02 Julai 2008

MB Kelantan dan MB Perak lawat mangsa kapal terbang terhempas


IPOH, 30 Jun - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meluangkan masa melawat mangsa kapal terbang ringan yang jatuh terhempas di Taman Chempaka dekat sini pada lewat petang 26, Jun lalu. Lawatan tersebut dilakukan sempena kehadiran MB Kelantan dalam ceramah sempena Sambutan 100 hari Kerajaan negeri Perak dibawah Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium Ipoh .

Menteri Besar Kelantan itu yang diiringi oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah pergi melihat sendiri keadaan pelatih juruterbang ringan yang kini dirawat di Hospitan Pakar Ipoh yang terletak berdekatan dengan Kediaman Resmi Menteri Besar Perak.

Tuan Guru berkata sesuatu kepada keluarga mangsa (http://wartasgrapat.blogspot.com/)

Mangsa adalah ahli Kelab Penerbangan Perak yang berpengkalan hampir dengan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah dekat sini. Manakala jurulatihnya sedang dirawat di Hospital Besar Ipoh sejak kejadian.

Dato' Nik Abdul Aziz telah meluangkan masa sekitar setengah jam bersama mangsa yang kebetulan adalah warga Kelantan dikawasan DUN Menteri besar Kelantan itu sendiri. MB Kelantan dan perak itu telah berinteraksi dengan mangsa yang cedera parah dibahagian rahang kanan dengan menulis dikertas yang disediakan.

Dato' Nik Aziz telah menulis doa untuk dibaca oleh mangsa. Mengakhiri lawatan MB Kelantan dan Perak sempat menziarahi beberapa pesakit diwad yang sama menandakan keperihatian mereka kepada pesakit yang dirawat.

Tiada ulasan: