06 April 2008

Ir. Nizar : Saya Menteri Besar untuk semua rakyat Perak

IPOH, 4 April :- Semasa meresmikan dan melancarkan Buku Manual dan Panduan Wakil Rakyat Negeri Perak, YAB. Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin menegaskan bahawa beliau adalah Menteri Besar untuk semua rakyat Perak.Satu kenyataan yang merupakan penegasan betapa ikatan semua parti-parti dari Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP, PKR dan PAS adalah satu pakatan yang ikhlas dan mementingkan kepentingan umum dan rakyat.




Taklimat tersebut yang diadakan di sini, dihadiri oleh semua wakil-wakil rakyat dan penyelia-penyelia DUN. Sempena taklimat tersebut suatu pembentang telah dilakukan oleh Pengerusi TERAS, Cikgu Azmi Abdul Hamid.

Semasa meresmikan program tersebut MB menegaskan bahawa kita semua berasal dari satu keturunan iaitu Adam dan Hawa, sebagai mana memetik ayat dari Al Quran yang menjelaskan perkara tersebut.

Beliau juga menyeru supaya semua wakil rakyat mengubah minda sedikit demi sedikit walaupun perlu diingat perubahan tersebut pasti menghadapi rintangan.

Ingatan beliau juga meliputi sikap wakil rakyat yang lebih amanah dengan tanggung jawab. Katanya dengan itu akan lahirlah sikap kasih dan sayang rakyat kepada kerajaan. Sebaliknya jika kita menyeleweng, kita akan dibenci oleh manusia dan dimurkai oleh Allah SWT.

Ucapan beliau mendapat respon yang begitu baik dari semua yang hadir, antaranya seorang wakil dari DAP menyarankan Buku Manual itu diterjemahkan dalam bahasa Cina dan Tamil.

Selain itu seorang wakil kaum India menyatakan beliau sebelum ini mendengar ucapan-ucapan dari beberapa orang MB Perak yang lepas. Tetapi katanya semuanya tidak sehebat MB sekarang.

7 ulasan:

rakyat mengharap berkata...

Assalamualaikum YB
alhamdulillah, saya baru mengetahui YB berketurunan cina dan menganut Islam.. saya doakan YB dan keluarga mendapat rahmat dan perlindungan Allah..
semoga YB diberi kekuatan untuk menjadi seorang ADUN dan sentiasa diberi petunjuk Allah dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan..

saya berharap YB juga akan aktif dengan YB ustaz Mujahid Rawa memperkembangkan kelab penyokong PAS, kerana YB ada kelebihan seorang yang berketurunan cina dan insyaAllah lebih faham akan sanubari seorang cina akan kekeliruan mereka mengenai Islam..
YB boleh menunjukkan teladan dan corak kepimpinan di dalam keadilan Islam itu..insyaAllah..

Andalusi Qurtubi berkata...

Assalamualaikum wrkth,

YB Idham, cuma inginkan kepastian dari YB. Betul ke pada 14 April ni akan diadakan Himpunan Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Perak, Ipoh, pada jam 8.00 malam. Dan kelima-lima Menteri Besar dari negeri-negeri Pakatan Rakyat telah diundang untuk bersama dalam majlis tersebut. Bukan apa, saya takut iklan ini tidak benar, sebab kalau ada apa2 berita dari Perak, saya mesti rujuk blog YB dulu, tapi saya dapati blog ini tidak mengiklankan pun perkara ini. Apakah betul, utk selanjutnya mengenai iklan ni, sila klik di sini: http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&

Pengasas berkata...

Assalamu 'Alaikum!
Saya cadangkan supaya diadakan Institut Pengajian Tatanegara Islam di kawasan YB. Susun kurikulum, silibus dll. dengan rapi, lengkap dan teratur. Tempat kulliah ialah 2 atau 3 mesjid terpilih. Peserta, terbuka kepada semua yang baligh, muslim dan non-muslim. Keluarkan sijil kepada yang berjaya menamatkan silibus.
Sekian cadangan pertama saya.

Idham Lim (林川興) berkata...

memang ada cadangan dari BPP Perak nak adakan ceramah tu, ana belum dapat kepastian lagi. Mlm ni ada usrah negeri. kalau ada makluman selanjutnya saya akan maklumkan

Idham Lim (林川興) berkata...

terima kasih dengan cadangan dr. abdul wahab, rencana begitu memang ana dah fikirkan. semuga ianya cepat dapat dilaksanakan

Pengasas berkata...

Assalamu 'Alaikum!
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRAN YB.!
Ana maksudkan Tatanegara Islam ialah Siyasah Shar'iyah; dan Institut Pengajian ialah ala-Universiti Al-Azhar, nidzam qadim di masjid.
Kos pengurusan, rasanya tak banyak. Ana ada sedikit pengalaman menubuhkan jabatan dan menyusun beberapa subjek semasa di universiti dulu. Sewaktu-waktu mungkin kita boleh bincangkan dengan teliti, jika YB sudi.
WALLAHU A'LAMU BISSAWAB!

Muhammad Fahmi berkata...

Salam sejahtera Ustaz,

Semalam saya menghadiri perjumpaan bulanan PAS di Markaz Air Kuning. Maaf sebab sampai lambat sebab ada kuliah maghrib. Saya sempat dengar ucapan ustaz separuh saja. Harap dapat buat sedikit ulasan/laporan kerana ada beberapa perkara yang agak penting untuk saya utarakan. Terima kasih.