08 Jun 2008

Himpunan aman GMI berjalan lancar.

KAMUNTING, 7 Jun :- Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah berjaya mengadakan perhimpunan aman di hadapan Kem Tahanan Kamunting pada malam ini dengan dihadiri oleh hampir 1000 orang dari pelbagai pertubuhan diseluruh negara. Himpunan dalam keadaan hujan renyai-renyai itu dimulai dari waktu maghrib dan berakhir sekitar jam 9.30 malam.

Peserta demonstrasi membawa ratusan lilin sebagai simbol bagi menerangi ISA yang gelap


Himpunan aman tersebut untuk pertama kalinya dalam sejarah dan sebagai hadiah bagi kemenangan Kerajaan Negeri Perak di bawah pakatan Rakyat telah dibenarkan oleh pihak keselamatan. Semua berarak dari mesjid Kamunting sehingga ke hadapan Kem Tahanan kamunting yang teletak kira-kita 2 Km antaranya. YB. Dr. Jeyakumar, YB. Chang, YB. Drs. Lim


Peserta demonstrasi dibenarkan berhimpun kira-kira 100 meter dati pintu kemta dan dibenarkan oleh pihak keselamatan untyuk memberikan ucapan selama 15 minit setelah perundingan Exco Kanan Kerajaan Perak yang hadir sama , Dato Ngeh Koo Ham dengan pihak polis.
YB. Chang dan YB. Drs. Lim dengan kawalan Unit amal Perak

Hadir sama ialah Pengerusi BBC Perak yang juga ADUN Titi Serong,,YB. Drs. Khalil Idham Lim, Adun Teja, YB. Chang Lih Kang,Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.,Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Michael Jeyakumar Devaraj, ADUN Pokok Asam , YB. Yee Seu Kai, ADUN Cangkat Jong, YB. Hj. Mohd. Anuar bin Sudin, ADUN Kuala Kurau, YB. Abdul Yunus Jamahri. Perarakan juga disertai anak mangsa ISA , Sdr. S.Arutchelvan berbaju hitam.


Selain itu hadir sama ialah ramai aktvis GMI seperti S.Arutchelvan dan sdr. Hishamuddin Rais,

4 ulasan:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

Ya Allah,
Berilah ganjaran kpd mereka yang menentang kezaliman.

Aku cuma dapat memberi sokongan di laman siber ni saja.

Berikanlah pukulan-maut kpd sesiapa yang menyokong kezaliman.

Idham Lim (林川興) berkata...

terima kasih dengan doa anta

Amuraria berkata...

Salam Drs Khalil Idham Lim
Semoga Allah swt memberi kemenangan terhadap pihak Tuan semua menentang pemerintah Umno/BN yang zalim menahan tahanan dengan akta ISA tanpa bukti dan perbicaraan,yang mana bertentangan dengan asas agama Islam juga seruan Nabi Muhammad saw.Moga Allah swt memberi kekuatan pada keluarga tahan menghadapi cabaran ini denagn penuh taqwa,wassalam

Chang Lih Kang 郑立慷 berkata...

Terima kasih YB! Program yang baik. Harap-harap kita dapat mansuhkan ISA dalam masa yang tersingkat.