KANGAR, 23 Julai - PAS mengekalkan kerusi yang dimenanginya di Dun N.14 Simpang Empat apabila Mahkamah Pilihan raya di sini hari ini memutuskan menolak petisyen pilihan raya yang dikemukakan calon Barisan Nasional, Zahari Bakar.
Hakim pilihan raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani selepas membacakan penghakimannya memutuskan petisyen ini ditolak dengan kos.
Petisyen tersebut dikemukakan Zahari berkaitan dengan poster yang digunakan oleh calon PAS, Rus'sele Eizan dalam pilihan raya lalu yang tidak mempamerkan nama pencetak serta menggunakan jata (lambang) kerajaan negeri Perlis.
Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Rus'sele memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 53 undi.
Antara lain penghakiman yang dibacakan Zainal Adzam, tuntutan pempetisyen berkaitan poster calon yang tidak mempunyai nama dan alamat pencetak adalah tidak adil dan memprejudis responden kerana keterangan yang diberikan tidak menyatakan dengan jelas siapa yang mencetak, menerbit, mengedar dan menampal poster tersebut.
Begitu juga menurutnya, penggunaan jata kerajaan negeri Perlis tidak boleh dijadikan asas penolakan keputusan pilihanraya kerana tidak melanggari Kata Kesalahan Pilihan raya walaupun melanggar peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Perlis.
Rus'sele diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Zulmi Sabri, manakala Zahari diwakili Abu Bakar As-Sidek.
Sebelum ini satu lagi petisyen Zahari ke atas Suruhanjaya Pilihanraya dan Pegawai Pengurus Pilihan raya berkaitan Borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) telah ditolak oleh mahkamah.
Keputusan petisyen ini disambut dengan laungan takbir oleh kira-kira 50 orang ahli dan penyokong PAS yang hadir di mahkamah pagi tadi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan