15 Mei 2009

UNDI TIDAK PERCAYA BAKAL SELAMATKAN UBN? (2)

Oleh : Tapai

Assalamu’alaikum w.b.t. dan Salam Reformasi,

Krisis di Perak sesungguhnya menarik perhatian dan mengundang komen bukan sahaja dari ahli politik, tetapi juga dari pelbagai pihak termasuk para bloggers, ahli akademik, professional, pelayar internet penyokong kedua-dua belah pihak dan rakyat marhaen amnya.

Di dalam artikel saya (12/05/2009), pada hari DS Nizar disiytiharkan sebagai MB Perak yang sah, saya telah menyentuh mengenai undi tidak percaya yang mungkin dibuat oleh gerombolan UBN. Soalnya apakah ia akan menjadi kenyataan?

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Hari ini Tun Dr. Mahathir (TDM) juga mencadangkan agar undi tidak percaya ini dilakukan terhadap MB yang sah malah yang lucunya TDM sendiri mengakui bahawa dari pengamatan beliau UBN akan tewas sekiranya dibubarkan DUN Perak dan diadakan pilihanraya semula. Mesej yang sangat jelas di sini adalah meskipun UBN tahu mereka tidak akan disokong untuk terus memerintah negeri Perak, mereka masih ingin membolot kuasa yang tidak direstui rakyat. Jadi, apakah maksud kata-kata pemimpin mereka bahawa UBN sentiasa mendahulukan kehendak rakyat? Omong kosonglah jawapnya!!

Dalam perbincangan di Astro Awani, sdr Nobisha pula turut mengulas dengan agak bernas berkaitan isu di Perak ini. Beliau mengupas tentang perlunya politik permuafakatan menggantikan politik pertentangan. Saya menghormati pandangan idealis beliau yang dikira menarik juga yang ingin meneroka segala kemungkinan kepada langkah penyelesaian terhadap isu ini, antaranya ialah DS Nizar kekal MB kepada kerajaan minoriti, DUN bersidang bagi memutuskan kedudukan, membubarkan DUN, melalui proses mahkamah hingga selesai atau menyerahkan bulat-bulat kepada 59 ADUN menyelesaikannya kerana mereka dianggap memulakan krisis ini.

Namun secara realitinya tolak ansur sebegitu tinggi jika dilihat dari sudut politik permuafakatan masih belum wujud secara total di dalam politik Malaysia apatah lagi dengan sikap UBN terutamanya dalam isu rompakan kuasa ini. Kesinambungan kepada ulasan beliau boleh dilihat di : http://nobisha.blogspot.com/2009/05/siapa-ahli-politik-siapa-negarawan-di.html, mengundang pelbagai komen dari pengunjung blognya yang tidak kurang juga menariknya. Saya tidak hendak komen dalam blog beliau tetapi lebih selesa menulis komen saya untuk tatapan umum di sini.

Untuk itu, berbalik kepada isu undi tidak percaya tadi, mungkin sdr Nobisha dan para penjenguk blognya tertinggal sedikit fakta yang boleh dibahaskan dan tidak boleh tidak, perlu dikaitkan dengan isu undi tidak percaya terhadap DS Nizar tersebut. Ianya berkaitan kerana saya yakin ramai di luar sana berpendapat bahawa satu-satunya cara terbaik untuk menamatkan krisis ini secara tuntas adalah dengan pembubaran DUN serta mengembalikan hak demokratik pengundi di Perak. Undi tidak percaya terhadap DS Nizar tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan mengundang lebih banyak persoalan, kesangsian dan perbalahan yang mungkin hanya bakal disusuli dengan cabar mencabar di mahkamah yang berpanjangan.

Fakta yang saya maksudkan adalah persoalan, isu-isu teknikal dan perundangan yang bakal timbul seperti yang pernah saya sebutkan dalam artikel sebelum ini.
Samada undi tidak percaya akan berjaya menyelamatkan UBN atau tidak adalah sesuatu yang UBN sendiri belum pasti kerana sekiranya ia berlaku pun, krisis ini akan hanya berterusan disebabkan pihak PR boleh saja terus mempertikaikan di mahkamah berkaitan :

1) Kedudukan 3 ADUN (Bebas) melompat yang belum disahkan statusnya. Adakah mereka ini layak mengundi dalam DUN?

