04 April 2008

Ketua kampung Kerian letak jawatan

PARIT BUNTAR, 3 April:- Seramai 94 ketua kampung dalam Daerah Kerian bersetuju untuk meletakkan jawatan secara serentak dengan menyerahkan notis perletakan jawatan bertarikh 1 April, iaitu dengan notis selama sebulan.



Kenyataan resmi telah diberikan oleh Setiausaha Persatuan Ketua Kampung Daerah Kerian, Mat Radzi Ali. Beliau memaklumkan notis perletakan jawatan sebagai ketua kampung telah dihantar kepada Setiausaha Perhubungan Persatuan Ketua Kampung Perak dan telah diperpanjangkan kepada MB Perak.

Notis yang berkuatkuasa sebulan itu menyebabkan semua jawatan ketua kampung di Kerian terbatal bermula awal Mei hadapan.

Persetujuan semua ketua kampung Daerah Kerian itu diputuskan dalam satu perjumpaan yang diadakan di Bagan Serai minggu lalu. Pada pertemuan itu semua ketua kampung menyatakan pendirian tidak sehaluan dengan kerajaan negeri sekarang. Menurut kenyataan itu juga sebanyak 98 pratus ketua kampung adalah ketua UMNO cawangan dan perlantikan mereka adalah atas cadangan ketua UMNO bahagian semasa kerajaan BN dulu.

"Kini terpulanglah kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk melantik ketua kampung baru" katanya dalam kenyatan tersebut. Menurutnya lagi perletakan jawatan tersebut membabitkan JKKK kerana mereka dilantik oleh ketua kampung.

3 ulasan:

nina najwan berkata...

Elok sangatlah semua letak jawatan. Jadi ketua cuma nak jaga perut sendiri, kroni sendiri, lebih baik tak payah ada ketua kampung. Ketua kampung kat matang jelutung tu, tolong la tengok2 kan fail sepanjang dia berkhidmat, banyak mana khidmat dah bagi pada rakyat berbanding khidmat pada "segelintir" rakyat.
Lepas ni elok la buat meeting masyarakat kampung, biar rakyat setempat pilih ketua mereka. Eloknya buat kat dewan masjid, nanti yang selalu tak jumpa jalan masjid tu, tak de la dia datang. Biar yg mampu je jadi ketua.

Selongsong berkata...

Nampaknya rancangan kerajaan negeri Perak untuk melaksanakan pemilihan ketua kampung & Ahli JKKK secara undian akan berlangsung lebih awal lagi dari jangkaan.

=)

selongsong.pencucuh

Selongsong berkata...

Harap-harap dengan ini, dengan adanya undian pemilihan ketua kampung & ahli JKKK, ramai bakal pemimpin dari Pakatan Rakyat yang berwibawa dan berketrampilan akan beranjak ke hadapan untuk mengisi ruang-ruang vakuum yang ditinggalkan.

Insya-Allah, hasrat membangun bersama Islam akan tercapai.

selongsong.pencucuh