Exco Haram Perak Hamidah Osman yang juga ADUN Sungai Rapat yang pernah menimbulkan kotroversi berkaitan dengan "ular" membuat laporan polis terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar yang didakwanya telah menyalahgunakan kuasa dengan menghalau tujuh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional dan tiga ADUN Bebas keluar dari dewan pada persidangan DUN 7 Mei lepas.
Laporan Hamidah ini menimbulkan tafsiran yang sebaliknya bahawa sebenarnya Sivakumarlah Speaker yang masih sah sehingga sekarang.
Laporan Hamidah ini menimbulkan tafsiran yang sebaliknya bahawa sebenarnya Sivakumarlah Speaker yang masih sah sehingga sekarang.
Hamidah berkata tindakan Sivakumar jelas menunjukkan ia tidak menerima keputusan yang dikeluarkan mahkamah sebelum ini yang boleh dianggap sebagai menghina kredibiliti dan integriti mahkamah.
Sedangkan pada hakikatnya Sivakumar juga pada persidangan tersebut perlu diingatkan berkali-kalai mengumumkan tindakannya menghalau mereka itu atas dasar untuk menghormati Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Dewan yang dilantik secara sah dalam Dewan Negeri Perak yang telah memeutuskan keputusan itu.
Hamidah mendakwa Sivakumar bertindak di luar bidang kuasanya dengan menghalau 10 ADUN yang sepatutnya bersidang dan enggan memulakan persidangan walaupun mahkamah telah membuat keputusan sebelum ini. Dian membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam di sini malam tadi.
Selain itu tindakan ADUN Pakatan Rakyat yang berdiri di hadapan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah ketika baginda hendak memulakan titah perasmian persidangan itu juga dianggap oleh Hamidah menghina institusi diraja.
Sedangkan Pihak Pakatan Rakyat telah memaklumkan tindakan itu cuba diputar belit oleh BN dan sekali ini oleh Hamidah pula walaupun tujuan ADUN PR adalah untuk melaporkan apa yang berlaku di dalam Dewan kepada Raja Nazrin.
Saya suka memaklumkan dalam keadaan ADUN PR berdiri lebih ramai dikalangan polis yang dibawa masuk oleh BN dengan membuat benteng rantai tangan mengelelilingi pentas Diraja dan telah dititahkan DYTM Raja Nazrin untuk keluar dewan setelah mendapat sembah laporan dari DS. Nizar.
18 ulasan:
YB,
Dahlah tu...makin engko jawab, makin lah api tu naik sebab itu yg BN nak...mengumpan korang dgn apa saja isu supaya korang respond dan nampak sangat buang masa melayan tapi yg aku heran tu...korang layan juga.
Aku tengok YB2 lain tadak pun layan cuma aku tak tau apa yg korang buat..asyik ketinggalan di belakang je..alih2..nampak sangat korang ni senang dipermainkan.
Come on lah...jangan asyik sibuk melalak kat blog tapi kuasa dah dirampas dan apa yg korang buat...sibuk melalak dan melalak...
Hoi...bertindak lah..!!
bravo makcik midah.., tahniah di atas laporan tersebut.., selepas ini anda bolehlah merujuk kes ini ke mahkamah komanwel pulak..., kalau pr buat dikata menderhaka.., abis tu yang kat terengganu tu apa.., kalau takde internet ni.., sampai bila pun aku tak tau yang ada org buat sepanduk kata sultan natang.., dengan segala jentera., dengan duit.., dengan propaganda pro kerajaan.., rtm, tv3 dan segala macam surat khabar yang memuja dan memuji-muji.., tetap kalah juga.., ingat.., rakyat bukan bodoh.., janji2 pembangunan tu sudah tidak relevan lagi.., usah berlakon.., takut sangat nak buat pilihanraya kenapa.., semua suratkabar/media akan buat buat berita yang baik2 je untuk bn.., takut apa...., takut kalah...,
satu lagi.., kerajaan kita hanya lebih pada slogan..,
mahathir-malaysia boleh..., (boleh blah..)
dolah badawi-cemerlang, gemilang,
temberang..,(yg temberang tu betul)
najib-satu malaysia...,(sebetulnya-satu altantuya, tiada dua dan tiganya)
aku dah muak dengan juak2 ni..., ni bukan zaman awal merdeka yg rakyat takde access kepada sumber2 alternatif.., umpan kain sejadah.., biskut milo semua tu dah tak relevan lagi..., sekian... dari saya.., rakyat yang ditipu...
biasalah tu org sakit
Hamidah tu memang kaki putaq alam. Masa kempen PRK Bukit Gantang baru-baru ni bukan main dok kata serba salah bila angkat sumpah depan speaker non-muslim si Sivakumar. Sekarang, Ganesan (speaker haram) tu, Hamidah rasa dia muslim ka? Elok la tu. Dah tak kenai mana satu muslim, mana satu non-muslim.
Ni la namanya berfikir menggunakan punggung.
betul3x..setuju 200% dgn tanpa nama 5/13/2009 10:29 PM..BN haprak..mcm mana nak jd pemimpin klu bini PM sendiri tak bertudung?pimpin dulu bini tu..baru boleh pimpin negara..
Adun nie buat laporan polis untuk tukar isu pasal PR buat laporan polis keatasnya membela geng samseng.Bijak..Bijak...macam iklan susu la pulak...
MAI PAKAT RAMAI RAMAI KITA BUAT LAPORAN POLIS KE ATAS PERAGUT KERUSI SPEAKER DUN PERAK ...APA ITU NAMA O YA ..GANESAN A/L ZAMBRY..ADA BETUL KA..MAKCIK MIDAH
Hello encik,
sivakumar tu halau belum pun dewan mula...lepas tu baru dia kena heret keluar...
Si Rosmah tu terlebih cucuk botox, nampak muka pun cam muka dalam filem V for Vendetta je, berkilat habis, dia ingat lawo. Patut pakai purdah je, baru tak kena kutuk dek aku ni.
isteri Obama tu nampak slim je,rupa2nya kuat berkebun tanam sayur2an.eeh kalu lah siisteri Najib mau lagu tu,opah nak sponsor benih cekor,lengkuas,terung blanda.
BRO Tanpa Nama berkata... 10.22 AM.
KALAU YB tak hebahkan kat dalam blog, nak hebahkan kat mana lagi? kat tv? radio? jangan harap laa.. segala persoalan yang ditibulkan oleh BN ada yang perlu dijawab, ada yang tak...
MACAM mana kalau orang atas pagar percaya apa yang makcik bedah tu buat? tak ke merugikan PR? sedangkan benda tu tak benar... jadi, YB perlu menjawab benda-benda cam ni... bukan semua.. tapi yang mana patut...
Aku nak jawab bagi orang yang pertama mengulas artikel ni... SAYA RASA TAK KISAH KALAU ORANG NAK JAWAB ATAU TIDAK... lEBIH BAIK JAWAB DARIPADA TAK JAWAB.. YANG MENJAWAB TU ORANG RAJIN BERFIKIR.. ORANG YANG TAK MAU JAWAB TU LAKSANA MACAM ORANG DAH MATI... TAK BERGUNA... BIARLAH BERLAKU PERBINCANGAN DARIPADA DUDUK DIAM SAJA... BARULAH NAIK SEMANGAT SIKIT... KALAU KITA NAK BERTINDAK, KITA YUNGGULAH PILIHANRAYA NANTI.. ITULAH KUASA RAKYAT YANG DAPAT DITONJOLKAN... INI... ASIK NAK BERTINDAK JE TAK PAKAI AKAL....
P/s: Nu... kat Palestine tu dah teruk Israel kerjakan orang Islam... Haa... amacam??? Aku rasa nak ajak engko pegi perang menentang yahudi tu la ok tak???... Haaa... pikey ape lagi.. bertindaklah tunggu ape lagi.... Asyik ketinggalan je engko ni....
semakin hebat kutuk mengutuk....sampai pak lah mahathir yang dah out tu pun nak kaitkan lagi...udah udah la tu....kalau najib tu ok la kalau nak tegur..kutuk jgn tak baik..biar pun ada yang kata dia jahat...kita tetap kena tegur..dan terus menegur...bukan menghina...kita tak layak untuk menghina orang ini bukan ajaran dalam ISLAM ,rujuk Al-Quran kalau perlu tak silap banyak ayat yang melarang kita menghina hinakan sesama ISLAM.....yang penting bukan kata mengata yang tiada membawa faedah,sepatut pemimpin PR dan Ahli PR mahupun penyokong PR menumpukan usaha bagaimana untuk membuktikan apa yang dilakukan BN silap dan salah.....terangkan kepada rakyat dengan baik dan pasti kan penerangan itu tepat,kalau ditokok tambah takut dari rakyat dah yakin tukar pula menjadi tak yakin .......saya secara peribadi percaya dan yakin jika PR perada dipihak benar Insyaallah kita akan berya menghadapi ujian ini....tapi jika kita ada sesuatu yang disorokkan dari rakyat dan ada agenda tak baik...ingat ALLAH mengetahui ,maka jgn haraplah kita nak berjaya...indah diluar didalam busuk tiada maknanya....pasti suatu hari akan memakan diri dan parti
ridwan lain macam je bunyi, ayat 'jika ada sesuatu yang disorokkan dari rakyat dan ada agenda tidak baik.. ingat allah mengetahui' menunjukkan anda bukan betul-betul penyokong PR, dan buat-buat sebagai penyokong. jangan klirukan rakyat yg memang tahu tentang agenda kezaliman BN yang allah juga ketahui, dan sebab itulah mereka (UBN) kucar-kacir.
Wahai YB Hamidah...kalaulah kebenaran yang dibawa tak payahlah buat laporan polis..wahai YB..tengah malam yang sunyi dan dingin bangunlah beribadat..mohon perlindungan Allah SWT dari azabNya..mohon tunjukkan kebenaran..Bukannya mencari populariti murahan dengan laporan polis..kalaulah betul laporan itu saya rasa Dr Zambry pun tak setuju dengan YB kerana dalam keadaan macam ni sepatutnya hanya Dr Zambry seorang sahaja yang menyanyi/melalak supaya ayat-ayat tu nampak senada..YB hamidah nampaknya membuka pekong hal yang sebenar berkaitan kedudukan Sivakumar..Agaknya YB hamidah dah nampak kebenaran tu cuma takut nak mengaku sebab sat lagi Dr Zambry buang dia pulak...
AKU KALO JMP SPEAKAR HARAM KT MNE2 KE..
AKU BGI PELEMPANG JE TRUS...
sudah la midah oi, kalu dah haram mulanya smpai kehujungnya tetap haram,haram,haram, haram.... ingat azab Allah Maha pedih dunia lebih-lebih lagi akhirat.
salam, mtk yb midah sedar apa yg beliau dah buat. hal ini sy takkan diam selagi tiada pembelaan dan keadilan terhadap masy gara2 permainan org politk mcm midah ni. kata nak saman sy, bila lg nak failkan saman tu? kot2 boleh pulak sy tuntut kos yang munasabah utk sy dlm kes ini. dahlah jd exco skrg atas dasar mohon ehsan dan rayuan dr mahkamah utk pastikan Zambry dpt rampas kuasa MB. kesian kat u all, nak kuasa, tp kena rampas cara hina dan kotor, lepas tu merayu dan merayu sakan kat mahkamah rayuan!!!! kesian umno dipenghujung nyawa.
Catat Ulasan