21 Februari 2009

Keputusan kes Altantuya dibuat selepas Najib jadi PM

Oleh : Herman Samsudeen

Bulan Mac semakin hampir, Najib Razak bakal dimahkotakan sebagai Presiden Umno sekaligus menamatkan karier politik Abdullah Ahmad Badawi. Paling penting, Najib juga bakal menjadi PM sebelum keputusan perbicaraan kes Altantuya diumumkan pada 9 April 2009.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen semalam mengesa supaya pelan peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Abdullah kepada timbalannya Najib ditangguhkan untuk Abdullah melunaskan segala tugas dan agenda yang belum diselesaikan.

Selain itu, beberapa tuduhan terhadap Najib yang melibatkan kontraversi beliau bersama Altantuya juga menjadi sebab mengapa pandangan sedemikian dikemukakan. Sewajarnya pihak Polis mengambil serius tuduhan yang dibuat kepada Najib ini dan memanggil beliau untuk disoal siasat.



Kertas siasatan juga perlu dibuka selepas apa yang didedahkan oleh Raja Petra. Namun itu tidak berlaku dan Najib masih lagi menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan sekarang ini menanti peluang untuk menggantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri.

Walaupun ramai yang mencadangkan Najib bercuti atau lepaskan jawatan untuk disiasat, namun segalanya dilihat umpama mencurah air didaun keladi.

Perbicaraan kes Altantuya langsung tidak melibatkan siasatan terhadap Najib, malah selepas Abdul Razak Baginda dibebaskan, beliau pula yang mengumumkan Najib dan isteri tidak terlibat dan tidak bersalah?

Ini mengelirukan rakyat kerana apa yang disebut beliau bertentangan dengan tuduhan yang dibuat oleh RPK.

Sebaiknya Najib menamatkan krisis pertuduhan ini dengan beliau sendiri menawarkan dirinya disiasat sebelum beliau dilantik menjadi Perdana Menteri.

Tetapi apakah itu akan berlaku kerana beliau semakin hampir menjadi Perdana Menteri Mac hadapan. Maka rakyat melihat bahawa selepas Najib menjadi Perdana Menteri Mac nanti usaha untuk membawa beliau untuk menjawab pertuduhan ini semakin sukar kerana beliau sudah menjadi orang yang paling berkuasa dinegara ini.

Beliau akan memegang kuasa Eksekutif, Perundangan dan Mahkamah dengan begitu erat sekali. Walaupun beliau tidak mengetuai ke semua kuasa itu, namun dengan kedudukan sebagai Perdana Menteri beliau mempunyai pengaruh besar dalam sudut Perundangan dan Mahkamah.

Oleh itu, keputusan Kes Altantuya April nanti juga dijangka sedikit sebanyak akan menimbulkan kesangsian rakyat kerana Najib masih tidak dipanggil bagi menjawab tuduhan yang beliau dakwa sebagai tuduhan palsu.

Ini akan menjadi rumit kerana rakyat dibawah ini akan terus memandang serong apda Najib sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri. Oleh itu, wajarlah peralihan kuasa ditangguhkan dan Najib perlulah bersihkan dirinya dahulu dari segala macam pertuduhan yang dikemukakan. Jika beliau benar,buktikan bahawa semua tuduhan itu palsu dan rakyat akan terima beliau dengan senang hati jika tidak bersalah.

11 ulasan:

Budak Perak berkata...

najib da leh bersihkn dr...
da tr0k sgt,k0t0r..
layak die s0wg2 kat ISA..

Tanpa Nama berkata...

Kat Malaysia ni pelik, Drs. Orang lain yang menuduh, orang yang dituduh pula kena pertahankan diri. Sedangkan dalam Islam, yang menuduhlah kena datangkan bukti. Justeru, pendirian Najib dalam hal ini betullah, beliau berdiam diri dan bersumpah menafikannya. Yang RPK tu, mana buktinya? Setakat tulis di MToday, orang boleh baca jelah.

penhijau berkata...

biasa la najis/b memang macam tu

Tanpa Nama berkata...

BN = barisan najis

Tanpa Nama berkata...

Husaini ..hang ada akai ke ?..SD Rpk dgn bala dah lebih dari cukup untuk buka kes siasatan..
apa yang belaku penulis SD di saman fitnah..jika pitnah nya benar dan ada bukti adakah polis akan ambil tindakkan..patail lebih maklum dari aku yang hanya potong getah di kg.

Tanpa Nama berkata...

hanya orang umno sahaja yang menyokong najib untuk menjadi pm kerana orang umno telah dibutakan mata hati mereka, dipekakkan telinga mereka dan dihijabkan minda mereka oleh Allah dari membezakan mana yang haq dan mana yang batil.

Tanpa Nama berkata...

Najib? Tttuuihh. Kalau aku dapat ludah kat muka dia

Tanpa Nama berkata...

Najib bakal jadi orang palin berkuasa di malaysia? ALLAH s.w.t. Maha Berkuasa ke atas dunia jasad najis mahupun dunia roh najib. mungkin berita tergmpar jasad tak diterim bumi berlaku di malaysia. sabar usaha dan terus meneruslah berdua..wallahu'alam. takbir!!!

Tanpa Nama berkata...

Bertenang..Allah maha mengetahui segalanya,Allah tetap adil dan dia hanya tahu bila masa yg terbaik untuk menolong org yg dia dia perkenankan...Kita cuma manusia kerdil,jgn fitnah memfitnah..tapi kalau Surat bersumpah org buat macm sampah, takut satu hari tuhan marah semua dapat bala bukan BALA seorang,..takbirr..

Tanpa Nama berkata...

engkau takkan terlepas najib...

Tanpa Nama berkata...

akan ke mahkamah rabbul jalil juga