2) Kedudukan 7 ADUN BN yang digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Sememangnya YB Speaker tidak punyai kuasa untuk menggantung mereka tetapi jawatankuasa tersebut memilki kuasa ini. Jadi, adakah mereka ini juga masih layak mengundi dalam DUN?


3) Kedudukan Ganeson yang merupakan Speaker haram tidak layak mempengerusikan sidang DUN. Adakah “pemecatan” YB Sivakumar yang dilaksanakan sebegitu rupa dianggap sah?

4) Akan banyak lagi persoalan berbangkit yang akan mencabar keabsahan undi tidak percaya terhadap DS Nizar.


Seandainya YB Sivakumar kekal sebagai Speaker DUN dalam keadaan 10 ADUN tadi enggan mengiktiraf hukuman terhadap mereka atau status mereka, adakah YB Speaker akan menerima usul untuk undi tidak percaya ini? Sudah tentu tidak!! Sekiranya 10 ADUN tadi akur dengan satus mereka yang hilang hak mengundi, maka UBN akan akan “dilaukkan” di dalam DUN. Mereka tidak akan sekali-sekali membenarkan ini berlaku.

Penyelesaian yang paling masuk akal untuk menamatkan krisis adalah pembubaran DUN. Kini UBN sendiri sudah tidak yakin undi tidak percaya akan menyelamatkan mereka. UBN kini telah tersepit, dalam dilema dan ketakutan. Membubarkan DUN bererti mereka mungkin kalah dan kehilangan kuasa, mengadakan undi tidak percaya bakal menyebabkan mereka akan terus bergelut di mahkamah dengan PR. Sekalipun jika akhirnya mahkamah membuat keputusan menyebelahi mereka, rakyat akan amat terluka dan natijahnya akan dapat dilihat di PRU-13.

Jadi, apakah strategi pilihan UBN sekarang untuk terus bergayut di anjung kuasa di Perak? Sama-sama kita saksikan episod seterusnya.

Wassalam.

22 ulasan:

Dan berkata...

Daripada penelitian saya, saya jangka pilihan raya DUN Perak akan diadakan tidak lama lagi...

Harap Harap itu jadi betul! :)

Kembalikan Hak Rakyat!
Bubarkan DUN!

Sekiranya rakyat mengkritik DUN tidak dibubarkan maka BN akan terasa tertekan lalu bubarkan DUN, percayalah...


Regards,

Malaysian Come First

GoMalaysian.Blogspot.Com
http://gomalaysian.blogspot.com/

batu kurau perak berkata...

saya lihat ada usaha-usaha untuk menjatuhkan PAS..lihat saja didada akhbar arus perdana terus hentam PAS pasal politik wang,saya takut pengundi bukan islam akan hilang kepercayaan kepada PAS..diharap PAS segera menjawapnya jangan diam membisu..TAKBIR!!!

Mahasiswa Malaysia berkata...

Salam YB....Teruskan perjuangan...dont give up....Rakyat Sudah Celik akan semua peristiwa yg berlaku..Tp, sye rse masyarakat di luar bandar kemungkinan besar kurang maklumat berkenaan peristiwa yg berlaku...

Diharapkan ada sessi penerangan or penyampaian maklumat berkenaan semua krisis sampai ke pengetahuan masyarakat terutamanya luar bandar...Dikhuatiri pihak Be-End akan memanipulasikan fakta yg sebenar.....

Salam Perjuangan Utk Semua Perjuang2 PAS & PR

mahaza berkata...

Saya musykil satu perkara - mungkin saya terlepas pandang. Adakah speaker UBN - Ganesan boleh dilantik sebagai Speaker mengikut undang-undang? Adakah dia salah seorang ADUN? Atau dia Senator kah?

Tanpa Nama berkata...

andai bubar Dun, n PR menang,pasikah PAS akan memegang jawatan MB,Yang nyata pasti tidak, sebab andai DUN dibubarkan,DAP akan meletakkan calun melayu dan mereka berhak untuk menjadi MB

NAINA berkata...

saya tak pandai bab politik dan undang2, tapi apa yg saya faham perlantikan Ganesan adalah tidak sah, beliau juga bukan seorang ADUN kerana telah kalah dalam pilihanraya yg lepas, bukan juga senator. Beliau berada di dlm dewan semata-mata telah diangkat sebagai speaker UBN.

mahaza berkata...

Kalau Ganesan hendak mengadakan sidang tergempar? undi tak percaya terhadap Menteri Besar, bukankah Dr Zambry MB sekarang yangberada di bilik MB? Macamana punya pening kepala ni? Kalau nak undi tak percaya pada NIzar atas dasar apa? Kata Nizar bukan MB sekarang? Kena serah pada Nizar sebagai MB dulu baru boleh buat undi tak percaya? Makin pusing nampaknya.....

Tanpa Nama berkata...

saya setuju pendapat penulis di atas. tiada jalan penyelesaian, berbagai laporan polis, mahkamah dsbgnya akan berlarutan selagi DUN tidak dibubarkan. DAULAT TUANKU, PATIK MOHON TUANKU MEMBUAT TITAH AGAR DAPAT MENYELESAIKAN KEMELUT NI, AMPUN TUANKU.

Tanpa Nama berkata...

Jika benar Mahkamah Rayuan hanya melantik hanya seorang hakim?, ini pasti agak menarik! Senario yg tak mungkin berlaku lagi... Moralnya di segi
perundangan, bila motif manipulasi bisa dihidu!

Tanpa Nama berkata...

Jika benar 1 hakim saja untuk Rayuan? , ini agak
menarik perhatian. Senario yg tak mungkin lagi berulang. Moralnya di segi perundangan? Jika ada motif manipulasi pasti rakyat menghidunya!

Tanpa Nama berkata...

Salam YB..

Saya tidak berapa arif tentang prosedur Sidang DUN dan ingin bertanya...

1. Semasa usul dibawa adalah Sidang DUN telah bermula....kerana Tuanku Raja Nazri hanya memberi titah pada jam 3 ptg....dan adakah titah baginda diakhiri dengan ucapan...DENGAN INI BETA RESMIKAN SIDANG DUN KALI INI ???

2. Adakah SAH sidang DUN apabila Tuan Speaker
berada didalam dewan TETAPI diambil alih oleh timbalan nya ?

3. Umum telah maklum yang Dato Ganesan bukan ADUN...maka adakah peruntukan yang mana BUKAN ADUN dibolehkan jadi Speaker ???

4. Dan semasa undian dibuat kalau diteliti betoi betoi BUKAN semua ADUN BN mengangkat tangan mereka kerana tengah sibuk beno dan dalam kelam kabut...semasa mengundi pelantikan speker baru ??? Dan siapa pula yang mengira undian tersebut..???

5. Akhir sekali banyak perkara nak dipertikaian dan tanpa COKMAR dibawa masuk,,,bagaimana ?

Harap dapat penyelasan...bagi rakyat faham sefahamnya...

Dan apa jalan yang paling baik mohon kebawah DYMM Tuanku Sultan MEMBUBARKAN DUN

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

Wallah Hualam

toytian berkata...

Langkah sumbang kita membenarkan institusi DUN dicemar,rampasan dibenar sebenarnya cukup mengusarkan rakyat.
Udah ler kesian kat warga perak asyik kena buli jer.
UBN kuat ia berkuasa, PR kuat ia berkuasa. Rakyat kuat ia berkuasa.
Undang2 Sapa kuat ia berkuasa, inikah budaya kita......!!!!
Kalau yang berkuasa memilih merujuk atau kembali kpd rakyat itulah jalan pernyelesaian yang tidak merugikan semua pihak.
Doa adalah senjata rakyat yang teranaiya.....

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT berkata...

selagi MB tidak diberikan pd Nizar,selagi itu la Tiada usul undi tidak percaya...Nanti tersilap usul pd Zambry lak.Kan masalah semakin double trouble...bengong Umno ni.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong DUN dibubar dan adalah lebih afdal kesemua 59 kerusi DUN ditandingi oleh muka baru yang tahu adap dan adat dan bukannya dari 59 ADUN yang ada sekarang. Buruk cakap, kesemua 59 ADUN sekarang jangan dibenarkan bertanding kerana semua mereka telah menjatuhkan imej negeri Perak. Secara ikhlas , adakah betul-betul 59 ADUN sekarang mahu DUN dibubar dan mereka ini dengan penuh rasa kesedaran dan keredhaan tidak akan bertanding semula demi kebaikan rakyat Perak.YB bagaimana???

Anak Bugis berkata...

Sdr. Nobisha adalah pejuang UMNO yang menggunakan NGO (INMIND) sebagai topeng.. menggunakan pendekatan ilmiah utk memberi imej positif pd UMNO..sebagai seorg yg kenal rapat dgn nya.. saya minta pihak kita jgn mengambil kira segala pandangan beliau.

org kuat berkata...

NAMPAK SGT UMNO/BN NI:

GILA KUASA
GILA JAWATAN
GILA BABI
GILA TALAK
GILA EXCO

KALO HAMPA NK MEMERINTAH SGT PERINTAH LA..
TGGU LA PRU13...

KALO HAMPA XNK BUBAR DUN..
HAMPA BUBAR 3ADUN BEBAS TU..

KALO ZAMBRI ANG THE GANG ANK JANTAN,BERANI BUBAR JE TRUS 'DUN PERAK'...

TpK berkata...

Salam anakbugis,
Ramai yg tahu sape tu sdr nobisha, wlau mengaku idealis tapi beliau sememngnya condong kepada UMNO. Itu tidak menghairankan dgn latarbelakang dan jawatannya kini.

Saya kira pandangan yg boleh dibahaskan harus kita terima utk dibahaskan dan tidak perlu ditolak mentah2, namun ini tidak beerti kita menerima apa saja pandangannya. Wallahu'alam.

cicit udagempe berkata...

UBN keluarkan lah borang khas untuk PR lompat parti, dengan tawaran bilion ringgit. Man Jalu boleh jadi broka .. he.he.he...... amacam. boleh ke yop??? Boleh le bertambah haprak-haprak dalam UBN. Raja Haprak pon dah masuk UMNO.

MamaKaisah berkata...

BN takkan berani bubar dun..percayalahhh

Tanpa Nama berkata...

1 bilion pakai jadi,..terus sain..

Tanpa Nama berkata...

Pada BN akurlah kepada kehendak majoriti rakyat Perak yang inginkan DUN dibubarkan...

BN hanya untung secupak, tetapi akan rugi segantang apabila masih kekal berdegil untuk tidak mahu bubarkan DUN...

Mengapakah krisis ini sukar terlerai dan tidak semudah sepertimana kes-kes yang sewaktu dengannya di tahun-tahun 70an, 80an dan 90an?

Jawapannya adalah, sekarang rakyat dah mula celik politik dan dapat menilai yg mana intan yang mana kaca. Zaman sekarang sudah tidak sesuai untuk melakukan rampasan kuasa sesebuah kerajaan atau pun isu adun lompat-melompat parti...

Tanpa Nama berkata...

Kepimpinan Negeri Perak ini lebih bercelaru dari Filem 'Keluarga 69' oleh TS P.Ramlee.

Mulanya MB haram kononnya sah; Perintah Mahkamah Tinggi Kata Tidak Sah dan DS Nizar adalah sah boleh tadbir semula. Beberapa jam selepas perintah mahkamah.Tut-tut mahkamah lain pula tak bagi DS Nizar masuk pejabat, MB haram ambil balik.
7 Mei 2009 satu sejarah sidang DUN Perak telah berlaku. Dalam sidang DUN itu pula berlaku rampasan KERUSI SPEAKER pun ada muncul speaker haram pula.

Tut-tut kini ada pula kata BN nak undi tidak percaya kepada DS Nizar. Undi tak percaya apa pula ni...biasanya undi tak percaya kepada pemegang jawatan dan kenapa DS Nizar. Kalau gitu sahlah selama ini DS Nizar MB yang sah dan sementelahan jelaslah Zambri adalah MB haram dan rampasan kuasa telah sebenar=-benar berlaku dan diakui oleh ahli DUN BN.

Wahai rakyat Negeri Perak jika benar perkara ini berlaku maka mintalah Sultan ambil tindakan terhadap mereka tu (Najib, Zambry, SUK dan Penasihat Undang) kerana menderhaka kepada kerajaan baginda dan merancang memalsukan tafsiran undang-undang tubuh Negeri Perak.

Bagi umat islam lihatlah inilah kerja-kerja yang dikatakan munculnya Dajjal diakhir zaman.

Yaa.. Allah selamatkan Negeriku dan Umat Negeri Perak Khasnya dan berilah petunjuk sebenar=benarnya kepada Kebawah Duli Tuanku Sultan Payung Pemerintah Negeri agar tidak terjebak lagi dengan permainan 'Dajjal'.