24 April 2008

Kah Choon : Selamat tinggal Gerakan !

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam telah dilaporkan berkata Gerakan patut memecat keahlian bekas Timbalan Setiausaha Agungnya, Datuk Lee Kah Choon kerana menerima pelantikan Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Pengerusi investPenang tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pimpinan Barisan Nasional (BN).



Ali Rustam menyifatkan perbuatan Kah Choon itu terutama menerima pelantikan sebagai Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Pengerusi investPenang seperti hidup dua alam.''Kita tidak boleh ada orang macam ini, di darat pun dia boleh hidup, dalam air pun dia boleh hidup," katanya.

Pemangku Presiden Gerakan, Dr. Koh Tsu Koon dalam kenyataan yang kurang bernada keras berkata Bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan itu diminta mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Jawatankuasa Kerja Gerakan Pusat untuk menerangkan mengapa beliau tidak patut dikenakan tindakan disiplin.

Menjawab kemelut yang melanda dirinya, Datuk Lee Kah Choon berkata dia bersedia dikenakan tindakan disiplin oleh parti berikutan keputusannya menerima tawaran jawatan daripada kerajaan negeri yang dikuasai DAP.

Menurutnya, beliau menerima tawaran jawatan sebagai Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan investPenang dengan niat untuk memajukan ekonomi negeri.

Namun hari ini Isue tersebut berakhir sudah dengan beliau mengisytiharkan keluar daripada parti Gerakan.Kah Choon dalam kenyataannya berkata, beliau telah menyerahkan surat penarikan diri daripada menjadi ahli Gerakan ekoran keputusannya untuk menjawat jawatan itu tidak diterima oleh pucuk pimpinan parti.

Sehubungan itu katanya, beliau kini boleh menumpukan tugas-tugas yang diamanahkan dan membuat keputusan untuk membantu kerajaan negeri.

Sementara ini kita menjangkakan lebih ramai pemimpin BN akan menyertai Pakatan Rakyat. Sikap dan pandangan Kah Choon dilihat mewakili sekelompok pemimpin BN yang merasakan BN sudah hampir "karam" dipukul "tsunami politik" tanah air yang kita sayangi, maka mereka mengambil sikap lebih baik menyelamatkan diri lebih awal.


1 ulasan:

Muda berkata...

Perbezaan diantara orang yang berjuang untuk kepentingan rakyat dan negara dapat dilihat daripada amalan dan tindakannya walaupun tidsk disenangi oleh mereka yang diberi kuasa tetapi lupa kepada amanah dan tanggung jawab demi kepentingan diri .

Sikap Kar Choon lebih mulia daripada orang UMNO yang mengaku beragama Islam tetapi bersifat lebih buruk daripada puak jahiliyyah yang memerangi Rasullullah S.A.W.