22 Januari 2008

Timbalan Menteri Kesihatan : 1 dari 5 Berpenyakit Mental

Sebelum Chua Soi Lek meletakkan jawatan, bekas menteri kesihatan tersebut pernah mendedahkan sebanyak 16 % rakyat Malaysia menghadapi penyakit mental. Atau sebanyak 3 juta dari 27 juta rakyat Malaysia yang mengalami masalah tersebut.




Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Abdul Latiff Ahmad pula mendedahkan seorang daripada lima penduduk Malaysia berisiko tinggi mengalami tekanan perasaan yang mendedahkan mereka kepada masalah mental peringkat awal jika dibiarkan. Gejala berkenaan yang majoritinya berpunca daripada amalan pemakanan dan gaya hidup masyarakat banyak melanda penduduk di peringkat usia 25 hingga 45 tahun.Lebih memburukkan keadaan, katanya, gejala berkenaan turut menyerang golongan profesional termasuk doktor dan pengamal perubatan, arkitek, jurutera serta akauntan.Katanya data ini bukan direka, sebaliknya ia dibuat berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun lalu. Mengikut kajian dan bancian tersebut, dua daripada 10 penduduk atau satu daripada lima penduduk terdedah kepada risiko stres,” .Abdul Latiff berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Wisma Leso Group of Companies (Leso) di Jalan Bukit Kemuning di sini hari ini.

Mengikut data terbaru ini bermakna 20 % ( 1 : 5) rakyat Malaysia yang mengalami penyakit mental. Lebih banyak 4 % dari data sebelum dari ini. Berarti dalam 100 orang terdapat 20 orang yang bermasaalah mentalnya.

Apapun alasan Tim. menteri Kesihatan, yang saya dapat simpulkan adalah kegagalan pemerintahan kerajaan BN itu sendiri. Dasar nya dalam semua bidang menekan dan menindas rakyat terutama rakyat bawahan, jiwa dan raga rakyat tertekan begitu teruk sekali dan terdedah kepada pelbagai penyakit termasuk penyakit mental.

Dijangkakan lebih ramai rakyat yang tertekan mentalnya jika BN terus menang dalam PR yang akan datang. Kerana Kemenangan BN setiap kali membawa " hadiah " yang cukup istemewa kepada rakyat iaitu kenaikan harga barang. Jika BA menjanjikan akan menurunkan harga minyak sekitar 30 sen, tidak mustahil BN akan menaikkan harga minyak sehingga 80 sen seliter. Kenaikan ini akan membawa kepada kesemua harga barangan lain.

Kita yakin dengan menolak BN maka akan aman dan damailah negara kita, banyak masalah akan diselesaikan dengan mengembalikan semua keadilan yang dianjurkan oleh Allah SWT yang diperlukan oleh rakyat tidak mengira bangsa dan agama dan telah sekian lama diperjuangkan.




Tiada ulasan: