02 Julai 2008

Rosmah tidak bimbang dakwaan Raja Petra

KUALA LUMPUR, 1 Julai :– Isteri TPM, Datin Seri Rosmah Mansor tidak bimbang dengan dakwaan yang mengaitkannya dengan kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu kerana beliau tidak bersalah.

Katanya, beliau telah memberikan keterangan kepada polis sejelas-jelasnya berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah yang dibuat oleh pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang mengaitkannya dengan kes itu.

Rosmah ditanya mengenai akuan bersumpah Raja Petra yang difailkan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur baru-baru ini yang antara lain turut mengaitkan isteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dengan kes pembunuhan Altantuya pada 19 Oktober 2006.

Ditanya sama ada beliau akan menyaman Raja Petra kerana membuat fitnah itu, Rosmah berkata, beliau tidak mahu menumpukan pada isu-isu yang tidak perlu.

Raja Petra menamakan dua lagi individu yang didakwanya turut dikaitkan dalam kes bunuh itu iaitu Leftenan Kolonel Aziz Buyong, yang beliau katakan sebagai pakar bahan letupan C4, dan isteri Aziz, Norhayati, yang didakwa pegawai pengiring (ADC) Rosmah. Rosmah menjelaskan, Norhayati bukan ADC beliau.

“Norhayati ialah pegawai yang membantu semua program saya, dan kini beliau tidak lagi bekerja dengan saya. Beliau telah dinaikkan pangkat dan kembali bertugas di Kementerian Pertahanan,” katanya.

1 ulasan:

Juraimi Zainal berkata...

Pelik ya, pasal apa tak nak saman pulak, manusia kalau rasa dia difitnah, orang itu akan beriya-riya mengatakan akan menyaman seseorang itu. Lagikan pulak akuan bersumpah...

Rosmah... Rosmah... Hanya Allah yang mengetahui..

Ya Allah, berilah kemenangan kpd mereka yang benar...