08 Jun 2008

Lebih 1000 kanak-kanak menjadi yatim dalam gempa Sicbuan

BEIJING, 6 Jun :-Pegawai Kementerian Hal Ehwal Awam China berkata, sehingga semalam, lebih 1000 orang kanak-kanak menjadi yatim dalam gempa bumi Sichuan. Antaranya anak yang belum dikenalpasti identity mereka.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Urusan Kebajikan Sosial Kementerian Hal Ehwal Awam, Zhang Shifeng menyatakan dalam sidang akhbar di Beijing hari ini, badan-badan yang bertanggungjawab sedang mempercepatkan usaha mengenalpasti anak yatim di kawasan bencana dan menjalankan kerja penempatan dan bantuan terhadap mereka. Sekarang, program pengambilan anak sebagai anak angkat belum dilaksanakan.


Angka kematian dalam bencana gempa bumi tersebut mencapai seramai 69,130. Selain itu, seramai 374,031 orang cedera dan 17,824 orang hilang. Lebih 46.16 juta orang terlibat dengan bencana itu.

1 ulasan:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

Mengikut kajian sains,planet Nibiru yang memasuki dalam kelompok Bima sakti akan langgar planet bumi pada 2053.Sebelumnya gempa bumi ,letupan gunung berapi dan beberapa tsunami besar akan berlaku.
Walau apa pun saya percaya bahawa kiamat terlalu dekat.