantung pembunuh senyap pesakit diabetes

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR 4 Julai - Penghidap darah tinggi dan diabetes atau kencing manis berisiko tinggi diserang penyakit kardiovaskular yang juga lebih dikenali sebagai serangan jantung.

Pakar Jantung Kedah Medical Centre (KMC), Dr. Abdul Rahim Tahir berkata, ia merupakan ”pembunuh dalam senyap” yang menyerang pesakit diabetes dan darah tinggi selain punca utama lain penyakit jantung iaitu merokok.

"Selain perokok, kira-kira 30 peratus pesakit diabetes dan darah tinggi mengalami serangan jantung dan ia sangat merbahaya kerana dianggap sebagai pembunuh senyap.

"Kencing manis dan darah tinggi adalah antara punca utama penyempitan saluran darah yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular atau jantung,” katanya ketika menyampaikan ceramah mengenai penyakit kardiovaskular di KMC di sini.

Beliau berkata antara gejala serangan sakit jantung ialah sakit dada, sukar bernafas, berdebar-debar serta bengkak kaki. - Bernama

Mahu Tunjuk Pandai, Tetapi yang Ternampak Kebodohannya (Nong Qiao Cheng Zhuo)

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

Mahu Tunjuk Pandai, Tetapi yang Ternampak Kebodohannya

Pada zaman Dinasti Song Utara, ada seorang pelukis yang tersohor bernama Sun Zhiwei. Dia sangat pandai melukis potret dan figura, sehingga ramai orang ingin berguru dengannya.

Pada suatu hari, Sun Zhiwei diminta melukis sebuah potret untuk Dewa Matahari. Setelah bentuk lakaran selesai, dia mengambil berus untuk mewarnakan lukisan itu. Pada ketika itu, seorang kawannya datang menjemputnya pergi minum arak. Sebelum keluar, dia berpesan kepada para pelajarnya:

"Bentuk lukisan ini sudah saya selesaikan tadi. Hanya tinggal proses mewarnakannya. Inilah kerja kamu semua nanti. Kena berhati-hati, jangan tersilap memilih warna ya! Moga-moga lukisan ini siap diwarnakan apabila saya pulang."

Sebaik sahaja Sun Zhiwei meninggalkan tempat itu, pelajar-pelajarnya segera berkumpul untuk melihat lukisan tersebut. Mereka sangat kagum dengan kepandaian guru mereka melakar sehingga dewa dalam lukisan itu kelihatan seperti hidup. Bagaimanapun, seorang pelajar yang bernama Tong Renyi berkata,

"Cuba lihat jambangan yang dipegang oleh Dewa Matahari ini. Saya ingat, setiap kali tuan guru kita melukis jambangan, dia pasti akan melakar sekuntum bunga pada jambangan itu. Tetapi jambangan dalam lukisan ini kosong sahaja. Pastilah tuan guru telah lupa atau tak sempat melukis bunga tersebut."

Selepas melafazkan kata-kata itu, Tong Renyi mengambil berus dan melakar sekuntum bunga plum pada jambangan dalam lukisan itu.

Selepas pulang dari rumah kawannya, Sun Zhiwei terkejut apabila ternampak pada jambangan dalam lukisannya telah ditambah sekuntum bunga. Dia berkata dengan marah:

"Siapakah yang telah melukis bunga ini? Dia yang mahu tunjuk pandai, tetapi yang ternampak kebodohannya! Jambangan ini digunakan oleh Dewa Matahari untuk menangkap hantu air. Setelah ditambah sekuntum bunga, harta karun yang tak ternilai ini menjadi lukisan biasa sahaja."

Sebaik sahaja habis bercakap, Sun Zhiwei terus mengoyakkan lukisannya itu. Tong Renyi yang berdiri di sisinya, berasa sangat malu.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Nong Qiao Cheng Zhuo ini digunakan untuk mempersendakan seseorang yang cuba menunjukkan kepandaian, tetapi yang ternampak kebodohannya. CRI/-

Setiap Kata yang Terucap Dikotakan (Yi Yan Wei Zhong)

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

Setiap Kata yang Terucap Dikotakan

Asal Usul:

Pada zaman Negeri-Negeri Berperang (tahun 475-221 Sebelum Masihi), di negeri Qin, ada seorang Perdana Menteri yang bernama Shang Yang. Dengan bakatnya yang luar biasa dalam bidang politik, dia dipandang tinggi dan amat dihormati oleh raja negeri tersebut.

Pada tahun 359 Sebelum Masihi, Shang Yang merancang untuk melaksanakan pembaharuan yang menyeluruh di negeri Qin. Bagaimanapun, dia bimbang rakyat jelata tidak yakin pada keupayaan kerajaan. Oleh itu, dia mahu membuat sesuatu untuk mendapatkan kepercayaan mereka. Setelah berfikir beberapa lama, dia akhirnya telah mendapat satu idea.

Pada suatu hari, Shang Yang telah menegakkan sebatang tiang yang tingginya 10 meter di luar pintu selatan ibu kota Xianyang. Dia memberitahu orang ramai yang berkerumun di situ bahawa sesiapa sahaja yang mampu membawa tiang itu ke luar pintu utara, akan diberikan ganjaran sebanyak 10 Liang perak (1 Liang = 31 gram). Orang ramai yang mendengar berita itu berasa sangat hairan, tetapi tiada seorang pun yang berani mencuba. Melihat tiada respons daripada mereka, Shang Yang pun meninggikan suaranya, lalu mengumumkan,

"Siapa sahaja yang membawa tiang ini ke luar pintu utara, akan diberikan ganjaran sebanyak 50 Liang perak."

Pada ketika itu, tampil seorang lelaki yang berani untuk mencuba. Apabila dia berjaya membawa tiang itu ke tempat yang ditetapkan, Shang Yang segera memberikan ganjaran sebanyak 50 Liang perak itu kepadanya. Orang lain yang ada di situ berasa sangat sesal kerana terlepas peluang yang begitu baik untuk mendapat wang dengan mudah.

Dengan peristiwa tersebut, rakyat jelata mula percaya kepada keikhlasan kerajaan dalam usaha untuk memacu ekonomi negeri melalui rancangan pembaharuan yang berkenaan. Dengan sokongan yang padu daripada mereka, pembaharuan yang diperkenalkan oleh Shang Yang akhirnya benar-benar berjaya hingga menjadikan negeri Qin, negeri yang paling kuat pada masa itu. Usaha tersebut juga telah menjadi asas yang kukuh kepada penyatuan negara China yang dijayakan oleh raja negeri Qin, Ying Zheng atau Maharaja Shihuangdi kira-kira 100 tahun selepas itu.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Yi Yan Wei Zhong" ini membawa erti, setiap kata atau janji yang dilafazkan akan ditunaikan. Peribahasa ini sering digunakan untuk menegaskan semula bahawa janji yang dibuat oleh seseorang itu pasti akan ditunaikan. CRI/-

Wanita maut ambulans terbabas

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

ANGGOTA bomba dan penyelamat cuba mengeluarkan jururawat yang tersepit dalam kemalangan di Batu 9, Penrissen, Kuching, semalam.
Debaran ibu menanti kelahiran anak kembar berakhir tragedi

KUCHING: Debaran menantikan kelahiran anak kembar bertukar tragedi apabila wanita yang sarat mengandung itu maut apabila ambulans yang membawanya terbabas ketika cuba mengelak anjing dan melanggar pokok, semalam.

Kejadian jam 1.50 pagi di Batu 9, Penrissen itu mengakibatkan mangsa, Mura anak Rungor dari Kemantin, Sri Aman meninggal dunia di tempat kejadian.

Mura, 33 yang dibawa dari Hospital Sri Aman untuk di rujuk ke Hospital Umum Sarawak mengalami kecederaan teruk di beberapa bahagian badan.

Kejadian itu menyebabkan bayi kembar dalam kandungan wanita berkenaan tidak dapat diselamatkan.

Pemandu ambulans terbabit, Sapuan Ain, 37 dilaporkan kritikal akibat tulang rusuknya patah dan terkena organ dalaman.

Selain itu, jururawat yang mengiringi mangsa, Sunny anak Ngadei, 40 pula cedera di bahu dan patah kaki kanan, bagaimanapun keadaannya dilaporkan stabil.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang berkata, sebaik tiba di tempat kejadian pada jam 2 pagi, anggotanya mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan pemandu ambulans yang tersepit di tempat duduk.

“Laluan berkenaan tidak berbahaya, malah ketika kejadian, jalan itu lenggang tetapi anjing liar yang berkeliaran di situ menyebabkan pemandu ambulans gagal mengelak lalu terbabas,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat, manakala Sapuan dan Sunny, turut mendapat rawatan di hospital sama.

beritaharian/-

Kucing ditembak 30 kali masih hidup

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

LONDON: Seekor kucing di Britain masih hidup walaupun ditembak sebanyak 30 kali, lapor akhbar Daily Mail.

Apabila pemilik kucing yang dinamakan Hope itu berdarah, beliau menyangkakan haiwan kesayangannya itu diserang anjing.

Bagaimanapun selepas dibawa ke klinik haiwan, doktor memberitahu yang badan kucing itu penuh kecederaan akibat tembakan. Kebanyakan kecederaan di belakang dengan empat peluru di kepalanya.

Pakar perubatan mengeluarkan sebahagian 10 serpihan tetapi berputus asa mengeluarkan yang lain kerana bimbang akan mendatangkan komplikasi.

Persatuan Diraja Mencegah Kekejaman Haiwan (RSPCA) membuka siasatan ke atas kes itu.

Inspektor (RSPCA), Amy Collingsworth berkata, “Hope sangat mesra dan kucing yang menawan dan agak sukar memahami mengapa seseorang mahu menembak haiwan tidak bersalah,”.

“RSPCA menyiasat kejadian ini dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai tembakan ini menghubungi kami,” katanya.

RSPCA melaporkan 567 kes penderaan haiwan membabitkan senjata tahun lalu saja. Hope sudah pulih dan dijangka dikembalikan kepada tuannya tidak lama lagi. – Agensi.

Najib Beri Alasan Guna Ordinan Darurat Elak Insiden Serius

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 3 JULAI : Tindakan polis menahan beberapa individu di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 kerana dipercayai terlibat dalam anasir subversif merupakan langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada perkara lebih serius berlaku, kata Perdana Menteri.

Bernama melaporkan, Datuk Seri Najib sebagai berkata, tindakan itu bertujuan bagi memastikan keamanan dan ketenteraman negara dikekalkan.

“Ini sebagai langkah preventif, pencegahan lebih baik daripada berubat, apa-apa polis buat ini sebagai satu langkah pencegahan daripada sesuatu yang lebih serius berlaku,” katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan enam individu termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput Dr D. Jeyakumar mengikut Ordinan Darurat yang pertama kali digunakan terhadap penyokong Himpunan Bersih 2.0 9 Julai ini.

Sementara itu, polis juga tidak menolak kemungkinan akan terus membuat tangkapan di bawah Ordinan Darurat kerana penglibatan dalam anasir subversif.

Malaysiakini melaporkan, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Khalid Abu Bakar menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa tangkapan itu dibuat sesuka hati sebaliknya menegaskan ia dibuat mengikut lunas undang-undang negara.

"Ini adalah undang-undang yang ada di negara ini. Bukan pandai-pandai polis ambil tindakan sendiri. Apa juga tindakan kita adalah berdasarkan peraturan dan undang-undang yang ada di Malaysia," katanya.

malaysiakini/-

Anak Nuridah meninggal di Cape Town

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Julai: PAS mengucapkan takziah kepada bekas Ketua Muslimatnya, Ustazah Nuridah Salleh (gambar) di atas kematian anaknya, Abdul Aziz Mohd Azmi, 13 tahun, yang kembali kerahmatullah pada 12.00 tengah malam semalam.

Abdul Aziz yang mula belajar di Cape Town, Afrika Selatan tahun lepas meninggal dunia selepas beberapa hari menjalani pembedahan kerana ketumbohan pada tulang belakangnya.

Sebelum itu, beliau demam tetapi tidak dapat bangun dan menggerakkan badannya. Beliau menjalani pembedahan dengan ditemani bapanya, Haji Azmi.

Jenazah beliau dijangka akan tiba di rumahnya di Taman Melewar, Kuala Lumpur pagi esok, 5 Julai.

