09 Mac 2009

Hee Yit Fong sudah kaya tapi dalam ketakutan

IPOH, 8 Mac : Bukan sahaja dirinya susah bahkan ibubapanya turut susah akibat perbuatannya.

Itulah yang berlaku terhadap Adun DAP Hee Yit Fong yang meninggalkan partinya dan menjadi Adun Bebas dan membantu BN menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Hari ini, 08 Mac, Hee buat pertama kalinya muncul di pejabat pusat khidmatnya jam 3 petang namun terpaksa meninggalkannya selepas berada di situ kira-kira 45 minit sahaja.

Ini kerana, orang ramai yang berada di kedai kopi berhampiran pejabatnya mula mengeluarkan kata kesat kepada beliau.

Hee tiba dengan suaminya menaiki sebuah kereta Mercedes Benz bernombor pendaftaran Kuala Lumpur terpaksa meninggalkan pejabatnya selepas menemui beberapa orang yang datang ke pejabat beliau.

Bahkan, beliau dikatakan terpaksa menyewa pejabat baru kerana pemilik rumah kedai itu tidak mahu lagi menyewakan pejabat itu kepada beliau.

Sebelum ini, ibu bapa Hee menghadapi masalah kerana para peniaga di pasar enggan menjualkan ikan atau sayur kepada mereka kerana marahkan tindakan Hee yang mereka dakwa menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Orang ramai juga melakukan upacara menyembah mayat di depan pejabatnya selepas tindakan beliau sebelum ini.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak harapkan sistem kehakiman dan undang-undang Malaysia, memang susah nak dapatkan keadilan. Biar rakyat saja yang menghukum pengkhianat.Power to the People!
p/s YB,
ada kesilapan dalam artikel - perenggan ke 3. "Hari ini, 98 Mac,".

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin yang akan disebut sepanjang keturunannya kerana tidak amanah dan tidak adil kepada rakyat.kekayaannya dari sumber dan cara yang hina..

Tanpa Nama berkata...

ada ustazah umno kata ibu tunggal dibolehkan jual maruah diri kerana sesuap nasi.... jgn nanti dia kata ADUN wanita dibolehkan jual maruah diri demi selamatkan umno/BN...

Tanpa Nama berkata...

Seperti mana ustazah itu sendiri menjual agamanya untuk meraih dunia....

Tanpa Nama berkata...

salam.
untuk gambar kontemporari ustazah umno baling, dtk mashitah ibrahim, sila jengok ke dalam blog ini:
http://ritz712.multiply.com/photos/album/12/Dato_Dr_Mashitah_IbrahimHusband_studio_photos

mengancam beb!

Tanpa Nama berkata...

Penduduk di kawasan Jelapang, Behrang & Changkat Jering, sila tingkatkan tekanan kepada wakil rakyat anda sehingga mereka meletak jawatan...

Tanpa Nama berkata...

kau ni melayu bodoh