20 Februari 2009

PM dedah BN tidak cadang adakan p'raya di Perak

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak tidak bercadang untuk mengadakan pilihanraya sebagai cara untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

"Dalam situasi yang ada sekarang ini, saya fikir lebih baik sekiranya kerajaan BN terus dengan pemerintahannya. Buatlah apa yang boleh untuk rakyat negeri Perak," kata Perdana Menteri.

Katanya, kedudukan kerajaan negeri juga boleh stabil, dan yang penting, apa yang diharapkan oleh rakyat akan dapat dilaksanakan, lapor Bernama.

Sehubungan itu, beliau menganggap tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar melarang Menteri Besar , Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri persidangan dewan itu selama 18 bulan sebagai membantah dan menentang keputusan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Turut digantung daripada menghadiri sidang dewan ialah enam exco kerajaan negeri BN. Mereka digantung selama 12 bulan.

Perdana Menteri berkata kerajaan negeri Perak bagaimanapun akan terus berfungsi dan menjalankan pentadbiran sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat dan mendakwa sebagai kerajaan yang sah.

"Speaker tidak boleh menghalang. Pelantikan MB dan exco diperkenan oleh Sultan dan (mereka) mengangkat sumpah di hadapan baginda. Mereka dilantik secara sah. Dakwa PM.

"Maka, bagi saya, tindakan speaker itu boleh disifatkan sebagai tidak menghormati keputusan Sultan Perak," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Kemanusiaan Bagi Kanak-kanak Gaza di kediamannya, Seri Perdana, di Putrajaya hari ini.

Abdullah menuduh tindakan speaker itu sebagai satu cara untuk mengguling kerajaan Barisan Nasional di Perak.

"Kita tahulah apa dia punya rancangan dan muslihat sebenarnya. Apabila dewan bersidang dan jika exco itu tidak boleh hadir, bermakna pihak BN tinggal 21 ahli, dan jika ada undi, mereka berharap kemenangan akan berpihak kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Ia satu muslihat...tidak ada niat baik, cuma niatnya untuk menggulingkan kerajaan BN yang telah diwujudkan," katanya.

Abdullah menuduh tindakan Sivakumar itu tidak disenangi rakyat negeri Perak.

"Mereka tentu sekali tidak senang hati dengan apa yang berlaku sehingga ke peringkat ini. Dulu bila mereka (pembangkang) menang, kita beri jalan kepada mereka untuk memerintah. Apabila situasi telah berubah dan sokongan kepada BN telah melebihi, maka BN pula yang akan memerintah.Dakwa Pak Lah.

"Saya harap kerajaan tidak akan diganggu dengan permainan politik untuk apa jua niat dan tujuan mereka itu," katanya.

Kenyataan dan dakwaan dari Pendana Menteri itu dilihat berat sebelah tanpa dia menyedari atau sengaja menyembunyikan fakta sebenar bahawa BN lah yang memulakan tindakan yang melanggar undang-undang yang ada di Perak.

Tindakan yang disifatkan oleh banyak pihak termasuk oleh wartawan dari luar negara sebagai satu kudeta di Negeri Pewrak.

33 ulasan:

Promosi elaiemae2015 berkata...

entah ler labu.

ada pihak yang tidak berpijak di bumi yang nyata

Tanpa Nama berkata...

Sesungguhnya ALLAH sahajalah yang mengatur sebaik2 rancangan

Promosi elaiemae2015 berkata...

assalamualaikum.....salam sejahtera....
alhamdulillah.sgala puji kpd Nabi Muhammad rasul sekalian alam..

ada hadis nabi mengatakan lebih baik diam daripada bercakap benda yang tidak betul....
lagi teruk jika suma orang yang tahu apa yang dicakapkan itu memang salah dan menyimpang daripada yang haq.
entah la labu.huhu

Tanpa Nama berkata...

Abdullah menuduh tindakan Sivakumar itu tidak disenangi rakyat negeri Perak

Pak Lah kompemmmmmmmmmmmm pembohong besar, kalau lah semua org kat Perak ni kecuali saya seorang jer yg masih menyokong Pakatan Rakyat.....Pak Lah tetap akan saya dakwa dia sebagai penipu kerana saya juga rakyat Perak. Bila dia sebut rakyat Perak, seolah2 100% tak bersetuju dengan tindakan YB Speaker.

"siakap senohong gelama ikan duri,
bercakap bohong lama2 mencuri"

Tanpa Nama berkata...

Jebatcyber,
baru je nak komen perkara sama..Pak Lah buat lawak tu.."tidak disenangi rakyat Perak?"kah kah kah kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

Dah takut KALAH tu macam2 lah alasan kau Pak LAH!

Tanpa Nama berkata...

Salam.
Daripada gaya kenyataan PM Sleeping Bedolah ni , saya dah boleh agak apa yang akan dia sampaikan kepada Majlis Raja2.... Lu pikir la sendiri.... dah tau jawapannya....

Tanpa Nama berkata...

Kepala hotak dia BN stabil.... Nafas kerajaan haram ni bergantung sepenuhya kepada dua kaki rasuah yang tengah dibicarakan... orang bodoh pun tau .. kalau mcm tu mana stabil... apa maknanya... Ini bermakna kitra sekarang mempunyai PM yang amat amat teramat bodoh tahap gaban... Percayalah...

Tanpa Nama berkata...

Kenapa dia kata BN yang tak nak adakan pilihan raya?.... Pilihan raya ni di tentukan oleh BN ker???? Oh ya... lupa lak, SPR ni parti komponen BN...

Tanpa Nama berkata...

salam,,,pak lah pls do not give up!!!!!! kami mahu tuan jadi PM terus ,,,,,, jangan harapkan ur deputy pls !!!!! sayangi ur country

Tanpa Nama berkata...

BN takut akan bayang2nya sendiri. Kita buktikan di Bukit Gantang yang dikatakan oleh sleeping beauty tu merepek aje!

Tanpa Nama berkata...

Dia akan kat begini...
"Ampun tuanku, sembah hamba sembah melangit...
Adalah sebenarnya di negeri Perak itu , kerajaan PR telah ditolak oleh rakyat apabila terbukti 3 wakil mereka telah insaf dan memberi sepenuh keyakinan kepada pihak BN untuk memerintah.... Apakala begini kejadiannya.... arakian maka, Tuanku Sultan Perak telah diberitakan tentang penolakan rakyat terhadap mereka ini. Maka Tuanku telah menyuruh mamak bendahara supaya turun dan menyerah tahta kerajaan kepada BN.. Namun Tuanku, mamak bendahara dari PR ini telah menderkaha dan tidak mahu mengikut perintah Tuanku Sultan Perak... Demikian lah Tuanku2 sekalian... Itulah yang berlaku sekarang.... pihak PR sekarang sedang menderhaka kepada Sultan... Kami BN tetap mempertahankan kedaulatan Tuanku.. Ampun Tuanku...."

Tanpa Nama berkata...

pak lah kena akur cakap ulamak,,sebab pak lah cucu ulamak,,so pls jangan berhenti jadi PM malaysia,,dont u ever give up !!!!

Tanpa Nama berkata...

jgn risau. pak lah dan najib tdk akan jg PM slps mac.

mat_terab berkata...

pak lah ni memang betui la lembab.....Kerajaan Perak macam ni dia kata boleh stabil.....?
Satu lagi pak lah ni lena ka apa.....?
dulu Pakatan Rakyat menang dengan cara macam mana...? Pakatan rakyat melalaui saluran yang sah PRU12, hangpa menang dengan cara rampasan kuasa, ikut pintu belakang......?
tu pun kata rakyat perak tak senang hati....UMNO yang tak senang hati takut hilang kuasa kerajaan Haram ni.....manakala rakyat perak tak senang hati pasai hangpa rampas kuasa bukan melalui Pilihan raya. Rakyat perak mahu Pilihan raya semula itu lah hakikatnya.......

mat_terab berkata...

nampak gaya nya 2-3 hari lagi tumbang la kerajaan Haram UMNO/BN ni.....padan muka...

Tanpa Nama berkata...

Tolong la PAK LAH...TOLONGGGGLLAAAAA...Jangan gunakan nama RAKYAT..bila nak berkata-kata.RAKYAT negeri perak mmg tak nak dah parti yg KO terajui..parti pemusnah bangsa tu...TOLONGGLAHHHH...kalau nak tau rakyat suka ke tak..BUBARKAN DUN tu...kalau parti ko menang baru gunakan nama RAKYAT...Harap pemimpin PR semua buat CABARAN terbuka...kepada PARTI BACUL tu..

Tanpa Nama berkata...

Drs,Bercanggah dgn perlembagaan namun BN masih bermati matian mahu mempertahan kerajaan kudeta .Bagaimana ahli dan penyokong PAS dlm mendepani isu ini?Menari ikut rentak UMNO?Lalu marak api disimbah dgn minyak .Seterik panas yg membahang namun ahli dan penyokong PAS wajar berkepala dingin dgn tidak cepat melatah.Statement PM pasti akan diterjemah dgn tindakan.Perlu ada strateji dan berhati hati. Citra Permatasari

Tanpa Nama berkata...

PaKLELAH NI TAK BACA KER KAJIAN YANG DI BUAT OLEH MERDEKA CENTRE... LEBIH 70% WARGA PERAK MAU DUN DIBUBARKAN DAN PILIHANRAYA DIADAKAN SEMULA. BANGAN PUNYA BEDOLAH.... ITULAH TIDO JER KERJA.. BANGUN2 TERUS BUAT KENYATAAN BODOH.. YE LAH.. BODOH LAH....

Tanpa Nama berkata...

Dia akan kat begini...
"Ampun tuanku, sembah hamba sembah melangit...
Adalah sebenarnya di negeri Perak itu , kerajaan PR telah ditolak oleh rakyat apabila terbukti 3 wakil mereka telah insaf dan memberi sepenuh keyakinan kepada pihak BN untuk memerintah.... Apakala begini kejadiannya.... arakian maka, Tuanku Sultan Perak telah diberitakan tentang penolakan rakyat terhadap mereka ini. Maka Tuanku telah menyuruh mamak bendahara supaya turun dan menyerah tahta kerajaan kepada BN.. Namun Tuanku, mamak bendahara dari PR ini telah menderkaha dan tidak mahu mengikut perintah Tuanku Sultan Perak... Demikian lah Tuanku2 sekalian... Itulah yang berlaku sekarang.... pihak PR sekarang sedang menderhaka kepada Sultan... Kami BN tetap mempertahankan kedaulatan Tuanku.. Ampun Tuanku....">>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>ORANG UMNO HANYA ADA SULTAN JE LA NAK BERNAFAS YANG SELAMA HARI NI DIORANG TAK PERASAN PUN..MALU LA SKIT...PERLEMBAGAAN DI KETEPIKAN...NAK TUNGGU PARTI BACUL TU SAMAN DUN PERAK DGN KARPAL...SAMAN LA KALAU BERANI...NI ASIK2 CKP SULTAN JER..TAK DE ALASAN LAIN KER

Ahmad Azhar Wagiran berkata...

PAK LAH DAN UMNU MASIH BERMIMPI

Tanpa Nama berkata...

BN ADA SULTAN.....PR ADA SPEAKER...KITA TENGOK KAT PERLEMBAGAAN TUBUH KERAJAAN NEGERI PERAK...SAPA YANG BERKUASA DI DUN....MUAKAKAKA...PADAN MUKA NAJIB DGN ZOMBY...CAM TAK SEKOLAH..LAIN KALI NAK WAT KEJE BACA LA BUKU DULU...

Tanpa Nama berkata...

MALU..MALU...MALU aku jadi org UMNO...dapat pemimpin yang tak sekolah...tak nak baca buku dulu...laen kali nak beli..kene beli speaker dulu..baru senang keje..membazir duit jer beli 3 ekor tu..nak rampas kuase tak pikir dulu....

Tanpa Nama berkata...

ooooo...kalau macam tu tak payah ler buat pilihanraya ke 13 nanti pilih saja calon dari wakil parti kawasan masing-masing yang mana layak bawa pi jumpa sultan, biar sultan pilih mana yg dia berkenan pastu lantik. rakyat pun tak perlu susah-susah lagi nak pi mengundi dok berbaris panjang-panjang buat penat dan sakit hati jer . ada perlembangaan pun tak guna sebab tak diikuti cuma sekadar bagi ada dan buat pameran jer. apa la nak jadi dengan pak pak menteri kita kat malaysia ni semua nya bodoh belaka pelajaran tinggi tapi otak tak terpakai agaknya simpan kat kepala lutut kot...

Tanpa Nama berkata...

apasal menteri sekarang makin hari makin bangang

Tanpa Nama berkata...

Abdullah menuduh tindakan Sivakumar itu tidak disenangi rakyat negeri Perak.
mana mu tahu wahai abg lah ku sayang?
ko tido lagi??? mimpi sambil bercakap???
ko tahu tak apo yang ko merapu tu????
abg lah jom bubar parlimen skali,
alang alang nak merapu....

Tanpa Nama berkata...

Abdullah menuduh tindakan Sivakumar itu tidak disenangi rakyat negeri Perak.???
Apa bukti dia....
Kalau saya kata tindakan BN x disenangi rakyat ? amacam... Camner nak buktikan.. jangan cakap jer... tunjuk bukti la pal lah... Bubar DUN ... adakan pilihanraya... baru kita tau kenyataan sebenar... Ni dok guna alasan 'rakyat' x senang/tak setuju ngan tindakan speaker... saper rakyat yag dimaksudkan disini... pastinya kroni2 umno BN yang x sabar2 nak merompak harta rakyat.... Lu pikir la sendiri....

Tanpa Nama berkata...

Balik-balik Sultan, balik-balik Sultan. UMNO ni dah takde modal lain lg dah. UMNO ni ibarat budak-budak yg bertumbuk tapi bila dah kalah pegi mengadu kat mak bapak dia dgn harapan mak bapak dia pegi belasah budak yg menang tu..apa punya pengecutla..

Tanpa Nama berkata...

Nilah bahana bila kite pentingkan bangsa, negara dari agama.Patrotik,Nasionalisma konon...Jgnlah jadik mcm Palestine, perjuangan utk negara, bukan utk agama.

Brahim Nyior berkata...

Hargh Ptuiih,

Paklah ni betoi lah tido. Cakap pun merapu. Kenyataan pun macam orang takde ilmu politik. Nak tipu lagi? Kalau tak puas hati dengan speaker DUN, bawa ke mahkamah, nanti habih dilondeh segala tindakan BN yang 'memerintah' ikut pintu belakang. Kata kerajaan ni 'stabil', itu lagi satu penipuan yang jelas.

Banyak tipulah kenyataan Paklah.. Takpelah, g tido dulu. Jangan banyak cakap, nanti sume orang tau Paklah nak tipu..

Tanpa Nama berkata...

ALA, KALU BAHALOL NI BERCAKAP TIDAK AKAN ADAKAN PILIHANRAYA, MAKNANYA CAKAP DIA TU KORANG TERBALIKKAN LA, DIA NAK PILIHANRAYA LA TU. KAN DIA NI SUKA CAKAP TERBALIK.

Tanpa Nama berkata...

KAMI DI KAWASAN UTARA PERAK RATA2 SETUJU DGN KEPUTUSAN SPEAKER...SETUJU KALAU ADAKAN PILIHANRAYA...DAN TAK SETUJU JIKA DIKATAKAN RAKYAT GEMBIRA DGN KEADAAN SKRG!!!!!!! RASA KESIAN SESANGAT KAT PAK LAH..SEBAB SELALU SYOK SENDIRI

Tanpa Nama berkata...

UMNO-BN tak dok 'punXX' penakut...maap tak leh taip lebih2 nanti Khir ToYoL tahu, dia sensitive hal-hal moral nih...