Namun begitu, Nuridah yang kini dalam misi dakwah ke Australia masih berada di sana dan dijangka akan tiba lebih lewat dari jenazah anaknya sendiri. Nuridah kini adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan selepas gagal mempertahankan kerusi ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dalam muktamar lepas.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) bagi pihak PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Nuridah, kata Nurul Islam Bin Mohamed Yusoff , Setiausaha DPPWP dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Marilah kita sama-sama mendoakan agar arwah Abdul Aziz ditempatkan dikalangan hambaNYA yang soleh," kata kenyataan itu.

harakahdaily/-

Pilihan Raya Thailand : Pembangkang Bakal Teraju Tampuk Pemerintahan

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

BANGKOK 4 JULAI : Parti pembangkang Pheu Thai memenangi pilihan raya umum Thailand dengan majoriti tipis — meraih 264 dari sejumlah 500 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Tinjauan pendapat awal meramalkan parti pimpinan Yingluck Shinawatra, adik bekas perdana menteri yang digulingkan, Thaksin menuju kemenangan besar dengan lebih 300 kerusi.

Menurut keputusan tidak rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand bekas parti memerintah Demokrat, hanya mendapat 160 kerusi

Bernama online melaporkan, Pheu Thai meraih tambahan 78 kerusi sementara Demokrat kehilangan 12 kerusi berbanding kedudukan sebelum pembubaran Parlimen.

Kali ini Bhumjaithai merangkul 34 kerusi, Chart Thai Pattana 19 kerusi sementara parti-parti kecil seperti Palong Chan dan Chart Pattana Puea Pandin masing-masing tujuh kerusi.

Rak Thailand memenangi empat kerusi, Matubhum dua dan masing-masing satu kerusi bagi parti Mahachon, Demokrat Baru dan Rak Santi.

Jumlah tidak rasmi keluar mengundi ialah 65.99 peratus dengan 30,987,801 pengundi membuang undi dari sejumlah 47.3 juta pengundi yang layak.

Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai tempoh hingga 2 Ogos untuk mengesahkan keputusan.

tv selangor/-

Pemberontak Libya tolak pelan damai Kesatuan Afrika

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

BENGHAZI: Kumpulan pemberontak Libya hari ini menolak resolusi pelan damai yang digariskan Kesatuan Afrika dengan alasan Presiden Muammar Gaddafi masih dibiarkan berkuasa di negara itu.

Jumaat lalu, pemimpin Afrika bersetuju dalam mesyuarat di Equatorial Guinea terhadap pelan damai yang mahu pemimpin Libya tidak termasuk dalam rundingan dengan puak pemberontak.

Pelan itu menyaksikan komitmen dari Gaddafi untuk mengadakan proses dialog tetapi beliau tidak akan mengambil bahagian dalam proses rundingan.
Namun pelan damai itu tidak mengarahkan Gaddafi agar berundur yang menjadi permintaan utama puak pemberontak sebagai syarat menyelesaikan konflik di negara itu. - AFP

Titah Agung: PAS mesyuarat khas tengahari ini

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Lajnah Politik PAS iaitu lajnah atau biro paling berkuasa dalam PAS akan mengadakan mesyuarat khas tengahari ini bagi membincangkan titah Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin (gambar) yang dikeluarkan lewat petang semalam.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, beliau telah berbincang dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebaik sahaja mengetahui titah itu lewat petang semalam.

Datuk Mustafa pula difahamkan telah menemui Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi bagi membincangkan isu yang sama di samping lain-lain hal parti.

Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan.

Titah ini dikeluarkan baginda enam hari menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini.

Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

"Saya rasa sidang media akan diadakan selepas itu bagi menyatakan pendirian PAS berkaitan dengan isu ini," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Mesyuarat akan diadakan jam 11 pagi manakala sidang media dijangka akan diadakan kira-kira jam 12.30 tengahari.

harakahdaily/-

Hebatnya mukmin yang pemaaf...

2 Syaaban 1432H. [MOD] -
Misses Najiha II FB

Rasullullah SAW adalah manusia yang paling sabar dan paling banyak memberi kemaafan, padahal baginda SAW berupaya untuk membalasnya. Sekurang-kurangnya kita dapat mencontohi sifat-sifat penyabar dan pemaaf yang ada pada baginda SAW. Janganlah asyik nak melenting jika orang lain melakukan kesilapan.

Banyak-banyaklah bersabar dan bertenang kerana sifat marah adalah disukai oleh syaitan yang senantiasa membisikkan kepada orang yang sedang marah. Sebab itu sedikit perselisihan faham dari orang yang tidak sabar akan membawa kemusnahan pada pihak lain. Banyak kes kematian yang membawa pesalah ke penjara dan tali gantung kerana hilang sifat-sifat tersebut.

Sesungguhnya kualiti seorang insan diukur dengan keimanan dan perilaku mulia yang ada dalam jiwa mereka. Kedua-dua ukuran ini (iman dan akhlak) akan sentiasa seiringan dalam jiwa manusia bagi memastikan kedudukan serta darjat yang tinggi di sisi Allah.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Abu Daud bermaksud:

“Aku memberi jaminan bahawa orang yang berakhlak mulia akan bersamaku di syurga yang paling tinggi.”

Sifat kasih sayang dan kelembutan hati adalah petanda orang yang mempunyai sifat kesempurnaan serta kehebatan dalam dirinya. Sifat sabar terhadap ujian dan sedia memaafkan orang yang menganiaya kita adalah sebaik-baik akhlak yang sangat dipuji Allah seperti firman Allah swt bermaksud:

“Dan mereka yang sanggup mengawal kemarahan serta memaafkan kesalahan orang lain.”

Sementara itu, Fudail Bin Iyadh berkata, kedua-dua sifat penyayang dan pemaaf adalah sifat Nabi dan Rasul yang mana Nabi Ibrahim dipuji oleh Allah swt dalam surah Hud dengan firman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang penyayang dan sentiasa mendekatkan diri

dengan Allah.”

Lalu Allah anugerahkan padanya seorang putera yang hebat iaitu Ismail.

Nabi Nuh, Musa serta junjungan besar Muhammad SAW juga menghadapi ujian sama dengan tentangan dan gangguan hebat daripada kaum mereka sendiri sehingga Baginda menyebut kepada isterinya Aishah:

“Aku amat berharap akan lahir dari tulang sulbi mereka insan yang akan menyembah Allah yang maha Esa.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Baginda juga pernah berkata kepada Ibnu Abd Qais:

“Sesungguhnya padamu ada dua sifat yang disukai Allah dan Rasul-Nya iaitu perasaan kasih dan pemaaf.” (Hadis riwayat Muslim dari Anas bin Masud)

Insan paling hebat di sisi Baginda SAW ialah Saidina Abu Bakar kerana mempunyai sifat penyayang dan pemaaf. Ini diakui Saidina Umar dengan katanya: “Abu Bakar lebih baik dariku kerana dia seorang yang lemah lembut lagi pemaaf. Beliau juga berani dan teguh pendirian dan tidak pernah goyang dengan segala gangguan serta cabaran kaum Musyrikin.”

