09 Mac 2009

Pokok demokrasi di namakan dengan satu tugu kecil



IPOH, 8 Mac :- Sejarah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w juga berlaku di bawah sepohon pokok yang dikenali dengan Perjanjian Hudaibiyah sehingga selepas 2 tahun berikutnya Islam kembali gemilang dengan peristiwa Hijrah. Demikian antara ucapan YAB. Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam Majlis meletakkan Plet Tanda Pokok Demokrasi dan menanam 5 pokok baru di tempat berlangsungnya sidang pada 3 Mac yang lepas.

Harapan beliau dalam tempaoh paling lama 2 tahun pakatan Rakyat akan kembali berkuasa di Perak, sambil menerima tepukan gemuruh dari hampir 500 orang yang hadir.

Majlis ringkas tetapi bersejarah dan penuh arti itu dihadiri oleh Penasihat DAP, Sdr. Lim Kit Siang, Exco-Exco Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat, ADUN Paktan Rakyat, Ahli-Ahl Parlimen Perak, pimpina Pakatan rakyat dari PAS, DAP dan PKR serta warga setempat termasukalah penghuni rumah kediaman yang tinggal di persekitaran pokok itu.

Majlis dimulai dengan Bacaan Doa oleh Pengerusi Majlis yang juga ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim. Selain YAB Menteri Besar, YB. Lim Kit Siang dan YB. Nga Kor Ming juga memberikan ucapannya..

Selepas itu daidakan upacara merasmikan pokok demokrasi dengan simbolik membuka kain merah yang menutup plet tanda pokok demokrasi.

Setelah itu diadakan upaca menanam 5 pokok "sena" atau nama saintifiknya "rain tree"
tidak berapa jauh dari itu.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

drs, kenapa tak pos apa yg tertulis diatas tugu tu? saya jauh nak pergi baca, insyaallah ada kesempatan akan ku jejak kaki di situ

Tanpa Nama berkata...

insyallah sy juga akan menjejakan kaki ke situ.

Tanpa Nama berkata...

Yb, minta Majlis Tindakan Pelancongan Perak masukkan dalam destinasi pelancongan di Ipoh khususnya dan Perak amnya.

daLyaanoon berkata...

satu lagi tempat pelancongan harul dilawati...

zoom Malaysia!

Tanpa Nama berkata...

Drs,Firstly a token of appreciation to YB,walaupun padat dgn jadual masih konsisten dlm meng"update" kan entri.Dengar khabar MB Kudeta melalui DBI nak tebang pokok sena tu alasan dah terlalu tua dan membahayakan kpd kenderaan yg diparkir di situ.Mohon YB sahkan sumber ini ataupun BN terutama UMNO terlalu fobia dgn pesona "pohon demokrasi". Nona Ratana Chulaborn.

leaflizard berkata...

Pada 3 - 3 - 2009, pukul 9.25 pagi, apabila 27 Ahli Dewan Negeri Perak Pakatan Rakyat tiba di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk menghadiri Mesyuarat Keempat, Penggal Ke - 12, Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, dengan arahan Setiausaha Kerajaan Negeri, pihak polis dan pasukan FRU telah mendirikan benteng untuk menghalang Ahli - Ahli Dewan Undangan Negeri ini untuk memasuki Dewan Mesyuarat Dewan Negeri. Bagaimanapun, walaupun Ahli - Ahli Dewan Negeri ini telah cuba sedaya upaya untuk memasuki Bangunan Perak demi melaksanakan amanah yang diwajibkan untuk rakyat, mereka tetap dihalang. Sehubungan itu, Pasukan Polis juga mengugut mengguna kekerasan serta pancutan 'water canon' ke atas Ahli - Ahli Dewan Negeri tersebut.

Pada pukul 10.00 pagi, Tuan Yang Dipetua Dewan Undangan Negeri Perak, YB V Sivakumar telah membuat pengisytiharan bahawa persidangan Dewan Negeri Perak akan diadakan dibawah pokok ini.

Persidangan Dewan yang Bersejarah dibawah poko telah diadakan sehingga 10.35 pagi. Semua agenda mesyuarat telah disempurnakan dengan penuh istiadat dan tiga usul bersejarah telah dibahas dan diluluskan.

Pokok ini telah menyaksikan sejarah pembangunan sistem Demokrasi berpalimen dalam negeri Perak Darul Ridzuan dan merupakan satu simbol perjuangan demokrasi bagi membentuk sebuah kerajaan dari Rakyat untuk Rakyat dan demi Rakyat.

MAKA demi mengenang sejarah dan sebagai satu simbol perjuangan untuk negeri Perak yang tercinta, pokok ini dinamakan POKOK DEMOKRASI dan tugu ini didirikan untuk selama - lamanya.

Hidup Rakyat !

Tanpa Nama berkata...

Drs,"Raintree" alias pohon sena memang klasik dijadikan lambang PR.Sarat maana. Dang Ratna Kesuma.

Tanpa Nama berkata...

Drs, tolong jaga tugu dan pokok tersebut.. mmg akan ada dajjal yang cuba menumbangkan pokok tersebut... bagaimana dajjal tersebut menumbangkan PR dr memrintah Perak.
Sekurang kurangnya adakan petugas pemerhati.. takut2 monyet monyet Pekida buat hal plak.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih, leaflizard!