Pembangkang didakwa terdesak untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kononnya sanggup menawarkan ganjaran besar sehingga boleh memberi kesenangan hidup kepada dua tiga generasi keluarga Ahli Parlimen yang berpaling tadah.
Dikatakan juga jumlah wang yang ditawarkan dijangka berlipat ganda dalam masa terdekat bagi merealisasikan impian Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk membentuk kerajaan sebelum 16 September.
Berita sebegini memang mengejutkan kita semua yang saya anggap sebagai dakyah yang sengaja diada-adakan oleh pihak yang takut kehilangan kuasa.
Adakah mungkin kita yang "miskin harta dan namun kaya budi" boleh meminang anak raja yang cantik dan kaya raya. Namun kita yakin sekiranya anak raja itu mahu menjadi rakyat biasa tidak ada siapapun boleh menghalangnya.
Isu sebenar bagi cina islam bukan soal lompat parti, tetapi perjuangan mempertahankan maruah dan harga diri serta halatuju perjuangan parti yang sekian lama tidak mencapai matlamatnya. Oleh itu sebelum nasi yang telah sekian lama menjadi bubur langsung tidak boleh dimakan, mereka sendiri ingin berpindah kesebelah sini.

3 ulasan:
Mengarut dan tak usah main isu la wahai petualang petualang politik ! Dalam kamus hidup kami selaku rakyat bawahan,selaku pemimpin yg takutkan balasan Allah, soal duit bernilai jutaan , bilion ,adalah suatu yg tak pernah terbayang dalam benak. Pitih yg ada pun setakat buat belanja anak sekolah kerana hidup kami dan pemimpin kami bak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Kami rela menadah kantung kpd ahli kami untuk memakmurkan parti, kami menderma seringgit dua agar parti kami menjadi wakil kpd suara hati kami yg marah dgn kezaliman, pembaziran , rasuah dan kekejaman BN .
Kami tak pernah membelanjakan wang rakyat Malaysia untuk parti kami. Sedangkan parti kamu sering menggunakan "harta rakyat" untuk parti!
Kami tak pernah lihat longgokan wang sebagaimana penyangak BN yg sering melarikan wang berkarung karung dan berbondong bondong,baik secara terang atau berselindung, sama ada illegal atau legal!
Kami ingin nyatakan dgn tegas, kpd petualang petualang negara yg memiskin negara ini, yg menyempitkan hidup anak cucu kami, yg merompak kesenangan hidup kami selama ini, berambuslah, kamu tidak diingini untuk datang ke barisan pakatan rakyat!
Slogan dan perjuangan kami ialah anti rasuah, anti pengkhianat rakyat, kami rindu keadilan , kami mencarai kebenaran dan kami benci kezaliman. Kalau sekarang sering dibibir "jalang BN" sudah biasa bercakap soal duit juta jutaan , maka benarlah saperti kata pepatah Melayu "anjing kalau dah biasa makan bangkai, tak dapat tiada , dia akan cium juga"
Kami yakin dan kami percaya , petualang dari BN bukan saja layak bercakap soal "tak habis makan tiga keturunan ", tapi kami ingin tambah sememangnya dalam BN ada dikalangan mereka yg buat istana bak mahligai Raja, kumpul harta bagaikan Qarun, jadikan peluang menjawat jawatan wakil rakyat sebagai ladang mengumpul harta untuk kroni dan keturunan,malah boleh makan harta haram itu ,bukan setakat tiga keturunan tetapi tak habis untuk TUJUH KETURUNAN . Ya,tanpa perlu lompat parti pun !
Tapi kan aku rasa kalau takdak angin takkan pokok bergoyang. Kalaupun mungkin bukan ribut takkan angin sepoi-sepoi bahasa tak bertiup.
Sebenarnya saya tak berminat sgt pasal lompat melompat ni...tapi perangai pemimpin BN khusus UMNO memang tak boleh tahan dibuatnya...
Catat Ulasan