IPOH: YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan memohon perkenan untuk menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga usul, termasuk memohon pembubaran Dewan, yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok di sini Selasa lalu.
Beliau berkata, pihaknya akan mengemukakan surat dan dokumen berkaitan hasil persidangan berkenaan kepada Sultan Perak Selasa ini.
"Sebelum ini kita sibuk dengan kes mahkamah, esok cuti jadi Selasa ini kita akan hantar surat (kepada Sultan Perak)... akan menghadap Tuanku sebaik dapat lampu hijau," kata menteri besar Perak kepada pemberita selepas merasmikan tugu berbentuk plak di bawah "pokok sena" di Medan Istana di sini yang menjadi kawasan berlangsungnya persidangan berkenaan.

5 ulasan:
Kalau sultan beri perkenan utk DUN dibubarkan, ini bermakna kemenangan utk rakyat dan sultan akan dianggap sebagai perihatin pada kehendak dan suara rakyat dan rakyat akan kembali menghormati sultan, tapi jika sebaliknya... what next? what should we do?... harap YB ustaz jelaskan.Terima Kasih.
perkataan bekas menteri besar jangan sesekali ditulis di dalam blog ini kepada yb dato seri nizar. Saya ingin tegas sekali lagi. jangan tulis bekas menteri besar. beliau bukan bekas menteri. besar. beliau adalah menteri besar. minta yb titi serong ubah perkata tersebut.
maaf saya terlepas pandang.
Dengan izin ALLAH, DUN akan dibubarkan dan ..Kejayaan CEMERLANG BERGANDA untuk PAKATAN RAKYAT... Allahhumma amin..
Drs,Doa dan harapan majlis mengadap nanti akan menghasilkan keputusan yg terbaik buat negeri Perak Darul Ridzuan. Nona Ratana Chulaborn.
Catat Ulasan