Bercakap pada sidang akhbar di kementeriannya di sini, Menteri Pelajaran itu berkata, keputusan untuk tidak bertanding dibuat bagi memberi laluan kepada muka baru memimpin sayap kanan yang mempunyai kira-kira 600,000 ahli itu.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jawatan yang akan ditandinginya nanti dan menyerahkan kepada perwakilan menentukan kedudukannya pada pemilihan itu.
Pengumuman itu sekali gus membuka gelanggang pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disebut-sebut menyaksikan persaingan sengit pada pemilihan nanti
Antara nama yang disebut-sebut untuk bertanding bagi mengisi kekosongan itu ialah bekas Menteri Besar Selangor yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan Ahli Parlimen Jerlun yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir.
Selain itu Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin yang memenangi kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum yang lalu juga disebut bakal mengambil alih pucuk pimpinan Pemuda UMNO selepas Hishammuddin.
Satu lagi nama yang turut dikait akan bertanding jawatan itu ialah Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Mansor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan