Hadis dari Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan.
Hakikatnya manusia pada hari ini tidak lagi mencintai ilmu Islam. Mereka sangat malas untuk mempelajari dan mendalaminya. Setengah pihak menghalang orang lain dari mempelajarinya. Mesjid dan surau dirampas untuk memastikan agenda mereka berhasil. Kerja-kerja ini menyebabkan terhapusnya ilmu-ilmu Islam dan munculnya kejahilan seperti hadits diatas.Kesan dari itu amalan Islam hilang dalam masyarakat tersebut. Maka berlakulah zina secara tetrang dan banyaknya peminum arak. Paling ditakuti kejahilan ini menyebabkan mereka memilih pemimpin yang jahil juga.
Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin, menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula .
4 ulasan:
A'kum YB, saya harap disamping YB memberikan maklumat terkini tentang krisis di Perak, jangan lupa bahawa kita di Perak juga mempunyai satu isu akidah iaitu kes saudara baru Mohd Ridhuan yang mahu mendapatkan hak penjagaan anaknya daripada ibunya yang bukan Islam. Semalam telah berlangsung prosiding kes tersebut di Mahkamah Tinggi Ipoh di mana saya sendiri hadir dan dilihat kehadiran orang Islam yang hadir memberikan sokongan moral amat menyedihkan terutamanya orang Islam di perak sendiri
A'KUM YB,
SAYA INGIN BERKONGSI DGN TEMAN2 TENTANG KELALAIAN SESETENGAH MASYARAKAT KITA SEKARANG YANG CUKUP TIDAK SENSITIF BERKENAAN DENGAN SEMBAHYANG.
SAYA ADALAH PEMINAT SETIA PASUKAN HOKI MALAYSIA. BARU2 INI KETIKA KEJOHANAN HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH DI IPOH, SAYA CUKUP MUSYKIL APAKAH RASIONAL DIADAKAN PERLAWANAN PADA PUKUL 7.00 MALAM. SEDANGKAN WAKTU ITU IALAH WAKTU MENJELANG MAGHRIB DAN KITA UMAT ISLAM TIDAK DIGALAKKAN BERADA DI TEMPAT2 TG TIDAK SESUAI.
SAYA TELAH PERGI MENONTON PLAWANAN AKHIR D ANTARA MALAYSIA - INDIA YG TLH DIADAKAN PD PKL 7.00 MLM. KETIKA PLWANAN BERHENTI REHAT >< 7.35 SY TLH KELUAR UTK SOLAT. KHEMAH SEMBAHYANG YG DISEDIAKAN CUKUP DAIF DAN KEMUDAHAN UTK AIR SMBAHYANG AMAT TERHAD BERBANDING DGN JUMLAH PENONTON PD MASA ITU. SAYA MERASA AMAT SEDIH KRN PENONTON YG KELUAR UTK MENUNAIKAN KEWAJIPAN SBG SEORG ISLAM TIDAK SAMPAI 15% KRN JIKA SELEPAS PLAWANAN BERAKHIR WAKTU MAGHRIB TELAHPUN HABIS.
PADA TAHUN LEPAS KETIKA KERAJAAN PAKATAN MEMERINTAH PLWANAN MALAM DIADAKAN PD PKL 8.00 MLM. SEDANGKAN PERLAWANAN BOLA SEPAK BOLEH DIADAKAN PKL 8.45 MLM.
SEMALAM SEPARUH AKHIR KEJOHANAN HOKI PIALA ASIA YG TLH DIADAKAN DI KUANTAN. SIARAN LANGSUNG D ANTARA MALAYSIA - PAKISTAN TLH DISIARKAN D TV9. PLAWANAN BERMULA PKL 7.30 MLM. AMAT SEDIH KRN CUKUP RAMAI YG TLH MENINGGALKAN SOLAT MAGHRIB D STADIUM TERSEBUT.
SAYA AMAT BERHARAP YB DPT CUBA MENIMBULKAN ISU INI AGAR MASYARAKAT KITA TIDAK TERUS TERLALAI BSAMA PEMIMPIN2 YANG JAHIL....
TAKBIRR!!!!!!
Allahuakbar!!!!!!!
ILMU ISLAM, AMALAN ISLAM, AQIDAH ISLAM YG SEBENAR, ADAB & AKHLAK ISLAM DLL TELAH MENJADI 'GHARIIBA'FATHUUBA LILGHURABAA..
Catat Ulasan