15 Mei 2009

Benarkah BN tidak khuatir hadapi pilihan raya baru di Perak seperti kata Najib ?

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) tidak bimbang untuk menghadapi pilihan raya baru di negeri Perak jika diadakan.

Benarkah ini hakikat yang sebenarnya sedangkan masalah Penanti masih dalam keadaan samar walaupun untuk satu DUN inikan 59 DUN BN tidak gentar ?

Bagaimanapun kata Najib, keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) terserah kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Kalau benar itu hasrat Najib kita cadangkan dia melakukan sesuatu untuk mempercepat proses kea arah pembubaran DUN yang ditunggu oleh banyak pihak termasuk Ku Li, Suhakam dan banyak lagi.

43 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Chedet dah jawap segala-galanya:-

Tidak perlu pilihanraya negeri Perak untuk menyelesaikan perebutan kuasa antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat, kata mantan perdana menteri.

Jika ia diadakan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Pakatan akan memenanginya dan sebab itu tidak perlu BN memanggil satu pilihanraya negeri.

Pilihanraya negeri itu, tambahnya, hanya membazirkan wang rakyat.

Abdullah Ngah berkata...

Ketika saya ke Perak bulan lepas dan sempat berjumpa dengan petugas petugas PAS.

Apa kata mereka? antara lain mereka bimbang jika DUN dibubarkan.

Mereka bimbang apabila diadakan pilihanraya kecil negeri nanti PR kalah.

Sebab sebabnya, pengundi Melayu tidak undi kepada Ir Nizar di Bukit gantang baru baru ini.

Tidak dapat dinafikan orang china dan india bertambah.

Bagaimana akan terjadi kepada calon calon PAS yang bertanding dalam kawasan peratus pengundi ramai Melayu.

Betul krisis politik yang berlaku di Perak membuat kebanyakan rakyat marah.Tapi orang melayu tidak marah mana berbanding dengan orang china dan India.

Inilah orang Melayu. Sebab itu Umno boleh tahan lama memerintah. Mereka nampaknya tidak marah mana kepada kerajaan yang zalim.

Saya dapat buat kesimpulan bahawa pertugas PAS sangat bimbang jika DUN di bubarkan.

Para pemimpin kelihatan optimistik sekali jika DUN di bubarkan.Manakala petugas PAS tersangat bimbang.

Saya tidak tahu mengapa boleh jadi begitu. Adakah para pemimpin memnerima maklumat yang salah atau petugas yang menerima maklamat yang salah.

Dalam pilihanraya cakap cakap kedai kopi boleh boleh dijadikan ukuran kalah atau menang dalam satu satu pertanding.

kenapa saya kata begitu? rakyat yang memberi undi bukan para pemimpin.Petugas harus diambil kira, kerana terbabit secara langsung.

Manakala para pemimpin hanya duduk diatas pentas memberi ceramah. Mereka hanya turun semasa pilihanraya sahaja.

Oleh itu jangan duduk sedap jika DUN dibubarkan. Lebih lebih lagi Umno guna duit untuk pancing undi.

Duit boleh mempengaruhi pengundi lebih lebih lagi dalam masa negara berhadapan dengan krsisi ekonomi yang menyebabkan rakyat hilang mata pencarian, termasuk kena buang kerja.

Tanpa Nama berkata...

BN takut le tu

Tanpa Nama berkata...

Lawat juga perak4u2u.blogspot.com untuk percambahan minda

TpK berkata...

eh....khuatir...ckp dlm ketaq tu...wakaka

adoka varachat berkata...

..Mana boleh tak khuatir...menipu terang-terang la kalau kata tak khuatir..kita pulak jangan la jadi syok sangat..perkemaskan saf di peringkat akar umbi..buat kheja dan deliver...

joyah_laser berkata...

memang Najib tidak bimbang utk pilihanraya di Perak, hanya dia takut , kecut ajer..

Tanpa Nama berkata...

memang najib tak gentar hadapi pilihanraya.., tapi dengan bersyarat...,

" Bagaimanapun kata Najib, keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) terserah kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah."

ini orang cakap banyak pusing, banyak pening.., sama macam dolah badawi,.., hari ni kata tak bubar.., esok bubar..., satu malaysia kena tipu... berwaspada lah dengan golongan macam ni.., mereka cerdik., genius dan bijak.., dalam memutar belit dan menipu.., sapa macam utusan meloya dan tv3suku tu....

Tanpa Nama berkata...

ketika gagah penuh berkuasa raja jadi mangsa bila lemah dan tersepit mahu berlindung bawah ketiak raja....ingatlah jangan mudah terpedaya.

ZAZ PHOTOGRAPHY berkata...

Tidak perlu pilihanraya negeri Perak untuk menyelesaikan perebutan kuasa antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat, kata mantan perdana menteri.
Ini adalah kenyataan mantan PM, Tun Dr. M:

Jika ia diadakan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Pakatan akan memenanginya dan sebab itu tidak perlu BN memanggil satu pilihanraya negeri.
Pilihanraya negeri itu, tambahnya, hanya membazirkan wang rakyat.

Hakikatnya memang Be End gentor.

Tanpa Nama berkata...

Drs, Mcm nak letak beban pd DYMM sultan pula.Kan PM pencetus krisis di Perak.Sungguh tak patut. Nona Ratana Chulaborn.

TokAwangP6Merah berkata...

Assalamualaikum,

Sekarang telah nyata bahawa Najib sendiri mengakui bahawa penyelesaian terbaik kemelut politik di Perak adalah melalui pilihanraya , "Pilihan raya semula adalah satu daripada opsyen yang ada untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak tetapi ia bukanlah sesuatu yang harus, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata keputusan sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri di Perak bergantung kepada budi bicara Sultan Perak Sultan Azlan Shah." - Bernama

Demi untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat negeri Perak , kami berharap pihak DYMM Sultan membubarkan segera DUN Perak.Itu lah jalan terbaik.

wassalam.

Tanpa Nama berkata...

omong..omong kosong saja..sekadar nak tunjuk dia x penakut!!

Tanpa Nama berkata...

Pilihan raya Perak bukan sesuatu yang harus: Najib

PUTRAJAYA: Pilihan raya semula adalah satu daripada opsyen yang ada untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak tetapi ia bukanlah sesuatu yang harus, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata keputusan sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri di Perak bergantung kepada budi bicara Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di sini hari ini, Najib berkata Barisan Nasional (BN) tidak gentar untuk menghadapi apa jua kemungkinan termasuk pilihan raya sekiranya itu yang diputuskan.

"Kita sedia berdepan dengan rakyat," katanya.

---------------

Dey Tambi.., takut ke? sedia berdepan dengan rakyat.., adakan pilihanraya..., jangan pusing2 la najib. dengarnya pemuda yang dinaungi khairi tu nak turun padang bagi penerangan kat org2 kampung.., ngabihkan duit yo...

Tanpa Nama berkata...

kukur apa dikukur kelapa juga yang binasa, UBN pun kukur PR pun kukur, kelapa kena perah hampas dihumban, yang kenyang ayam

musalmah berkata...

Siapa yang salah kalau calon Pas tak menang? Orang Melayu sendiri yang pendek akal.

Bagaimanapun saya percaya kepada rakan rakan kita yang berada dalam PR, mereka tidak akan mengkhianati Pas Inshaallah. Yang jadi masaalah, ia lah wang wang haram yang akan berkeliaran semasa pilihan raya nanti.

Sebagai orang Islam, kita percaya kuasa Allah mengatasi segala kuasa kuasa yang lain. Sama samalah kita tunggu.

madkrie berkata...

Masakan boleh percaya..sumpah pun boleh dibuat mainan aja...Sekadar hendak menjawab cabaran DSAI..

Tanpa Nama berkata...

Dalam masa PR mendesak untuk diadakan pembubaran DUN, persiapkan juga tenaga kerja untuk pilihanraya. Percayalah, jika ditakdirkan DUN bubar, BN UMNO mesti menggunakan taktik sekotor-kotornya untuk menang.

Tanpa Nama berkata...

Kalu Bubar DUN pun PR kalah..tak pa lah..biarlah kalah sebagai orang yg bermaruah bukan macam BN yang takut kalah dan rampas negeri dengan secara tak bermaruah. Najib dan Mentornya memang penakut. Kalu takut buang sahaja anu tu biar jadi mat pon...

anakjatiperak berkata...

Che det perli BNsebenarnya.Bahasa dia tu bahasa perli dan sindit BN yang mati2 tak mau p.raya. awlhal..cukup mudah ..bubar DUN..p.raya. dalam tempoh tak sampai sebulan boleh dapat MB yang mutlak pilihan rakyat....

anakjatiperak berkata...

Biar aku ajar cara cakap che det "tak perlu bubar dunnnnn"(baca laju sikit dan dun tu panjang sambil jeling ke tepi seolah-olah najib ada kat tepi)
"Kalu p.raya pun pakatan menang jugak" (baca dengan gaya serupa)
"Membazir duit rakyatttt" (baca nada serupa di atas)
Ini..apanama...sindir BN la tu..tapi BN najib ni tak reti bahasa sbb dah lupa bahasa sindiran.belajar PPSMI jer..(Kesan PPSMI:orang melayu dah tak faham bahasa sindiran)
Aku teringat che det kata dulu tindakan tubuh kjn dengan bantuan katak2 puru adalah kurang cerdik (Baca sebagai bodoh dan bangang)sbb kjn tak kuat.

So...Kalau BN faham bahasa...BUBARLAH DUN. Aku yakin kalau che det hadapi situasi begini, dia akan bubar DUN.
Aku nak nasihat BN..kalau hangpa mau terus dihormati rakyat "BUBAR DUN". Pakatan juga memerlukan pembangkanmg seperti BN. Biar "MENANG ATAU KALAH BERMARUAH" Kalau Mahkamah Rayuan tukar Zambry MB sah, tetapi Mahkamah rakyat kamu akan hadapi lagi 3 tahun..bukannya lama.masa itu, aku rasa hangpa bukan saja terkezut tetapi boleh GILA MEROYAN...

Tanpa Nama berkata...

orang melayu ni bnyk x pandenya...kalau pakaikan songkok tinggi,baju lambang BN KAT BERUK, LETAK CALON BERTANDING PUN MENANG!!

M.I.H BATU PAHAT

PR berkata...

TO NAJIB:

KALO HANG TAK TAKUT PILIHAN RAYA DIADAKAN SEMULA..
GI LA JUMPA SULTAN UTK BUBARKAN DUN...
JGN CKAP BELAKANG..
TAK GUNA PUN...

NAINA berkata...

kita mahu bubarkan dun bukan semata-mata untuk dapatkan kemenangan bagi PR. Hj Nizar sendiri dah terangkan tentang perkara ni BANYAK kali. malah setelah diputuskan bahawa beliau adalah MB yg sah di sisi perlembagaan, awal2 lg beliau buat kenyataan untuk mohon mengadap Sultan untuk bubarkan Dun supaya rakyat sendiri tentukan keputusan. Andai kata kita menang atau kalah, terima lah keputusan itu.

angkasanuri berkata...

salam YB...mungkin boleh letak iklan kopi radix tu kat sebelah bawah blog kat bawah sebab bila keluar dalam blogroll...update terbaru yang keluar ialah iklan KOPI RADIX..bukannya artikel terbaru...

Anakjati berkata...

Memangla betoi kata mamanda Najib, keputusan bubar DUN terletak pada tangan Sultan Azlan Shah, tetapi kalaula benor2, mamanda utamakan rakyat sbgaimana diwar2kan, mohon la mengadap baginda minta supaya BUBARKAN DUN...tu baru menunjukkan mamanda Najib utamakan rakyat namanya...tak payah ungkit sana sini bahawa Rakyat DIUTAMAKAN tetapi tindakan tidak menunjukkan perlaksanaannya...
Sepanjang hemat saya sebagai rakyat Malaysia, tempoh masa zaman pentadbiran mamanda, nampaknya rakyat gagal untuk tunjukkan sokongan termasuk kalangan rakan-rakan saya yang menjadi ahli UMNO kerana pada pandangan kami apa yang berlaku di Perak la ni, akan memburukkan lagi imej BN pada pandangan rakyat Malaysia secara keseluruhannya bukan PR..
Apa yang lebih malang Institusi Raja-raja diheret sama dan kegawatan yang berlaku memperlihatkan seolah-olah Sultan Perak tidak berusaha untuk mengatasinya, walaupun kuasa sebenar di tangan baginda sedangkan TUANKU adalah penaung kepada rakyat Perak..bukan BN.
Pada saya...apa yang berlaku akan meningkatkan kebenciaan rakyat terhadap kerajaan dan bersiap sedialah BN dari sekarang untuk berundur dari terus mnerajui tampuk pemerintahan pada PRU13 nanti

