08 Jun 2008

Laungan Azan dan hujan renyai-renyai mengiringi perarakan GMI

KAMUNTING, 7 Jun :- Bagaikan suatu petanda yang baik dalam keadaan himpunan pelbagai bangsa demi menuntut undang-undang zalim ISA dimansuhkan. Ianya bermula seawalnya sekitar jam 7 malam dan kehadiran semakin ramai semasa azam maghrib dikumandangkan. peserta berhimpun didalam pagar mesjid tanpa ganguan mana-mana pihak.

Ratusan lilin dinyalakan selama berada di hadapan kemta

Jamaah mesjid seakan merestui kehadiran pelbagai bangsa dan agama untuk mendapat perlindungan dan restu demi sebuah perjuangan yang sekian lama belum selesai dan perlu diteruskan.

ADUN Teja, YB. Chang meminta saya memberi kenyataan akhbar, masa itu iqamah sudah diperdengarkan. lalu saya memohon maaf dengan kata saya " saya nak pergi sembahyang", dengan spontan dia kata" oh maaf kamu mahu pergi solat".

Mereka menunggu sehingga sembahyang maghrib berjemaah selesai. Setelah terdapat sedikit taklimat kami mula berarak sekitar jam 8.00 malam menuju ke kemta.

Melalui beberapa sekatan polis setelah berjalan dalam hujan renyai-renyai sejauh 2 km akhirnya kami sampai di hadapan kemta . Sejurus pembawa pembesar suara mengarahkan semua berhenti kira-kira 100 meter dari pintu kemta seperti diarahkan oleh polis, azan Isya diperdengarkan dari Mesjid Batu 4 yang berdekatan .

Pembawa pembesar suara berbangsa Tionghua sangat faham dengan menghormati azan, sejurus habis azan majlis ucapan yang dibenarkan oleh pihak keselamatan selama 15 minit sahaja dimulai.

1 ulasan:

Selongsong berkata...

Salam Jihad buat YB Maulana Tuan Guru Cina Islam,

Bolehkah Tuan Guru mengulas lebih alnjut berkenaan dengan hukum "Nyalaan Lilin" atau lebih dikenali dalam bahasa Inggerisnya sebagai "Candlelight Vigil"?

Ada kenalan ana mengatakan bahawa ianya adalah sebahagian dari tradisi kristian, dan ana juga dimaklumkan ia juga menjadi sebahagian dari ajaran Buddha. Bahkan dalam agama Hindu, cahaya adalah simbol utama semasa diwali atau deepavali.

Ana sebenarnya agak celaru dengan "Candlelight Vigil" ini. Sebahagian dari persoalan ana.

1. Adakah ianya dibenarkan oleh Islam?

2. Tidakkah ianya menyerupai agama-agama lain?

dan juga maklumat lanjutan berkenaan hal ini.

Mohon maaf atas kejahilan ana.

Sekiranya sesiapa ada tautan (link) fatwa atau ijtihad berkenaan dengan perkara ini, ana sangat mengalu-alukan.

Jazakallahu khairan kathirah.

Wassalam

selongsong.pencucuh