04 April 2008

Hiasilah iman kamu.

Daripada Abu Hurairah r.a. , bersabda Rasulullah saw, Akan datang suatu zaman seseorang tidak kisah dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau haram (HR. Muslim).



Keringnya angin gurun akan membuat debu berterbangan dengan mudah ketika sedikit saja tersentuh tiupan angin. Musnahnya bukit atau gunung akibat pepohonan ditebang tanpa kawalan akan melongsorkan tanah dengan mudahnya ketika sedikit saja tersentuh air. Namun akibat-akibat buruk dari tandusnya gurun dan gunung tidak dahsyat dibandingkan dengan kedahsyatan tandusnya hati dari iman.

Tandusnya hati manusia dari keimanan akan menimbulkan musibah lebih dari seluas gurun atau sebesar bukit atau gunung. Tidak ada lagi penahan ketika godaan sedikit saja mendatang. Di saat tandusnya hati, manusia akan menghalalkan sesuatu tanpa batas untuk memenuhi hawa nafsu. Sehingga akibat buruknya akan mencapai seluas suatu kawasan atau wilayah dan menimbulkan masalah secara langsung dan tak langsung sebanyak rakyat di sebuah negara atau bahkan dunia.

Sebagaimana gunung yang tetap tandus bila tidak diusahakan dengan tanaman yang baru, demikian juga hati yang tetap gersang. Hati akan terus kosong, sehingga tanaman kebenaran dan kebaikan tidak akan pernah bertapak di sana . Oleh karena itu, hati perlu terus disirami dengan keimanan, ditanami kebaikan, serta dipupuk dengan nasihat-nasihat. Dan tidak ada orang yang paling mampu melakukan itu semua, kecuali diri kita sendiri dengan mengharap pertolongan Allah SWT.

Demikianlah tandusnya keimanan yang akan membawa padah ke neraka Allah yang amat dasyat, oleh itu selamatkan dia dari terus tandus.

4 ulasan:

Pengasas berkata...

Assalamu 'Alaikum!
Tahniah atas kejayaan YB. Ini hanya kejayaan yang kecil, tetapi amanah yang berat. Siyasah Syar'iyah amat luas serta mengandungi pelbagai kaedah. Pendekatan yang terkini dan releven akan memanfaatkan rakyat dan semua. Sabar dan istiqamah dalam memikul tugas YB.
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRAN.

mypugaloo berkata...

Cubalah kita fikirkan apakah kemungkinan yang akan berlaku jika pada malam 080308 tempoh hari, diumumkan BN tewas kepada kumpulan yang mengelarkan diri mereka BA+DAP atau di kalangan bloggers...Barisan Rakyat jika kita ambil keadaan di Perak sebagai rujukan...??




Tidak dapat dibayangakan....




Tapi cuba kita bayangkan sebentar...




1/. Siapakah agaknya yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri (PM)...? Tentunya bukan Anwar Ibrahim sebab dia tidak bertanding...




> Aku bayangkan...kebingungan pasti melanda di kalangan pemimpin politik berkenaan...mungkin Lim Kit Siang...mungkin Hj Hadi...mungkin juga Wan Azizah....justeru Orang Bilang..."Nasib Baik...." BN menang...




2/. Bagaimanakah agaknya Barisan Kabinet Negara selepas PM angkat sumpah?..




> Soalan ini mungkin mudah dijawab berbanding soalan pertama namun jika PERAK dijadikan rujukan, pasti timbul keBINGUNGan juga sebab ramai pemimpin berkaitan yg bertanding di DUN dan Parlimen terpaksa menjaga satu kerusi sahaja...ATAU kah mungkin ada yg jadi CM dan ada juga yg akan jadi Menteri Pusat...Khalid Ibrahim, Lim Guan Eng contohnya? Orang Bilang.."Nasib Baik..." belum menang peringkat pusat.




3/. Apa cerita mereka2 yang di negeri dimenangi oleh BN, Pahang, Johor, Terengganu, Sabah, Sarawak, Melaka & Negeri 9....agak2nya akan ada yang dalam tempih tersebut akan beralih arah ke kem satu lagi?




> Kemungkinan besar Sabah dan Negeri 9 adalah pasti...chewah...betul kah? Nasib Baik...kan?




Justeru, keadaan ini sebenarnya adalah satu rahmat untuk NEGARA kita kerana dari satu sudut, memberikan peluang kepada Anwar dan angkatannya untuk menggelarkan diri mereka Kerajaan Dalam Penantian manakala Abdullah Badawi pulak akan lebih berusaha untuk memikirkan langkah seterusnya dalam merangka tindakan yang perlu di ambil.




Ke-2-2 kem ini mungkin berkata dalam hati mereka...NASiB BAIK...




Agaknya, apa komen anda....?




Apa yang pasti, JANGAN KUMPAU tau...http://jangankumpau.blogspot.com

Awwa berkata...

assalamualaikum ada tak salah seorang anak anda di hantar ke maahad tahfiz darul furqan sentul?sekadar bertanya kalau silap mohon maaf.......

Andalusi Qurtubi berkata...

Assalamualaikum wrkth,

YB Idham, cuma inginkan kepastian dari YB. Betul ke pada 14 April ni akan diadakan Himpunan Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Perak, Ipoh, pada jam 8.00 malam. Dan kelima-lima Menteri Besar dari negeri-negeri Pakatan Rakyat telah diundang untuk bersama dalam majlis tersebut. Bukan apa, saya takut iklan ini tidak benar, sebab kalau ada apa2 berita dari Perak, saya mesti rujuk blog YB dulu, tapi saya dapati blog ini tidak mengiklankan pun perkara ini. Apakah betul, utk selanjutnya mengenai iklan ni, sila klik di sini: http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8511