TEMAN berkata...

XYAH DOK CKP BERLAPIS2DAH, BUBAR DAN LAWAN SECARA JANTAN. JGN DOK NAK BERCKP TERKETOR2DAH. TEMAN NI ORG PEROK. DAH TAK TAHAN TEMAN TENGOK NAJIS NI TERKETOR2 SEMBANG

Tanpa Nama berkata...

kalau mengikuti kehendak parti umno itu sendiri pembuburan DUN untuk piliharaya perak rasanya tiada masaalah, menang kalah terpulang kepada rakyat yang memutuskanya, yang menjadi masaalah nya diri presiden parti kerana diri beliau sendiri telah bergelumang dengan lumpur yang amat meloyakan sebelum beliau menduduki orang no 1 malaysia. Kalau dibubarkan DUN dan diadakan pilihanraya diperak, seterusnya parti pakatan rakyat memperolihi kemenangan, najib khuatir nasibnya akan menjadi seperti Tun abdullah ditempelak diatas kekalahan itu nanti. Najib sedar dan tahu kesalahan terhadap dirinya, dengan melenggahkan pembuburan DUN perak sekurang kurangnya rakyat dapat melupakan kerja jahatnya yang lalu, tapi rasanya beliau silap, selagi kemelut perak tiada penyelesaianya, adalah kerugian bagi umno/bn dan dirinya sendiri. Lebih mengentarkan lagi najib adalah apabila "Otai" harapan umno mengatakan kekalahan akan memihak kepada BN, najid hilang punca waktu kini, dia takut orang2 dia akan menunding jadi kearah nya dan meletakan kekalahan diperak disebabkan beliau, najid tidak mahu badi tun abdulah melekat kepadanya, lantas mengakhiri pejuangan politiknya dan menghampakan permaisurinya yang hanya baru mahu menunggekan ponggungnya.

Tanpa Nama berkata...

To En Abdullah,

Kita mungkin mengharapkan kemenangan PR kalau pilihanraya Perak, sebenarnya bagi saya penyokong, ahli PAS dan pengundi Perak, ini adalah cara terbaik untuk kembalikan kestabilan politik di negeri Perak, saya tak kisah siapa yang menang, yang penting siapa MB yang sah. Kalau mengikut pola pengundian di Bukit Gantang, undi Melayu tidak merosot dan ada pertambahan sedikit, undi Cina dan India meningkat. Keberangkalian PR menang di Perak memang tinggi. Cuma para petugas perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangan mutlak untuk PR. Tambahkan seat untuk PAS di DUN Perak, tiadalah kedengaran lagi momokan kononnya PAS boneka DAP.

Tanpa Nama berkata...

bagaimana kita menilai seseorang yang ulama..adakah melalui publisiti? apakah ciri2 orang ulama? adakah masih ada orang yang bersifat ulama di dalam PAS yang tidak pernah memberi tohmahan pada orang lain atau mengeluarkan perkataan yang tidak baik.. adakah ciri2 ulama ada pada setiap pemimpin PAS..adakah org seperti Mat sabu layak di panggil ulama atau pemimpin islam? adakah orang seperti DS nizar yang pernah mempertikaikan wujudnya pimpinan berteraskan islam di manuskrip atau memorundum PAS sewaktu persidangan dun layak di di panggil pemimpin islam? mungkinkah lebih ramai orang yang tidak menonjolkan diri tidak kira dari pelbagai parti lebih ulama daripada pemimpin PAS?

Tanpa Nama berkata...

Mengapa kita menafikan hak sultan, untuk membubarkan dewan. Hj Nizar berhasrat untuk mengadap dan memohonnya tetapi beliau tidak mempunyai mejoriti, bermakna beliau menyuarakan hasrat minoriti.

Pasti Pakatan akan menang kerana sentimen. Saya menyokong Hj Zambry mempertahankan kerajaan selama yang boleh dan meneruskan proses mengembalikan kepercayaan rakyat.

Sistem demokerasi sediaada mengizinkanya. teruskan.

Tanpa Nama berkata...

Musalmah berkata - " Yang jadi masaalah, ia lah wang wang haram yang akan berkeliaran semasa pilihan raya nanti".
Saya ada di bukit Gantang masa kempen pilihanraya tersebut, rasanya kalau lah pemberian kepada pengundi yang di istilahkan wang haram oleh saudari, maka pihak PAS juga memberikan barangan kepada pengundi, satu bag beras, satu kilo gula, susu dan biskut serta "WANG TUNAI RM 20.00", kepada pengundi.
adakah wang tunai yang berkeliaran ini dari petugas PAS yang saudari maksudkan wang haram?
Saya melihat kedua-dua pihak sama, memberikan barangan dan wang tunai pada pengundi. Janganlah kita menganggap satu pihak suci dan maksum tanpa melihat tindakan mereka dan hanya mendengar dari pihak lain yang mengatakan yang manis sahaja manakala yang busuk di simpan

rakyat biasa

Tanpa Nama berkata...

mentor najib memang mudah lupa. tetapi rakyat tak akan lupa kerakusan yang telah dilakukannya.pada awal tahun 80'an kita setaraf dengan korea selatan dan taiwan tetapi sekarang kita tinggal jauh ke belakang. beliau bukanlah seorang negarawan tulin.

matbodo.

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan Najib amatlah anih dan bukan GLobal tapi tuk-tuk terlalu local dari pendalaman sembantan macam tak pernah dengar rayuan rakyat. selama ini rakyat dah akui penyelesaian adalah dengan bubarkan DUN dan adakan pilihanraya Negeri. Najib seperti tak pernah tahu yang Kudeta Zombi mohon mahkamah rayuan tangguh YAB DS Nizar masuk semula kepejabat sebab takutkan YAB DS Nizar mohon sultan bubarkan DUN dan [pilihanraya semula.
Malanglah rakyat malaysia dapat PM pekak badak; dah lama orang cakap baru faham bahawa pilihanraya tu penyelesaian yang amat tepat; sahlah kelak dari rakyat balik kepada rakyat kerana pemimpin boleh datang dan pergi tetapi rakyat tetap rakyat dan tak pernah gugur gelaran "Rakyat".

Sepertui juga laungan selogannya dia mahu jadi PM rakyat tanpa pdermaidani merah.... apa ni cakap UMNO dah nyawa-nyawa ikan baru sedar itu semua tak perlu tetapi masa pangkat rendah dulu berlagak pergi sana-sini berjalan atas permaidani merah jua kerana nak saing dengan raja dan sultan yang dibuang imuniti oleh UMNO.

Renung=renunglah wahai rakyat semua tak terima taubat bagi sesaorang sedang sakaratul maut dan keadaan UMNO juga sebegitu. Nilai dan timbang dengan dacing (BN) yang Kecoh (penipu)akan membuat rakyat terus rugi dan menderita.

Tanpa Nama berkata...

Pilihanraya perak akan dijalankan tidak lama lagi selepas segala persiapan BN siap.
PR, you all need to standby from now because the preparation will bring you down totaly. Allahuakbar !!

Tanpa Nama berkata...

Bubar dun adalah pilihan terbaik,jika benar najib tak takut utk ini sebab tu dia umum yang PM sekarang adalah perdana menteri rakyat,so pada sesiapa yang ada masalah pinjaman atau lain2 boleh terus jumpa PM rakyat kita ni dgn mudah seperti mana si yang kena liwat tu "siful bukhary" yang kononnya jumpa najib pasal masalah pinjaman pelajaran,so ternyata sekarang najib juga mudah utk berjumpa dgn rakyat,so ramai2 lah dtg jumpa najib minta kerja bg yang dah kena buang,minta sekali harga minyak turun...apa pun minta sekali bubar dun ok...

bro mat sg tapah berkata...

slogan'satu malaysia,rakyat di dahulukan'hanya cakap je.kalau najib dan kerajaan bn dahulukan rakyat,knpa tak dahulukan raKYAT D PERAK NI,BUBAR LE DUN,RAKYAT JADI PENING TGOK KRISIS DI PERAK NI.SEKEJAP HALAL,SEKEJAP HARAM.LAME2 HARAM JADAH TERUS.

mathanis berkata...

BN nak kata apa lagi..kalau BN tak mau sertai pilihanraya Perak pun tak pa..mudah sikit urusan PR..Penanti pun belum tentu nak lawan..SAH kalah punya..Biaq Najib nak kata apa..Rakyat Perak berdoalah agar anda semua boleh lepaskan rasa geram anda dengan cara paling hormat..PILIHANRAYA..

Tanpa Nama berkata...

On Prime Minsiter Najib Abdu Razak's morning announcement that he was willing to meet his Pakatan counterparts to seek a solution to the impasse, Mahathir said any solution would be "very good".

"It is not good for the world to see us changing chief ministers every other day because courts make decisions. One says you are no longer the chief minister, the next day you (a stay of execution) is granted.

"This (game of) musical chairs is not very nice. If you want to play musical chairs, please play musical chairs. You don't have to fiddle around with the posts," he said.

Asked if the Perak debacle would affect BN's chances at the polls in future, Mahathir replied: "I hope people have short memories".
"SAYA HARAP RAKYAT AKAN LUPA"....ORANG MELAYU MEMAMG PELUPA?

Tanpa Nama berkata...

Kalo BN kalah..rugi duit rakyat, kalo BN menang..itulah kerajaan. Pasal tu orang panggil BN...BABI NEGARA.

Tanpa Nama berkata...

Ucapan najib ni kena semua ingat dari pilihanraya kecil pengkalan pasir, permatang pauh, kuala terengganu dan bukit gantang apa najib ucap.Semua ucapannya gaya angkuh dan sombong. Dikawasan Anwar permatangpauh pun UMNO cakap besar. Apa kesudahannya? Pemimpin UMNO dan para hulubalangnya memang dilatih untuk bercakap besar.DiPerak cuba tuan-tuan lihat ucapan dan gaya Dr.Zambry. Inilah pemimpin yang menang sorak kampung tergadai.Ucapan-ucapan ini adalah gambaran orang yang sedang ketakutan. Mereka pantang dengar ucapan BUBAR DUN.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT berkata...

Rasanya Diperak ni kita boleh menang hanya kerana ada isu yg besar sebagaimana berlaku pd tahun 1999 dahulu..Tapi sebagai pendokong pas,kita bukannya boleh berdiam diri menanti kemenangan...saya setuju kita sebagai penyokong mempunyai pandangan berbeza tentang bubar dun ini.Percaya la petugas Pas di perak sangat perlukan sokongan dan dokongan keseluruhan ahli Pas itu sendiri.Kalau kita menang sekali lg di perak,bukan kerana PR perak kuat,tapi ada isu besar yg membuat ia begitu.Manakala kalau kalah ianya lebih kepada over konfiden tahap tertinggi sehingga lupa pd gerak kerja yg asas itu sendiri.Percayalah...Pas hanya menang 6 kerusi sahaja sekarang...manakala trend pemikiran org melayu tak berubah ke arah PR pun....yg boleh dijanjikan disini ialah kawasan pekan memang boleh menang majoriti besar...cuma kawasan tengah(perak Tengah)ada masalah yg tak berkesudahan...harap kita sebagai ahli/panyokong/pendokong/pimpinan wajib mengingatkan akan pentingnya bertahan dan jangan la tenggelam dalam isu besar seperti ini.Ada asasnya kita perlu takut tentang pembubaran DUN.Wassaalam harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

KERAJAAN DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT DEMI RAKYAT.
1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. COME ON YAB PM PENUHI JANJI ANDA. RAKYAT MENANTI. BUBAR DUN PERAK SUPAYA RAKYAT TIDAK KERUAN.