Zainuddin Maidin semalam dengan cakapnya selamba dan lagak sebagai seorang hero dan pujangga dan ahli pemikir yang ulung menyarankan supaya BN tidak lagi berusaha untuk menawan Kelantan setelah rakyat memuktamadkan keputusan mereka untuk terus bersama Pas buat kali kelima.Beliau berkata, sudah sampai masanya untuk UMNO insaf bahawa masa dan wang yang telah banyak dicurahkan sebagai usaha mengambil alih Kelantan, adalah satu usaha yang sia-sia.Malah menurut Zainuddin, wang yang dicurahkan untuk perjuangan politik di Kelantan itu lebih banyak menimbulkan perbalahan di kalangan pemimpin UMNO di negeri itu.
Kenyataan Zam tersebut mendapat reaksi segera hari ini dari Awang Adek dengan semua pihak diminta tidak membuat kenyataan terburu-buru sebagai reaksi terhadap keputusan sebahagian besar pengundi di Kelantan untuk terus menyokong kerajaan Pas negeri.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu berkata, kenyataan supaya Barisan Nasional (BN) tidak meneruskan usaha menawan Kelantan adalah tidak wajar kerana ia cuba menidakkan hakikat masih terdapat ramai penyokong BN di negeri berkenaan.‘‘Saya berpendapat reaksi mendadak ini adalah tidak sihat dan satu penghinaan kepada rakyat Kelantan khususnya penyokong BN,”
Sebenarnya inilah hakikat yang sebenarnya yang berlaku di Kelantan yang sepatutnya telah menginsafkan semua pemimpin UMNO, bukan hanya Zainuddin Maidin. Realiti yang berlaku di Kelantan sepatutnya lebih menginsafkan semua pemimpin UMNO di Kelantan termasuk Awang Adek.
Rakyat Kelantan tahu dengan hati budi pemimpin UMNO berbanding dengan pemimpin PAS. Sebagaimana kata Tok Guru "tidak ada sebab kami tak lawan demo sebab demo tak sir ke Islam, dan tidak ada sebab demo nak lawan kawan sebab kami nak ke Islam."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan