17 Januari 2008

PM Bantah Kenyataan Bush Iran Ganas, Tetapi Perkara disebaliknya Di Malaysia

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menyatakan bantahan terhadap dakwaan Presiden A.S. George W. Bush bahawa Iran merupakan negara penaja utama keganasan dunia.



Abdullah Ahmad Badawi yang sedang melawat ke Madrid, Sepanyol menyatakan semalam, kenyataan Bush itu tidak akan diterima oleh negara-negara Islam dan akan menimbulkan perbalahan. Rakyat Malaysia tidak akan mennyetujui kenyataaan itu.

Bush dalam ucaptamanya semasa lawatan ke Timur Tengah berkata di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu pada 14 Januari lalu bahawa Iran sedang menggugat keselamatan di seluruh dunia dengan menyokong golongan ekstremis dan menggesa negara sekutunya di Teluk supaya bersama-sama menghadapi bahaya itu sebelum terlambat. Kenyataan itu dilihat sebagai mencari helah baru untuk menekan Iran berhubung program nuklearnya.

Namun begitu realiti yang berlaku di Malaysia, PM dan pemimpin UMNO menuduh tanpa usul periksa rakyat sendiri, katanya ganas dan sebagainya. Rakyat tidak diberikan hak untuk berhimpun walaupun sah disisi perlembagaan. Sehinggakan Himpunan Bersih dan Hindraf dileraikan dengan tindakan yang tidak sepatutnya oleh pengawal keselamatan.

Media arus perdana yang diketui oleh "Zam-Zam Ala Kazam" malah mencipta klip "ini buka budaya kita" untuk memburuk-buruk pembangkang dan rakyat sendiri. Tuduhan melulu kepada rakyat sendiri ini pada tahap "merah" yakni tidak masuk akal.

Begitu juga tuduhan yang bukan-bukan kepada kebanyakan pemimpin pembangkang dan terkini kepada pemimpin HINDRAF yang berakhir dengan tahanan ISA yang jakun itu. Sepatutnya rakyat wajib diadili dengan sistem kehakiman bukannya dikurung tanpa bicara dan tiada sebarang pembuktian yang konkrit.

Tindakan PM membantah kenyataan Bush hanyalah sandiwara. Bagai ayam berkokok tetapi punggung berlumuran tahi, bak kata bidalan tudung kepala nampak punggung.

Tiada ulasan: