04 Julai 2011

Lim: Tangkapan Ezam bukti Umno di sebalik protes

2 Syaaban 1432H. [MOD] -

Penangkapan Senator Umno Mohamad Nor semasa protes di Pulau Pinang terhadap BERSIH, membuktikan bahawa Umno di sebalik "demonstrasi ganas" itu, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Kerajaan Pulau Pinang dikejutkan dengan pembohongan terang-terangan pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman bahawa Umno tidak terlibat dalam demonstrasi ganas pada 1 Julai di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang, yang teruk menganggu lalulintas sepanjang 10km (di mana pesertanya) menyerang dua wartawan dari akhbar Cina," kata Lim (kiri) dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Zainal seharusnya tampil memohon maaf atas tindakan
ganas dan bukannya menafikan dan cuba untuk "menutup penglibatan Umno".

"Rakaman Video perhimpunan haram dan tangkapan Senator Umno Ezam Mohd Nor oleh pihak polis kerana perhimpunan haram membuktikan bahawa Umno adalah pengecut kerana cuba menafikan penglibatannya dan merupakan satu peringatan klasik pepatah Melayu, baling batu sembunyi tangan," katanya.

"Adakah Zainal akan menafikan bahawa Ezam merupakan ahli Umno dan dilantik oleh Umno menjadi Senator?

"Ezam mengancam bahawa tiada perlu menunggu pilihan raya umum
dan mahu melakukan lebih banyak protes untuk memaksa saya meletakkan jawatan sebagai ketua menteri lebih awal.

"Di mana rasa hormat Umno kepada demokrasi dan mandat saya yang dipilih secara sah sebagai ketua menteri Pulau Pinang?" Kata Lim.

malaysiakini/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah kantoi.... UMNO penipu... UMNO pembohong... UMNO Pengganas.... UMNO pengkhianat..... UMNO pencuri..... UMNO penamun..... UMNO perogol..... UMNO pembunuh... UMNO memang jahat...sejahat2 parti dalam dunia adalah UMNO

Tanpa Nama berkata...

UMNO memang pembohong dan pengkhianat bangsa.Bebudak sekolah dipergunakan dalam perhimpunan ANTI BERSIH di Ipoh pada 2hb. Julai yang lalu.Bebudak tu di upah RM 30.00 seorang dan diberi T shirt hitam untuk demontrasi tersebut.Cukuplah UMNO.Kamu bangga dengan kehadiran yang ramai tapi di kmana kualitinya.Bebudak tu datang bukan dengan rela hati....Kamu akan kecundang sebagaimana PEMERINTAH THAILAND yang kalah dalam pilihan raya semalam. GOOD BYE UMNO.

Tanpa Nama berkata...

kalau penbangkang memerentar semua ta boleh dan kalau umno semua boleh .

Tanpa Nama berkata...

pengkhianat, perompak, penipu, penerima rasuah dan banyak lagi yang tak baik adalah kelakuan umno tak guno. Kalau orang melayu masih mempercayai dan pangkah umno tak guno itu nama nya bagang se bagang bagangnya manusian yang buta.