“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kalau kaum itu sendiri tidak berusaha mengubah apa yang ada pada mereka” (QS. Ar-Ra‘d: 11).
Di dunia ini, manusia dituntut untuk selalu berfikir agar menghasilkan perubahan dan inovasi. Perubahan adalah sunnatullah, yang akan terjadi bila kita mahu mengusahakannya. Hal yang sama juga selalu dilakukan Rasulullah S.A.W, di antaranya, dengan melakukan hijrah.
Hijrahnya Rasulullah S.A.W dan kaumnya ke Yastrib yang kemudian dinamakan Madinah Al Munawarah adalah suatu hasil pemikiran demi mendapatkan suatu perubahan. Pada waktu itu, penduduk Makkah belum membuka diri untuk berubah ke jalan yang benar. Bahkan penentangan-penentangan besar dan keras dilakukan kepada usaha perubahan yang dilakukan Baginda Rasulullah. Menghadapi tentangan yang bahaya itu, Rasulullah S.A.W memikirkan jalan lain yang lebih selamat . Berpindah tempat dakwah adalah cadangan yang terbaik dan masuk akal. Ternyata tindakan itu menghasilkan kejayaan gemilang, sehingga Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia.
Peristiwa itu mengajak kita untuk selalu berusaha melakukan perubahan dalam hidup ini. Pasti ada peluang-peluang untuk menuju tangga kejayaan dalam kehidupan ini. Kalau tidak berhasil merebut peluang pertama kita mesti berusaha merebut peluang kedua dengan usaha yang lebih gigih. Siapa tahu kegagalan kita pada satu peluang kerana ada sebuah peluang keemasan lain yang sedang menunggu kita.
Tentunya, peluang-peluang itu tidak pernah terlintas dalam fikiran kita. Berfikir secara kritis dan optimis adalah cara yang paling mustajab untuk mendapati peluang-peluang perubahan. Dalam Al-Qur‘an, Allah juga berkali-kali mempertanyakan apakah kita (manusia) tidak berfikir atau tidak menggunakan akal. Kerana itu, jangan berputus asa kerana hilangnya satu peluang. Berputus asa sama artinya dengan sengaja melupakan bahawa Allah Maha Kaya, juga Maha Pengasih, yang senantiasa menghamparkan banyak peluang lain, kalau kita mahu berusaha dan mensyukurinya.