KUALA LUMPUR, 11 Feb : - PAS mengecam tindakan merampas akhbar Harakah dan Suara Keadilan di seluruh negara khususnya melibatkan Perak, Kedah dan Selangor.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyifatkan tindakan tersebut sebagai pencabulan ke atas prinsip demokrasi.
"Kita yakin tindakan itu diambil ekoran daripada laporan krisis yang berlaku di Perak.
"Tindakan tersebut telah menyekat kebebasan media dan menghina rakyat kerana hak mereka untuk mendapatkan maklumat yang tepat telah dinafikan," tegas beliau.
Mahfuz juga kesal kerana dalam masa yang sama media arus perdana terus menerus dibenarkan melaporkan berita-berita yang telah diputar-belitkan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat.
Media arus perdana kata beliau, mengambarkan Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka tetapi ketika krisis pelantikan Menteri Besar di Terengganu dan Perlis, pemimpin Umno yang menolak cadangan Sultan tidak digambarkan sedemikian.
"Bila ia melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, media arus perdana akan memberi gambaran yang buruk sedangkan pemimpin Umno ada yang bertindak lebih teruk dari itu," jelas Mahfuz.
Beliau merujuk tindakan Tan Sri Annuar Musa yang menabalkan Sultan Kelantan yang baru pada tahun 1993 kerana Sultan Kelantan yang sedia ada, Sultan Ismail Petra tidak sehaluan dengan pemimpin Umno Kelantan.
"Kalau nak dikirakan menderhaka tindakan Annuar Musa ini lebih derhaka berbanding yang Nizar," tegas beliau.
Sehubungan dengan itu, beliau mendesak agar arahan segera dikeluarkan agar perbuatan merampas Harakah dan Suara Keadilan serta akhbar alternatif yang lain dihentikan.Harakahdaily.-

5 ulasan:
thats true? aiyoo..extremely wicked!~ what a shame, UMNO!!
Tindakan KDN merampas Harakah dan Sura Keadilan suatu tindakan tidak bermaruah dan menyekat kebebasan media. Tindakan tersebut adalah pencabulan prinsip demokrasi dan menghina rakyat dalam mendapat berita yang benar lagi sahih. Media arus perdana yang dimiliki oleh BN sering mengambarkan keburukan kerajaan PR yang dipileh oleh rakyat.
Jika DS Nizar dianggap menderhaka kepada Sultan mengapa tindakan PM dalam pemilihan MB Terengganu tidak dianggap menderhaka. Begitu juga tindakan Annuar Musa yang menabalkan Sultan yang baru Sultan Ismail Petra maseh memerentah Kelantan tidak dianggap derhaka.
umno memang takde telor,mjlh hiburan,lucah berlambak x kacau pula,kalau berani biar ajelah,sblm ni x bising pun,takut sgtlah tu"
cabul..calut..karut..dengki..gila kuasa..rampas hak rakyat..lintah darat..penyamun..perompak..pengkhianat tanahair..jahat..kejam..sadis..kurap..bengong..tukang karut antara bangsa..dan bla bla lg..itu UMNO! mrk dh ditutup Tuhan pintu hati, pintu hidayat. mrk dh x ingat mrk jg akan mati, bakal mengadap Tuhan. bahkan mrk telah pun mati dalam hidup..kerna tiada lagi roh insani pd jasad mrk. yg ada hanyalah IBLIs, yg menguasai jasad dan tindak tanduk zombi UMNO, BN...
kekuatan BN adalah satu istidraj yang akan menyebabkan mereka dipandang hina di sisi Allah. Biarkan mereka kita akan menang suatu hari nanti. Jangan kita terikut depa punya aksi ok.
Catat Ulasan