Sehingga Selasa akhbar utusan masih menyiarkan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau tidak pernah memberi sebarang kenyataan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan. Katanya, beliau patuh kepada keputusan yang diambil oleh Badan Perhubungan UMNO Johor yang sebelum ini menyatakan pendirian tegas untuk terus memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Abdullah.
Kenyataan tersebut adalah sebagai mengulas kenyataan Mohamed Nazri Aziz mempersoalkan hak UMNO untuk menafikan kemahuan rakyat yang inginkan Abdullah menjadi Perdana Menteri seperti yang ditunjukkan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac lalu.Mohamed Nazri membidas segelintir pemimpin UMNO termasuk yang bertaraf menteri kerana tidak putus-putus menyarankan Abdullah berundur dan menyifatkan mereka sebagai 'kurang cerdik'.
Nampaknya inilah komen-komen terakhir yang keluar diakhbar tempatan dalam isu tekanan pelbagai pihak supaya PM meletakkan jawatannya. Contohnya di Utusan pada kelmarin satupun berita berkaitan isu yang sudah lebih sebulan hangat itu tidak disiarkan dan tiba-tiba sejuk macam ais. Adakah ianya sudah diarahkan supaya semua saluran media tutup mulut? atau isu ini sudah selesai sampai disini sahaja ?
Kita tunggu dan lihat kalau-kalau akan cair kembali.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan