17 Mac 2008

Khalid macam ‘kacang lupakan kulit’ ? – Mat Taib Seperti "anjing menyalak bukit"

Mat Taib menyatakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai kacang lupakan kulit apabila mendakwa Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal memberikan faedah kepada orang Melayu.Muhammad Muhd. Taib berkata, Abdul Khalid sendiri terlibat dalam melaksanakan dasar tersebut ketika beliau menjadi Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) suatu ketika dahulu.



Oleh itu katanya, dakwaan itu tidak berasas kerana DEB telah membuka banyak peluang kepada orang Melayu untuk berjaya setanding dengan kaum lain pada hari ini. “Beliau (Abdul Khalid) mengatakan DEB tidak memberi faedah kepada orang Melayu, tetapi tidakkah dasar ini telah membawa perubahan kepada orang Melayu untuk keluar daripada putaran ganas kemiskinan melalui pendidikan, ekonomi dan sebagainya.

Sebenarnya Mat Taib sudah lari dari realiti dari pelaksanaan DEB itu sendiri. Kegagalannya bukan berarti dasarnya tidak baik. Malah MB Selangor yang baru sekarang saya yakin mempersoalkan kepincangan pelaksanaannya yang jauh dari untuk membantu orang Melayu diberbagai peringkat.

Tompokan projek akan hanya berlaku kepada orang yang paling dekat dengan pimpinan UMNO. Adakah ianya bersifat keluarga dan kroni-kroni terdekat. Yang miskin dan susah adalah rakyat dan bangsa Melayu bawahan walaupun dia ahli UMNO. Malah mereka bertopengkan DEB untuk mengaut projek-projek besar.

Bayangkan Mat Taib boleh bayar pampasan kepada jandanya sebanyak 12 juta, dari mana wang itu ? sesudah itu dia membawa keluar wang jutaan ringgit dan tertangkap di Australia. Darimanakah semua wang ini kalau bukan dari hak rakyat yang dinafikan dari DEB.

3 ulasan:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

Khalid tak lupa.Dia ingat.dan dah mula dia berikan air percuma 20mkp pada penduduk selangor.
Mike Tyson buat apa dulu ? kite tau semenya.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

Saudara ku ,

Maaf saya terlupa. Tahniah diatas kemenangan saudara di Titi Serong .
Didoakan semoga dalam penuh kecintaan Allah.

Salam. Nginap srengenge.

joe penang berkata...

Cadangan ana untuk dipertimbangkan

- - MB Perak serta semua adun dari PAS membaca khutbah Jumaat di setiap masjid dalam negeri setiap minggu. Insya Allah rakyat akan lebih mengenali pimpinan negeri.

- manfaatkan dewan-dewan orang ramai dengan mengadakan kuliah agama mingguan. Isya Allah lama-kelamaan mereka akan faham islam.

Wallahua'lam,