18 Mei 2008

Kelab Penyokong PAS bercambah di Perak


PARIT BUNTAR, 13 Mei: Kelab Penyokong PAS tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di Perak semenjak Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu. Tambah-tambah lagi apabila Menteri Besarnya datang dari PAS walaupun PAS mempunyai Adun paling sedikit dalam kerajaan campuran di Perak itu.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah melancarkan Kelab Penyokong PAS dari Kaum Cina dan India di Parit Buntar dan Pekan Baru Parit Buntar, bertempat di Pekan baru, Parit Buntar 8 Mei baru-baru ini.

Kira-kira 1,000 orang kaum Cina dan India di Parit Buntar menyertai Kelab Penyokong PAS. Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa, Adun Titi Serong, Dr Khalil Idham Lim, dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamahari turut hadir dalam majlis pelancaran itu.

Sebelum itu, di Bagan Serai, dalam perjumpaan pertama yang diadakan di sebuah tokong Cina dekat sini, kira-kira 500 orang kaum Cina dan India telah berikrar memberi sokongan penuh kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Perak sekarang.

Ikrar sokongan penuh, padu, dan jitu itu disampaikan kepada Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum Cina Menteri Besar Perak, Mohamad K.Y.Tiang, yang sebelum itu memberi penerangan dan ceramah khas yang menyentuh pelbagai isu mengenai kaum Cina dan India.

Ketua Kelab Penyokong kerajaan Pakatan Rakyat dari kalangan kaum India adalah Parama.
Majlis itu dihadiri juga wakil-wakil kaum Cina dan India daripada Taiping, Selama, Parit Buntar, dan Kuala Kurau.

"Penyokong terbabit berkata mereka kecewa selama 50 tahun banyak permohonan dan janji manis yang ditabur oleh pihak berkaitan kerajaan sebelum ini kepada mereka tidak ditunaikan," kata Mohamad K.Y.Tiang.

Sumber: http://siasahdaily.blogspot.com

1 ulasan:

nor berkata...

JGN T'LALU SOMBONG,DABIK DADA..PD MULANYA PAYAH JUGA NAK TENTUKAN SIAPA MB PERAK. NASIB ADA KUASA SULTAN. KALAU TIDAK JGN MIMPI LA,YG MENANG KERUSI SIKIT JD MB..CERMIN DIRI LA..