Sehingga pagi ini kita menyaksikan dalam media bercetak dan elektronik yang dikuasai oleh BN dan UMNO memutar belit semaksima mungkin Isu pegantungan 7 ADUN Perak dari mengikuti Sidang DUN Perak.
Saya yakin tanpa mendapat nasihat yang betul, Perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi menjadi guru kepada kelompok yang berselindung dari media yang bersekongkol menyiarkan putar belit mereka.Ternyata Abdullah hanya PM untuk BN sahaja bukannya untuk Rakyat malaysia, dia mengajar rakyat Malaysia supaya tidak menghormati undang-undang.
Bermula dengan tindakan Najib merampas kuasa sehinggalah kepada episod yang berlaku sekarang sebetulnya sangat mengajar kepada kita bahawa UMNO sangat kemaruk kuasa dan gilakan kuasa.
Dalam keadaan BN hendak bercakap soal menghormati undang-undang, dialah yang terlebih awal melanggar Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Bercakap siapa derhaka kepada raja, dialah yang menjadi pelopor dulu, kini dan selamanya.
bayangkan inilah kenyataan Pak Lah seperti disiarkan dalam Utusan malaysia hari ini:-
PUTRAJAYA 19 Feb. – Peduli kan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar yang ternyata amat teruk dan tidak masuk akal.
Demikian reaksi spontan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengulas tindakan Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir bersama enam anggota Exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa serta-merta.
Tegas Perdana Menteri, apa yang harus dilakukan oleh Zambry sekarang adalah terus menjalankan fungsi pentadbiran negeri sebagai kerajaan sah seperti mana dikehendaki rakyat.
Malah, beliau menyelar perlakuan Sivakumar yang juga ADUN DAP kawasan Tronoh itu sebagai tidak menghormati keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang berkenan melantik Zambry dan barisan Exconya mengetuai kerajaan negeri.
‘‘Ini merupakan usaha terakhir pakatan pembangkang mahu menggulingkan kerajaan BN yang sah di Perak."
Inilah kenyataan Pak Lah yang paling tidak bermaruah dan bertanggung jawab.
Teruskanlah kerja jahat itu kerana rakyat sudah muak dan tidak percaya lagi kepada pemberitaan yang berat sebelah itu.
Pimpinan Tertinggi pakatan Rakyat dan Semua ADUN dalam mesyuarat yang diadakan malam tadi. Kesimpulan dari mesyuarat itu kami dimaklumkan betapa keputusan Speaker menetapi dan tidak bercanggah dengan undang-undang yang ada.

6 ulasan:
Karpal: Keputusan Speaker DUN Perak tidak boleh dikuatkuasakan
KUALA LUMPUR 19 Feb. - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V. Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Exconya daripada menghadiri sidang DUN negeri itu, tidak boleh dikuatkuasakan.
Katanya, keputusan itu hanya boleh dikuatkuasakan apabila disahkan oleh Dewan Undangan Negeri Perak (DUN).
Katanya, Sivakumar perlu memanggil sidang DUN Perak untuk mengesahkan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu.
''Sivakumar mengambil tindakan di bawah Perkara 72(3) Peraturan Mesyuarat DUN untuk menggantung Zambry dan enam Exco yang mana apabila terdapat rungutan daripada ahli DUN semasa Dewan tidak bersidang maka keputusan itu dibuat oleh jawatankuasa terbabit.
''Keputusan jawatankuasa itu bagaimanapun tidak boleh dikuatkuasakan selagi ia tidak disahkan oleh DUN dan hanya Sivakumar yang boleh memanggil sidang DUN kerana beliau merupakan Speaker yang sah ketika ini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Karpal berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan oleh Sivakumar menggantung Zambry selama 18 bulan dan enam Exco selama 12 bulan semalam.
Katanya, dalam kes beliau yang digantung selama enam bulan pada tahun 2004, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mencadangkan dia digantung tetapi ia dibawa ke sidang Dewan Rakyat untuk disahkan di mana pengundian dijalankan dan mengesahkan penggantungan tersebut.
Tegas beliau, perkara yang sama harus dilakukan oleh Sivakumar untuk memanggil sidang DUN Perak yang harus dihadiri oleh semua wakil rakyat.
''Sidang DUN itu harus dihadiri oleh semua wakil rakyat termasuk Zambry dan enam Exco terbabit serta tiga wakil rakyat yang dikatakan telah meletak jawatan.
''Sidang DUN itu juga boleh digunakan untuk menggantikan Sivakumar sebagai Speaker, mengesahkan kedudukan tiga wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang kini menjadi ahli Bebas," katanya.
Karpal menegaskan, Sivakumar tidak boleh menghalang mereka menghadiri persidangan selagi perkara itu tidak disahkan oleh DUN.
>> apa komen YB? adakah Karpal juga termasuk dalam kelompok mereka yang mengajar rakyat tidak menghormati undang-undang, atau dia hanya bersendirian?
pemudagagasan, mana awak dapat berita tu?
kalau dari media arus perdana.mungkin ianya sekadar provokisi saja...
saudara Pakcik Karpa hanya bercakap dan menerangkan kuasa speaker dan peraturan tetap dewan. Beliau meminta diadakan sidang DUN. Biarlah 7 yang digantung itu hadir dulu. Tapi yang 3 pelompat tu, dah disahkan speaker bahawa tempat itu kosong. Kot mana pun belum tentu selesai. BUBAR DUN je lah...
( betulke, aku terbaca, kalau dun tak bersidang lepas 6 bulan ditangguhkan, maka DUN bubar dengan sendiri? )
Dah takut KALAH.. macam2lah komen PAK LAH.
Cukuplah kita ditipu dengan ISLAM HADHARI!
woi jom kat KL sekarang ni ada BULAN DAKWAH. Baru semalam dilancarkan. Dulu takut bulan, sekarang dah berani. Jom mai pakat meriahkan bulan dakwah anjuran jakim ni woi.
Kalau rasa keputusan Speaker tu tak betul bawaklah ke Mahkamah Pak Lah ooi, kalau takde loyer amik je Karpal tu jadi loyer korang, kami pun tak tau nak bagi kes apa kat dia, DS Nizar pun dah ada loyer dia sendiri..
Catat Ulasan