Petang tadi sekitar jam 3.00 petang saya ke SPRM bersama dengan seorang ADUN Pakatan Rakyat lain kerana urusan yang berkaitan dengan laporan rasuah 3 ADUN lompat kelmarin.
Saya terkejut melihat agak ramai orang di perkarangan pejabat SPRM antaranya seorang yang bersongkok tinggi ala Pemuda UMNO yang saya kenali.
Semasa di bilik SPRM di bangunan bahagian belakang saya bertanya kepada pegawai yang berurusan dengan kami siapakah mereka itu, pegawai itu mengagak mereka datang sebab saya datang lagi Ke SPRM. Saya jawab kepada pegawai itu memanglah mereka terkejut lihat kereta saya masuk tetapi saya fikir mereka ada hal lain.
Kebetulan ada seorang pegawai yang lain masuk dan memaklumkan ada Pemuda UMNO datang untuk buat laporan kononnya salah laku Speaker.
Tidak berapa lama sesudah itu masuk lah seorang yang mewakili mereka ke bangunan yang sama dan di bilik bersebelahan bilik kami berurusan mereka telah diminta keterangan.
Dari maklumat pemandu saya pemuda UMNO yang hadir sekitar 15 orang, selebihnya sekitar 5 orang wartawan dan hampir 20 orang pelajar yang ada urusan praktikal di SPRM.
Mereka yang dianggap pemimpin pemuda datang dengan kereta mewah. Keluar dari pejabat SPRM tidak pun sidang akhbar dan edaran kenyataan akhbar.
lain dari yang kami Pakatan Rakyat lakukan, turun naik pejabat SPRM sarat dengan bukti sekali . Kami sudah lakukan yang terbaik dan menunggu tindakan seterusnya dari SPRM.

7 ulasan:
salam,nak tanya cikit,seorang anggota polis dan keluarga gi cuti,,dari melaka ke langkawi,,pas tue kat pulau tue mata2 tue,tersempak penyamun kat chalet dia, lantas polis tue ..bertindak dan berjaya memberkas penyamun tersebut....lue fikir ler sendiri boleh ke di dakwa penyamun tersebut???? polis tue kat cuti...tak pakai uniform lak,,pas tue luar kawasan!!!
boleh tangkap polis berkuasa 24 jam kuasa polis tadak cuti la rujuk akta polis
Apasal pulak tak boleh dakwa? Polis cuti tu jadi saksi la. Polis mengatakan semua orang boleh bertindak memerangi jenayah. Sebab itu diwujudkan RAKANCOP. Yang tak boleh adalah melakukan tindakan sendiri dengan memukul penyamun itu sampai mati. Kalau memberkas, itu komfom boleh.
boleh tangkap dan boleh dakwa wpn polis 2 ada di luar kawasan dan bercuti. orang awam pun leh tangkap kalau dah depan mata,lepas tangkap serah pada polis tangkapan itu sah dan boleh di tuduh di mahkamah
saya cuma nak bezakan apa yang belaku di DUN PERAK,SPEAKER ,buat tindakan gantung tue...ada erti ??
Mana-mana pihak yang melakukan aktiviti menyalahi perturan, lebih-lebih lagi PERLEMBAGAAN, perlu kita tentang.
Harap Pemuda UMNO tidak lupa utk lapor sepanduk penyokong YB Idris Jusoh, yg tertulis "KAMI NAK IDRIS NATANG" yang ditujukan kepada Tuanku Sultan Terengganu/Yang DiPertuan Agong.
Catat Ulasan