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak dikategorikan sebagai orang yang kuat dengan beradu tenaga dan kekuatan, tetapi orang yang kuat ialah mereka yang mampu memadamkan api kemarahannya ketika dia marah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Mendiamkan diri daripada orang yang jahil lebih baik daripada melayan kerenah mereka kerana mendiamkan diri adalah sesuatu azab terhadap orang yang bodoh dan jahil.

Seorang lelaki telah memaki hamun seorang tabiin bernama (Sya’bi) lalu beliau menjawab:

“Jika benar apa yang kamu katakan, semoga Allah mengampuniku dan jika salah, maka Allah juga boleh mengampunimu kerana sesiapa yang memaafkan orang lain akan dimaafkan Allah.”

Seseorang akan diperlakukan seperti apa yang dilakukan terhadap orang lain kerana semua akan mendapat sesuatu yang setimpal dengan usahanya. Sesiapa yang memaafkan akan dimaafkan Allah. Begitu juga bagi yang melampaui batas juga akan memberati baginya kelak.

Sifat marah adalah anasir yang boleh merosakkan akhlak dan berpotensi mencalarkan maruah seseorang. Pernah disebut seseorang kepada Abdullah Bin Mubarak (ulama tabiin): “Dapatkah tuan memberikan sesuatu yang boleh membentuk kesempurnaan akhlak? Maka beliau menjawab: Kawal kemarahanmu kerana ia adalah wasiat Baginda SAW. Baginda didatangi seseorang dengan soalan yang sama, maka jawab Baginda:

“Janganlah kamu marah (sebanyak tiga kali).” (Hadis riwayat Bukhari).

Ada juga perawi hadis menambahkan, setiap kemarahan akan diiringi dengan setiap jenis kejahatan dan akan melemahkan akal fikiran manusia hingga sanggup berkata dusta serta melakukan perkara di luar peradaban manusia.

Baginda pernah berdoa yang bermaksud:

“Ya Allah, aku memohon kata-kata benar ketika aku sedang marah.” (Hadis riwayat Nasai’)

Ada kala manusia boleh kehilangan segala-galanya disebabkan sifat marah.

Jabir bin Abullah berkata: “Kami pernah berjalan bersama Baginda SAW bersama seekor unta lalu berkatalah seseorang kepada unta itu: Laknat ke atasmu, lalu didengar oleh Baginda SAW. Lalu Baginda menjawab:

“Siapakah orang yang melaknat untanya sila pergi dari sini kerana perbuatannya itu akan menjauhkan dirinya daripada rahmat Allah dan doanya tidak akan dimakbulkan ketika ia marah.” (Hadis riwayat Muslim)

Ini menunjukkan doa orang yang sedang marah akan ditolak Allah. Nabi SAW pernah menyarankan kepada mereka yang sedang marah supaya memohon perlindungan dengan Allah swt daripada syaitan yang direjam.

Wassalam

Pemimpin PR bantah 6 ahli PSM ditahan


2 Syaaban 1432H. [MOD] -

IPOH – Barisan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) membantah tindakan menahan enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman dan Pencegahan Jenayah) 1969 sebaik sahaja mereka dibebaskan Jumaat lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V Sivakumar berkata, penggunaan Ordinan Darurat terhadap enam ahli PSM itu dianggap keterlaluan dan menunjukkan Barisan Nasional (BN) menyalahgunakannya demi kepentingan politik mereka.

Menurutnya, Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar bersama lima lagi ahli PSM lain ditahan semula selepas mereka dibebaskan apabila tempoh reman tamat 2 Julai lalu.

“Sebelum ini kumpulan berkenaan ditahan mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas dakwaan cuba melancarkan peperangan terhadap Yang Dipertuan Agong,” katanya ketika ditemui pada sidang media, di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan polis menahan enam ahli PSM itu di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat menunjukkan bahawa kerajaan BN telah menggunakan kuasa polis bagi mencapai objektif mereka.

“Di Perak sahaja terdapat tiga insiden berlaku menunjukkan BN menggunakan kuasa pihak polis untuk menahan individu yang dikatakan ada kaitan dengan Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan 9 Julai ini,” katanya.

Terbaru ialah kejadian di Pasar Batu Gajah apabila tiga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan pada jam lebih kurang 9.20 pagi ketika sedang minum.

Sementara itu, ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin berkata, semua pimpinan PR bertegas bahawa tindakan kerajaan yang mengenakan Ordinan Darurat terhadap enam ahli PSM yang ditahan adalah tidak wajar.

“PSM adalah satu pertubuhan yang berdaftar dan PR sentiasa akan membela mereka yang dianiaya atau dizalimi.

“Selain itu, kami juga mohon agar Ordinan Darurat ini dimansuhkan kerana ia telah disalahgunakan, selain meminta polis membebaskan enam ahli PSM yang ditahan termasuk mereka yang di tahan di Pulau Pinang,” katanya. SH/-

Lori tangki terbakar berhampiran Bukit Merah

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

TAIPING – Sebuah lori tangki Petronas terbakar di Kilometer 202.4 dari Bukit Merah menghala ke selatan setelah tergelincir ke bahu jalan kira-kira 11.15 pagi, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, sebanyak empat jentera bersama 25 anggota iaitu dari balai bomba Taiping, Kamunting dan Parit Buntar bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, lori itu dipercayai tergelincir dan melanggar bahagian pembahagi jalan sebelum terbabas.

“Ketika kami tiba di lokasi kebakaran, lori itu sudah terbakar hampir 80 peratus dan api berjaya dikawal sejam selepas itu,” katanya

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku sejauh lapan kilometer.

Katanya, pemandu lori dipercayai menghilangkan diri kerana pihaknya hanya menemui sehelai baju rasmi pada besi pembahagi jalan.

Kemalangan iotu telah menyebabkan kesesakan lalulintas arah keutara dan ke selatan dalam tempoh yang agak panjang sebelum semuanya dibersihkan oleh petugas.

Pembangkang Thai peroleh majoriti

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

BANGKOK: Parti pembangkang Thailand atau Puea Thai yang dibayangi bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra memperoleh majoriti 265 kerusi daripada 500 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, demikian disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand, awal pagi ini.

Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva yang mewakili Parti Demokrat tewas selepas hanya memenangi 159 kerusi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menyebut, jumlah pemilih keluar mengundi mencecah 75 peratus, peratusan sama pada pilihan raya umum 2007 lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya bagaimanapun sedang mengkaji beberapa aduan mengenai peraturan pilihan raya yang menyaksikan calon boleh diberi kad merah atau kemenangan mereka dibatalkan.

Kemenangan Puea Thai itu sekali gus memandakan kebangkitan semula sokongan terhadap Thaksin selepas tentera mengambil alih kuasa negara itu dengan adik perempuannya, Yingluck Shinawatra kini bakal menjadi Perdana Menteri wanita pertama negara itu. - AFP

Taat pertintah Agung dengan PM temui Bersih - DAP

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Julai: DAP menyambut baik keperihatinan Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin tentang perhimpunan Bersih dan meminta Perdana Menteri agar bertemu segera dengan penganjur Bersih 2.0.

Pertemuan ini perlu untuk menguruskan segera keprihatinan rakyat untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil menjelang pilihan raya umum ke 13.

Langkah seterusnya adalah dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein menarik balik pengharaman Bersih dan membebaskan semua tahanan yang berkaitan dengannya termasuk anggota Parlimen Sungai Siput, Dr. Michael Jayakumar.

Demikian kata ketua anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang (gambar) ketika mengulas titah Yang Dipertuan Agung berkaitan Bersih 2.0 hari ini.

Kenyataan ini adalah yang pertama dari pemimpin kanan parti politik Pakatan Rakyat ekoran titah Yang Dipertuan Agung yang dikeluarkan lewat petang semalam itu.

Dalam titah itu, Yang Dipertuan Agung menitahkan kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan.

Titah ini dikeluarkan baginda seminggu menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu.

Polis pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini.

Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

"Keperhatinan Yang Dipertuan Agung tentang 'kegilaan' yang memuncak ekoran cadangan perhimpunan aman untuk pilihan raya yang bersih dan adil anjuran Bersih 2.0 9 Julai sangat tepat dan dialu-alukan," kata Lim Kit Siang dalam kenyataan itu.

"Jangan ragukan sikap petriotik dan taat setia rakyat Malaysia yang mahu melihat pilihan raya umum yang bebas dan adil iaitu bentuk tertinggi kecintaan, ketaatan dan petriotik kepada Malaysia," katanya.

Sebagai langkah positif yang pertama terhadap titah Yang Dipertuan Agung itu, Perdana Menteri perlu menemui pimpinan Bersih 2.0 segera, tegas beliau.

harakahdaily/-

Najib sudah habis modal bila dakwa BN jadi altenatif kepada PAS di Kelantan.

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong

Saya ingin mengatakan bahawa ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dihadapan rakyat Kelantan di Machang semasa melawat Kelantan beberapa hari lepas sebagai sat kenyataan yang lucu dan cakap politik kosong menandakan belua sudah kekeringan modal untuk berkempen.

Saya berkata demikian kerana beliau menganggap bahawa BN perlu jadi parti alternatif kepada PAS di Kelantan jika rakyat di negeri itu inginkan perubahan.

Setelah masuk tahun ke 54 UMNO-BN memerintah Malaysia, hingga kini, apakah benar negara telah maju dan merupoakan perubahan yang dikatakan oleh Najib?, Apalagi saya beranggapanm negara Malaysia belum menikmati kemerdekaan yang hakiki apabila suara rakyat yang sepatutnya didengari oleh kerajaan dibalas dengan tangakapan demi tangkapan terhadap mereka yang telah mencecah angka lebih 100 orang.

Bagaimana mungkin UMNO-BN boleh menjadi alternatif bagi PAS Kelantan sekiranya Negara ditadbir dengan penuh ketidak adilan dan kesaksamaan yang dibayangi demokrasi tulen. Malaysiasi juga semacam menuju negara poilis apabila UMNO dan BN menggunakan badan keselamatan itu sebagai ebteng untuk terus berkuasa selepas mereka gagal berdepan dengan rakyat yang mahukan perubahan.

Demokrasi yang sepatutnya menjadi teras dalam Negara ini cuma cakap politik kosong dan khayalan bagi rakyat Malaysia. Segala tindakan undang0-undang malah kadang-kadang keterlaluan hanya kena kepada pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat sahaja.

Malaysia yang sepatutnya telah menjadi Negara maju setanding Korea Selatan malah tidak mampu mengatasi Singapura hanya layak ditertawakan .

Ini semua disebabkan pimpinan tertinggi UMNO-BN dan barisan kabinetnya yang lemah dan tiada daya saing bagi memacu segala tenaga dan khazanah Negara untuk kepentingan rakyat dan juga Negara Malaysia.

Dalam tempoh sekian lama mencapai kemerdekaan sepatutnya Malaysia sudah bersaing dengan negara maju yang lain apabila pemimpin negara mampu memberi ida-idea yang baik untuk membangun negara. Tetapi yang saya nampak tidak lain hanyalah idea-idea untuk menyalahkan apa saja kepada pihak yang tidak menyokong kerajaan BN walaupun tuntutan yang dilakukan termasuk dalam isu Bersih adalah sangat wajar dan berasas.

Fakta-fakta seperti inflasi, belanjawan Negara yang defisit hampir setiap tahun, kurang tenaga pakar atas faktor penghijrahan sebilangan besar rakyat yang berkapasiti serta berkualiti, pengangguran graduan IPT dan golongan muda yang tinggi, statistik jenayah serta indeks peratusan anak luar nikah yang membimbangkan, keruntuhan moral dikalangan remaja dan muda mudi, isu ketirisan wang Negara dan rasuah yang bernilai jutaan malah mencecah billion ringgit gagal ditangani UMNO-BN hingga kini.

Ini adalah isu besar yang perlu kepada perhatian serius tetapi ringan bagi UMNO-BN kerana khuatir rakyat tahu isu sebenar Negara kerana kesannya kerajaan Najib Razak dan partinya akan ditolak oleh rakyat.

Rakyat perlu lihat isu ini untuk jangka masa yang panjang, bagaimanakah jika Malaysia terus ditadbir oleh UMNO-BN untuk 10 tahun akan datang, kita amat khuatir impaknya makin parah kepada generasi akan datang.

Justeru saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama berubah pada PRU13 dan nyatakan sokongan anda pada perhimpunan BERSIH 2.0 kerana hingga kini suara rakyat langsung tidak diambil peduli oleh oleh kerajaan BN.

Malaysia mestilah diselamatkan dari kerakusan pemimp;in BN yang telah menyalahguna kuasanya untuk kepentingan dirinya sendiri, kroni dan mereka yang terdekatnya. Rakyat terus terabai dengan pelbagai masalah yang menghimpit.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 4 July 2011.

14 ahli PKR ditahan menghasut

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR - Polis Kedah menahan 14 ahli PKR ketika cuba mengadakan sidang media dipercayai ada kaitan dengan isu perhimpunan Bersih 2.0 berdekatan Pasar Koboi, Jalan Telok Wanjah, semalam.

Kesemua yang ditahan didakwa bersubahat untuk menghasut orang ramai menyertai perhimpunan Bersih di ibu negara 9 Julai ini.

Antara yang ditahan ialah Timbalan Ketua Wanita PKR Kedah, Suraya Hashim; Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR negeri, Gooi Hsiao Leung dan Ketua PKR Cabang Kulim Bandar Baharu, Saari Fadzil Hud, K Naidu, Asmalela Mohd Ghazali, Lee Kim Hock dan Leslie Daniel.

Mereka ditahan sekitar 9.30 pagi ketika cuba mengadakan sidang media untuk membantah tindakan polis menahan aktivis Bersih, selain dipercayai mengadakan kempen Bersih dengan menjual baju kuning logo Bersih.

Sebaik Hsiao Leung mengedarkan kenyataan akhbar kepada media, belum sempat dia berucap, polis terus menghampiri dan berlaku adegan tolak-menolak, hingga menyebabkan suasana tegang.

Kehadiran hampri 200 anggota polis berjaya mengawal keadaan, dan sejurus selepas itu, kelihatan beberapa pemimpin PKR dibawa menaiki trak dan van polis dibawa ke Pusat Latihan PDRM Mentaloon, Anak Bukit untuk diambil keterangan.

Ketika ditahan, Hsiao Leung yang sepatutnya membuat sidang media menjerit, “saya ditangkap atas dakwaan apa”, namun tidak dihiraukan pasukan polis, diketuai oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, semua tahanan akan disiasat mengikut Seksyen 108 Kanun Keseksaan kerana didakwa bersubahat untuk mengadakan perhimpunan haram dan Seksyen 27 Akta Polis kerana berhimpun secara haram.

“Ingin saya ingatkan mana-mana pihak supaya tidak menyertai perhimpunan itu atau mana-mana majlis berkaitan Bersih kerana tidak mempunyai permit. Kita juga memantau semua ceramah di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak akan bertolak ansur dan tidak teragak-agak menangkap sesiapa yang berani melanggar undang-undang.

“Polis menahan tiga perempuan dan sebelas lelaki yang akan didakwa kerana bersubahat adakan perhimpunan haram. Sesiapa yang cuba edar baju atau kempen Bersih juga akan ditangkap, ini amaran terakhir dan diharap pihak terbabit ikut peraturan,” katanya.

Ahmad berkata, dalam kekecohan itu, pihak polis turut merampas beberapa risalah kempen Bersih dan kain rentang.

“Ini adalah tangkapan pertama di Kedah, dan pemantauan dibuat secara berterusan untuk mengelak kejadian berulang,” katanya.

sinarharian/-

Lim: Tangkapan Ezam bukti Umno di sebalik protes

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

Penangkapan Senator Umno Mohamad Nor semasa protes di Pulau Pinang terhadap BERSIH, membuktikan bahawa Umno di sebalik "demonstrasi ganas" itu, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Kerajaan Pulau Pinang dikejutkan dengan pembohongan terang-terangan pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman bahawa Umno tidak terlibat dalam demonstrasi ganas pada 1 Julai di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang, yang teruk menganggu lalulintas sepanjang 10km (di mana pesertanya) menyerang dua wartawan dari akhbar Cina," kata Lim (kiri) dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Zainal seharusnya tampil memohon maaf atas tindakan
ganas dan bukannya menafikan dan cuba untuk "menutup penglibatan Umno".

"Rakaman Video perhimpunan haram dan tangkapan Senator Umno Ezam Mohd Nor oleh pihak polis kerana perhimpunan haram membuktikan bahawa Umno adalah pengecut kerana cuba menafikan penglibatannya dan merupakan satu peringatan klasik pepatah Melayu, baling batu sembunyi tangan," katanya.

"Adakah Zainal akan menafikan bahawa Ezam merupakan ahli Umno dan dilantik oleh Umno menjadi Senator?

"Ezam mengancam bahawa tiada perlu menunggu pilihan raya umum
dan mahu melakukan lebih banyak protes untuk memaksa saya meletakkan jawatan sebagai ketua menteri lebih awal.

"Di mana rasa hormat Umno kepada demokrasi dan mandat saya yang dipilih secara sah sebagai ketua menteri Pulau Pinang?" Kata Lim.

malaysiakini/-

Setiap tangkapan satu paku untuk keranda BN

2 Syaaban 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 3 Julai: Setiap tangkapan polis terhadap aktivis Bersih menambahkan kebencian rakyat dan tangkapan itu adalah sebutir paku untuk keranda BN yang akan dikuburkan bersama.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad (gambar) berkata demikian sebagai mengulas Exco Kerajaan negeri, Ronnie Liew, telah ditahan polis malam semalam selepas satu majlis penerangan kerajaan negeri di Hulu Selangor bersama Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Beliau diberitahu oleh seorang lagi rakan Exconya, Teresa Kok, Ronnie ditahan kerana mengajak orang ramai menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini dalam ceramah itu.
"Tangkapan-tangkapan yang berkaitan dengan Bersih 2.0 seperti ini semakin bertambah.
"Dari Exco kepada peniaga kecil yang menjual baju kuning. Dari ahli Parlimen kepada mereka yang datang untuk mendengar ceramah dengan berbaju kuning. Semuanya telah menjadi mangsa," kata Iskandar dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Menurut beliau, ada rakan-rakan yang marah kepada pihak polis, tetapi pada beliau, tidak perlu marah kepada pihak polis kerana mereka hanya menurut perintah pemimpin-pemimpin BN sahaja.
"Ada pula yang marah kepada BN dan mahu tangkapan-tangkapan ini diberhentikan. Namun pada saya  pula, pihak berkuasa elok meneruskan tangkapan.
"Tangkaplah lebih ramai. Tangkaplah sesiapa sahaja yang memakai baju kuning, seluar kuning, topi kuning, jubah kuning malah apa-apa yang kuning.
"Tangkapan-tangkapan ini tidak akan sama sekali menjejaskan Bersih 2.0. Tetapi mendedahkan sikap sebenar BN. Setiap tangkapan menambah kebencian rakyat. Setiap tangkapan adalah sebutir paku untuk keranda BN yang akan kita kuburkan bersama," katanya.
Beliau yang juga Adun Chempaka menegaskan, tangkapan-tangkapan itu tidak akan menakutkan rakyat tetapi menambah maki hamun rakyat dan sumpah seranah rakyat terhadap BN.
"Bukan sahaja ahli-ahli parti sahaja yang sedemikian tetapi orang awam, orang tidak berparti dan orang atas pagar telah mengakui bahawa BN sudah hilang akal di saat-saat kematiannya," katanya.
Harakahdaily

PKINK tuntut Bernama, Sinar mohon maaf

2 Syaaban 1432H. [MOD] -



KOTA BHARU, 3 Julai: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menuntut Bernama.com, Sinar Harian dan radio Kelantan FM memohon maaf ekoran penyiaran laporan berita tidak benar.
Ketua Eksekutif Kumpulan, Mohd Sabri Abdullah berkata, tidak timbul sama sekali kerajaan negeri merampas tapak stesen kereta sewa di Pasir Puteh untuk dijual kepada syarikat swasta.
“Tanah tersebut masih menjadi hak milik PKINK. Kami menegaskan tidak berlaku sebarang penjualan ke atas tanah tersebut pada masa ini kepada mana-mana pihak sebagaimana dilapor media terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Bernama semalam dipetik melaporkan “PM Janji Beri Pejabat Baru Untuk Persatuan Kereta Sewa Pasir Puteh” manakala Sinar Harian pula melaporkan “PM Janji Hentian Teksi Baru” disiarkan hari ini.
Radio Kelantan FM juga menghebahkan berita serupa semalam dengan memetik kenyataan Perdana Menteri, meluahkan rasa kesal terhadap tindakan kerajaan negeri melalui PKINK memutus menjual tapak perhentian teksi di Pasar Lama Pasir Puteh.
Ekoran itu Datuk Seri Najib Razak berjanji menyedia pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Pasir Puteh berikutan kerajaan PAS Kelantan merampas tapak perhentian teksi.
Mohd Sabri berkata, penyiaran berita terbabit dianggap berniat buruk serta menjatuhkan maruah pengerusi, ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan PKINK.
“Kami menuntut media terbabit minta maaf secara bertulis dan terbuka kepada PKINK dengan menyiarkan di muka hadapan.
”Keduanya menarik balik berita sebagaimana yang disiarkan berkaitan perkara tersebut dan membuat pembetulan semula,” katanya.
Menurutnya PKINK masih terus membenarkan Persatuan Pemandu Teksi menggunakan tapak tersebut sebagai perhentian teksi sehingga sekarang.

Nik Aziz nafi larikan diri dari Bersih

2 Syaaban 1432H. [MOD] -



Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak tuduhan dan anggapan beliau sengaja melarikan diri dengan mengerjakan umrah untuk mengelak dari menyertai himpunan Bersih 9 Julai ini.

Bercakap di Madinah yang disiarkan menerusi Youtube beliau berkata tuduhan itu tidak tepat dan tidak betul.

Kata Nik Aziz, tidak timbul beliau melarikan diri kerana beliau sudah menegaskan himpunan Bersih itu halal dan perlu disertai oleh orang ramai untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil di negara ini.

"Himpunan itu atau demostrasi itu sama dengan kita berjemaah dalam melalukan ibadat," katanya.

Baginya himpunan untuk menuntut supaya pilihan raya diadakan dengan adil sangat perlu kerana keadilan itu tidak pernah dirasai sendiri oleh beliau.

"Setiap kali saya serta pilihan raya, saya tidak merasakan ia adil, tetapi selalu berat sebelah," katanya.

Dengan penjelasan itu tidak timbul kalau Menteri Besar Kelantan itu sengaja melarikan diri bagi mengelakkan daripada menghadiri himpunan terbesar tahun ini.

Beliau sekali lagi menyeru supaya orang ramai menghadirinya tanpa merasa takut dan gerun kepada polis.

"Yang menangkap (polis) orang yang kena tangkap pun orang. Semuanya akan menghadap Allah," tegasnya.

Apa yang hendak disampaikan bahawa tindakan polis itu bukan sesuatu yang perlu ditakut dan menjadi halangan kerana semua pihak ada tanggungjawab dan tugas masing-masing dan akan berhadapan dengan Allah s.w.t.

Sama ada apakah polis benar atau orang ramai salah kerana menghadiri himpunan itu Allah yang akan menentukan.

Sebelum ini saya mendapat tahu beliau dan setengah rombongannya akan pulang pada 10 Julai sehari selepas himpunan Bersih.

Apakah dengan kenyataan itu Tok Guru akan mempercepatkan pemulangannya bagi membolehkan beliau bersama dalam himpunan yang kini dalam keadaan krtikal itu?
Harakahdaily

Najib kemaruk tawan Kelantan

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR,: AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya kemaruk untuk menawan Kelantan yang diperintah oleh PAS sejak 21 tahun yang lalu.

Ketika berucap di Machang, Najib yang juga Presiden Umno dengan penuh semangat meminta rakyat Kelantan perlu berubah untuk memilih BN dalam pilihan raya akan datang.

Beliau juga berjanji untuk mendirikan stadium baru jika BN berjaya menawan Kelantan dengan memperlekehkan scoreboard stadium yang masih menggunakan manual, kerana tidak kemampuan pemimpin PAS.

“Sebelum beliau hendak menawan Kelantan, tolong perhati dulu negeri-negeri yang Umno perintah termasuk negeri Pahang,” kata Idris kepada Harakahdaily.

Katanya, Kelantan walaupun diperintah oleh PAS tidaklah sampai mengemis untuk membayar gaji kakitangan dan melaksanakan negeri berkebajikan seperti skim kifalah, bantuan makanan kepada orang miskin dan terbaru bantuan perkahwinan.

Belau berkata, jika Umno menawan Kelantan semua skim itu akan dikuburkan, seperti di Terengganu.

“PAS menghapuskan cukai pintu kediaman, selepas Umno menang cukai pintu dikenakan kembali,” ujarnya.

Menurutnya, dalam keadaan Kelantan dinafikan hak mendapat royalti minyak dan hak pendaratan minyak Kelantan terus membangun dengan pesat dari segi spiritual dan material.

“Maklumlah negeri Kelantan seolah-olah berada di planet lain, sehingga hak mendarat minyak dinaikkan ke Songkla Siam yang jauh 270 kilometer, berbanding dengan Kelantan hanya 150 kilometer sahaja.

“Inilah demokrasi ala 1Malaysia,” katanya lagi.

Baginya, walaupun scoreboard di stadium Kelantan menggunakan manual, stadium tidak runtuh.

“Kita bimbang jika stadium yang Datuk Seri Najib hendak bina, runtuh pula seperti stadium Terengganu yang berharga RM291 juta.

“Ia hanya sempat ‘bernyawa’ setahun sahaja, seolah-olah binaan stadium diikat dengan tali pisang,” ujarnya.

03 Julai 2011

Agung titah selesai masalah dengan rundingan

1 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan agar kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan.

Titah ini dikeluarkan baginda seminggu menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini.

Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Bersih 2.0 yang didokong oleh berpuluh-puluh NGO dan parti politik merancang untuk mengadakan perhimpunan 9 Julai ini di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung memohon baginda membantu mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil untuk rakyat negara ini.

Lapan tuntutan dikemukakan untuk tujuan tersebut iaitu:-

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Tuntutan ini adalah kesinambungan Bersih pertama yang dibuat menjelang pilihan raya ke 12 lalu.


Berikut adalah kenyataan penuh baguida.

TEKS PENUH KENYATAAN YANG DIPERTUAN AGUNG

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.


Himpunan Bersih : Nik Aziz seru semua hadir tanpa rasa takut.

1 Syaaban 1432H. [MOD] -

MADINAH, 4 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak tuduhan dan anggapan beliau sengaja melarikan diri dengan mengerjakan umrah untuk mengelak dari menyertai himpunan Bersih 9 Julai ini.

Bercakap di Madinah yang disiarkan menerusi Youtube beliau berkata tuduhan itu tidak tepat dan tidak betuL, lapor penulis Mohd Sayuti Omar melalui blognya.

Kata Nik Aziz, tidak timbul beliau melarikan diri kerana beliau sudah menegaskan himpunan Bersih itu halal dan perlu disertai oleh orang ramai untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil di negara ini.

"Himpunan itu atau demostrasi itu sama dengan kita berjemaah dalam melalukan ibadat," katanya.

Baginya himpunan untuk menuntut supaya pilihan raya diadakan dengan adil sangat perlu kerana keadilan itu tidak pernah dirasai sendiri oleh beliau.

"Setiap kali saya serta pilihan raya, saya tidak merasakan ia adil, tetapi selalu berat sebelah," katanya.

Dengan penjelasan itu tidak timbul kalau Menteri Besar Kelantan itu sengaja melarikan diri bagi mengelakkan daripada menghadiri himpunan terbesar tahun ini.

Beliau sekali lagi menyeru supaya orang ramai menghadirinya tanpa merasa takut dan gerun kepada polis.

"Yang menangkap (polis) orang yang kena tangkap pun orang. Semuanya akan menghadap Allah," tegasnya.

Apa yang hendak disampaikan bahawa tindakan polis itu bukan sesuatu yang perlu ditakut dan menjadi halangan kerana semua pihak ada tanggungjawab dan tugas masing-masing dan akan berhadapan dengan Allah s.w.t.

Sama ada apakah polis benar atau orang ramai salah kerana menghadiri himpunan itu Allah yang akan menentukan.

"Sebelum ini saya mendapat tahu beliau dan setengah rombongannya akan pulang pada 10 Julai sehari selepas himpunan Bersih.

"Apakah dengan kenyataan itu Tok Guru akan mempercepatkan pemulangannya bagi membolehkan beliau bersama dalam himpunan yang kini dalam keadaan krtikal itu?" tulis Sayuti dalam blognya.

Harakahdaily/-

Parti pembangkang Puea Thai Party menang di Thailand.

1 Syaaban 1432H. [MOD] -

Parti pembangkang Pheu Thai yang diketuai pemimpin de facto bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra, menang majoriti mudah dalam pilihanraya umum negara itu, dengan memperolehi 255 kerusi daripada 500 kerusi parlimen pada jam 8 malam (waktu Malaysia: 9 malam).

Sebelum itu menurut bancian oleh Universiti Sri Pathum University, Parti pembangkang Puea Thai Party yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, yang hidup dalam buangan diramalkan menang 290 daripada 500 kerusi Parlimen.

Puea Thai PartyYingluck yang diketuai oleh Shinawatra adalah saudara perempuan Thaksin Shinawatra, yang digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada tahun 2006. Beliau dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baru dari kaum wanita.

"Ia kini jelas dari pilihan raya keputusan setakat ini bahawa parti Pheu Thailand telah memenangi pilihan raya itu, dan Parti Demokrat mengakui kekalahan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Pheu Thailand bagi hak untuk membentuk kerajaan," kata Abhisit bekasa PM Thailand yang disiarkan pada TV Thailand.

"Saya akan memberi peluang kepada Yingluck, wanita pertama untuk membentuk kerajaan," katanya. "Saya mahu melihat perpaduan dan perdamaian. Parti Demokrat sudah bersedia untuk berada dalam parti pembangkang."

Menurut Polis dan Suruhanjaya Pilihan raya Thailand, 83.69 peratus undi telah dikira pada jam 8 malam. Bekas parti Demokrat itu memperolehi 163 kerusi, Bhumjai Thail (35), Chart Thai Pattana (21) dan Chart Thai Pattana Phea Pandin (10). Parti-parti kecil seperti Palong Chan memenangi tujuh kerusi, Rak Thailand (4), Matubhum (2), dan Rak Santi dan parti baru Demokrat masing-masing satu kerusi.