26 Mac 2008

Boikot gagal : Pertemuan MB dengan ketua kampung berjalan lancar

IPOH 25 Mac - Kenyataan akhbar oleh Pertubuhan Ketua-Ketua Kampung Negeri Perak (PKKNP) yang dikatakan akan memboikot semua program anjuran kerajaan negeri yang ditubuhkan hasil gabungan Barisan Rakyat (BR) ternyata indah khabar dari rupa. Kehadiran sebahagian besar ketua-ketua kampung sekaligus menafikan kenyataan Ahli Exco PKKNP, Kassim Mohd. Said yang berkata kononnya ketetapan diambil hasil daripada mesyuarat khas pertubuhan tersebut yang diadakan petang sabtu lepas dan dipersetujui oleh 776 orang ahli dari sembilan daerah bagi memboikot program kerajaan negeri.

Pihak yang "bodoh" tersebut turut mengarahkan semua ahlinya supaya memboikot majlis perjumpaan dengan Menteri Besar yang baru kelmarin .
Pada pertemuan sulung tersebut ditegaskan kerajaan negeri akan memberi hak kepada rakyat untuk memilih ketua kampung masing-masing bagi memastikan pelantikan jawatan itu dilaksanakan secara telus. Menteri Besar Perak, Ir. Mohmammad Nizar Jamaluddin berkata, rakyat di sesebuah kawasan lebih berhak memilih kerana mengenali dan memahami calon yang dirasakan sesuai menjadi ketua.

''Bagaimanapun, kita tidak akan sewenang-wenangnya melucutkan jawatan ketua kampung sedia ada kerana tempoh perkhidmatan mereka sah sehingga 31 Disember ini.''Mekanisme pelantikan ketua kampung yang baru dengan menggunakan kaedah undian ini hanya bermula tahun depan dan sekarang ini tidak ada langsung paksaan supaya ketua kampung meletak jawatan," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Ketua-Ketua Kampung Perak di sini hari ini.

Mohammad Nizar yang turut mengadakan sesi dialog dengan ketua-ketua kampung itu berkata, kerajaan negeri juga menyeru agar rakyat tidak berdendam sesama sendiri kerana ia dilarang agama dan adat ketimuran.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah
inilah yang sebaik2nya cara perlantikan ketua kampung
biar penduduk kawasan itu mengundi
kerana hanya mereka yang kenal hati budi seseorang itu
ini juga bagi mengelakkan ketidak puasanhati jika yang dilantik oleh kerajaan seorang yang langsung tidak mampu melaksanakan tanggungjawap sebagai ketua kampung
ketu2 kampung adalah wakil antara rakyat dan wakil rakyat
jika mereka tidak mesra penduduk bagaimana wakil2 rakyat hendak menerima lapuran masalah kg dgn telus dan jujur
ketua kg seperti kakitangan kerajaan negeri mereka kena berkecuali dari mezahirkan fahaman politik mereka
dan seelok2nya pilih lah yang berumur 50 tahun keatas kerana semakin tua seseorang itu semakin dihormati dia

Best Way Of Life berkata...

ketua kampung umno kena di buang terutama yang kerja dok melingkup rakyat dan yang bermoral rendah. aku tak setuju dikekalkan amkhluk sedemikian

Best Way Of Life berkata...

ketua kampung umno kena di buang terutama yang kerja dok melingkup rakyat dan yang bermoral rendah. aku tak setuju dikekalkan amkhluk sedemikian