09 Mac 2009

Bahasa Inggeris: Kajian dasar tidak akan dipercepat, tegas Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan, kajian tentang keberkesanan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak akan dipercepatkan, sebaliknya akan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

"Kita ikut jadual macam biasa kerana ia perlu melalui proses-proses tertentu," kata beliau pada sidang media khas di kediamannya di sini sebentar tadi.
Tambah Hishammuddin, beliau tidak mempunyai kuasa untuk menentukan status PPSMI kerana hanya Jemaah Menteri yang akan membuat keputusan mengenainya.

"Ini bukan keputusan saya sebagai individu... kita kena tunggu Kabinet," kata beliau yang juga Ketua Pemuda Umno.

Hishammuddin mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam yang meminta supaya keputusan berhubung isu PPSMI dibuat segera bagi mengelakkan tercetusnya isu yang lebih besar pada masa akan datang.Mstar.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak mengapalah tak nak percepatkan kajian dasar PPSMI syam....tak pa..tak pe....tp kau tunggulah PRU 13 nanti.....sebaik sahaja keputusan PRU 13 yg PR menguasai majoriti Parlimen, esoknya PPSMI akan dibakul sampahkan...maka org2 UMNO yg selama ini menyokong membabi buta PPSMI ni akan kata SYUKUR lah....kembali semula MT dan SC dlm BM....tunggu lah syam....kau pulun lah dulu bisnis PPSMI kau tu dulu.....ye lah kontrak alat PPSMI aku dengar berbilion RM tu syam...sebenarnya itu yg kau sayangkan, bkn budak sekolah yg semakin bangang MT/SC....tak pe lah...kita tukar semua nanti...UMNO/BN dan PPSMI sekali.....ayuh...rakyat Malaysia....we change it!!!

Tanpa Nama berkata...

Tak pa lah syam kau tak kaji dasar PPSMI...tak pe...tak pe....tp kau kena ingat PRU 13 nanti, projek gila PPSMI kau tu akan tumbang jugak sama tumbangnya dengan UMNO/BN....apabila diistiharkan kemenangan PR dengan memperolahi majoriti lbh 2/3 parlimen...maka PPSMI kau tu akan dibakul sampahkan sama sekali dengan kau...ye la...aku dengar nak hentikan projek PPSMI tu sekarang ni...mana boleh kan..sb itu projek BILION RINGGIT...rugilah...maka RM BILION lbh penting dpd murid sekolah yg terus bangang dlm MT/SC di sekolah...tunggulah...inilah keparatnya UMNO/BN...menjadikan rakyat eksperimen dan habuan tembolok mereka yg tidak putus-putus menginaya kita semua...tekadkan niat kita utk menukar kembali PPSMI dlm BM pd PRU 13.....tumbangkan UMNO/BN

Unknown berkata...

Itulah namanya politik selamat. Beliau tidak mahu dilihat sebagai pemimpin yang anti Bahasa Melayu dalam pemilihan UMNO nanti.

Tanpa Nama berkata...

35 tahun aku menjadi guru mengajar anak-anak melayu di luar bandar. 6 tahun belajar English di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah, Englishnya lintang pukang. Macam mana boleh kata ada peningkatan bila belajar matematik dalam English? Hairan bin ajaib.

Tanpa Nama berkata...

selamat sebab tak dak teloq.....melayu melayu

Tanpa Nama berkata...

ucapan standard sempena pemilihan UMNO..
nampak sangat la beb..

MAHASISWA

Tanpa Nama berkata...

tq syam kita tunggu pru13 ok syam bye bye

Tanpa Nama berkata...

Wey ... dia lawan tauke. Tauke kata kaji semula dia pulak kata tidak akan dipercepatkan. Bukan kah derhaka namanya itu?

Tanpa Nama berkata...

Inilah bahaya yang akan dihadapi oleh Malaysia bila diperintah oleh suku sakat keturunan. Melayu teramatlah bodo dalam memilih pemimpin, asal saja bapanya menteri... anak atau menantu akan jadi menteri juga. Bahasa soal yg paling mudah utk difikirkan.. itu pun menteri yg banggang ini tak boleh nak berfikir... melainkan telah diatur habuan yg berjuta juta. Melayu UMNO sedarlah..

Tanpa Nama berkata...

KORUPSI dan KRONISMA tak dapat dipisahkan dari umno... itu tujuan aku masuk umno pun, nasib anak bangsa aku peduli ape.... janji aku dan kroni aku senang...PRU 13 org kampung tetap undi aku punya.... pasal dia org tu jahil politik.....

Tanpa Nama berkata...

Drs,Statement Hisham nyata memperlekehkan Pak Lah.Ini mengesahkan pandangan seorg teman Pak Lah dihujung karier sebagai PM tidak diumpama kan lagi.Contoh baru2 ini sewaktu melancarkan kad jaringan sosial di Telok Intan peringkat Kebangsaan.Hanya dua org Menteri yg hadir.Ng Yen Yen dan Ong Ka Chuan.Hatta KSN tak hadir.Ini tidak pernah berlaku sebelum ini.Kalau majlis Najib awal awal lagi dah confirm dtg.Lalu statement PM sekadar mengambil hati rakyar.Sudahnya hanya omong kosong. Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

Kata Hisyam.. UMNO tak campur dalam himpunan PPSMI. Bagus lah tu.Memang UMNO tolak Bahasa Melayu. Kesihan dekat aruah Syed Nasir Bapa UMNO pejuang Bahasa Melayu bila waris aruah belot. Bahasa Jiwa Bangsa..alahai....

Tanpa Nama berkata...

UMNO tak campur himpunan PPSMI, tapi 'wakil UMNO', polis dan FRU ada.....

Tanpa Nama berkata...

baguslah ko teruskan ppsmi tu syam ..kalau kau batalkan sekarang nanti banyak pulak umno dpt undi dlm pilihanraya ke 13 nanti...lagi lambat lagi baik...lagipun cakap Pak Lah dah tak laku sekarang ni...ko lawan aje cakap bos ko tuuu.....