23 Mac 2008

Pulau Kerajaan Baru :Bodohnya Ketua Kampung di Perak

LUMUT 22 Mac – Pertubuhan Ketua-Ketua Kampung Negeri Perak (PKKNP) akan memboikot semua program anjuran kerajaan negeri yang ditubuhkan hasil gabungan parti pembangkang berkuat kuasa serta merta.Ahli Exco PKKNP, Kassim Mohd. Said berkata, ketetapan itu diambil hasil daripada mesyuarat khas pertubuhan tersebut yang diadakan petang kelmarin dan dipersetujui oleh 776 orang ahli dari sembilan daerah.

Keputusan dan kenyataan ini jelas menampakkan rata-rata ketua kampung yang dilantik di Perak adalah kurang cerdik atau "bodoh". Mereka tidak memahami bahawa kedudukan mereka sekarang adalah dibayar gaji dari hasil kerajaan negeri. Jangan bandingkan dengan apa yang ada di Kelantan di mana ketua-ketua kempung yang didakwa di Kelantan adalah yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan Perseketuan (JPP) bagi menyalurkan bantuan kerajaan pusat. Tidak lain untuk menafikan saluran Kerajaan dan Ketua Kampung yang dilantik dan digajikan oleh kerajaan negeri.

Jika benar mereka semuanya ingin berperanan semacam ketua kampung JPP di Kelantan, kita cadangkan mereka meletakkan Jawatan dan pulaulah sepuas-puasnya program kerajaan negeri kerana mereka bukan lagi digaji oleh Kerajaan Barisan Rakyat (BR) di Perak. Saya yakin semua rakyat Perak yang telah meilih BR untuk memerintah tidak halalkan walaupun satu sen duitnya untuk diberi kepada ketua kampung yang memulau kerajaan yang dipilihnya.

Jangan sampai mereka dipecat kerana tidak menjalankan tugas dan sikapnya tidak taat kepada kerajaan negeri yang mengajikan mereka. Sesudah itu jangan salahkan kerajaan BR kerana kita telah beri peluang untuk mereka bekerja dengan sebaik mungkin.

Dengan sombong dan tanpa berfikir panjang mereka mendakwa ‘‘Kami dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan perkhidmatan ketua kampung hanya akan berakhir pada 31 Disember ini.‘‘Justeru, kami dilantik bukan untuk berkhidmat dengan kerajaan yang baru dan mereka tiada hak mengarah ketua kampung mengikut telunjuk mereka,” katanya di sini hari ini.

Benarlah kenyataan tersebut, maka letaklah jawatan sebagaimana yang dilakukan di Selangor kalau benar-benar rasa bertanggung jawab. Jangan fikir rakyat boleh mengikut keputusan ketua kampung yang kurang cerdik. Rakyat pun rata-rata setuju kalau " tok ketua" ditukar dengan segera.

Tunggulah perlantikan dari JPP , itupun kalau dipilih kembali dan pulaulah semua program kerajaan negeri dengan penyokong BN yang sudah hampir pupus di negeri Perak.

6 ulasan:

Hasbullah Pit berkata...

hormatilah tahap pemikiran seseorang.

heh

Tanpa Nama berkata...

bab ketua kg ni menarik
saya yg berasal dari kg selalu melihat gelagat etua kg ni
bagi mengekalkan keharmonian kg dan kwsn tadbirnya
saya mengesorkan agar perlantikan ketua2 kg dijalankan secara pengundian
maka semua org layak memilih siapa yang mereka suka
ujudkan satu undang2 tadbir negeri yang mana mensyaratkan ketua kg tidak menzahirkan fahaman politiknya
ketua kg harus bersikap berkecuali
mana2 ketua kg yang gagal melaksanakan tugas dgn aduan maksima maka dia boleh dipecat dari jawatannya
undang2 ini harus digazetkan dalam undang2 negeri agar terjamin masa depan ketua kg
jika kita hanya memilih ketua kg berpandu kepada syor jkkk maka banyak masalah akan berlaku kerana jkkk pun skrg lebih berpolitik berbanding menjaga kg
diharap diambil berat bab ketua kg ini
kerana rakyatbergantung kepadanya sebelum kepada wakil rakyat
jika ketua kg tidak memainkan peranan susahlah wakil rakyat

Selongsong berkata...

PAS, tidak seperti BN yang mengamalkan politik berpuak-puak dan berdendam. Harapnya PKR dan DAP pun akan mengambil pandangan yang sama dengan PAS.

Ana yakin YB Al-Fadhil Tuan Guru Khalil Idham Lim, pimpinan PAS negeri Perak dan juga rakan-rakan dari pimpinan PKR dan DAP negeri Perak akan mengambil ikhtibar dan pengajaran seperti mana yang berlaku kepada Kelantan (1990-kini) dan Terengganu (1999-2004) di mana mereka ketua-ketua kampung dan penghulu yang enggan bekerja disebabkan peralihan kerajaan negeri yang baru.

Namun begitu, ana rasa, ada bagusnya mereka ini yang "isythihar" secara terbuka untuk menentang kerajaan sambil bersikap anti-establishment daripada menjadi api dalam sekam secara diam-diam; seperti sesetengah pegawai kerajaan yang sabotaj kerajaan negeri dari dalam.
Ana harap YB Al-Fadhil Tuan Guru Khalil Idham Lim dan kepimpinan negeri Perak akan sentiasa mengambil sikap berhati-hati dan jangan terperangkap dengan sesetengah pegawai kerajaan negeri Perak yang berniat jahat dan subversif terhadap negeri Perak pimpinan DAP-PKR-PAS. Mereka yang sepatutnya bersikap profesional tetapi memilih untuk bersikap politik suku, harus dibuang tanpa ragu-ragu.

selongsong.pencucuh

Selongsong berkata...

Berkenaan dengan artikel ini, yand disiarkan semula di tranungkite.net, terdapat banyak komentar yang ditinggalkan di situ berbanding dengan siaran asal di blog ini.

Harap YB Al-Fadhil Tuan Guru Khalil Idham Lim dapat melayari laman web berikut:-

Pulau Kerajaan Baru : Bodonya Ketua Kampung di Perak

Pelajar Universiti berkata...

sememangnya ketua kampung di Perak buta. mereka masih tidak sedar yang nasib mereka lebih teruk di bawah kepimpinan BN dulu. Mereka dijadikan hamba bagi menyekat segala bantuan kepada mereka yang menyokong pembangkang.

mereka juga merasakan cara mereka menindas rakyat untuk meraih undi tu adalah betul. sekarang mereka cuba meminggirkan kerajaan negeri. tindakan ini sangat tidak relevan. sepatutnya mereka akur dengan kerajaan negeri sekarang (yang dipilih sendiri oleh rakyat) seperti Barisan Rakyat akur dengan kerajaan terdahulu di Perak.

Keadaan mereka mencetuskan sentimen perkauman juga perlu dipandang serius oleh pihak yang bertanggungjawab kerana keadaan ini boleh menggugat keharmonian negara. Media arus perdana seharusnya memainkan peranan penting untuk memadamkan api perkauman yang melanda negeri Perak, bukan makin marakkan api perkauman denagn menampaikan maklumnat yang tidak tepat.

diseru agar penduduk negeri Perak menghormati kerajaan Baru sekarang. jangan mudah percaya dengan kata-kata yang tidak betul dibawa oleh golongan yang dengki dengan prestasi kerajaan Barisan Rakyat sekarang.