KOTA KINABALU 18 Feb. - Keputusan Kerajaan Sabah menggunakan kereta Volvo bagi menggantikan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi kerajaan sejak awal tahun ini adalah berpunca daripada kos penyelenggaraan kenderaan tempatan itu yang tinggi.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, hanya 12 kereta Volvo digunakan oleh jemaah Menteri Kabinet Sabah manakala pegawai tertinggi kerajaan lain masih lagi menggunakan Proton Perdana.
''Kenderaan itu hanya digunakan menteri dan pembantu menteri negeri manakala semua pegawai kanan termasuk setiausaha tetap kementerian kekal menggunakan Proton Perdana,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet negeri di Wisma Innoprise, di sini hari ini.
Musa berkata, sebab lain kerajaan negeri menggunakan kereta asing itu ialah harganya yang hampir sama dengan Proton Perdana selain kos penyelenggaraan lebih rendah.
Katanya, pengimportan kenderaan berkenaan diurus oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerajaan negeri, Angkatan Hebat Sdn. Bhd.
Langkah Kerajaan Sabah menukar kereta rasmi dari Proton Perdana kepada model lain buka buatan tempatan dilihat ,mengikuti langkah Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat dan Kerajan Negeri Selangor Pakatan Rakyat kepada Model Toyota Camry.

12 ulasan:
Drs,Nak ziarah kawasan perlukan "kuda yg tangkas" walaupun kuda "impot",Kalau kuda dlm negeri asyik patah kaki..Apatah lagi dlm suasana ekonomi hari ini..Belanja berhemat disayangi rakyat. Limou Tan & Boon.
harap2 kerajaan sabah ikut langkah negeri selangor dan perak untuk "tukar kerajaan juga"...beralih ke Pakatan Rakyat.
Tak de pulak yang kata tindakan kerajaan negeri di bawah bayu ni tak patriotik ye! Mana orang2 yang menyalak masa kerajaan PR beli Camry dulu. Sakit tekak kot!
Kalu BN buat semua betul tak bebunyi pun apa punya olang da........
di harap TV3 dpt membuat cerita ni secara meluas sepertimana yg terjadi di perak mengenai pembelian kereta camry ari tu
tv3suku nampak kuman kat kerajaan pembangkang jer..kerajaan depa,xpe..keh3
kita tunggu komen2 yg bernas dari puak2 umno karat ini....kerajaan perak beli camry dikatakan mengalirkan wang keluar negara???sekarang ni sabah beli volvo macamana plak tu????jgn lupa komen wahai juak2 UMNO.
sepeti biasa amno buleh org lain tak boleh muahahaha. ni teman paste dari akhbar tempatan sabah daily express. akhbar ni jauh lebih terbuka rd utusan meloya muahahaha. teman memang baca daily express je sekarang ni muahahahaha
http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=62966
Kota Kinabalu: All 12 Sabah Ministers will be using imported Volvos for official use while senior government officers will continue to use the Proton Perdana, Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman said, Wednesday.
"We are not reverting, changing the use of official car is a normal thing.
This is not a big issue," he said after chairing the State Cabinet meeting here. The Government-linked Angkatan Hebat Sdn Bhd would supply the Volvos.
On their cost, he said there was not much difference and the Government hoped to save on maintenance cost as that for Proton Perdana was higher.
Tahniah kepada pimpinan kerajaan Sabah yang membuat keputusan sebagaimana Perak & Selangor sebelum ni(walaupun bukan camry) puak2 UMNO yang bengong je yang tidak dapat berfikir secara waras keputusan yang dibuat sebelum ini..
MANA TV 3 SUKU.....?
Tak keluor dlm TV pun?
Harap kalian semua jangan cepat melatah. VOLVO adalah syarikat milik Malaysia. Jadi langkah kerajaan Sabah gunakan VOLVO adalah tepat dan patriotik sebab gunakan KENDERAAN NASIONAL.
YAB Datuk Seri Ir Nizar dan Khalid MB Selangor yg tak patriotik sb gunakan kenderaan import.
aik, sejak bila Volvo tu jadi kereta nasional ek? tak faham aku.. hahaha
Bukti jelas media arus perdana mg takleh pakai.
Penyebar dan penyubur amalan fitnah dikalangan rakyat.
www.pemudakemehe1.blogspot.com
Catat Ulasan