Tidak sampai pun sebulan dilantik menjadi MB Perak secara tidak sah dan melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak perkara 16(6), nampaknya satu demi satu tembelang dan bukti kesalahan itu dibuktikan kepada umum.
Kata pepatah Melayu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Demikianlah tindakan Najib, Zambry dan teman-teman yang melakukan kudeta.
Tindakannya sebenarnya mendedahkannya kepada banyak masalah dan isu yang perlu dihadapi secara fakta dan undang-undang yang sedia ada.
Kalau dia naik takhta secara emosi dan gengsi, dia akan turun dengan malu dan tersipu-sipu. Apakan tidak semua yang dilakukan adalah salah kerana naiknya pun secara salah.
Dalam banyak hal Zambry dan 6 Exco kudeta yang dihukum masih perlu berterima kasih kerana hukuman yang dikenakan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan yang dipengerusikan oleh Speaker masih agak normal dan tidak terlalu berat.
Penafian sekeras-kerasnya mesti dilakukan kepada sebarang kenyataan yang tidak mahu mengiktiraf dan mempertikaikan keputusan speaker itu. Keputusan itu mestilah dihormati kerana tidak bercanggah dengan semangat undang-undang dan perlembagaan yang sedia ada.
Semuga kejutan baru akan berlaku sekali lagi di Perak, kita tunggu dan lihat.

10 ulasan:
apa nak jadi da...
PR Perak kena bersedia belbagai muslihat yang boleh dilakukan oleh pihak BN kerana mereka menguasai dari Raja sampai le ke prebet Polis.. so be carefull..
mudah2 an , Perak diperintah oleh PR semula
salam
mohon tuan teliti dulu komen2 yang masuk ke blog ini, kadang2 baca sakit hati berkenaan dgn penggunaan bahasa yang agak kasar dan tidak sopan
rampasan kuasa dingri perak oleh najib altantuya & co berlaku secara tidak sopan maka hanya bahasa yang sama jgklah layak untuk diperbahasakan pd tindakan jahat mereka
Musykilnya, apa yang akan terjadi kalau mereka enggan patuh, mereka tetap datang ke dewan seperti yang dilantik sultan. Apa yang boleh dilakukan oleh speaker dan undang-undang Perak. Semoga Allah lindungan pihak yang benar terutama rakyat.
saya mendapati beberapa komenter berbaur fitnah, provokasi dan tidak bertanggung jawab. Nasihat saya kepada pihak berkenaan supaya berfikir panjang dan matang semuga apa yang kita taip dikomentar ini ada pahala bukannya dapat dosa. Semoga Allah berikan taufik dan hidayah kepada kita semua.
....alangkah cantiknya kalau ada peraturan yang membolehkan majlis raja raja bersidang dan mengambil tindakan keatas golongan yang diketuai oleh najib (no.2 dalam UMNO)yang telah mengkucar kacir kan pentadbiran negeri perak ini dengan memperalat institusi raja sehingga mencemar maruah raja itu sendiri. Walau macam mana pun mari lah kita bersyukur kehadhrat Allah kerana hikmah disebalik peristiwa ini, antaranya ialah ;
1. banyak perkara rakyat ketahui (undang2/peraturan ) yang selama ini terlepas pandang/disembunyikan.
2. terserlah dengan jelas betapa keburukan dan kebobrokkan umno/bn selama ini.
Semoga selepas ini rakyat sedar dan tak tersalah pilih lagi. Allhu Akbar!!!.
Drs,Seandainya MB kudeta dan Exco hadir juga,boleh tak Radio Malaysia Ipoh adakan slot "Mari belajar dan mengenal Undang Undang Tubuh Negeri dan Perlembagaan"InsyaALlah YB Zambri faham,tidak tak bererti lah PHD nya yg perolehi.Tesis yg dibuat tu pun bab sains politik.Sebarang tindakan bodoh mereka akan menzahirkan belang sebenar.Lagi pun rakyat negeri Perak ramai yg cerdik "Sekilas ikan di air sudah tahu jantan atau betina nya" Dang Ratna Kesuma.
Memang rakyat Perak ramai yang cerdik-cerdik tapi cuba diperbodohkan oleh UMNO melalui TV dan suratkhabar pengampu..
Catat Ulasan