Makluman yang diperolehi dari Jelapang menyatakan terdapat penduduk di situ yang agak terkejut dengan "kekayaan mengejut" ADUN berkenaan yang kini telah menggunakan kereta Mercedes.
"Ramai beranggapan mungkin ia dibeli oleh Hee dengan wang yang diperolehi dari Najib ekoran melompat parti yang kita pasti ia satu jumlah yang besar, jutaan ringgit," kata sumber tersebut yang merujuk kepada aduan dan akuan bersumpah beberapa ADUN yang telah ditawarkan sehingga RM20 juta supaya melompat parti untuk Najib menjayakan misinya menawan Perak
Walaupun Najib pernah menafikan pernah menyogok wang, tetapi di dalam hal ini beliau belum bersumpah dengan ayat Quran sepertimana beraninya beliau melakukannya di dalam kes Altantuya.
Sebelum ini kami melaporkan bahawa pemilik kedai tempat Hee menyewa, yang hanya dikenali sebagai Mani, menamatkan kontrak penyewaannya dengan ADUN berkenaan.
Beliau telah dilaporkan berkata: “Hee, tolong turunkan papantanda dan keluarkan barang-barang anda. Saya tak mahu sewakan premis ini kepada anda lagi.
“Kebelakangan ini, ramai penduduk yang datang bertanya kepada saya untuk bertanya di aman anda berada. Saya rasa tak berapa senang. Itu salah satu sebab saya bercadang tidak mahu menyewakan premis ini kepadanya lagi,” tambah beliau.
"Ramai beranggapan mungkin ia dibeli oleh Hee dengan wang yang diperolehi dari Najib ekoran melompat parti yang kita pasti ia satu jumlah yang besar, jutaan ringgit," kata sumber tersebut yang merujuk kepada aduan dan akuan bersumpah beberapa ADUN yang telah ditawarkan sehingga RM20 juta supaya melompat parti untuk Najib menjayakan misinya menawan Perak
Walaupun Najib pernah menafikan pernah menyogok wang, tetapi di dalam hal ini beliau belum bersumpah dengan ayat Quran sepertimana beraninya beliau melakukannya di dalam kes Altantuya.
Sebelum ini kami melaporkan bahawa pemilik kedai tempat Hee menyewa, yang hanya dikenali sebagai Mani, menamatkan kontrak penyewaannya dengan ADUN berkenaan.
Beliau telah dilaporkan berkata: “Hee, tolong turunkan papantanda dan keluarkan barang-barang anda. Saya tak mahu sewakan premis ini kepada anda lagi.
“Kebelakangan ini, ramai penduduk yang datang bertanya kepada saya untuk bertanya di aman anda berada. Saya rasa tak berapa senang. Itu salah satu sebab saya bercadang tidak mahu menyewakan premis ini kepadanya lagi,” tambah beliau.
22 ulasan:
Biar menjadi pengajaran kepada orang yang gila kuasa, hingga sanggup melakukan apa saja - mereka mungkin terlepas dari tindakan undang-undang tapi mereka tidak boleh lepas dari kemarahan rakyat Malaysia. InsyaAllah, apabila rakyat Malaysia berakhlak dan mempunyai integriti, Allah Ta'ala akan izinkan kita mendapat pemimpin yang berakhlak dan mempunyai integriti juga.
diakn org oku...najib kesian leer tu....jd njib pun kasi la sumbngan....hehehehehe
SPRM buat apa?
Buat bodoh !
gerak mana? Ezam yang menyertai umno kerana tepersona dengan dolah yang ingin membenteras rasuah mana? Mana peginya Ahmad Said Raja segala Lembu-Lembu dan bapak kepada raja porno Malaysia? Kenapa diam? Bagi la ulasan serta pendapt sikit... Memang umnoo ni benar-benar celaka. Mintak sapa-sapa simpan rekod ni. Pas kita ambil-alih kerajaan Pusat Putrajaya (Dengan izin ALLAH) kita bukak balik kes ni....
Perjuangan selama lebih 20 tahun hanya untuk sebuah Mercedes? Hinanya kau Hee..
Mercedes tu yang kita nampak. Yang kita tak nampak - akaun bank, harta di sana sini mungkin..?
sebagaimana yang diberkakan pengakukan kepada seorang adun pr perak, dia ditawarkan rm 20 juta
olang macan ini lidup pun cucah, mati pun cucah
apa nak dihairankan,mercd.tu,orang yang semacam ini,tidak dapat hidup lama,dia takut sepanjang masa,masuk bilik air pun dia terkejut lihat wajahnya sendiri,lama2 jalan.
SPRM kena siasat la jangan buat bengong ja kalau dulu masa Datuk Nasa masuk PKR beberapa hari lalu SPRM kata nak siasat Datuk Nasa sekarang awat tak siasat Datuk Nasa dan 3 ekor katak ni.......
salam YB...minta semua Adun dan MP PR membuat laporan kpd SPRM...bantuan daripada YB Salahuddin (salah seorang anggota SPRM)...perkara2 yg sedemikian tidak boleh di biarkan berluasa...andai di abaikan alamat Malaysia yg tercinta ini akan di laknat oleh Allah S.W.T kerana membiarkan rasuah bermaharajalela..(orng baik pun kena...orang jahat pun kena)
kami telah buat laporan kepada SPRM
Salam YB..apa yg difahami..pompuan jahat lagi tak tahu malu ni dpt habuan/sponsored 10 juta dari najib altantuya dan 15 juta dari towkay berjaya tu @ vincent tan...waallahualam..
wow.....
InsyaAllah ganjaran di sisi Allah untuk YB dan semua pejuang Islam yang ikhlas jauh lebih istimewa!
InsyaAllah ganjaran di sisi Allah untuk pejuang Islam yang ikhlas lebih istimewa - Jannah!
Salam...
Rezeki dia tu kan.....
Janganlah jealous.
bukan nak jeles pun, cume kite nak ingatkn dia atas ape yg dia buat tu dulu buat org marah...
Salam... Allah nak kasi kaya dgn sekelip mata. Allah nak kasi papa pun dgn sekelip mata. klau kita tiada pegangan mungkin kaya tu yg kita cari. tapi klau kita punyai pegangan apalah erti kaya itu klau tanpa keberkatan. manusia ni boleh kaya ke? yg kaya tu hanya Allah ta'ala. manusia ni klau boleh pun dpt la senang sedikit. sementara Allah beri. samai masa yg x berkat tu Allah tarik balik, sendiri mau igt la kan. setakat merc tu, x payah mkn rasuah pun org boleh guna.
Laporan dah dibuat. SPRM dan polis dah dibubarkan rasanya kot. sbb xder apa2 tindakan pun yg kita nampak? GERAK dan ezam.. dah x dpt nak gerak lagi la tu.. dah kena ikat dgn tali UMNO. empat tahun lagi PRU13. Puak2 zalim UMNO bersedialah. rancangkan strategy mcmana nak gulingkan Pakatan Rakyat. gunakan segala kemudahan, termasuklah polis,sprm,spr,pukida,media dan dua tiga kerat penyokong2 bodoh anda tu. nak kata kemenangan tu milik kami, kami bkn Tuhan yg nak kata begitu pasti. tp kami yakin atas dasar dan perjuangan kami UMNO akan terkubur pada PRU13 ni insya Allah. wassalam.
(harapan63)
Isu merc mungkin perangkap atas ungkapan juga atas laporan. Maka akan berkatalah mereka setelah selesai atas kebenaran yang akan menutupi semua kelemahan dan keburukan dan kehinaan rakyat pada mereka. Akhbar2 bg aku tetap kunci fitnah utama no.1. Khuatir dgn itu sama2 kita dapatkan bukkti dgn lebih jelas n nyata. Sama mungkin isu pertemuan sultan yg telah dialih pandang olah pakar2 bloggers. Syabas!!!
Askum YB, saya nak isukan 1 hal yg penting. Spupu saya sememangnye alamat i.c kelana jaya dah lama. Sebelum2 ni mengundi tetap di kuala sepetang dun nye. kadang2 bersama unit amal. TETAPI baru2 ni chek SPR dah kena tukar ngundinye ke kelana pulak? SPR dah main pusing2 maklumat. katanya ikut alamat sedangkan x ada dia mintak tukar,mak ayah pun ada lg di kg (kemunting). saya dah suruh dia wat laporan polis dan SPR.. Saya nak kalu boleh hebahkan nanti dalam blog bersama bukti print out SPR sekarang(yg dah tukar) serta laporan polis serta printout laporan SPR... Kalu boleh hebahkan supaya rakyat perak segera chek SPR mungkin ada lagi perubahan yg SPR buat tanpa izin pengundi. Terutama DUN2 yg berpilihanraya. Ini kuasa yg ada untuk umno menyalah gunakan atau SPR sememangnya kuda2 umno yg pengecut!! Hebohkan dan selidik siapa dalang yg mengarahkan sebarang perubahan dalam menentukan di mana individu itu mengundi tanpa kebenaran individu itu. kalau kita nak ubah sekarang SPR memang kata boleh tapi dah bersyarat x leh mengundi selama sekian2 bulan. Bermakna terlepaslah untk spupu saya mengundi dengan adil! Saya x sokong mcm ni. saya nak kembalikan semula kuasa undi tanpa syarat kerna SPR pun ubah tanpa sebarang pemberitahuan. Pandai SPR pusing maklumat pengundi asal jadi x leh mengundi pulak. Sedangkan hantu2 pulak yg akan masuk. Harap sgt2 YB attachkan isu ni. H/p no jangan la di tunjukkanlak nanti bedengung si hafiz tu. ok TQ buat YB semoga Islam Maju dan terus dipelihara buat rakyat jelata.
Apa halnya dengan sumpah atas Al-Quran? Kalau dah sumpah semua betul ke dan tak payah ambil tindakan lagi. Kalau macam tu senang le semua orang, sumpah atas Al-Quran aja lepas kes mahkamah. Kalau si Hee ni bukan nak kutuk, memang orang politik cuma penuhkan poket sendiri dulu peduli pe orang lain. Persoalannya AKU KAYA ke KAU ORANG. Dasar UMNO perasuah besar tapi kata orang lain yang rasuah, sama le dengan pencuri mana mengaku penuri.
Catat Ulasan